Followers

Tuesday, February 2, 2010

Story of UPU

Bismillahirahmanirahim

Hari ini 2 Februari(sebenarnya dah tak ingat sangat tarikh,almaklumlah dah tak bersekolah),Fasa 2 UPU dibuka pada hari ini.Apalagi,mulalah terkocoh-kacah mencari ID yang telah dibeli dengan harga RM 10(kalau tak silap).Setelah bergelumang selama hampir satu jam,akhirnya benda yang dicari berjaya dijumpai.Kalau hilang,memang tak tahulah hendak buat bagaimana.Mahu menangis tak berlagu.Haha.Misi seterusnya memasukkan nombor ID. Tapi, setelah mencuba beberapa kali tidak berjaya untuk masuk ke dalam page UPU itu.Mungkin ramai orang yang tengah guna.Jadi,page dia jadi busy.Takpelah.Masih ada banyak masa lagi.Bolehlah fikir semasak-masaknya apakah yang hendak dimohon nanti.Sebenarnya,sudah ada 3 pilihan yang sering terngiang-ngiang di kepala.Tapi,masih tak tahu apa 1 atau 2 pilihan lagi sebagai back-up.Penat sungguh memikirnya.Orang kata pilih yang kita minat dan mampu kita buat.Mungkin betul.Untuk berjaya dalam seseuatu course,mesti ada minat,kemampuan dan kesungguhan.Kalau salah satu elemen tiada,nescaya tidak kemana-mana.Jadi,dengan berpegang kepada prinsip ini,bermulalah pencarian mencari bidang yang sesuai.Akhirnya,dapat jugalah.Mudah-mudahan Allah akan mengabulkan apa yang dihajati.Kita hanya merancang,tetapi Allah yang menentukan segala-galanya.InsyaAllah.

3 comments:

khaliesah said...

owh yg sploh inggit tu ke.
baru ingat hoho

Leonhart said...

haha.yelah tu agaknya.aku pown dah x ingat sangat dah.

luvly mya said...

aha..apelaman web die tah..mind if share with me?kalau boley leave kat my shoutbox eh..google xjupe pulk yg mane 1..eheh..anyway..kene cari jugak nie slip tue..sumpah ta ingat d campak mane..hailoh..