Followers

Friday, February 19, 2010

Diari Qausar(3)

1 Mei


Sudah lama tak tulis dalam diari ini.Bukan tak mahu tulis,tapi keadaan tidak mengizinkan.Jadual kelas semakin padat.Kelas tambahan pula sering menghimpit.Penatnya tak usah cakaplah.Nasib baik hari ini cuti.Jadi,adalah masa terluang sedikit.Itupun,kerja rumah masih menanti untuk disudahkan.Aduh,seksa sungguh.Tidak mengapa.Kalau mahukan kejayaan mesti ada pengorbanan.Betul bukan?Mak selalu cakap begitu.Sayang mak! Macam mana dengan Ziqry pula? Kenapa tiba-tiba keluar nama dia pula ni.Dah angau rasanya aku ini. Hubungan aku dengan dia sudah bertambah rapat tanpa aku sedari.Aku tak tersangka yang hubungan aku dengan dia boleh jadi serapat ini.Yelah,akukan pemalu. Mana bergaul sangat dengan orang lain terutamanya budak-budak lelaki.Entahlah,aku hanya rapat dengan abang aku sahaja.Serius tak tipu. Kami pun sudah terbiasa bermesej.Hihi.Saja-saja je. Bertanya khabar. Tanya soalan yang tidak faham.Kadang-kadang,tazkirah online.I love it.Ziqry berbeza dengan lelaki tipikal yang lain.Dia sangat memahami erti sebenar seorang perempuan.Dia sangat hebat.Lelaki yang dikurniakan dengan segala yang menjadi idaman seorang wanita.I really miss it.

15 Jun

Sekarang masih dalam cuti sekolah,jadi agak relaks dan tak perlu serabut seperti disekolah.Masa berjalan dengan tenang sahaja.Setenang,air sungai yang mengalir.Semua kerja rumah yang diberikan cikgu-cikgu telah siap dibuat. Sekarang,bolehlah membuat aktiviti-aktiviti yang disukai.Haha. Oh ye,tadi baru sahaja belajar cara-cara membuat kek coklat kukus.Resipi turun-temurun mak.Hasilnya? Mestilah sedap! Lain rasanya berbanding dengan kek coklat yang dibakar.Tak tahulah nak cakap macam mana.Tapi,memang sedaplah.Kalau nak,buatlah sendiri.Okay,cerita pasal Ziqry pula.Setiap hari,dia tidak lupa untuk menghantar mesej bertanya khabar dan menceritakan aktiviti seharian dia.Daripada apa yang dia mesej,dia seperti sedang menikmati percutian yang menarik dan fantastik.Menghabiskan masanya bersama-sama keluarga tercinta.Tapi,Ziqry tetap tidak lupa menghantar mesej.Dia kata yang dia rindu untuk belajar bersama-sama.Haha.Aku juga rindu.Tidak mengapa.Beberapa hari lagi kita akan bertemu kembali.Seronoknya! Inikah yang orang kata cinta pandang pertama?(^_^).

15 Julai

Diariku,aku sangat sedih.Mengapakah aku sedih?Deep waters are quiet but thats where many death occurs. Aku tak sangka yang kebaikan Ziqry selama ini hanyalah salah satu kepura-puraan.Aku hanya mampu memendam perasaan aku.Aku memang benar-benar sedih.Mengapakah Ziqry tergamak berbuat begitu kepada aku? Adakah kerana aku seorang gadis yang naif?Yang boleh diperkotak-katikkan begitu sahaja.Ya Allah,mengapakah aku begitu bodoh.Aku tidak menyangka yang semua ini akan berlaku kepada aku.Ziqry tidak ikhlas dalam perhubungan kami selama ini.Dia hanya berpura-pura bersikap baik.Memang Allah nak bukakan pintu hati aku.Aku terdengar Ziqry berbual dengan kawannya.Dan butir-butir perbualan mereka masih aku ingat.Betapa hancur luluhnya hatiku ketika itu.Bagaikan kaca terhempas jatuh ke atas lantai.Mengapakah aku diuji sebegini sedangkan peperiksaan kian menjelang tiba.Apakah salahku? Nasib baik aku masih mempunyai dua orang sahabat baik aku.Mereka sangat memahami aku.Farhana,Afryna.Kamu berdua memang kawan sejati.Setia bersama aku walaupun seluruh dunia seakan-akan menentang aku.Ketika diri ini dipaksa menrima hakikat yang sungguh menyakitkan hati,kamu berdua hadir membantu memberi kata-kata perangsang.Kamu semuanya hebat!Farhana,Afryna..

Qausar mengangkat mukanya.Tepat memandang ke syiling.Memorinya kembali berputar dalam benak fikirannya.Memori yang sangat menyakitkan hati. Sampai ketika ini,hatinya masih terasa sakit.Luka yang tidak pernah sembuh walaupun dicari penawarnya.Luka fizikal dapat diubati,tapi apabila jiwa yang luka tiada apa-apa yang dapat menyembuhkannya.Hanya Allah sahaja dan keazaman seseorang itu yang mampu menyembuhkannya.Aisya sememangnya tidak kuat apabila berseorangan. Dia tidak mampu melakukan apa-apa dengan tenaganya sendiri.Tapi,dia miliki kawan yang sejati.Dia masih ingat hingga ke detik ini. Perlahan-lahan dia mengingat kembali peristiwa pahit itu.Memorabalia kembali berputar.Kepingan-kepingan puzzle memori kembali bercantum.

BERSAMBUNG

No comments: