Followers

Saturday, February 6, 2010

Spongebob Squarepants

                                                   Family of Spongebob

"Are you ready kids?"

"Hurry up,captain!"

"I can't hear you!!"

"Hurry up,captain!!!"

"ooooo.."

Dialog di atas biasa didengari kita.Tak terkecuali saya.Haha.Apa ya? Spongebob Squarepants!!Kartun yang dicipta oleh Paul Tibbit ini sememangnya menjadi kegemaran ramai termasuklah yang sudah berumur 18 tahun.Haha.Tipulah kalau tidak pernah tengok cerita ini,mesti ada punya.Ringkasnya, Spongebob Squarepants menceritakan Spongebob,span yang berwarna kuning tinggal di sebuah komuniti yang dipanggil Bikini Bottom.Spongebob berkerja di Krasty Crab yang terkenal dengan Krabby Patty.Restoran Krasty Krab dimilki oleh Mr.Crab.Mr.Crab mempunyai musuh yang dikenali Plankton(Sheldon),pemilik Chum Bucket.Plankton berhasrat mencuri resipi Krabby Patty tapi seringkali gagal.Mr.Crab dan Palnkton berkawan baik dahulu tapi menjadi musuh selepas Mr.Crab berjaya mencipta Krabby Patty. Selain itu,Spongebob juga mempunyai kawan baik,Patrick,tapak sulaiman merah.Mereka berdua sering menghabiskan masa bersama dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti menangkap obor-obor.Selain Patrick,Spongebob juga mempunyai kawan baik bernama Sandy,seekor tupai yang merupakan saintis dan pandai berkarate. Jangan dilupakan Squidwards,sotong yang merupakan jiran dan rakan sekerja Spongebob.


 
Spongebob dan Patrick semasa baby.Kiut giler!


Jika kita teliti,pelbagai perkara boleh dikaitkan antara kehidupan Spongebob dan rakan-rakannya dengan kehidupan seharian kita.Sama ada kita sedar atau tidak sahaja.Pertama sekali,kita boleh lihat daripada aspek persahabatan. Spongebob dan Patrick merupakan kawan baik yang sentiasa bersama-sama.Di mana ada Spongebob,di situ ada Patrick dan sebaliknya.Mereka sering menghabiskan masa bersama-sama dengan menangkap obor-obor dan melakukan aktiviti-aktiviti lain. Jadi,jikalau Spongebob dan Patrick boleh bersahabat baik(walaupun kartun),mengapakah kita sebagai manusia tidak?


                                           Spongebob semasa memandu
 
Seterusnya,cerita Spongebob Squarepants juga mengajar kita erti tidak berputus asa.Walaupun sudah 1400+ kali gagal ujian memandu,Spongebob tetap bersemangat untuk lulus dalam ujian.Dia tidak pernah berasa putus asa walaupun mungkin dia tahu diri dia tidak mampu untuk lulus dalam ujian memandu.Sebenarnya tiada jalan pintas dalam mencapai kejayaan. Thomas Edison sekali pun memerlukan percubaaan beribu kali baru berjaya mencipta mentol.Oleh itu,jangan berputus asa walaupun pernah mengalami kegagalan kerana kegagalan itu menjadikan diri seseorang menjadi lebih kuat.Betul bukan?




Plankton semasa menjalankan operasi.huhu

Hubungan Mr. Crab dan Plankton musnah hanya kerana Krabby Patty sahaja.Padahal sebelum ini,mereka merupakan BFFTD. Plankton sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mencuri resipi Krabby Patty.Sesunnguhnya,matlamat tidak menghalalkan cara.Daripada memikirkan strategi mencuri resipi Krabby Patty,adalah lebih baik untuk Plankton memikirkan satu resipi baru yang setanding dengan Krabby Patty.Begitu juga dengan kita, daripada kita berhasad dengki melihat kejayaan orang lain,adalah lebih baik sebenarnya jika kita berusaha untuk mencapai kejayaan orang itu.Jadikan kejayaan orang lain sebagai motivasi buat kita untuk mencapai kejayaan yang sama.




Spongebob juga seorang yang sentiasa gembira. Walaupun menghadapi masalah,senyuman sering terukir.Hidup Spongebob adalah happy go lucky.Mengapakah kita tidak seperti Spongebob? Senyuman kadang-kadang boleh pelbagai menyelesaikan masalah.Tapi,kita sering terlupa untuk senyum. Padahal,senyum adalah satu perkara yang mudah.



Konklusinya,fikirlah sendiri.Take the positive.
 
p/s=Spongebob memang best.(^_^).Post ni dibuat semasa sedang mengejar masa sebelum pukul 12.30.Haha

3 comments:

nawal said...

"Hurry up,captain!!!"


**
ituke skrip sebenarnye?
ak bajet
"ai yai, captain!"

giler minat ini katun, x penah miss!

Leonhart said...

haha.ye.huhu.silalah mnat kartu ini

luvly mya said...

haha..minat kartun nie.
ade jugak pengajaran di sebalik kartun ey..haha