Followers

Friday, February 5, 2010

Sahabat atau Cinta

Bismillahirahmanirahim

(Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihi)

Pada post kali ini,saya cuma ingin membicarakan tentang satu statement yang didengari daripada rancangan Malaysia Hari Ini.Pernyataan tersebut adalah "Sahabat itu cinta,Cinta bukan Sahabat".Statement yang menarik bukan? Lebih kurang sama bunyinya.Memang agak susah statement ini.Macam tiada apa-apa perbezaan bukan? Cuba fikirkan.Mungkin ada terlintas apa-apa ke.Manalah tahu.



Responden pertama
Sahabat,kita mencintai dia tanpa mengharapkan balasan. Bagi cinta(of coz lover rite?),kita mestilah nak berbalas.Sahabat akan kekal hingga ke akhir hayat.Cinta boleh pudar.Akhirnya menjadi kawan.Cinta akan mati tanpa persahabatan.Persahabatan tidak akan mati tanpa cinta.Cinta dengan sahabat ini sebenarnya saling berkait-rapat.Tetapi,sahabat akan terus hidup tetapi cinta boleh mati dan musnah dalam sekelip mata.

Responden Kedua
Persahabatan itu adalah satu jalinan kasih sayang tetapi percintaan itu adalah sesuatu yang berbeza dengan persahabatan. Kerana cinta itu menyukai sesuatu lebih dari seorang rakan. Apabila cinta itu hadir dalam kehidupan,ia seolah-olah musuh.Kerana ia mengganggu hidup kita daripada fokus kepada matlamat utama. Kerana kita sanggup membuat apa sahaja demi cinta.Walaupun mengkhianati persahabatan, amanah dan tanggungjawab.Persahabatan itu adalah cinta.Tetapi tak semestinya cinta itu adalah persahabatan.Sebenarnya banyak tafsiran yang kita boleh buat kalau kita melihat sesuatu dengan dimensi yang berbeza.

Responden ketiga
Sahabat menyintai sahabatnya yang lain,dia mengerti dan memahami, senang utnuk diajak bersama.Sahabat ada cinta terhadap sahabatnya.Yang menyintai tidak semestinya akan menjadi sahabat pada seseorang itu.Sebab cinta ad pelbagai yang ditentukan oleh hati dan kejujuran.Orang yang bersahabat,pasti akan ada cinta antara mereka.tapi cinta bukan sahabat sebab ia tidakkan kekal dan boleh disebabkan oleh pelbgai faktor.Cinta hadir secara tidak langsung dalam persahabatan,tapi persahabatan tidak semestinya akan hadir dalam percintaan.Cinta boleh jadi musuh juga.

Sebuah kisah tentang cinta dan sahabat

Satu hari CINTA dan SAHABAT berjalan-jalan dalam kampung. Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga. Kenapa?? kerana CINTA ITU BUTA. Lalu SAHABAT pun ikut terjun dalam telaga. Kenapa?? kerana SAHABAT akan buat apa sahaja demi CINTA. Di dalam telaga,CINTA hilang. Kenapa?? kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap.. sedangkan SAHABAT masih lagi tercari-cari di mana CINTA dan terus menunggu. Kenapa?? kerana SAHABAT ITU SEJATI dan akan kekal sebagai SAHABAT yang setia. Wahai Allah Maha Pengasih, jika sahabatku jatuh cinta, benihkan cintanya pada seseorang yang melebihkan cinta kepadaMu agar bertambah kekuatannya untuk mencintaiMu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku rindu, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalanMu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku rindu, jagalah rindunya kepadaMu agar sahabatku tidak lalai merindui syurgaMu.Insyaallah.

Konklusinya,hubungan persahabatan adalah sesuatu yang lebih bernilai kerana daripada hubungan persahabatan itulah bermula segalanya. Dengan persahabatan,kita akan sentiasa disokong.Tetapai,cinta pada keseluruhannya bersifat menyokong.Tetapi lain orang,lain pendapat.Semua manusia mempunyai pemikiran mereka yang tersendiri.

p/s=terima kasih kepada para responden.Lagi satu,saya bukanlah seorang yang jiwang.Saya juga tidak pernah bercinta.Haha.:p

2 comments:

sarah iman said...

dont misunderstood me
but kadang2 ia pilihan yang susah

huhuhuhuhuhuhu.

Leonhart said...

tah r.ak pown still x faham.tu yg tlis pndapat owng tu

btw,ape yg ko misunderstood?yg mana.hhhaha