Followers

Sunday, February 28, 2010

Berkawan tanpa kepentingan.

Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperolehi di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar. Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda.


Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan.



Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar untuk diperolehi secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.



Sabda baginda: "Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya sahaja yang dapat mengecapi kenikmatan dan kekusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w nyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham.



Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata? Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredhaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat merasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.



Hubungan persahabatan seperti itu tidak ada di alam gelora manusia yang yang berkawan dengan seseorang kerana kepentingan atau kedudukan atau harta. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) "Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatu-padukan di antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana" (Surah al-Anfal: 63).



Ia hanya wujud dalam alam persahabatan yang dibina atas nama Iman dan Islam. Maka kita akan lihat kesetiaan antara para pejuang Islam yang ikhlas sepanjang sejarah penuh dengan keajaiban. Mereka hapuskan dalam dairi hidup mereka perkataan khianat, kebencian dan permusuhan dari belakang, lalu digantikan dengan "aku kasihkan engkau kerana Allah".



Kasih itu berkekalan semasa sahabatnya di puncak atau berada di bawah. Samada sahabatnya masih hidup, atau setelah meninggalkan dunia ini. Ini kerana tempat rujuk kasih mereka Maha Tinggi Lagi Tiada Kesudahan bagiNya, iaitu Allah s.w.t. Lihatlah sahabah Nabi s.a.w. Zaid bin al-Dathinah apabila dia ditangkap oleh pemimpin Quraish yang menentang Nabi s.a.w. lalu dibawa untuk dibunuh dan Abu Sufyan –ketika itu belum menganut Islam- bertanya kepadanya: "Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu".

Jawab Zaid: "Aku tidak suka Muhammad berada di mana dia berada sekarang, terkena duri sedangkan aku berada di samping keluargaku". Kata Abu Sufyan: "Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad" (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah). Ya! Kasih yang mengharapkan hanya ganjaran Allah. Inilah kasih para pejuang yang sebenar antara mereka.



Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan RasulNya. Alangkah indahnya suasana ini.



Justeru itu Allah memuji golongan Muhajirin dan Ansar lalu dirakam kasih sayang antara mereka dalam al-Quran: (maksudnya) "Bagi golongan fakir yang berhijrah, yang mereka diusir dari kampung halaman dan harta benda mereka (kerana) mencari kurnia daripada Allah dan keredhaanNya. Mereka menolong (agama) Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Orang-orang yang telah mendiami kota (Madinah) dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka itu (Muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka. Mereka tiada menaruh sebarang keinginan (balasan) dalam dada mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada Muhajirin. Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka juga memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Adapun orang-orang yang datang selepas mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang" (Surah al-Hasyar 8-10).

Hanya insan-insan yang seperti ini sahaja yang akan merasa manisnya perjuangan yang mereka bawa. Ini kerana mereka jelas matlamat yang hendak dituju dan jalan yang hendaklah dilalui. Bebas dari kepentingan diri, yang tinggal hanya kepentingan cita-cita yang suci. Maka tidak ada cerita jatuh-menjatuh antara mereka kerana jawatan dan pangkat.



Sebaliknya, sering ingin memberi kerana matlamat mereka adalah keredhaan Allah. Ia tidak dicapai dengan tumpas menumpas sesama pejuang yang betul niat dan tujuannya. Sebaliknya keredhaan itu dicapai dengan sering tolong menolong kerana Allah. Jika itu tidak ada, perjuangan itu untuk dunia semata dan pasti dalamnya penuh kepahitan walaupun pada zahir ada harta dan kemewahan.

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah". Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?".



Jawab Nabi: "Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita".



Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) "Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita" (Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah.

Nilai persahabatan bukan pada wang atau peluang yang diberi. Atau kedudukan dan kerusi yang disogokkan. Semua itu tiada erti, jika 'ada udang di sebalik mee'. Sesungguhnya senyuman ikhlas seorang sahabat sejati, lebih bererti dari dunia dan segala isinya, sehingga Nabi s.a.w menyebut: "Senyumanmu buat wajah saudaramu itu adalah sedekah" (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).



Kita selalu dengar cerita pengkhianatan sesama sahabat dalam perniagaan, pekerjaan dan politik. Mendengarnya sahaja amat memeritkan, apatah lagi jiwa yang mengalaminya. Amat rapuhnya persahabatan jika dibina di atas kepentingan diri masing-masing. Ditikam oleh musuh, tidak seperit pedihnya seperti ditikam oleh sahabat yang rapat. Dirompak oleh perompak tidak sekecewa ditipu oleh rakan yang dipercaya. Dijatuh oleh lawan tidak sedahsyat direbahkan oleh teman seperjuangan.

Namun itu realiti dalam maya pada ini bagi hubungan sesama insan yang tidak dibina atas nama tuhan. Jika ada pihak yang jujur dalam persahabatan, tetapi pengkhianatan berlaku bererti samada dia silap memilih teman, atau prinsip perjuangan. Maka dalam memilih sahabat, lihatlah hubungannya dengan tuhan dan atas apa kita membina persahabatan dengannya.



Saya rasa dalam dunia perniagaan dan politik, persahabatan sejati amat sukar untuk dicari. Bukan perniagaan, atau politik itu kotor; kedua-duanya termasuk dalam ajaran Islam. Namun kedua bidang itu apabila tidak berpandukan ajaran Allah dan RasulNya maka akan menjadi sangat rakus, biadap, penuh dengan kepura-puraan, tidak berprinsip, tidak menghargai rakan dan taulan, bicara dan bahasanya penuh dengan kemunafikan.



Kepentingan diri masing-masing kadang kala bagai tuhan yang disembah. Sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri, apa yang dia tidak akan lakukan jika perintah oleh tuhan yang sebenar pun. Banyak perintah agama dia kata tidak mampu, namun jika ada kepentingan politik atau urus niaga lebih daripada itu dia sanggup lakukan.



Firman Allah dalam Surah al-Jathiah, ayat 23: (maksudnya): "Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan (yang dipatuhinya), dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana pengetahuanNya (tentang kekufuran mereka), dan ditutup pula atas pendengarannya dan jantungnya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikannya berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu tidak mengingati?.

Betapa ramai orang politik yang dikelilingi oleh para pengikutnya, lalu kesemua mereka hilang apabila kuasa tiada lagi di tangan. Pada hari dia berkuasa; semuanya menjerit dan memuja, seakan sanggup hidup dan mati bersama. Namun apabila dia tidak mampu lagi memberi harta, pangkat dan kedudukan, melintas pun belum tentu mereka bersalaman.



Telah banyak bukti hidup dan mati yang tidak dapat dihitung lagi. Bahkan ada yang sehingga mati pun tidak dikunjungi. Namun jika anda berharta, sehingga ke pusara ada yang masih tunjuk muka. Bukan kerana kenang jasa, tapi kenang apa yang boleh dipusaka.



Tanpa iman, tiada kasih sayang hakiki dalam persahabatan. Sepatutnya orang kaya, atau orang politik jangan terlalu bangga apabila anda dipuji. Belum tentu ianya ikhlas dari hati sanubari. Mungkin diri anda atau perkara yang sama jika anda lakukan pada hari anda tiada kuasa atau harta, orang sama akan mencebik dan menghina anda.

Tetapi dek penangan kuasa dan harta; rupa anda yang 'biasa-biasa' dikatakan lawa, pidato anda yang tidak sedap dikatakan hebat, pendapat anda yang kolot dikatakan maju, idea yang lapuk dikatakan bernas, pandangan yang lemah dikatakan berhikmah, penampilan yang tidak bermaya dikatakan bercahaya. Semuanya kerana ingin mengampu kuasa dan harta.



Jika anda hidup dalam iklim yang sedemikian, percayalah persahabatan dan pengikut yang mendakwa setia semuanya bohong belaka. Anda hidup dalam alam khayalan seperti berkhayalnya seorang mabuk yang melihat wanita tua bagaikan gadis yang cantik menawan.



Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Carilah prinsip perjuangan yang Allah redha, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah. Jika anda pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, anda akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit dan meloyakan.

Lebih mendukacitakan Allah berfirman: (maksudnya) "Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat) bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa" (Surah al-Zukhruf: 67). Ya, seperti mana di dunia mereka melepaskan diri apabila hilang kepentingan yang dicari, di akhirat mereka bermusuhan apabila melihat azab Tuhan yang terhasil dari dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia.



Oh! Di mana hendak dicari teman yang sejati? Ya! Carilah perjuangan yang berprinsip dan diredhai Allah, di dataran itulah kalian akan temui teman yang sejati.

From Dr.Asri Zainul Abidin

Sangat berterima kasih kepada ko.
Ko ajar aku bnyak perkara like don't judge other pepole easily and many more. Ianya sanagt menyedarkan ak.

Kisah Nyata Azab Kubur

Assalamualaikum w.b.t

AMARAN:KEPADA SESIAPA YANG ADE SAKIT JANTUNG N WHATSOEVA,PASTIKAN ANDA MENGAMBIL LANGKAH2 YANG SEPATUTNYA.



Video di atas ini untuk renungan kita bersama. Sesungguhnya,azab kubur itu itu adalah satu yang pasti.
Sedarkah kita,sekiranya  terus lalai,hampir pasti kita akn menerima azab yg sama.Lihat sahaja bagaimana keadaan mayat yang meninggalakn solat semasa hidupnya. Itu baru sahaja tiga jam. Belum lagi sehari,seminggu, setahun dan sehinggalah kiamat. Maka sedarlah kita semua, bahawa dunia ini tempat kita untuk beribadah bukannya untuk bermaksiat.

Thursday, February 25, 2010

Maulidur Rasul

Bismillahirrahmannirrahim
(Dengan nama Allah yang maha pemurah,lagi maha mengasihani)

Maulidur Rasul datang lagi, dan tahun ini tidak terkecuali. Selagi teras Islam masih terpasak kukuh,selagi itu Maulidur Rasul akan dirai. Jika diselusuri sejarah,peranan Rasulallah S.A.W dalam menegakkan Islam amatlah besar dan infiniti . Tiada sesiapa dapat menafikan kerasulan seorang insan bernama Muhammad bin Abdullah hatta seorang paderi Kristianus sekalipun. Sudah nyata memang Rasulallah insan terpilih.

Kita sebagai ummatnya haruslah sentiasa menyanyangi baginda sebagaimana Rasulallah melafazkan "Ummati,Ummati.."semasa akhir hayat baginda. Betapa sayangnya baginda terhadap ummat-ummatnya. Satu persoalan terlontar di sini, sayangkah kita kepada Rasulallah sebagaimana Rasulallah sayang kepada kita?

Jikalau kita sayang akan bagunda,apakah bukti yang boleh menunjukkan dakwaan kita? Adakah kita mengamalkan sunnahnya? Adakah kita senantiasa berselawat kepadanya? Adakah kita mengikuti secara benar agama baginda? Tepuk dada.tanyalah iman anda sendiri..

Tidak perlu perarakan jutaan ringgit,sedangkan pengisiannya kosong dan hambar. Apa yang paling penting,sudut rohani kita terisi penuh dengan cahaya-cahaya keimanan sempena Maulidur Rasul ini. Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan Baginda bagi memperoleh syafaat yang sangat membantu di akhirat ke;ak

" Maulidur Rasul untuk dihayati,bukannya untuk mencetus kontroversi"

   Wasalam

Tuesday, February 23, 2010

Por qué no pensamos

Bismillahirahmannirrahim

(el nombre de Alá, el Compasivo, el Misericordioso)

Mar "Ningún nombre, si no es en bruto, no hay tierra, si no su nombre asolado por la lluvia y la vida si su nombre no es ningún problema.


La pintura de color como completa, ni es la terminación de los problemas de la vida.

Agradecido, por lo menos sigue vivo y que Dios todavía la atención para mí y ti, ya que le otorgó el problema. ¿Te agudizar la akalmu.

Calma y manos rapatkan ponerse al día de oración para pedir orientación de Dios. De hecho, Él todo lo oye, todo lo sabe ",

A menudo se quejan cada vez que llegaron a un problema. De hecho, a menudo sufren abusos, sin Dios, porque nos damos cuenta de ese hecho no sólo es un desastre para nosotros, conscientes de la sabiduría de Lena pero por lo demás es precisar aún más nuestro sentido.


En realidad, deberíamos estar agradecidos porque después de largos inundan durante favor de alta, sólo en casos de desastre a prueba con sólo un poco. Y lo más importante, aún estamos vivos, aún en condiciones de decir sus oraciones y pedir orientación a ella, y buscar el perdón si hay un mal y lo que hacemos.



Kalo nak faham post ni,silalah klik sini

p/s=ni bahasa sepanyol.haha tiba2 nak wat post dlam bhasa sepanyol. Pakai google translater je pon.

Kosong dan Penuh

Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.


Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.

KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari "fikiran" anda sendiri.

Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda.

Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya,
memberikan makna kepadanya.

Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong

Saturday, February 20, 2010

Fall in Love?

Fall in love. Tajuk post pada kali ini.Jangan salah sangka ye, I'm not fall in love with a girl but Master of Study. Drama Korea lah. Haha. Cerita ini memang best. Bagi akulah.Yang lain tak tahu. Sebab apa dia best? Sebab cerita in membuatkan kita teringat semasa alam persekolahan. Time struggle untuk Add Math, time pulun hafal phrases BI dan gila-gila study untk SPM. Kalaulah cerita ni keluar masa tengah struggle dalam study dulu kan best. Mesti best.Huhu. Master of Study juga dikenali sebagai God of Study atau Lord of studying.Cerita ini diadaptasi dari manga Jepun yang bertajuk Dragon Zakura. Kat Jepun pun cerita ini dah ditayangkan. Jadi cerita God of Study ini adalah diadaptasi daripada Dragon Zakura.





cover drama God of study

Secara keseluruhannya, cerita ini pasal Kang Seok Ho,seorang peguam yang ditugaskan untuk menyelamatkan Byeong-Mun High School yang mungkin terpaksa ditutup akibat masalah kewangan. Disebabkan melihat tiada cara lain,Kang telah membuat keputusan untuk menyelamatkan sekolah itu dengan menghasilkan seramai mungkin calon ke Cheon-Ha University. 5 orang pada tahun pertama dan 100 orang pada tahun berikutnya. Ini membolehkan Byeong-Mun High School meningkatkan reputasinya dan memastikan ramai pelajar memohon untuk belajar disitu. Cabaran pertama dia adalah mencari 5 orang pelajar untuk "Special Class" yang akan masuk ke Chun-Ha dalam masa tiga hari.

Akhirnya, dengan berbaki 3 saat sebelum tarikh mencari pelajar untuk 'Special Class" tamat, Kang berjaya dengan misi pertamanya. Pelajar-pelajar yang terbabit dengan Special Class ini ialah Hwang Bek Hyun,Kil Pulip, Chan Doo,Na Hyun Jun dan Bong Goo. Dengan masa berbaki setahun, mereka berlima terpaksa berkerja -keras untuk belajar dalam Math,English dan Korea. Pelbagai perkara berlaku semasa dalam tempoh itu.


Cerita ni tak seperti drama tipikal korea yang lain. Ianya tak menekankan aspek percintaan. Jadi cerita ini sempoi sahaja. Mungkin pada mulanya macam x suka nak tengok,tapi bila dah tengok dan tengok,mesti rasa nak tengok lagi.Haha. Serius x tipu. Tengoklah. 4.5 untuk drama ni.


manga Dragon Zakura.

p/s=addiction terbaru. lama tunggu episod 8 dia yg ada subs. Last2,tertengok pulak drama Dragon Zakura yang versi jepun punya.Huhu.

Friday, February 19, 2010

Diari Qausar(4)

"Ziqry,kau memang hebatlah.Tak sangka kau boleh rapat dengan Qausar.Diakan "queen ice".Tak sangka kau boleh mencairkan keegoan dia."ujar Syahmin.


"Biasalah.Siapakah yang tidak kenak Ziqry?Pencair hati wanita yang terkenal.Apa-apa pun,mana wang aku? Bukankah kau kata yang aku akan dapat RM100 sekiranya aku berjaya rapat dengan dia."balas Ziqry.

"Yelah.Kau menang.Kau memang hebat.Tiada sesiapa dapat lawan kau.Ambillah wang kau ni"ujar Syahmin sambil menghulurkan not RM 100 kepada Ziqry.

Qausar yang kebetulan lalu di situ,tersentak apabila mendengar apa yang baru diperucapkan oleh Ziqry dan Syahmin.Dia tidak dapat menahan gejolak emosinya.Kalau diikutkan hati,ingin sahaja dia menampar muka Ziqry.Tapi,dia masih rasional diri.Cepat-cepat dia menyeka air matanya.Lalu bergegas pergi dari situ.Dia tidak mahu menujukkan air muka kekalahannya di depan Ziqry.Adakah nilainya pada mata Ziqry hanyalah sekeping not kertas RM100? Itu sahajakah nilai dirinya? Adakah dia memang barang untuk diperdagangkan? Segala persoalan itu berlegar-legar dalam kotak fikirannya.Ligat mencari jawapan.Tapi,emosi telah membatasi segalanya.Dia tidak dapat berfikir secara rasional.Air matanya mula berguguran jatuh membasahi bumi.Jatuh bagaikan salji-salji putih. Kelakuannya diperhatikan Farhana dan Afryna. Dan seperti dijangka mereka berdua menghampiri Qausar yang masih berduka.

"Qausar,kenapakah ini?Adakah ada sesuatu yang berlaku?Ceritalah kepada kami"ujar Farhana.

"Far,Ryna.Ziqry tipu aku selama ini.Dia hanya mahu mempermainkan aku.Aku bodoh.Mengapalah aku boleh terpedaya.Aku sedih"balas Qausar dalam nada sayu.

"Tidak mengapalah,Qausar.Biarkan dia.Let him go.If you love someone,let it go,if he comes back to you it's your,if it doesn't,it never was."pujuk Farhana.

"Ya,Qausar.Kau masih ada kami berdua.Ziqry tidak menghargai kamu,tapi kami tidak.Kami sayang kamu kerana Allah.Dan,Allah akan sayangkan kamu juga."tambah Afryna.

"Kamu berdua betul.Aku kena menerima hakikat.Ini semua dugaan-Nya.Aku masih ada Allah disamping aku dan kamu berdua.Aku terlupa."ujar Qausar denga nada tenang.

*

Qausar kembali menatap diarinya itu.Pengalaman lalu telah mematangkan dirinya.Menjadikan dirinya lebih matang dan berkeyakinan.Lebih mengerti erti kehidupan yang penuh pancaroba.Sesungguhnya,dia amat bersyukur kerana pernah diuji sebegitu rupa.Jika tidak,kemungkinan besar dia akan terus hanyut dalam lautan kenikmatan.Setelah beberapa ketika,dia membaca kembali diarinya itu.

16 Disember


Aku sudah lama tidak menulis dalam diari ini sejak peristiwa itu.Bukan apa,aku terlalu sibuk dengan peperiksaan aku.Tiada masa untuk aku meluangkan masa menukilkan sesuatu dalam diari ini.Alhamdulillah.Segalanya kini selesai.Sekarang,aku sudah bergelar seorang alumni.Setelah beberapa purnama memerah keringat,akhirnya kini tibalah masanya aku menuai hasil.Sekarang,aku hanya mampu bertawakal sahaja kepada Allah.Manusia hanya mampu merancang,tapi Allah yang menentukan segala-segalanya.InsyaAllah aku akan memperolehi keputusan yang cemerlang sepadan dengan usaha aku.Oh ya,macam mana dengan Ziqry?Siapakah itu?Haha.Sejak dari kejadian itu,aku sudah menjauhkan diri daripadanya seperti mana sebelum aku mengenalinya.Setelah menyedari perubahan diri aku,dia mula sedar akan kesilapanya.Tapi,maaflah.Qausar bukanlah seorang gadis murahan yang boleh diperkotak-katikkan untuk kali kedua.Sekali terkena,beringat sampai bila-bila.You are brilliant girl Qausar!Hey,no one is perfect in this world.No matter what people said about youu,just ignore it.If they critic you or say bad things about u,just tell them to shut up coz they are not perfect too.And maybe they are even worst than you.Aku akan ingat sampai bila-bila ayat ni.Ayat yang menjadi prinsip hidup aku.(^_^)

"Ya Allah Tuhanku,yg merubah kalbu,tetapkanlah hatiku,moga sentiasa dalam agamaMu,jua taat akan perintahMu.Tuhan,usah bebankn kami dgn bebanan yang berat spt yg telah kauberikan kepad umat yang terdahulu dari kami.Tuhan,jangan pikulkan kami yang tidak kami terdaya.Maafkan salah kesilapan.ampunkanlah dosa-dosa,rahmatilah kami.Amin ya rabbal alamin"

TAMAT

Diari Qausar(3)

1 Mei


Sudah lama tak tulis dalam diari ini.Bukan tak mahu tulis,tapi keadaan tidak mengizinkan.Jadual kelas semakin padat.Kelas tambahan pula sering menghimpit.Penatnya tak usah cakaplah.Nasib baik hari ini cuti.Jadi,adalah masa terluang sedikit.Itupun,kerja rumah masih menanti untuk disudahkan.Aduh,seksa sungguh.Tidak mengapa.Kalau mahukan kejayaan mesti ada pengorbanan.Betul bukan?Mak selalu cakap begitu.Sayang mak! Macam mana dengan Ziqry pula? Kenapa tiba-tiba keluar nama dia pula ni.Dah angau rasanya aku ini. Hubungan aku dengan dia sudah bertambah rapat tanpa aku sedari.Aku tak tersangka yang hubungan aku dengan dia boleh jadi serapat ini.Yelah,akukan pemalu. Mana bergaul sangat dengan orang lain terutamanya budak-budak lelaki.Entahlah,aku hanya rapat dengan abang aku sahaja.Serius tak tipu. Kami pun sudah terbiasa bermesej.Hihi.Saja-saja je. Bertanya khabar. Tanya soalan yang tidak faham.Kadang-kadang,tazkirah online.I love it.Ziqry berbeza dengan lelaki tipikal yang lain.Dia sangat memahami erti sebenar seorang perempuan.Dia sangat hebat.Lelaki yang dikurniakan dengan segala yang menjadi idaman seorang wanita.I really miss it.

15 Jun

Sekarang masih dalam cuti sekolah,jadi agak relaks dan tak perlu serabut seperti disekolah.Masa berjalan dengan tenang sahaja.Setenang,air sungai yang mengalir.Semua kerja rumah yang diberikan cikgu-cikgu telah siap dibuat. Sekarang,bolehlah membuat aktiviti-aktiviti yang disukai.Haha. Oh ye,tadi baru sahaja belajar cara-cara membuat kek coklat kukus.Resipi turun-temurun mak.Hasilnya? Mestilah sedap! Lain rasanya berbanding dengan kek coklat yang dibakar.Tak tahulah nak cakap macam mana.Tapi,memang sedaplah.Kalau nak,buatlah sendiri.Okay,cerita pasal Ziqry pula.Setiap hari,dia tidak lupa untuk menghantar mesej bertanya khabar dan menceritakan aktiviti seharian dia.Daripada apa yang dia mesej,dia seperti sedang menikmati percutian yang menarik dan fantastik.Menghabiskan masanya bersama-sama keluarga tercinta.Tapi,Ziqry tetap tidak lupa menghantar mesej.Dia kata yang dia rindu untuk belajar bersama-sama.Haha.Aku juga rindu.Tidak mengapa.Beberapa hari lagi kita akan bertemu kembali.Seronoknya! Inikah yang orang kata cinta pandang pertama?(^_^).

15 Julai

Diariku,aku sangat sedih.Mengapakah aku sedih?Deep waters are quiet but thats where many death occurs. Aku tak sangka yang kebaikan Ziqry selama ini hanyalah salah satu kepura-puraan.Aku hanya mampu memendam perasaan aku.Aku memang benar-benar sedih.Mengapakah Ziqry tergamak berbuat begitu kepada aku? Adakah kerana aku seorang gadis yang naif?Yang boleh diperkotak-katikkan begitu sahaja.Ya Allah,mengapakah aku begitu bodoh.Aku tidak menyangka yang semua ini akan berlaku kepada aku.Ziqry tidak ikhlas dalam perhubungan kami selama ini.Dia hanya berpura-pura bersikap baik.Memang Allah nak bukakan pintu hati aku.Aku terdengar Ziqry berbual dengan kawannya.Dan butir-butir perbualan mereka masih aku ingat.Betapa hancur luluhnya hatiku ketika itu.Bagaikan kaca terhempas jatuh ke atas lantai.Mengapakah aku diuji sebegini sedangkan peperiksaan kian menjelang tiba.Apakah salahku? Nasib baik aku masih mempunyai dua orang sahabat baik aku.Mereka sangat memahami aku.Farhana,Afryna.Kamu berdua memang kawan sejati.Setia bersama aku walaupun seluruh dunia seakan-akan menentang aku.Ketika diri ini dipaksa menrima hakikat yang sungguh menyakitkan hati,kamu berdua hadir membantu memberi kata-kata perangsang.Kamu semuanya hebat!Farhana,Afryna..

Qausar mengangkat mukanya.Tepat memandang ke syiling.Memorinya kembali berputar dalam benak fikirannya.Memori yang sangat menyakitkan hati. Sampai ketika ini,hatinya masih terasa sakit.Luka yang tidak pernah sembuh walaupun dicari penawarnya.Luka fizikal dapat diubati,tapi apabila jiwa yang luka tiada apa-apa yang dapat menyembuhkannya.Hanya Allah sahaja dan keazaman seseorang itu yang mampu menyembuhkannya.Aisya sememangnya tidak kuat apabila berseorangan. Dia tidak mampu melakukan apa-apa dengan tenaganya sendiri.Tapi,dia miliki kawan yang sejati.Dia masih ingat hingga ke detik ini. Perlahan-lahan dia mengingat kembali peristiwa pahit itu.Memorabalia kembali berputar.Kepingan-kepingan puzzle memori kembali bercantum.

BERSAMBUNG

Thursday, February 18, 2010

Diari Qausar(2)

25 Februari


Agak lama juga aku sudah tidak menulis dalam diari aku ini. Maafkan aku,diariku sayang.Bukan aku tidak mahu meluangkan masa bersamamu,cuma masa membataskan segalanya. Apapun,aku gembira kerana kehidupan aku berjalan lancar seperti biasa.Oh ya,setelah lama aku menyiasat,akhirnya aku tahu juga siapakah gerangan orang itu?Ziqry!! Yup..Orang itu adalah Ziqry.Pelajar lelaki paling popular di sekolah.Macam tak percaya sahaja dia yang beri.Dahlah dia itu pandai dan aktif bola keranjang.Apalah yang ada dengan aku ni.Istimewa sangatkah aku pada pandangan dia? Hati ni dah terasa berdebar-debar sangat.Apakah perasaan ini? That's love? I'm fallen in love? Aku pun tak tahu.Mungkin ini salah satu daripada proses kematangan aku.Rasa-rasanyalah.Adakah aku telah dilanda al-Shabwah(kerinduan) ataupun al-Miqat(cinta)?

Qausar memalingkan muka seketika daripada diarinya itu.Dia seakan-akan memejam mata cuba mengingat kembali detik-detik seperti yang tercoret dalam diarinya itu.Detik ketika Ziqry memberitahu dia bahawa hadiah misteri itu datangnya daripada dia.


"Err..Qausar.Sebentar ya.Sudahkah awak dapat hadiah itu? Saya yang beri sebenarnya.Harap awak sudi terimanya.Apapun,Happy Birthday."ujar Ziqry

Qausar kelihatan kaget.Dia tidak tahu nak berkata apa-apa.Otaknya seperti tidak dapat memproses apa-apa.Dia tidak menyangka kejadian seperti itu akan berlaku.Lidahnya kelihatan kelu.Tiada apa-apa yang mampu diucapkan.

"Oh,awak ke yang beri hadiah itu Ziqry? Tak sangka pula saya.Terima kasih ye.Saya suka sangat.Nampak cute keychain itu.Sesuai dengan saya.Terima kasih,ya"balas Qausar dengan agak perlahan.

"Oh ya,harap awak dapat kawan dengan saya.Saya suka dengan personaliti awak.Awak kelihatan berbeza dengan rakan-rakan awak"tambah Ziqry.

"Boleh sahaja.Asalkan kawan tak mengapalah.Tidak lebih daripada itu"Qausar memberi respon sambil tersenyum.

Qausar kembali membaca diari kesayangannya itu.Dia menyelak muka surat yang lain.Ingatannya masih segar mengimbau memori lama.Baginya,sebahagian daripada memori silam dia sangat membahagiakan dan ada juga yang mendukakan.Itulah rencah kehidupan.Perlu ada pelbagai perencah baru erti kehidupan dapat dirasai.Dan,sememangnya dia tergolong dalam kategori itu.Sepanjang dia hidup,dia sudah merasai semuanya.Itulah yang telah mematangkan dia secara mental khususnya.


Setelah beberapa ketika, Qausar bersedia membaca kembali diarinya itu.Dia seakan-akan tenggelam dalam fantasi memorinya sendiri.

15 Mac

Aku berasa sangat gembira pada hari ini. Keputusan Ujian Peningkatan Prestasi telah dikeluarkan.Alhamdulillah,aku mendapat keputusan yang agak cemerlang.Tapi,masih ada ruang yang boleh diperbaiki.Aku yakin yang aku boleh.InsyaAllah,aku boleh memperolehi keputusan yang cemerlang pada akhirnya.Kredit harus diberikan kepada dua sahabat karibku,Farhana dan Afryna kerana sering membantu aku dalam pelajaran.Sayang mereka berdua.(^_^).Oh ya,sebelum terlupa.Ziqry juga agak membantu aku.Hihi.Dia telah membantu aku lebih memahami subjek Physics yang aku agak kurang kuasai.Aku ajak juga Farhana dan Afryna bersama.Ternyata Ziqry banyak membantu kami."Thanks to him".Lagi satu, Ziqry juga beri nombor telefon dia.Dia kata untuk sebarang pertanyaan jika ada sebarang masalah.Aku pun terima sahajalah.Bolehlah aku mesej dia bila-bila masa sahaja.Haha.Jangan salah faham.Apabila aku ada nombor dia,bolehlah aku tanya dia apa-apa sahaja yang aku tidak faham.Ziqrykan pelajar top dalam kelas.Baguslah kalau dia dapat tolong aku.Kehidupan aku memang agak baik kebelakangan ini.Harap-harap dapat berterusan.InsyaAllah."life is a maze and love is a riddle".

Qausar merenung diarinya. Satu pandangan tajam seakan-akan menembusi diarinya itu. Garisan nipis mulutnya sukar dibaca. Dia seakan menahan sesuatu daripada terbebas keluar. Diarinya memang membuatkan dia mengimbau memori lama.

BERSAMBUNG

Wednesday, February 17, 2010

Diari Qausar-(1)

Suasana tenang menyelubungi bilik itu.Hanya kedinginan malam yang menemani Qausar,seorang gadis yang mempunyai mata hitam sepeti kebanyakan wanita Asia lain. Qausar kelihatan tekun mencatatkan sesuatu dalam sebuah buku yang bersaiz agak sederhana seakan-akan sebuah diari.Sesekali,dia akan tersenyum simpul ketika tangannya ligat menukilkan sesuatu di atas helaian-helaian kertas buku tersebut. Sememangnya,dia kelihatan asyik dengan kelakuannya itu. Baginya, dengan menukilkan sesuatu dalam diarinya itulah dia dapat meluahkan segala apa yang terbuku di dalam hatinya. Tambahan pula,diari itu sememangnya istimewa dalam kamus hidupnya. Diari itulah temannya sewaktu dia mengharungi saat-saat suka dan duka kehidupan. Diari berwarna pink pemberian ibunya yang tercinta pasti tidak dapat digantikan dengan apa-apa sekalipun kerana disitulah tercatatnya hikayat seorang perajurit wanita bernama Qausar. Qausar tersenyum sendirian ketika tangannya masih ligat mencatatkan sesuatu di atas diari itu. Memorabalia silam kembali menjelma dalam benak fikirannya. Dia mengangkat diarinya perlahan-lahan sambil mula membaca bait-bait yang ternukil dalam diari itu. Pengembaraan memorabalia silam kini bermula. Pengembaraan yang penuh dengan warna-warna cerita.


3 Januari


Hari pertama persekolahan. Semuanya kelihatan bagus-bagus sahaja. Sungguh rindu sekali rasanya berjumpa kembali dengan kawan-kawan lama.Aku memang merindui mereka semua. Tempoh masa sebulan seakan-akan seperti setahun sahaja. Kini,aku berjumpa mereka kembali.Tahun ini akan menjadi tahun penting buat diri aku.Tahun inilah peperiksaan SPM akan bakal menjelma tiba. Bahangnya sudah dirasai.Apatah lagi,keputusan peperiksaan pada peperiksaan akhir tahun lepas masih kurang memberangsangkan.Masih terdapat banyak kelompangan yang perlu diperbaiki. Subjek-subjek Sains masih belum dikuasai sepenuhnya. Apapun,masih belum terlambat untuk mengubah segala-segalanya."Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu".Aku berpegang teguh dengan ayat-ayat Allah ini. Sekiranya kita mahukan sesuatu diri kita sendirilah yang seharusnya memulakan langkah. Aku tidak bersendirian dalam menempuh segala cabaran kerana aku mempunyai ibu bapa yang sering memberi dorongan kepada aku. Selain itu,Farhana dan Afryna juga sentiasa berada disamping aku, menyokong aku dari belakang.Mereka berdualah sahabat sejati yang susah dicari ganti. Apapun,perjuangan baru bermula.Aku akan berusaha sebaik mungkin.Chaiyok!!(^_^).

30 Januari


Penat sungguh! Bermacam-macam aktiviti terpaksa dilalui.Dengan latihan sukannya,ujian bulanan dan kerja-kerja sekolah yang bertimbun.Kadang-kadang,rasa macam nak pecah kepala sahaja.Tapi,semua keletihan tu hilang begitu sahaja apabila menerima ucapan "Selamat Hari Lahir" daripada kawan-kawan.Ya!! Aku sudah 17 tahun! Tambah setahun lagi umur aku.(^_^).Matang ke aku sekarang? Entahlah. Nak kata aku matang, tak juga.Childish juga kadang-kadang.Haha.Biar sajalah.Yang penting aku sentiasa gembira dan terus kekal ceria.Oh ye,ada satu kejutan pada hari ini.Aku menerima hadiah daripada seseorang.Siapakah gerangannya itu? Tidak dicatatkan apa-apa di atas hadiah itu.Cuma tertulis ~Secret Admirer~.Aduh,siapa pula ini.Sudah tentu bukannya rakan-rakan perempuan.Mestinya daripada lelaki. Aku tak tahu nak eksperesikan perasaan aku bagaimana. Suka ke? Entahlah.Tiba-tiba sahaja hati ini terasa berdebar nak tahu siapakah gerangan orangnya.Yelah.Dekat kelas,aku inikan pemalu sedikit.Kurang bercakap dengan lelaki.Siapalah yang terdetik hatinya itu nak beri aku hadiah ni.Dah lah mahal pula itu.Tak membazirkan duit dia ke? Aku pasti nak cari siapa orang itu. The journey will be begin.=p

Qausar memalingkan seketika mukanya. Dia seakan-akan sedang memikirkan sesuatu. Mungkin diarinya itu telah membawa dia mengingati kembali satu peristiwa yang pernah terjadi pada dirinya satu masa dahulu.

Bersambung

Diari Qausar-Pengenalan

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu meningat akan kebesaran Allah.Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya  aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu" (Az-Zariyat: 49-50).

Selagi kita bernama manusia,kita memang tidak dapat menafikan kewujudan rasa cinta,rasa kasih dan rasa sayang yang berpadu dalam diri. Sejalur perasaan yang meluap-luap dan serangkum perasaan yang membuak-buak pastinya membelenggu kebanyakan anak muda terjerat dalam dunia percintaan.

Cinta tidak hanya lahir dalam satu medium sahaja. Ianya boleh melalui seorang sahabat atau seorang kekasih. Apakah cinta itu sejati pabila sang lelaki menuturkan kalimah-kalimah cinta kepada sang wanita? Mampukah kalimah-kalimah itu meruntun hati seorang wanita? Adakah ianya mampu bertahan seperti yang dicanangkan?

Semuanya bakal terjawab pada sebuah diari istimewa milikan seorang wanita suci bernama Qausar. Diari kesayangannya bakal merungkai segala persoalan. Adakah cinta itu sejati atau hanya sekadar konspirasi?

Adakah cinta sebelum masanya kekal abadi? Adakah cinta itu boleh dijual beli? Adakah cinta itu hanya skematik? Adakah...





"DIARI QAUSAR"

 Mungkin diri ini masih belum sempurna lagi,tapi pena ini ingin sentiasa berdansa menukilkan sesuatu. Lalu,terhasillah cerpen Diari Qausar. Moga memperoleh apa yang ingin disampaikan.

p/s=kredit kepada dua orang kawan saya. Satu membantu daripada aspek penceritaan. Satu lagi membantu daripada aspek grafik. Syukran. Cerita akan bermula pada post yang satu lagi 

Tuesday, February 16, 2010

Preview

Pada malam ini atau pagi esok waktu Malaysia,Manchester United akan bertemu AC Milan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pusingan kedua. Ibarat buku bertemu ruas. Man U pasti akan berdepan cabaran sengit Milan di San Siro. Man U pasti masih mengingati kekalahan 3-o mereka di San Siro pada separuh akhir Liga Juara-Juara musim 2006-2007. Jadi,pertemuan di San Siro kali ini merupakan medan terbaik untuk The Red Devils membalas dendam kekalahan mereka.



Perbandingan kekuatan:

Penjaga gol= Edwin Van Der Sar boleh dikatakan sedang mencapai prestasi kemuncaknya. Manakala Dida dilihat agak bergelut ketika ini seperti ditunjukkan ketika Milan membenam Udinese.

Pertahanan=United sudah semakin pulih daripada krisis kecederaan mereka. Dan perkara itu dibuktikan dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Mereka tidak bolos sebanyak 3 perlawanan sebelum Carlos Cuellar membolosi gawang United ketika United seri dengan Aston Villa. Dengan kehadiran semula Rio Ferdinand, pertahanan United dijangka lebih mantap walaupun tanpa kehadiran Nemanja Vidic. Manakala, Milan pula kelihatan agak bergelut di bahagian pertahanan belakangan ini. Mereka telah melepaskan 2 gol ketika bertemu Udinese. Alessandro Nesta amat diperlukan dalam memantapkan benteng Milan yang agak goyah ketika ini.

Midfielder=Kekuatan kedua-dua pasukan agak setara di bahagian Midfield. Giggs dijangka memainkan peranan penting dan pengalaman Scholes amat diperlukan. Ji Sung mempunyai peluang untuk diturunkan. Nani pula boleh memberi dimensi berbeza kepada United. Di pihak Milan pula, Beckham semestinya menjadi tumpuan. Hantaran-hantaran lintangnya masih lagi berbahaya. Keberanian Gattuso memberi kelebihan kepada Milan. Pengalaman luas Seedorf pula amat diperlukan. Secara teknikalnya, kekuatan midfield kedua-dua belah pihak seimbang namun Milan dijangka lebih menyerlah di bhagian midfield.


Serangan=United dilihat berbisa di bahgian serangan ketika ini. Rooney yang telah menyumbat 23 gol dijangaka akan menyerlah dan diberi kawalan ketat oleh pertahanan Milan. Berbatov masih berbahaya dan boleh menjaringkan gol jika diberi peluang secukupnya.Owen pula menjadi pemain gantian yang bagus dan mampu menjaringkan gol pada situasi genting. Milan pula dijangka menurunkan gandingan Alexandre Pato dan Ronaldinho. Mereka dilihat semakin serasi belakangan ini dan pastinya memberi masalah kepada pertahanan United.

Keseluruhan=  United dijangka lebih menyerlah pada perlawanan ini.Namun, bermain di tempat sendiri mampu memberi semangat yang berbeza kepada Milan. Ditambah dengan kehadiran penuh nostalgia Beckham, Milan dijangka mampu mengatasi United. Tapi,bola itu bulat. Apa-apa sahaja boleh berlaku.

Ramalan perlawanan= Manchester United 1- AC Milan 1

p/s= kalau hendak menonton,buatlah sola tahajud dulu.Hihi. Bukan senang nak bangun malam.Haha.

Sunday, February 14, 2010

BEST FRIEND

The song that I really love






Mou daijoubu shinpai nai to
Nakisouna watashi no soba de
Itsumo kawaranai egao de
Sasayaite kureta
Mada mada mada yareruyo
Datte itsudemo kagayaiteru

**
Toki ni wa isogisugite miushinau
Koto mo aru yo shikata nai
Zutto mimamotteru karatte egao de
Itsumo no youni dakishimeta

Anatano egao ni
Nando tasukerareta darou
Arigatou arigatou
Best friend

Konna ni takusan no shiawase
Kanjiru toki wa
Ah shunkan de
Koko ni iru subete no nakama kara
Saikou no purezento

Mada mada mada yareru yo
datte itsudemo minna soba ni iru

Kitto imawa koko de
Yaritogerareru koto
Donna koto mo
Chikara ni kawaru

Zutto mimamotteru karatte egao de
Itsumo no you ni dakishimeta
Minna no egao ni
Nando tasukerareta darou
Arigatou arigatou
Best friend

repeat **
Zutto zutto zutto
Best friend


English Translation
 
I don't have to worry anymore, cause you will be by my side when I cry
You always smile at me
I am blessed because you always shine before me
Things that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

These plenty happiness that I felt at this moment
All the friends that I have here, you the best present
I am blessed because you always be by our side
Surely things that I have accomplished here, those things too give me strength (change to strength)
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
All of your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

Things that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

Always always always my Best Friend

                    ~Dedicated to all my friends. May Allah bless you forever~

Saturday, February 13, 2010

Pelajar DULU dan SEKARANG

dBismillahirrahmanirrahim


Post kali ini mungkin agak pedas dan beremosi sedikit. Tiada apa-apa niat pun,cuma untuk renungan diri dan sedarlah siapa kita.


Pelajar DULU, ZIKRULLAH sentiasa bermain di mulut. Tetapi pelajar SEKARANG, CACIAN  yang menjadi pujaan


Pelajar DULU, sentiasa MENGHORMATI hak orang lain. Tetapi
SEKARANG, bersikap tak ubah seperti orang yang TIDAK PERNAH BELAJAR AGAMA.

PelajarDULU, ALHAMDULILAH dan SUBHANALLAH yang menjadi peneman setia. Tetapi PelajarSEKARANG, FU** dan HALF-W** yang menjadi bualan.

Pelajar DULU, tahu caranya menjaga kelakuan. Tetapi, SEKARANG seakan-akan tidak tahu kelakuan seorang muslim.


Kesimpulannya, pelajar dulu dan kini sangatlah jauh BEZAnya.

P/S= Tidak semua pelajar sekarang yang bersikap seperti dinyatakan di atas. Hanya SEGELINTIR kecil sahaja. Siapa yang makan cili.dia yang terasa pedas.




~RENUNGKANLAH KALAU ANDA MEMPUNYAI AKAL FIKIRAN~


Friday, February 12, 2010

Memori(Fly)-(upgrade)

Bismillahirrahmanirrahim

perhatian=post ini tersangatlah panjang.Sila tarik nafas dulu sebelum membacanya.Haha.Oh ye,satu lagi post ini agak ada fantasi sket, jadi baca jelah.Haha. Enjoy it~

Fly? Apakah itu? Kalau ikut dictionary,fly bermaksud terbang. Tapi,bagi pelajar-pelajar asrama,istilah fly itu mempunyai makna tersendiri. Haha. Kalau ikut ayat skemanya,fly bermaksud keluar dari kawasan tanpa kebenaran. Fahamkan. Okay. Satu soalan yang simple,siapakah yang tak pernah fly? Opps. Silap. Siapakah yang pernah fly? Konfem pernah punyakan. Haha. Tak payah tipulah. Kalau tak pernah fly, tak adalah kemanisan menjadi seorang "hostelian". Haha.


Jadinya,pada post kali ini,aku akan ceritakan tentang pengalaman fly aku sepanjang menjadi seorang pelajar KKJ yang skema. Haha. Sebelum itu,mari kita berkenalan dulu dengan my best friends a.k.a my fly's friends.Haha.



                               ~POWER RANGERS~


Shahir Salleh/Caer
perancang segala strategi
BLUE ranger




Wan Fikry Hizry/Wan
pemberi sokongan 
RED ranger




Farez Syinon/Syinon
paling tenang antara semua
GREEN ranger

Sudah kenal bukan? Haha. Mereka sekalianlah yang selalu menghabiskan masa bersama dengan aku. Tak kiralah ketika cuti hujung bulan ataupun ketika berada di hostel. Macam-macam perkara yang kami buat. Fly tak usah ceritalah. Tak terbilang jumlahnya. Tapi,semuanya masa cuti hujung bulan jelah. Tak adalah masa sekolah. Nak mati agaknya kalau buat camtu. Ustaz Khir ada jelah.Haha. Selain fly,kitaorang juga selalu study sama-sama. Haha. Study tak boleh lupa. Biasanya,kitaorang buat sistem cikgu.Maknanya, seorang akan ajar yang lain-lain.Fahamkan? Buat-buat faham sudah. Pada kebiasaanya,aku akan ajar subjek sejarah dan subjek2 Sains terutamanya Kimia. Yang lain pun ada syif diaorang juga.

tempat bermulanya pengembaraan epik empat orang power rangers.Haha.


tempat merancang strategi(imiginasinyalah)


Okay. Sekarang akan diceritakan pengalaman kitaorang semasa fly ke Jaya Jusco Bukit Tinggi. Masa tu cuti bulan 7.Jadi,kebanyakannya pulang ke rumahlah. Oleh itu,yang tinggal di asrama amatlah sedikit.Huhu. Plan nak ke JJ memang dah dirancang lama dah. Dua minggu sebelum cuti tu lagi. Semangatlah katakan. Haha. Semua dirancang dengan begitu teliti sekali. Sistematik giler. Mengalahkan perancangan nak berperang. Setiap aspek telah diambil kira. Pukul berapa nak pergi,pukul berapa nak balik,macam mana nak cover dans segala macamlah. Senang cerita,SISTEMATIK. Okay,jadi bermulalah sebuah pengembaraan yang epik dan penuh mencabar(tak boleh blah!). Jeng!Jeng!




Pasukan Power Rangers mula bergerak...Tapi pada hakikatnya...



Inilah kenderaan yang kita orang naik sebenarnya. The Special Mini Bus
Bas mini Klang yang terbaik punya.Haha. Kenderaan rasmi empat orang power Rangers ini.
Penuh dengan kelengkapan. Haha

Pukul 3.00 petang,kitaorang semua bersiap sedia nak pergi. Selepas memakai baju kesukaan masing-masing(No batik!Haha),kitaorang pun pergi ke tempat menunggu bas kat depan asrama.Lebih kurang pukul 3.20 bas mini Klang pun sampai.Seperti biasa,keadaan dalam bas itu teramatlah sesak. Macam sardin.Haha. Terdengar juga suara konduktor bas menjerit,"2 line,2 line" dan "Abang,masuk itu dalam lagi"(relly miss it!). Memang unik bas kat Klang ni. Hampir 50 orang boleh muat dalam satu bas. Bayangkanlah sendiri betapa "5 stars" bas kat Klang. Haha.Selepas lebih kurang 20 minit,akhirnya kita orang sampailah kat bandar Indon. Opps. Klang. Bersepah-sepah orang Indonesia kat situ. Tak apalah diaorang nak cari rezeki tu. Selepas tiba kat Klang,kitaorang pun mencari-cari bas nak ke Bukit Tinggi. Akhirnya jumpa juga. Haha. Satu step lepas dah. Dalam pukul 4.00 petang kitaorang pun bertolaklah ke Bukit Tinggi. Bas dia memang superblah.Berbeza dengan bas Klang. Ni baru "5 stars punya bas". Haha.


antara pemandangan dalam bas yang elit dan terbaik

Setelah lebih kurang setengah jam,kitaorang pun sampailah di Jaya Jusco Bukit Tinggi. Boleh tahan besar jugalah. Macam Stadium Old Trafford pun adalah juga. Memang besarlah. Haha. Sebaik sahaja kitaorang masuk menjejakkan kaki ke dalam Jusco itu, kitaorang cari surau dulu.Hehheh. Solat jangan lupa!.Huhu. Siap berjemaah lagi.Bukan nak kata apalah. Memang dah terbiasa berjemaah kat hostel. Caer jadi imam. Seusai sahaja habis solat,kitaorang pun naik ke tingkat atas Jusco itu.Buat ape ye? Haha. Tengok movielah.Haha. Tapi,petang tu x de lagi.Malam je baru ada. Pukul 9.00 malam. Selepas mengusha beberapa movie yang best.Kitaorang pun decidelah nak tengok "X-Men:Wolverine". Sebab masa tu memang tak de movie lain yang best. Hentam sajalah labu. Selepas beli tiket,kitaorang pun blah jalan-jalan. Kitaorang singgahlah di MPH bookstore. Tengok-tengok novel. Caer beli Rooftop Rant dan aku pula Iskandar Zulkarnain. Memang best!



Jusco Bukit Tinggi yang menjadi tempat pengembaraan.
Tempat sasaran empat orang power Rangers ini.

Selepas setengah jam kat MHP,kitaorang pun mulalah cari Kedai makan untuk berbuka. Yup! Pada hari itu,kita orang berpuasa sunat. Haha. Sebenarnya Farez sahaja yang memang nak berpuasa sebab dia dah nazar untuk berpuasa jika dia menang forum.Aku,Wan dan Caer pun puasa sekalilah. Baru happening. Setelah mencari-cari,kitaorang pun decide nak berbuka kat Kentucky Fried Chicken. Masin-masing pakai duit sendirilah. Lemaklah kalau nak orang belanja. Haha. Antara menu pada hari itu iakah Chicken Rice,Wedges,Ice Creams dan sebagainya. Memang happening. Bukan senang nak berbuka puasa dengan kawan-kawan macam ni. Pengalaman sekali seumur hidup tu.haha. Setelah doa dibaca,maka bermulalah perbuatan melantak. Macam jamuanlah pulak. Makanannya teramatlah banyak tapi empat orang jer. Nafsu betul.Haha.



restoran yang menjadi tempat kitaorang berbuka puasa


hidangan untuk berbuka puasa tu

Desert kitaorang.Meamn ikut nafsu masa tu.


sayuran2 jgn dilupakan.kena jaga kesihatan gak.Haha

Okay,selepas habis melantak kitaorang pun solatlah berjemaah kat surau. Tunggu sampai Isyak sekali. Apa-apa pun,solat tak boleh dilupakan.Kan solat itu tiang agama. Dalam pukul 8.50,kitaorang pun naiklah ke atas untuk tengok "X-Men:Wolverine". Sebelum masuk,sempatlah juga beli popcorn sebakul dua.Haha. Kat dalam tu memang ramai. Biasalah,filem top. Harap-harap taklah terkantoi kitaorang masa tu.Haha. Dalam tu memang tersangat sejuk.Adoyai. Lupa nak pakai baju lengan panjang.Dahlah alergik sejuk. Haha. Tapi,biar jelah. Takkan nak beli baju baru kot.Haha. Filem X-Men tu memang best.5 stars. Terbaik punyer! Memang berbaloilah kalau tengok. Tak sia-sia sepuluh ringgit tu. Memang best. Korang pun tahukan cerita dia macam mana. Malas nak buat preview filem kat sini.


poster cover filem X:Men.Best giler!

Dalam pukul 11.00 malam,cerita X-Men itu pun habis.Maka kitaorang pun keluarlah dari cinema itu. Ketika berjalan-jalan tu,ternampaklah Kedai Komik "One Comic". Apa lagi,aku pun bantailah komik-komik yang best. Antaranya, Dragon Ball dan Naruto. Memang bestlah. Bukan senang nak dapt koleksi macam tu. Susah woo.Haha. Kat kedai-kedai pun dah takde dah. Kalau ada pun,yang tak best punya. Haha.Selepas puas shopping komik,kitaorang pun teruskanlah perjalanan. Ternampaklah kedai Dunkin Donuts. Perut pun dah berbunyi irama keroncong. Jadi,kitaorang belilah donat-donat tu. Terbaik punya! Memang sedap. Kira supper lah ni. Supper yang lebih hebat kat DM.Haha.



cover depan komik yang aku beli.haha.

Donat2 yang sangat menyelerakan.Supper yang best.




rupa bentuk teksi yang kitaorang naik.Lebih kurang camni la.Haha.
RM 20 satu trip.Okaylah tu.


Lebih kurang pukul 11.30 malam,kitaorang pun carilah kenderaan pulang ke hostel. Tunggu punya tunggu, akhirnya berjaya jugalah dapat sebuah teksi. Tambang dia RM20. Ok lah tu. Masing-masing RM5. Caer yang peramh duduk depan. Dia pun berbuallah dengan pak cik tu. Haha. Macam-macam cerita keluar. Malaslah nak tulis apa yang pak cik tu cerita,so x yah tulislah. Akhirnya,kitaorang pun sampai jugalah kat hostel lebih kurang pukul 12.00 tengah malam.Huhu. Masa tu semua dah gelap dah. Haha. Sunyi sepi je. Kitaorang dengan selambanya pun masuklah ke dalam hostel tanpa sebarang perasaan bersalah. Haha. Apa pun,berakhirlah sudah pengembaraan epik kitaorang.Kuang2.




akhirnya,megazords berjaya melaksanakan misi.kuang2

~MISSION COMPLETED~

p/s=mungkin korang fikir kitaorang ni lagho,tapi itu semua cerita masa kanak-kanak jer. Biasalah darah muda.Haha. Jangan terpedaya sangat imej Power Rangers tu.Saja nak sedapkan cerita.
~tamatlah sudah kisah epik kitaorang~

Thursday, February 11, 2010

Questions From Other Blog(Di kala Bosan)

Bismillahirahmanirahim




Were you a planned baby?
No.Study first,work and only then.

Were you the first?
Yup.I'm the first.

Were your parents married when you were born?
Yes.No doubt about it.

What is your birth date?
16 November 1992

Are you the oldest, middle, or youngest?
Oldest

Do you have step-parents?
Ermm. During childhood(4 -5).

Do you have more than one best friend?
Of course.

What do you like to do when you are together?
Chatting about life,footbal and past memories.

Do you share the same interests?
No. Only a few.

Do you have a low self esteem?
Sometimes. That's sure.

Do you get depressed about things easily?
Maybe.

Are you happy right now?
Not at all. B.O.R.I.N.G

Do you live life to the fullest?
Yes.That's sure.

Are you comfortable with the way you look?
Yes. I love it.

Describe your hair?
Already cut it. But,not bold.Haha.

How do you dress?
Simple and comfortable.

Were you a strange child?
Yes. Others always said it.

Are you scared of growing up old and alone?
Yes. I want others to colour my life.Huhu

Do you prefer indoors or outdoors?
Based on mood.

Favorite season?
Any season because all seasons have their own stories.Hihi

Do you like walking in the rain?
Yeah.Like it.But,now Acid rain.

Are you a vegetarian?
Of course not.Don't want to be Super Veggie.Haha

Favorite food?
Makaroni.Actually,anything.

What is your favorite dessert?
Coldly "Bubur Kacang Merah".Haha

Do you believe in love at first sight?
Yes. I believed it.

Best gift from a wife/husband?
Not now.Maybe 10 years+ later.Haha

Have you ever been in love?
No.I'm single.Haha

Have they ever loved you
Don't know. I don't have someone special.haha.

p/s= Just spend my time with doing all this. Just copy paste the questions from Sarah Iman's blog.Thanks. Next post,I will post about the memories in KISAS. Just wait it.

Wednesday, February 10, 2010

Memori(Roommates oo Roommates!)

Bismillahirahmanirahim


Tiba-tiba je terasa nak tulis post pasal roommates kat Kisas dulu.Haha.Rindu agaknya.Yelah,kalau dulu masa-masa macam ni tengah berborak tak ingat dunia sampai pukul 2.00 pagi,berdebat mana lagi hebat antara Manchester United dan Chelsea,makan pizza senyap-senyap dengan pintu bilik yang terkunci,cover handphone dan macam-macam lagi lah suka-duka.Oleh itu,pada post kali ini cuma nak cerita serba sedikitlah tentang bilik B105(bilik cemerlang) dan para penghuniya.


Kamal Aiman Kelana/507/Acang/Ketua bilik(main lantik diri saje)
Kamal Aiman lebih "mesra" dipanggil Acang(kacang).Sebab apa ya? Sebab dia ni kurus  sangat. Haha.Rasa-rasanya dialah paling slim kat sekolah.Nampak tulang je.Haha. Sekerin-kering dia pun,bab kenakan orang memang power.Mangsanya selalu adalah Naif Hanis.Kalau sehari tak kenakan Naif Hanis memang tak sah.Power main badminton sampai macam Taufiq Hidayat pun ada. Peminat setia Manchester United.Boleh jadi Presiden Kelab Peminat.Haha. Tapi,baik orangnya. Serius tak tipu. Mak dia pernah datang asrama hantar nasi himpit cukup satu floor.Huhu.



  Asyraf Ibrahim /501/Acap/setiausaha(tapi tak pernah buat kerja pun.Haha)
Dia ni memang antara top students kat KISAS.Tak payah cakaplah. Tapi,yang peliknya dia ni memang suka tidur.Kalau kat bilik,konfem dia sedang tidur diatas katilnya itu.Kalau tidur boleh bangun sendiri tak apa,ni tidur mati.Adoyai,susah benar nak kejut dia ni.Tapi,setidur-tidur dia pun pandai.Macam-macamlah dia ni. Dia pernah tidur lepas Subuh sampai waktu Zohor. Mak aii. Tidur sampai tak ingat dunia. Sanggup tak makan tengah hari tu semata-mata nak tidur. Senang cerita,pakar tidurlah. Sambil berdiri pun boleh tidur.Huhu.



Syaufiq Effendy/509/Copek/Ketua 3K(paling bayak buat kerja.haha)
Ni tak payah ceritalah.Boleh tengok kat profile.Malas nak tulis panjang-panjang.



Lagi seorang Naif Hanis.Gambar dia tidak dapat diletak dalam post ini.Ada masalah sedikit.Lagipun,dia ni seorang yang low profile.Jawatan dia bendahari.Tapi,kitaorang tak pernah bayar pun.Haha.Kalau nak hias bilik ke,semua main pakat beli jer,nanti baru kira nak bayar camner.Dia ni boleh kata power jugalah Add Math(memang power pun).Selalu bergaduh dengan Acang sebab bola.Mana lagi hebat antara Manchester United atau Chelsea.Kalau bergaduh senyap-senyap takpe,ni bising sampai satu floor.Adoyai.


Okay.Sekarang dah kenalkan ahli-ahli B105 yang hebat dan power(bajet je.).Haha.Satu Selangor,Satu Kedah dan dua Johor.Bahasa pertuturan rasmi kitaorang adalah Bahasa Melayu loghat Kedah.Pengaruh Acap lah ni.Haha.Main tibai je pun kalau cakap.Kejap-kejap campur loghat Kelate sedikit.Haha.



Antara yang kenangan yang tidak boleh dilupakan
(ayat skema giler.Haha)

1. Fly sekaligus empat orang pada satu petang Khamis pergi cc.Masa tu dah lepas periksa BIO kot.Haha. Memang best.Rekod tu.Tak pernah empat orang satu bilik fly sama-sama dalam satu masa.Tapi,kantoi jugak.Cikgu Mariah call fon Naif Hanis(masa tu Ckg. Mariah dah tahu yang Kamal dan Naif bawak fon kat sekolah) dan terbongkarlah segala kebenaran.Huhu.Malam tu,kena janji dengan Cikgu Mariah pakai fon Naif yang kitaorang tak akan fly lagi.Huhu.


2. Call 1300882525(Pizza Hut lah) masa semua tengah ulangkaji dan buat program sendiri kat sekolah pada Sabtu malam Ahad.Agak kerap jugalah.Adalah 2 kali sebulan.Acap tugas dia order pakai fon,Naif dengan Kamal pula tukang ambil order kat pondok jaga sekolah.Aku pula tukang cover line.Huhu.Memang sistematik.Lepas itu,kunci bilik dan start melantak.Kira macam jamuan jugalah.Huhu.Boleh siap main monopoli lagi tu.Memang tak boleh blah.Tapi,serius happening giler.

3.Borak-borak sampai pukul 2.00 pagi.Memang rutin wajiblah.Haha.Macam-macam cerita keluar.Kisah hidup masing-masinglah.Paling tak boleh lupa masa Kamal cerita pasal dia merajuk keluar dari rumah waktu darjah enam. Memang kelakar.Mahu sakit tekak dibuatnya asyik ketawa sahaja.Adoyai. Acap dengan Naif ada cerita gak kisah-kisah masing.Tapi,Acap jadi pendengar jelah sebab dia asyik tidur.Haha. Esoknya, semua pakat bangun 10 minit sebelum Subuh. Paling awal bangun aku dikuti Naif. Acang pula bangun tepat-tepat time azan.Acap? Dia ni tak payah citer. Orang kejut macam mana pun susah nak bangun. Tapi,bangun jugalah.Haha.

4. Seterusnya,bangun lambat pergi sekolah.Selepas solat Subuh dan sarapan kat DM,semuanya tidurlah.Ingat nak tidur kejap je,dalam pukul 6.50 bangunlah siap-siap nak pergi sekolah.Tapi,entah macam manalah hari tu semuanya tak terjaga. Sedap sangat tido agaknya. Last-last,terjaga pukul 7.30. Adoyai.Masa tu semua dah pergi sekolah dah.Memang kelam-kabut lah.Nasib baik dah mandi awal-awal.Haha. Kalau tak,pukul 8.00 lah jawabnya masuk kelas. Dan,memang nasib kitaorang baik hari itu.Takde KP check kat pintu pagar sekolah. Kalau tak,alamatnya naik pentaslah jawabnya. Haha. Sejak hari itu, tobat dah tak nak tidur lepas Subuh. Semua serik dah.

5. Bukan nak katalah,tapi kitaorang ni antara paling aktif masuk pertandingan-pertandingan berkumpulan. Ada sahaja pertandingan,konfem nama kitaorang ada.Wakil Alianz. Huhu. Sampai orang kata assobiyah bilik. Haha. Antara yang kitaorang masuk ialah pertandingan InfoHunt peringkat sekolah dan daerah. Haha. Memang tak boleh blah. Empat orang sebilik wakil rumah. Alhamdulillah kitaorang dapat jadi juara InfoHunt(sekolah) dan naib juara InfoHunt(daerah). Inilah hasilnya ukhuwah sejati.Cewahhh.haha

6. Time inspection memang tak boleh dilupakan. Haha. Memang semangat nak dapat markah tinggi. Siap buat jadual inspection lagi. Acap lap tingkat dan loker, Naif lap tingkap dan jenang, Acang bersihkan kipas dan layan KP yang check dan aku pula bersihkan lantai dan susun atur. Memang sistematik. Kadang-kadang,kalau rajin petang Jumaat tu dah start kemas. Tapi,susah. Sebab malamnya bilik kitaorang jadi tumpuan. Biasalah semuanya pakat datang nak baca surat khabar dan majalah yang baru dibeli. Kadang-kadang,ada "jamuan" juga. Itu sebab kitaorang malas nak kemas awal-awal.Haha.

7. Time nak dekat periksa jer,semua jadi rajin. Biasalah,tradisi pelajar KISAS. Dan dalam bilik B105, yang paling rajin study ialah Naif. Memang respek lah kat dia. Acang pula tak kurangnya. Kalau dah serius, memang seram dibuatnya. Haha. Acap pula biasa-biasa jer. Dia ulangkaji macam refresh balik jer. Memang pandai dia ni.Aku pulak taklah rajin dan taklah malas sangat.Sedang-sedang jer. Kadang-kadang,Ilman pun datang lepak study sama-sama. Tapi,lama-lama jadi berboraklah pulak. Macam-macam masuk. Last-last,study entah ke mana. Adoyai.Haha.



Bukti yang bilik B105 memang kemas,ceria dan bersih.


susun atur semasa inspection.time ni bilik tak cat lagi.


semasa infohunt peringkat daerah. 4 darinya adalah ahli B105. 


aku dan acap tgah fikir jawapan time Infohunt tu.huhu


Sebenarnya,banyak lagi. Tak larat nak tulis semua. Macam-macam perisa ada. Manis,masin,pahit dan pedas. Bila dah habis sekolah ni, baru teringat kembali kenangan lama. Nostalgik sungguh. Rasanya,macam nak putarkan kembali je kepada masa yang lalu. Tapi,tak boleh. Lagipun, kita semua kena melangkah kehadapan. Apa pun,kenangan ini akan sentiasa tersemat dalam memori RAM kepala ni. InsyaAllah.

p/s=memang best post ni.Feeling tu masuk.haha

Tuesday, February 9, 2010

509's Video

Bismillahirahmanirahim

(With the name of Allah,the most gracious and the most merciful)

Actually,this  post is special as it was my first success to upload a video in You Tube.After waiting for 6 hours,at last I managed to upload the video.That's really not easy.So,attention to all Khaldunians(509's students),you may watch the video in You Tube.I will give the link for all of you.

                



Once,my mom told me that friends are just like balloons.if you dont tie them up ,the wind will fly them away.that is the reason why I always keep my friend in my heart.I do not want them to go away from my life ~by faris shinon

                  "Keep this memory flaming in our heart...FOREVER"

p/s: I can't to upload this video in this post.So,to watch it just click at the link.Thanks

Monday, February 8, 2010

Happy Birthday,Amirul!

Muhammad Amirul bin Razali/08.11.1992

This is a special post to my beloved friend,Amirul.Happy birthday,friend.Sweet 18th.Haha.You should become more matured(I don't think so!).By the way,thanks because be one of my friends. It's hard to find someone like you(don't be proud.haha).One in a million.Although, both of us not "chemically  combined" , we still can live together at " Bumi Waqafan".I can't forget the memories.Especially,when you become "Shira",a girl that message me.You are Shira,Shira are you.Huhu.

1.Happy Birthday and enjoy your life but don't forget Allah and Rasullulah.
2.Hope you always happy in your life and don't moody.:P 
3. Hopefully,both of us can score excellent result in SPM.InsyaAllah
4. Hopefully,you can achieve your dreams.Ameen
5.May Allah bless you forever.InsyaAllah

"HaPpY bIrThDaY"


               "SwEeT 18 tH"








Laskar Pelangi

Bismillahirahmanirahim
(Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihi)




                                                         poster filem Laskar Pelangi



cover novel Laskar Pelangi

Pada post kali ini,saya akan menceritakan tentang filem Laskar Pelangi.Laskar Pelangi diarahkan oleh Riri Riza.Filem ini yang diadaptasi daripada novel Laskar Pelangi karya,Andrea Hirata. Filem ini dikatakan merupakan filem keeempat terbanyak yang ditonton di Indonesia dengan jumlah penonton sebanyak 4.9 juta orang.

Sinopsis cerita:
Novel ini bercerita tentang kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah (SD dan SMP) di sebuah sekolah Muhammadiyah di pulau Belitong yang penuh dengan keterbatasan. Mereka adalah:

1.Ikal aka Andre Hirata

2.Lintang; Lintang Samudra Basara bin Syahbani Maulana Basara
3.Sahara; N.A. Sahara Aulia Fadillah binti K.A. Muslim Ramdhani Fadillah
4.Mahar; Mahar Ahlan bin Jumadi Ahlan bin Zubair bin Awam
5.A Kiong (Chau Chin Kiong); Muhammad Jundullah Gufron Nur Zaman
6.Syahdan; Syahdan Noor Aziz bin Syahari Noor Aziz
7.Kucai; Mukharam Kucai Khairani
8.Borek aka Samson
9.Trapani; Trapani Ihsan Jamari bin Zainuddin Ilham Jamari
10.Harun; Harun Ardhli Ramadhan bin Syamsul Hazana Ramadhan

Mereka bersekolah dan belajar pada kelas yang sama dari kelas 1 SD sampai kelas 3 SMP, dan menyebut diri mereka sebagai Laskar Pelangi. Pada bagian-bagian akhir cerita, anggota Laskar Pelangi bertambah satu anak perempuan yang bernama Flo, seorang murid pindahan. Keterbatasan yang ada bukan membuat mereka putus asa, tetapi malah membuat mereka terpacu untuk dapat melakukan sesuatu yang lebih baik.

Konklusinya,filem dan novel Laskar Pelangi memang best.Memang menyentuh hati.Sesiapa yang belum tonton lagi,silalah berbuat demikian. :P.

      http://www.youtube.com/watch?v=fFZVM8EDbKA

Link diatas ini ialah trailer untuk filem Laskar Pelangi

Sunday, February 7, 2010

Please forget it!

Bismillahirahmanirahim

(With  the name of Allah,the most gracious and the most merciful)

Actually,I don't have anything to say
But,I just want to express something.
Why others always critic us?
Yes.All of us weren't perfect.
But, if you want to critic someone,please behave yourself.
Don't be too emotional.I hate with this type of person.
 If you critic me for the  truth,I can accept it.
But, if you critic for something nonsense.
Please forget it!


p/s=Maybe this post too emotional.

Kisah Untuk Diri

Bismillahirahmanirahim

(Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihi)

Pada post kali ini,terdapat beberapa kisah pengajaran untuk diri kita sendiri. Hayatilah dan fahamilah makna tersirat di sebaliknya moga-moga beroleh manfaat.


Suatu hari, ayah dari keluarga yang sangat sejahtera membawa anaknya melawat ke sebuah negara yang sebahagian besar penduduknya hidup dari hasil pertanian, dengan niat untuk menunjukkan bagaimana kehidupan orang-orang yang miskin kepada anaknya.


Mereka menghabiskan waktu seharian di sebuah tanah pertanian milik keluarga yang kelihatan sangat miskin. Apabila pulang dari perjalanan tersebut, sang ayah bertanya kepada anaknya.

"Bagaimana perjalanan tadi?"

"Sungguh luar biasa, Abah."

"Kamu lihatkan bagaimana kehidupan mereka yang miskin?"tanya sang ayah.

"Iya, Abah" jawabnya.

"Jadi, apa yang dapat kamu pelajari dari perjalanan ini?" tanya ayahnya lagi.

Si anak menjawab,

"Saya melihat kenyataan bahawa kita mempunyai seekor haiwan peliharaan sedangkan mereka memiliki empat ekor.

Kita miliki sebuah kolam yang panjangnya hanya sampai ke tengah-tengah taman, sedangkan mereka memiliki sungai kecil yang tak terhingga panjangnya.

Kita memasang lampu taman yang dibeli dari luar negeri dan mereka memiliki bintang-bintang di langit untuk menerangi taman mereka.

Beranda rumah kita begitu lebar mencapai halaman depan dan milik mereka seluas horizon.

Kita tinggal dan hidup di tanah yang sempit sedangkan mereka mempunyai tanah sejauh mata memandang.

Kita memiliki pelayan yang melayani setiap keperluan kita tetapi mereka melayani diri mereka sendiri.

Kita membeli makanan yang akan kita makan,tetapi mereka menanam sendiri.

Kita mempunyai dinding indah yang melindungi diri kita dan mereka memiliki teman-teman untuk menjaga kehidupan mereka."

Dengan cerita tersebut, sang ayah tidak dapat berkata apa-apa.

Kemudian si anak menambah,

"Terima kasih, Abah, akhirnya saya tahu betapa miskinnya diri kita."

*

Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. "Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?"


"Ha?," kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?"

"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" tanya si pembuat jam.

"Lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" jawab jam penuh keraguan.

"Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?" cadang si pembuat jam.

"Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu" tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam. "Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?"

"Oh, kalau begitu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh semangat.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.

Pengajaran:


Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun.

*