Followers

Wednesday, February 17, 2010

Diari Qausar-Pengenalan

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu meningat akan kebesaran Allah.Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya  aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu" (Az-Zariyat: 49-50).

Selagi kita bernama manusia,kita memang tidak dapat menafikan kewujudan rasa cinta,rasa kasih dan rasa sayang yang berpadu dalam diri. Sejalur perasaan yang meluap-luap dan serangkum perasaan yang membuak-buak pastinya membelenggu kebanyakan anak muda terjerat dalam dunia percintaan.

Cinta tidak hanya lahir dalam satu medium sahaja. Ianya boleh melalui seorang sahabat atau seorang kekasih. Apakah cinta itu sejati pabila sang lelaki menuturkan kalimah-kalimah cinta kepada sang wanita? Mampukah kalimah-kalimah itu meruntun hati seorang wanita? Adakah ianya mampu bertahan seperti yang dicanangkan?

Semuanya bakal terjawab pada sebuah diari istimewa milikan seorang wanita suci bernama Qausar. Diari kesayangannya bakal merungkai segala persoalan. Adakah cinta itu sejati atau hanya sekadar konspirasi?

Adakah cinta sebelum masanya kekal abadi? Adakah cinta itu boleh dijual beli? Adakah cinta itu hanya skematik? Adakah...





"DIARI QAUSAR"

 Mungkin diri ini masih belum sempurna lagi,tapi pena ini ingin sentiasa berdansa menukilkan sesuatu. Lalu,terhasillah cerpen Diari Qausar. Moga memperoleh apa yang ingin disampaikan.

p/s=kredit kepada dua orang kawan saya. Satu membantu daripada aspek penceritaan. Satu lagi membantu daripada aspek grafik. Syukran. Cerita akan bermula pada post yang satu lagi 

3 comments:

nawal said...

eh. kau anak didik hlovate kah.. ramlee awg mursyid kah?

Leonhart said...

dua2...haha
anak didik hlovate,ramlee awang mursyid dan faisal tehrani..huhu

psychopath prisoner.. said...

he5..qausar penggegar paradigma cinta manusia..^^