Followers

Thursday, February 25, 2010

Maulidur Rasul

Bismillahirrahmannirrahim
(Dengan nama Allah yang maha pemurah,lagi maha mengasihani)

Maulidur Rasul datang lagi, dan tahun ini tidak terkecuali. Selagi teras Islam masih terpasak kukuh,selagi itu Maulidur Rasul akan dirai. Jika diselusuri sejarah,peranan Rasulallah S.A.W dalam menegakkan Islam amatlah besar dan infiniti . Tiada sesiapa dapat menafikan kerasulan seorang insan bernama Muhammad bin Abdullah hatta seorang paderi Kristianus sekalipun. Sudah nyata memang Rasulallah insan terpilih.

Kita sebagai ummatnya haruslah sentiasa menyanyangi baginda sebagaimana Rasulallah melafazkan "Ummati,Ummati.."semasa akhir hayat baginda. Betapa sayangnya baginda terhadap ummat-ummatnya. Satu persoalan terlontar di sini, sayangkah kita kepada Rasulallah sebagaimana Rasulallah sayang kepada kita?

Jikalau kita sayang akan bagunda,apakah bukti yang boleh menunjukkan dakwaan kita? Adakah kita mengamalkan sunnahnya? Adakah kita senantiasa berselawat kepadanya? Adakah kita mengikuti secara benar agama baginda? Tepuk dada.tanyalah iman anda sendiri..

Tidak perlu perarakan jutaan ringgit,sedangkan pengisiannya kosong dan hambar. Apa yang paling penting,sudut rohani kita terisi penuh dengan cahaya-cahaya keimanan sempena Maulidur Rasul ini. Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan Baginda bagi memperoleh syafaat yang sangat membantu di akhirat ke;ak

" Maulidur Rasul untuk dihayati,bukannya untuk mencetus kontroversi"

   Wasalam

No comments: