Followers

Friday, February 12, 2010

Memori(Fly)-(upgrade)

Bismillahirrahmanirrahim

perhatian=post ini tersangatlah panjang.Sila tarik nafas dulu sebelum membacanya.Haha.Oh ye,satu lagi post ini agak ada fantasi sket, jadi baca jelah.Haha. Enjoy it~

Fly? Apakah itu? Kalau ikut dictionary,fly bermaksud terbang. Tapi,bagi pelajar-pelajar asrama,istilah fly itu mempunyai makna tersendiri. Haha. Kalau ikut ayat skemanya,fly bermaksud keluar dari kawasan tanpa kebenaran. Fahamkan. Okay. Satu soalan yang simple,siapakah yang tak pernah fly? Opps. Silap. Siapakah yang pernah fly? Konfem pernah punyakan. Haha. Tak payah tipulah. Kalau tak pernah fly, tak adalah kemanisan menjadi seorang "hostelian". Haha.


Jadinya,pada post kali ini,aku akan ceritakan tentang pengalaman fly aku sepanjang menjadi seorang pelajar KKJ yang skema. Haha. Sebelum itu,mari kita berkenalan dulu dengan my best friends a.k.a my fly's friends.Haha.



                               ~POWER RANGERS~


Shahir Salleh/Caer
perancang segala strategi
BLUE ranger




Wan Fikry Hizry/Wan
pemberi sokongan 
RED ranger




Farez Syinon/Syinon
paling tenang antara semua
GREEN ranger

Sudah kenal bukan? Haha. Mereka sekalianlah yang selalu menghabiskan masa bersama dengan aku. Tak kiralah ketika cuti hujung bulan ataupun ketika berada di hostel. Macam-macam perkara yang kami buat. Fly tak usah ceritalah. Tak terbilang jumlahnya. Tapi,semuanya masa cuti hujung bulan jelah. Tak adalah masa sekolah. Nak mati agaknya kalau buat camtu. Ustaz Khir ada jelah.Haha. Selain fly,kitaorang juga selalu study sama-sama. Haha. Study tak boleh lupa. Biasanya,kitaorang buat sistem cikgu.Maknanya, seorang akan ajar yang lain-lain.Fahamkan? Buat-buat faham sudah. Pada kebiasaanya,aku akan ajar subjek sejarah dan subjek2 Sains terutamanya Kimia. Yang lain pun ada syif diaorang juga.

tempat bermulanya pengembaraan epik empat orang power rangers.Haha.


tempat merancang strategi(imiginasinyalah)


Okay. Sekarang akan diceritakan pengalaman kitaorang semasa fly ke Jaya Jusco Bukit Tinggi. Masa tu cuti bulan 7.Jadi,kebanyakannya pulang ke rumahlah. Oleh itu,yang tinggal di asrama amatlah sedikit.Huhu. Plan nak ke JJ memang dah dirancang lama dah. Dua minggu sebelum cuti tu lagi. Semangatlah katakan. Haha. Semua dirancang dengan begitu teliti sekali. Sistematik giler. Mengalahkan perancangan nak berperang. Setiap aspek telah diambil kira. Pukul berapa nak pergi,pukul berapa nak balik,macam mana nak cover dans segala macamlah. Senang cerita,SISTEMATIK. Okay,jadi bermulalah sebuah pengembaraan yang epik dan penuh mencabar(tak boleh blah!). Jeng!Jeng!




Pasukan Power Rangers mula bergerak...Tapi pada hakikatnya...



Inilah kenderaan yang kita orang naik sebenarnya. The Special Mini Bus
Bas mini Klang yang terbaik punya.Haha. Kenderaan rasmi empat orang power Rangers ini.
Penuh dengan kelengkapan. Haha

Pukul 3.00 petang,kitaorang semua bersiap sedia nak pergi. Selepas memakai baju kesukaan masing-masing(No batik!Haha),kitaorang pun pergi ke tempat menunggu bas kat depan asrama.Lebih kurang pukul 3.20 bas mini Klang pun sampai.Seperti biasa,keadaan dalam bas itu teramatlah sesak. Macam sardin.Haha. Terdengar juga suara konduktor bas menjerit,"2 line,2 line" dan "Abang,masuk itu dalam lagi"(relly miss it!). Memang unik bas kat Klang ni. Hampir 50 orang boleh muat dalam satu bas. Bayangkanlah sendiri betapa "5 stars" bas kat Klang. Haha.Selepas lebih kurang 20 minit,akhirnya kita orang sampailah kat bandar Indon. Opps. Klang. Bersepah-sepah orang Indonesia kat situ. Tak apalah diaorang nak cari rezeki tu. Selepas tiba kat Klang,kitaorang pun mencari-cari bas nak ke Bukit Tinggi. Akhirnya jumpa juga. Haha. Satu step lepas dah. Dalam pukul 4.00 petang kitaorang pun bertolaklah ke Bukit Tinggi. Bas dia memang superblah.Berbeza dengan bas Klang. Ni baru "5 stars punya bas". Haha.


antara pemandangan dalam bas yang elit dan terbaik

Setelah lebih kurang setengah jam,kitaorang pun sampailah di Jaya Jusco Bukit Tinggi. Boleh tahan besar jugalah. Macam Stadium Old Trafford pun adalah juga. Memang besarlah. Haha. Sebaik sahaja kitaorang masuk menjejakkan kaki ke dalam Jusco itu, kitaorang cari surau dulu.Hehheh. Solat jangan lupa!.Huhu. Siap berjemaah lagi.Bukan nak kata apalah. Memang dah terbiasa berjemaah kat hostel. Caer jadi imam. Seusai sahaja habis solat,kitaorang pun naik ke tingkat atas Jusco itu.Buat ape ye? Haha. Tengok movielah.Haha. Tapi,petang tu x de lagi.Malam je baru ada. Pukul 9.00 malam. Selepas mengusha beberapa movie yang best.Kitaorang pun decidelah nak tengok "X-Men:Wolverine". Sebab masa tu memang tak de movie lain yang best. Hentam sajalah labu. Selepas beli tiket,kitaorang pun blah jalan-jalan. Kitaorang singgahlah di MPH bookstore. Tengok-tengok novel. Caer beli Rooftop Rant dan aku pula Iskandar Zulkarnain. Memang best!



Jusco Bukit Tinggi yang menjadi tempat pengembaraan.
Tempat sasaran empat orang power Rangers ini.

Selepas setengah jam kat MHP,kitaorang pun mulalah cari Kedai makan untuk berbuka. Yup! Pada hari itu,kita orang berpuasa sunat. Haha. Sebenarnya Farez sahaja yang memang nak berpuasa sebab dia dah nazar untuk berpuasa jika dia menang forum.Aku,Wan dan Caer pun puasa sekalilah. Baru happening. Setelah mencari-cari,kitaorang pun decide nak berbuka kat Kentucky Fried Chicken. Masin-masing pakai duit sendirilah. Lemaklah kalau nak orang belanja. Haha. Antara menu pada hari itu iakah Chicken Rice,Wedges,Ice Creams dan sebagainya. Memang happening. Bukan senang nak berbuka puasa dengan kawan-kawan macam ni. Pengalaman sekali seumur hidup tu.haha. Setelah doa dibaca,maka bermulalah perbuatan melantak. Macam jamuanlah pulak. Makanannya teramatlah banyak tapi empat orang jer. Nafsu betul.Haha.



restoran yang menjadi tempat kitaorang berbuka puasa


hidangan untuk berbuka puasa tu

Desert kitaorang.Meamn ikut nafsu masa tu.


sayuran2 jgn dilupakan.kena jaga kesihatan gak.Haha

Okay,selepas habis melantak kitaorang pun solatlah berjemaah kat surau. Tunggu sampai Isyak sekali. Apa-apa pun,solat tak boleh dilupakan.Kan solat itu tiang agama. Dalam pukul 8.50,kitaorang pun naiklah ke atas untuk tengok "X-Men:Wolverine". Sebelum masuk,sempatlah juga beli popcorn sebakul dua.Haha. Kat dalam tu memang ramai. Biasalah,filem top. Harap-harap taklah terkantoi kitaorang masa tu.Haha. Dalam tu memang tersangat sejuk.Adoyai. Lupa nak pakai baju lengan panjang.Dahlah alergik sejuk. Haha. Tapi,biar jelah. Takkan nak beli baju baru kot.Haha. Filem X-Men tu memang best.5 stars. Terbaik punyer! Memang berbaloilah kalau tengok. Tak sia-sia sepuluh ringgit tu. Memang best. Korang pun tahukan cerita dia macam mana. Malas nak buat preview filem kat sini.


poster cover filem X:Men.Best giler!

Dalam pukul 11.00 malam,cerita X-Men itu pun habis.Maka kitaorang pun keluarlah dari cinema itu. Ketika berjalan-jalan tu,ternampaklah Kedai Komik "One Comic". Apa lagi,aku pun bantailah komik-komik yang best. Antaranya, Dragon Ball dan Naruto. Memang bestlah. Bukan senang nak dapt koleksi macam tu. Susah woo.Haha. Kat kedai-kedai pun dah takde dah. Kalau ada pun,yang tak best punya. Haha.Selepas puas shopping komik,kitaorang pun teruskanlah perjalanan. Ternampaklah kedai Dunkin Donuts. Perut pun dah berbunyi irama keroncong. Jadi,kitaorang belilah donat-donat tu. Terbaik punya! Memang sedap. Kira supper lah ni. Supper yang lebih hebat kat DM.Haha.



cover depan komik yang aku beli.haha.

Donat2 yang sangat menyelerakan.Supper yang best.




rupa bentuk teksi yang kitaorang naik.Lebih kurang camni la.Haha.
RM 20 satu trip.Okaylah tu.


Lebih kurang pukul 11.30 malam,kitaorang pun carilah kenderaan pulang ke hostel. Tunggu punya tunggu, akhirnya berjaya jugalah dapat sebuah teksi. Tambang dia RM20. Ok lah tu. Masing-masing RM5. Caer yang peramh duduk depan. Dia pun berbuallah dengan pak cik tu. Haha. Macam-macam cerita keluar. Malaslah nak tulis apa yang pak cik tu cerita,so x yah tulislah. Akhirnya,kitaorang pun sampai jugalah kat hostel lebih kurang pukul 12.00 tengah malam.Huhu. Masa tu semua dah gelap dah. Haha. Sunyi sepi je. Kitaorang dengan selambanya pun masuklah ke dalam hostel tanpa sebarang perasaan bersalah. Haha. Apa pun,berakhirlah sudah pengembaraan epik kitaorang.Kuang2.




akhirnya,megazords berjaya melaksanakan misi.kuang2

~MISSION COMPLETED~

p/s=mungkin korang fikir kitaorang ni lagho,tapi itu semua cerita masa kanak-kanak jer. Biasalah darah muda.Haha. Jangan terpedaya sangat imej Power Rangers tu.Saja nak sedapkan cerita.
~tamatlah sudah kisah epik kitaorang~

9 comments:

sarah iman said...

" Plan nak ke JJ memang dah dirancang lama dah. Dua minggu sebelum cuti tu lagi. Semangatlah katakan"

aku ingatkan perempuan je semngat . hahaha

cerita KLAKAR lagi

Leonhart said...

haha..well2
kenalah rancang dulu,kang x pasal2 kantoi camtu jer..hua3

faris shinon said...

wahah!rindu gilak suma tuh.aq egt g,tym kt kfc,b4 bukak posa,suma bajet nk mkn nih,mkn tuh,pas kfc kita p nih plak,bli kt sana plak.last2,pas mkn kfc tuh suma kenyang cm ulaq sawa.xdan nak bli pa dah.hak3~aq paling xbley lupa tgok da oqg dlm panggung tketaq-ketaq ksjukan.muahahaha!!!!!

luvly mya said...

hoho..bagus gila..di samping fly yg agak lagho tue empat agi wat pahala bagai kan..keh3=0

Leonhart said...

farez>hang ckap aku ka terketaq2 kesejukan?kui2

mya>memanglah..fly2 gak tpi solat x lupa...ahaaha

nawal said...

donat kau wat aku lapaR!

len kali jgn tarok gmbr mknn sedp2!

ak tgh starving nih!

Leonhart said...

haha..
saje nak test ko..
ko kan tgah diet..kuang2

sarah iman said...

apa kaitan power rangers?
kanak2 milo sungguh.

btw, big apple lagi sedap la

Leonhart said...

saja2 jer nak kasi gempak itu cerita.Haha.

Tak keash r big apple ke dunkin donuts,asalkan masuk perut dah.Haha