Followers

Wednesday, February 17, 2010

Diari Qausar-(1)

Suasana tenang menyelubungi bilik itu.Hanya kedinginan malam yang menemani Qausar,seorang gadis yang mempunyai mata hitam sepeti kebanyakan wanita Asia lain. Qausar kelihatan tekun mencatatkan sesuatu dalam sebuah buku yang bersaiz agak sederhana seakan-akan sebuah diari.Sesekali,dia akan tersenyum simpul ketika tangannya ligat menukilkan sesuatu di atas helaian-helaian kertas buku tersebut. Sememangnya,dia kelihatan asyik dengan kelakuannya itu. Baginya, dengan menukilkan sesuatu dalam diarinya itulah dia dapat meluahkan segala apa yang terbuku di dalam hatinya. Tambahan pula,diari itu sememangnya istimewa dalam kamus hidupnya. Diari itulah temannya sewaktu dia mengharungi saat-saat suka dan duka kehidupan. Diari berwarna pink pemberian ibunya yang tercinta pasti tidak dapat digantikan dengan apa-apa sekalipun kerana disitulah tercatatnya hikayat seorang perajurit wanita bernama Qausar. Qausar tersenyum sendirian ketika tangannya masih ligat mencatatkan sesuatu di atas diari itu. Memorabalia silam kembali menjelma dalam benak fikirannya. Dia mengangkat diarinya perlahan-lahan sambil mula membaca bait-bait yang ternukil dalam diari itu. Pengembaraan memorabalia silam kini bermula. Pengembaraan yang penuh dengan warna-warna cerita.


3 Januari


Hari pertama persekolahan. Semuanya kelihatan bagus-bagus sahaja. Sungguh rindu sekali rasanya berjumpa kembali dengan kawan-kawan lama.Aku memang merindui mereka semua. Tempoh masa sebulan seakan-akan seperti setahun sahaja. Kini,aku berjumpa mereka kembali.Tahun ini akan menjadi tahun penting buat diri aku.Tahun inilah peperiksaan SPM akan bakal menjelma tiba. Bahangnya sudah dirasai.Apatah lagi,keputusan peperiksaan pada peperiksaan akhir tahun lepas masih kurang memberangsangkan.Masih terdapat banyak kelompangan yang perlu diperbaiki. Subjek-subjek Sains masih belum dikuasai sepenuhnya. Apapun,masih belum terlambat untuk mengubah segala-segalanya."Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu".Aku berpegang teguh dengan ayat-ayat Allah ini. Sekiranya kita mahukan sesuatu diri kita sendirilah yang seharusnya memulakan langkah. Aku tidak bersendirian dalam menempuh segala cabaran kerana aku mempunyai ibu bapa yang sering memberi dorongan kepada aku. Selain itu,Farhana dan Afryna juga sentiasa berada disamping aku, menyokong aku dari belakang.Mereka berdualah sahabat sejati yang susah dicari ganti. Apapun,perjuangan baru bermula.Aku akan berusaha sebaik mungkin.Chaiyok!!(^_^).

30 Januari


Penat sungguh! Bermacam-macam aktiviti terpaksa dilalui.Dengan latihan sukannya,ujian bulanan dan kerja-kerja sekolah yang bertimbun.Kadang-kadang,rasa macam nak pecah kepala sahaja.Tapi,semua keletihan tu hilang begitu sahaja apabila menerima ucapan "Selamat Hari Lahir" daripada kawan-kawan.Ya!! Aku sudah 17 tahun! Tambah setahun lagi umur aku.(^_^).Matang ke aku sekarang? Entahlah. Nak kata aku matang, tak juga.Childish juga kadang-kadang.Haha.Biar sajalah.Yang penting aku sentiasa gembira dan terus kekal ceria.Oh ye,ada satu kejutan pada hari ini.Aku menerima hadiah daripada seseorang.Siapakah gerangannya itu? Tidak dicatatkan apa-apa di atas hadiah itu.Cuma tertulis ~Secret Admirer~.Aduh,siapa pula ini.Sudah tentu bukannya rakan-rakan perempuan.Mestinya daripada lelaki. Aku tak tahu nak eksperesikan perasaan aku bagaimana. Suka ke? Entahlah.Tiba-tiba sahaja hati ini terasa berdebar nak tahu siapakah gerangan orangnya.Yelah.Dekat kelas,aku inikan pemalu sedikit.Kurang bercakap dengan lelaki.Siapalah yang terdetik hatinya itu nak beri aku hadiah ni.Dah lah mahal pula itu.Tak membazirkan duit dia ke? Aku pasti nak cari siapa orang itu. The journey will be begin.=p

Qausar memalingkan seketika mukanya. Dia seakan-akan sedang memikirkan sesuatu. Mungkin diarinya itu telah membawa dia mengingati kembali satu peristiwa yang pernah terjadi pada dirinya satu masa dahulu.

Bersambung