Followers

Friday, February 19, 2010

Diari Qausar(4)

"Ziqry,kau memang hebatlah.Tak sangka kau boleh rapat dengan Qausar.Diakan "queen ice".Tak sangka kau boleh mencairkan keegoan dia."ujar Syahmin.


"Biasalah.Siapakah yang tidak kenak Ziqry?Pencair hati wanita yang terkenal.Apa-apa pun,mana wang aku? Bukankah kau kata yang aku akan dapat RM100 sekiranya aku berjaya rapat dengan dia."balas Ziqry.

"Yelah.Kau menang.Kau memang hebat.Tiada sesiapa dapat lawan kau.Ambillah wang kau ni"ujar Syahmin sambil menghulurkan not RM 100 kepada Ziqry.

Qausar yang kebetulan lalu di situ,tersentak apabila mendengar apa yang baru diperucapkan oleh Ziqry dan Syahmin.Dia tidak dapat menahan gejolak emosinya.Kalau diikutkan hati,ingin sahaja dia menampar muka Ziqry.Tapi,dia masih rasional diri.Cepat-cepat dia menyeka air matanya.Lalu bergegas pergi dari situ.Dia tidak mahu menujukkan air muka kekalahannya di depan Ziqry.Adakah nilainya pada mata Ziqry hanyalah sekeping not kertas RM100? Itu sahajakah nilai dirinya? Adakah dia memang barang untuk diperdagangkan? Segala persoalan itu berlegar-legar dalam kotak fikirannya.Ligat mencari jawapan.Tapi,emosi telah membatasi segalanya.Dia tidak dapat berfikir secara rasional.Air matanya mula berguguran jatuh membasahi bumi.Jatuh bagaikan salji-salji putih. Kelakuannya diperhatikan Farhana dan Afryna. Dan seperti dijangka mereka berdua menghampiri Qausar yang masih berduka.

"Qausar,kenapakah ini?Adakah ada sesuatu yang berlaku?Ceritalah kepada kami"ujar Farhana.

"Far,Ryna.Ziqry tipu aku selama ini.Dia hanya mahu mempermainkan aku.Aku bodoh.Mengapalah aku boleh terpedaya.Aku sedih"balas Qausar dalam nada sayu.

"Tidak mengapalah,Qausar.Biarkan dia.Let him go.If you love someone,let it go,if he comes back to you it's your,if it doesn't,it never was."pujuk Farhana.

"Ya,Qausar.Kau masih ada kami berdua.Ziqry tidak menghargai kamu,tapi kami tidak.Kami sayang kamu kerana Allah.Dan,Allah akan sayangkan kamu juga."tambah Afryna.

"Kamu berdua betul.Aku kena menerima hakikat.Ini semua dugaan-Nya.Aku masih ada Allah disamping aku dan kamu berdua.Aku terlupa."ujar Qausar denga nada tenang.

*

Qausar kembali menatap diarinya itu.Pengalaman lalu telah mematangkan dirinya.Menjadikan dirinya lebih matang dan berkeyakinan.Lebih mengerti erti kehidupan yang penuh pancaroba.Sesungguhnya,dia amat bersyukur kerana pernah diuji sebegitu rupa.Jika tidak,kemungkinan besar dia akan terus hanyut dalam lautan kenikmatan.Setelah beberapa ketika,dia membaca kembali diarinya itu.

16 Disember


Aku sudah lama tidak menulis dalam diari ini sejak peristiwa itu.Bukan apa,aku terlalu sibuk dengan peperiksaan aku.Tiada masa untuk aku meluangkan masa menukilkan sesuatu dalam diari ini.Alhamdulillah.Segalanya kini selesai.Sekarang,aku sudah bergelar seorang alumni.Setelah beberapa purnama memerah keringat,akhirnya kini tibalah masanya aku menuai hasil.Sekarang,aku hanya mampu bertawakal sahaja kepada Allah.Manusia hanya mampu merancang,tapi Allah yang menentukan segala-segalanya.InsyaAllah aku akan memperolehi keputusan yang cemerlang sepadan dengan usaha aku.Oh ya,macam mana dengan Ziqry?Siapakah itu?Haha.Sejak dari kejadian itu,aku sudah menjauhkan diri daripadanya seperti mana sebelum aku mengenalinya.Setelah menyedari perubahan diri aku,dia mula sedar akan kesilapanya.Tapi,maaflah.Qausar bukanlah seorang gadis murahan yang boleh diperkotak-katikkan untuk kali kedua.Sekali terkena,beringat sampai bila-bila.You are brilliant girl Qausar!Hey,no one is perfect in this world.No matter what people said about youu,just ignore it.If they critic you or say bad things about u,just tell them to shut up coz they are not perfect too.And maybe they are even worst than you.Aku akan ingat sampai bila-bila ayat ni.Ayat yang menjadi prinsip hidup aku.(^_^)

"Ya Allah Tuhanku,yg merubah kalbu,tetapkanlah hatiku,moga sentiasa dalam agamaMu,jua taat akan perintahMu.Tuhan,usah bebankn kami dgn bebanan yang berat spt yg telah kauberikan kepad umat yang terdahulu dari kami.Tuhan,jangan pikulkan kami yang tidak kami terdaya.Maafkan salah kesilapan.ampunkanlah dosa-dosa,rahmatilah kami.Amin ya rabbal alamin"

TAMAT

2 comments:

aunee said...

"no one is perfect in this world.No matter what people said about you,just ignore it.If they critic you or say bad things about u,just tell them to shut up coz they are not perfect too.And maybe they are even worst than you"

mcm knal je ayat ni??haha.

aunee said...

btw,not bad.ok.menarik!huhu