Followers

Wednesday, February 3, 2010

Kisah Januari

Bismillahirahmanirahim
(Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihi)

Bulan Januari pada tahun 2010 sudah berlalu,Februari pula yang tiba.Awal-awal tahun macam ini memang boring kerana tiada aktiviti yang spesifik seperti waktu persekolahan dulu.Jadi,aktiviti tetapnya hanyalah "online" sepanjang masa(solat,Al-Quraan dan sebagainya mestilah tak tinggal). Maksudnya disini, aktiviti seharian adalah surf internet. Seperti biasa,"facebooking"."blogging",ym-ing" dan onemanga.Haha.Sudah boleh kira tahap "addicted" jugalah.Sampaikan, ada orang pernah berkata yang admin terbaru Facebook adalah "Syaufiq Effendy".Haha.Lawak sungguh.Tapi,hendak buat bagaimana.Itu sahaja perkara best yang boleh dibuat.Kerja? Tak kerja."No job vacancies". Jadinya, tiada apa-apa yang boleh dibuat. Bosan juga macam ini.Siapakah yang tidak bosan? Cuba beritahu.Boleh belanja novel Versus.Haha.Konklusinya, sememangnya B.O.S.A.N.

Oleh itu,untuk menghilangkan kebosanan yang bersarang di dalam kepala ini,mulalah menjelajahi dunia maya yang serba luas ini.Haha.Daripada Facebook beralih kepada blogger dan seterusnya.Online sepanjang masa.

Dan pada akhir bulan Januari,satu helain kertas kecil pun datang.Sekali imbas,tiada apa-apa.Dua kali imbas,mahu sakit jantung dibuatnya.Bil TNB pada bulan ini ialah RM 104.05 .Wow,angka yang sungguh menggagumkan. Cukup membuatkan telinga ini panas dileteri.Haha.



Jadinya,azam bulan Februari ini adalah untuk mengurangkan bil TNB yang sudah sedia melambung.Kalau dapat kurangkan 10% pun bolehlah.Steps by steps.Susah kalau hendak buat secara sekaligus.Paling kurang pun,bil TNB bulan Februari nanti mestilah di bawah RM 100.Chaiyok!
 
p/s=Aktif sungguh aku hari ini.3 post dalam satu hari.Improvement ni.=p

2 comments:

luvly mya said...

wahaha..samela kite..memang agaknye dari pagi sampai malam online je and comp tak tutup..huu..ta tengok agi bil letrik tue..haha..

luvly mya said...

tambah skit..joinla nuffnang..ade gak income berblogging nie..hehe