Followers

Wednesday, February 10, 2010

Memori(Roommates oo Roommates!)

Bismillahirahmanirahim


Tiba-tiba je terasa nak tulis post pasal roommates kat Kisas dulu.Haha.Rindu agaknya.Yelah,kalau dulu masa-masa macam ni tengah berborak tak ingat dunia sampai pukul 2.00 pagi,berdebat mana lagi hebat antara Manchester United dan Chelsea,makan pizza senyap-senyap dengan pintu bilik yang terkunci,cover handphone dan macam-macam lagi lah suka-duka.Oleh itu,pada post kali ini cuma nak cerita serba sedikitlah tentang bilik B105(bilik cemerlang) dan para penghuniya.


Kamal Aiman Kelana/507/Acang/Ketua bilik(main lantik diri saje)
Kamal Aiman lebih "mesra" dipanggil Acang(kacang).Sebab apa ya? Sebab dia ni kurus  sangat. Haha.Rasa-rasanya dialah paling slim kat sekolah.Nampak tulang je.Haha. Sekerin-kering dia pun,bab kenakan orang memang power.Mangsanya selalu adalah Naif Hanis.Kalau sehari tak kenakan Naif Hanis memang tak sah.Power main badminton sampai macam Taufiq Hidayat pun ada. Peminat setia Manchester United.Boleh jadi Presiden Kelab Peminat.Haha. Tapi,baik orangnya. Serius tak tipu. Mak dia pernah datang asrama hantar nasi himpit cukup satu floor.Huhu.



  Asyraf Ibrahim /501/Acap/setiausaha(tapi tak pernah buat kerja pun.Haha)
Dia ni memang antara top students kat KISAS.Tak payah cakaplah. Tapi,yang peliknya dia ni memang suka tidur.Kalau kat bilik,konfem dia sedang tidur diatas katilnya itu.Kalau tidur boleh bangun sendiri tak apa,ni tidur mati.Adoyai,susah benar nak kejut dia ni.Tapi,setidur-tidur dia pun pandai.Macam-macamlah dia ni. Dia pernah tidur lepas Subuh sampai waktu Zohor. Mak aii. Tidur sampai tak ingat dunia. Sanggup tak makan tengah hari tu semata-mata nak tidur. Senang cerita,pakar tidurlah. Sambil berdiri pun boleh tidur.Huhu.



Syaufiq Effendy/509/Copek/Ketua 3K(paling bayak buat kerja.haha)
Ni tak payah ceritalah.Boleh tengok kat profile.Malas nak tulis panjang-panjang.



Lagi seorang Naif Hanis.Gambar dia tidak dapat diletak dalam post ini.Ada masalah sedikit.Lagipun,dia ni seorang yang low profile.Jawatan dia bendahari.Tapi,kitaorang tak pernah bayar pun.Haha.Kalau nak hias bilik ke,semua main pakat beli jer,nanti baru kira nak bayar camner.Dia ni boleh kata power jugalah Add Math(memang power pun).Selalu bergaduh dengan Acang sebab bola.Mana lagi hebat antara Manchester United atau Chelsea.Kalau bergaduh senyap-senyap takpe,ni bising sampai satu floor.Adoyai.


Okay.Sekarang dah kenalkan ahli-ahli B105 yang hebat dan power(bajet je.).Haha.Satu Selangor,Satu Kedah dan dua Johor.Bahasa pertuturan rasmi kitaorang adalah Bahasa Melayu loghat Kedah.Pengaruh Acap lah ni.Haha.Main tibai je pun kalau cakap.Kejap-kejap campur loghat Kelate sedikit.Haha.



Antara yang kenangan yang tidak boleh dilupakan
(ayat skema giler.Haha)

1. Fly sekaligus empat orang pada satu petang Khamis pergi cc.Masa tu dah lepas periksa BIO kot.Haha. Memang best.Rekod tu.Tak pernah empat orang satu bilik fly sama-sama dalam satu masa.Tapi,kantoi jugak.Cikgu Mariah call fon Naif Hanis(masa tu Ckg. Mariah dah tahu yang Kamal dan Naif bawak fon kat sekolah) dan terbongkarlah segala kebenaran.Huhu.Malam tu,kena janji dengan Cikgu Mariah pakai fon Naif yang kitaorang tak akan fly lagi.Huhu.


2. Call 1300882525(Pizza Hut lah) masa semua tengah ulangkaji dan buat program sendiri kat sekolah pada Sabtu malam Ahad.Agak kerap jugalah.Adalah 2 kali sebulan.Acap tugas dia order pakai fon,Naif dengan Kamal pula tukang ambil order kat pondok jaga sekolah.Aku pula tukang cover line.Huhu.Memang sistematik.Lepas itu,kunci bilik dan start melantak.Kira macam jamuan jugalah.Huhu.Boleh siap main monopoli lagi tu.Memang tak boleh blah.Tapi,serius happening giler.

3.Borak-borak sampai pukul 2.00 pagi.Memang rutin wajiblah.Haha.Macam-macam cerita keluar.Kisah hidup masing-masinglah.Paling tak boleh lupa masa Kamal cerita pasal dia merajuk keluar dari rumah waktu darjah enam. Memang kelakar.Mahu sakit tekak dibuatnya asyik ketawa sahaja.Adoyai. Acap dengan Naif ada cerita gak kisah-kisah masing.Tapi,Acap jadi pendengar jelah sebab dia asyik tidur.Haha. Esoknya, semua pakat bangun 10 minit sebelum Subuh. Paling awal bangun aku dikuti Naif. Acang pula bangun tepat-tepat time azan.Acap? Dia ni tak payah citer. Orang kejut macam mana pun susah nak bangun. Tapi,bangun jugalah.Haha.

4. Seterusnya,bangun lambat pergi sekolah.Selepas solat Subuh dan sarapan kat DM,semuanya tidurlah.Ingat nak tidur kejap je,dalam pukul 6.50 bangunlah siap-siap nak pergi sekolah.Tapi,entah macam manalah hari tu semuanya tak terjaga. Sedap sangat tido agaknya. Last-last,terjaga pukul 7.30. Adoyai.Masa tu semua dah pergi sekolah dah.Memang kelam-kabut lah.Nasib baik dah mandi awal-awal.Haha. Kalau tak,pukul 8.00 lah jawabnya masuk kelas. Dan,memang nasib kitaorang baik hari itu.Takde KP check kat pintu pagar sekolah. Kalau tak,alamatnya naik pentaslah jawabnya. Haha. Sejak hari itu, tobat dah tak nak tidur lepas Subuh. Semua serik dah.

5. Bukan nak katalah,tapi kitaorang ni antara paling aktif masuk pertandingan-pertandingan berkumpulan. Ada sahaja pertandingan,konfem nama kitaorang ada.Wakil Alianz. Huhu. Sampai orang kata assobiyah bilik. Haha. Antara yang kitaorang masuk ialah pertandingan InfoHunt peringkat sekolah dan daerah. Haha. Memang tak boleh blah. Empat orang sebilik wakil rumah. Alhamdulillah kitaorang dapat jadi juara InfoHunt(sekolah) dan naib juara InfoHunt(daerah). Inilah hasilnya ukhuwah sejati.Cewahhh.haha

6. Time inspection memang tak boleh dilupakan. Haha. Memang semangat nak dapat markah tinggi. Siap buat jadual inspection lagi. Acap lap tingkat dan loker, Naif lap tingkap dan jenang, Acang bersihkan kipas dan layan KP yang check dan aku pula bersihkan lantai dan susun atur. Memang sistematik. Kadang-kadang,kalau rajin petang Jumaat tu dah start kemas. Tapi,susah. Sebab malamnya bilik kitaorang jadi tumpuan. Biasalah semuanya pakat datang nak baca surat khabar dan majalah yang baru dibeli. Kadang-kadang,ada "jamuan" juga. Itu sebab kitaorang malas nak kemas awal-awal.Haha.

7. Time nak dekat periksa jer,semua jadi rajin. Biasalah,tradisi pelajar KISAS. Dan dalam bilik B105, yang paling rajin study ialah Naif. Memang respek lah kat dia. Acang pula tak kurangnya. Kalau dah serius, memang seram dibuatnya. Haha. Acap pula biasa-biasa jer. Dia ulangkaji macam refresh balik jer. Memang pandai dia ni.Aku pulak taklah rajin dan taklah malas sangat.Sedang-sedang jer. Kadang-kadang,Ilman pun datang lepak study sama-sama. Tapi,lama-lama jadi berboraklah pulak. Macam-macam masuk. Last-last,study entah ke mana. Adoyai.Haha.



Bukti yang bilik B105 memang kemas,ceria dan bersih.


susun atur semasa inspection.time ni bilik tak cat lagi.


semasa infohunt peringkat daerah. 4 darinya adalah ahli B105. 


aku dan acap tgah fikir jawapan time Infohunt tu.huhu


Sebenarnya,banyak lagi. Tak larat nak tulis semua. Macam-macam perisa ada. Manis,masin,pahit dan pedas. Bila dah habis sekolah ni, baru teringat kembali kenangan lama. Nostalgik sungguh. Rasanya,macam nak putarkan kembali je kepada masa yang lalu. Tapi,tak boleh. Lagipun, kita semua kena melangkah kehadapan. Apa pun,kenangan ini akan sentiasa tersemat dalam memori RAM kepala ni. InsyaAllah.

p/s=memang best post ni.Feeling tu masuk.haha

8 comments:

nawal said...

hahaha.. x leh blah.. fly pon kantoi ke?

Leonhart said...

x de luck r..
ckg.mariah cam tau2 jer ktwang fly..
tu yg ktwang kantoi kat cc tu..
si naif tu pown jujur sangt...kih2

sarah iman said...

SUKA post ini
klakar kot
fuyyo, satu bilik budak2 pandai

Leonhart said...

haha..mekasih..
ktwang pnyer citer mmg funny..haha
mcm2 ader..huhu

pandailah sangat,biasa2 jer..
acap jer yg pndai...
huhu

Akihisa des said...

Assalamualaikum...
bile bace tringat kite kat asrama camne ye...
harap kekal ukhuwwah kite same2

aisya.lilac said...

Bgus2..
Ak ske post ni..
Sbb ley ingt blk tyme ak ngn kwn2 dorm trcnta..
Pape pun.
OMAR number ONE.!
Haha.:D

Leonhart said...

solihin>syukran.harap2 camtulah.

aisyah>haha.x leh blah.kui2.ape pown.ktwang pnyer bilik mmg cemerlang.ahaha

Anonymous said...

peh dh berbulan ko post cite ni smpai ati ko wat cite pasal aku kn? slmat ko x letak gmbar ak.(mahal kot gmbar ak).haha.. tem 2 tngah2 nk pkse r lau ak bhong ckgu mariah nti efek result ak hbis r.. sori la bro..hahaha