Followers

Tuesday, February 16, 2010

Preview

Pada malam ini atau pagi esok waktu Malaysia,Manchester United akan bertemu AC Milan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pusingan kedua. Ibarat buku bertemu ruas. Man U pasti akan berdepan cabaran sengit Milan di San Siro. Man U pasti masih mengingati kekalahan 3-o mereka di San Siro pada separuh akhir Liga Juara-Juara musim 2006-2007. Jadi,pertemuan di San Siro kali ini merupakan medan terbaik untuk The Red Devils membalas dendam kekalahan mereka.



Perbandingan kekuatan:

Penjaga gol= Edwin Van Der Sar boleh dikatakan sedang mencapai prestasi kemuncaknya. Manakala Dida dilihat agak bergelut ketika ini seperti ditunjukkan ketika Milan membenam Udinese.

Pertahanan=United sudah semakin pulih daripada krisis kecederaan mereka. Dan perkara itu dibuktikan dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Mereka tidak bolos sebanyak 3 perlawanan sebelum Carlos Cuellar membolosi gawang United ketika United seri dengan Aston Villa. Dengan kehadiran semula Rio Ferdinand, pertahanan United dijangka lebih mantap walaupun tanpa kehadiran Nemanja Vidic. Manakala, Milan pula kelihatan agak bergelut di bahagian pertahanan belakangan ini. Mereka telah melepaskan 2 gol ketika bertemu Udinese. Alessandro Nesta amat diperlukan dalam memantapkan benteng Milan yang agak goyah ketika ini.

Midfielder=Kekuatan kedua-dua pasukan agak setara di bahagian Midfield. Giggs dijangka memainkan peranan penting dan pengalaman Scholes amat diperlukan. Ji Sung mempunyai peluang untuk diturunkan. Nani pula boleh memberi dimensi berbeza kepada United. Di pihak Milan pula, Beckham semestinya menjadi tumpuan. Hantaran-hantaran lintangnya masih lagi berbahaya. Keberanian Gattuso memberi kelebihan kepada Milan. Pengalaman luas Seedorf pula amat diperlukan. Secara teknikalnya, kekuatan midfield kedua-dua belah pihak seimbang namun Milan dijangka lebih menyerlah di bhagian midfield.


Serangan=United dilihat berbisa di bahgian serangan ketika ini. Rooney yang telah menyumbat 23 gol dijangaka akan menyerlah dan diberi kawalan ketat oleh pertahanan Milan. Berbatov masih berbahaya dan boleh menjaringkan gol jika diberi peluang secukupnya.Owen pula menjadi pemain gantian yang bagus dan mampu menjaringkan gol pada situasi genting. Milan pula dijangka menurunkan gandingan Alexandre Pato dan Ronaldinho. Mereka dilihat semakin serasi belakangan ini dan pastinya memberi masalah kepada pertahanan United.

Keseluruhan=  United dijangka lebih menyerlah pada perlawanan ini.Namun, bermain di tempat sendiri mampu memberi semangat yang berbeza kepada Milan. Ditambah dengan kehadiran penuh nostalgia Beckham, Milan dijangka mampu mengatasi United. Tapi,bola itu bulat. Apa-apa sahaja boleh berlaku.

Ramalan perlawanan= Manchester United 1- AC Milan 1

p/s= kalau hendak menonton,buatlah sola tahajud dulu.Hihi. Bukan senang nak bangun malam.Haha.

2 comments:

nawal said...

x minat bola~
baek tdo drpd tgk bola..
btol x?

Leonhart said...

haha,
dah mnang pown.
kui2