Followers

Saturday, February 20, 2010

Fall in Love?

Fall in love. Tajuk post pada kali ini.Jangan salah sangka ye, I'm not fall in love with a girl but Master of Study. Drama Korea lah. Haha. Cerita ini memang best. Bagi akulah.Yang lain tak tahu. Sebab apa dia best? Sebab cerita in membuatkan kita teringat semasa alam persekolahan. Time struggle untuk Add Math, time pulun hafal phrases BI dan gila-gila study untk SPM. Kalaulah cerita ni keluar masa tengah struggle dalam study dulu kan best. Mesti best.Huhu. Master of Study juga dikenali sebagai God of Study atau Lord of studying.Cerita ini diadaptasi dari manga Jepun yang bertajuk Dragon Zakura. Kat Jepun pun cerita ini dah ditayangkan. Jadi cerita God of Study ini adalah diadaptasi daripada Dragon Zakura.





cover drama God of study

Secara keseluruhannya, cerita ini pasal Kang Seok Ho,seorang peguam yang ditugaskan untuk menyelamatkan Byeong-Mun High School yang mungkin terpaksa ditutup akibat masalah kewangan. Disebabkan melihat tiada cara lain,Kang telah membuat keputusan untuk menyelamatkan sekolah itu dengan menghasilkan seramai mungkin calon ke Cheon-Ha University. 5 orang pada tahun pertama dan 100 orang pada tahun berikutnya. Ini membolehkan Byeong-Mun High School meningkatkan reputasinya dan memastikan ramai pelajar memohon untuk belajar disitu. Cabaran pertama dia adalah mencari 5 orang pelajar untuk "Special Class" yang akan masuk ke Chun-Ha dalam masa tiga hari.

Akhirnya, dengan berbaki 3 saat sebelum tarikh mencari pelajar untuk 'Special Class" tamat, Kang berjaya dengan misi pertamanya. Pelajar-pelajar yang terbabit dengan Special Class ini ialah Hwang Bek Hyun,Kil Pulip, Chan Doo,Na Hyun Jun dan Bong Goo. Dengan masa berbaki setahun, mereka berlima terpaksa berkerja -keras untuk belajar dalam Math,English dan Korea. Pelbagai perkara berlaku semasa dalam tempoh itu.


Cerita ni tak seperti drama tipikal korea yang lain. Ianya tak menekankan aspek percintaan. Jadi cerita ini sempoi sahaja. Mungkin pada mulanya macam x suka nak tengok,tapi bila dah tengok dan tengok,mesti rasa nak tengok lagi.Haha. Serius x tipu. Tengoklah. 4.5 untuk drama ni.


manga Dragon Zakura.

p/s=addiction terbaru. lama tunggu episod 8 dia yg ada subs. Last2,tertengok pulak drama Dragon Zakura yang versi jepun punya.Huhu.

1 comment:

khaliesah said...

pergh dah 8 ak baru due~
haha