Followers

Thursday, February 18, 2010

Diari Qausar(2)

25 Februari


Agak lama juga aku sudah tidak menulis dalam diari aku ini. Maafkan aku,diariku sayang.Bukan aku tidak mahu meluangkan masa bersamamu,cuma masa membataskan segalanya. Apapun,aku gembira kerana kehidupan aku berjalan lancar seperti biasa.Oh ya,setelah lama aku menyiasat,akhirnya aku tahu juga siapakah gerangan orang itu?Ziqry!! Yup..Orang itu adalah Ziqry.Pelajar lelaki paling popular di sekolah.Macam tak percaya sahaja dia yang beri.Dahlah dia itu pandai dan aktif bola keranjang.Apalah yang ada dengan aku ni.Istimewa sangatkah aku pada pandangan dia? Hati ni dah terasa berdebar-debar sangat.Apakah perasaan ini? That's love? I'm fallen in love? Aku pun tak tahu.Mungkin ini salah satu daripada proses kematangan aku.Rasa-rasanyalah.Adakah aku telah dilanda al-Shabwah(kerinduan) ataupun al-Miqat(cinta)?

Qausar memalingkan muka seketika daripada diarinya itu.Dia seakan-akan memejam mata cuba mengingat kembali detik-detik seperti yang tercoret dalam diarinya itu.Detik ketika Ziqry memberitahu dia bahawa hadiah misteri itu datangnya daripada dia.


"Err..Qausar.Sebentar ya.Sudahkah awak dapat hadiah itu? Saya yang beri sebenarnya.Harap awak sudi terimanya.Apapun,Happy Birthday."ujar Ziqry

Qausar kelihatan kaget.Dia tidak tahu nak berkata apa-apa.Otaknya seperti tidak dapat memproses apa-apa.Dia tidak menyangka kejadian seperti itu akan berlaku.Lidahnya kelihatan kelu.Tiada apa-apa yang mampu diucapkan.

"Oh,awak ke yang beri hadiah itu Ziqry? Tak sangka pula saya.Terima kasih ye.Saya suka sangat.Nampak cute keychain itu.Sesuai dengan saya.Terima kasih,ya"balas Qausar dengan agak perlahan.

"Oh ya,harap awak dapat kawan dengan saya.Saya suka dengan personaliti awak.Awak kelihatan berbeza dengan rakan-rakan awak"tambah Ziqry.

"Boleh sahaja.Asalkan kawan tak mengapalah.Tidak lebih daripada itu"Qausar memberi respon sambil tersenyum.

Qausar kembali membaca diari kesayangannya itu.Dia menyelak muka surat yang lain.Ingatannya masih segar mengimbau memori lama.Baginya,sebahagian daripada memori silam dia sangat membahagiakan dan ada juga yang mendukakan.Itulah rencah kehidupan.Perlu ada pelbagai perencah baru erti kehidupan dapat dirasai.Dan,sememangnya dia tergolong dalam kategori itu.Sepanjang dia hidup,dia sudah merasai semuanya.Itulah yang telah mematangkan dia secara mental khususnya.


Setelah beberapa ketika, Qausar bersedia membaca kembali diarinya itu.Dia seakan-akan tenggelam dalam fantasi memorinya sendiri.

15 Mac

Aku berasa sangat gembira pada hari ini. Keputusan Ujian Peningkatan Prestasi telah dikeluarkan.Alhamdulillah,aku mendapat keputusan yang agak cemerlang.Tapi,masih ada ruang yang boleh diperbaiki.Aku yakin yang aku boleh.InsyaAllah,aku boleh memperolehi keputusan yang cemerlang pada akhirnya.Kredit harus diberikan kepada dua sahabat karibku,Farhana dan Afryna kerana sering membantu aku dalam pelajaran.Sayang mereka berdua.(^_^).Oh ya,sebelum terlupa.Ziqry juga agak membantu aku.Hihi.Dia telah membantu aku lebih memahami subjek Physics yang aku agak kurang kuasai.Aku ajak juga Farhana dan Afryna bersama.Ternyata Ziqry banyak membantu kami."Thanks to him".Lagi satu, Ziqry juga beri nombor telefon dia.Dia kata untuk sebarang pertanyaan jika ada sebarang masalah.Aku pun terima sahajalah.Bolehlah aku mesej dia bila-bila masa sahaja.Haha.Jangan salah faham.Apabila aku ada nombor dia,bolehlah aku tanya dia apa-apa sahaja yang aku tidak faham.Ziqrykan pelajar top dalam kelas.Baguslah kalau dia dapat tolong aku.Kehidupan aku memang agak baik kebelakangan ini.Harap-harap dapat berterusan.InsyaAllah."life is a maze and love is a riddle".

Qausar merenung diarinya. Satu pandangan tajam seakan-akan menembusi diarinya itu. Garisan nipis mulutnya sukar dibaca. Dia seakan menahan sesuatu daripada terbebas keluar. Diarinya memang membuatkan dia mengimbau memori lama.

BERSAMBUNG

No comments: