Followers

Tuesday, March 30, 2010

Plan:)

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang, sibuk dengan interview yg pelbagai. JPA,MARA, PNB dan lain2. Pertama sekali, tahniah kepada yang berjaya terpilih. Make the best preparations! A good prepations give you excellent result.
Interview is the best chance 4 you,to turn over the situations. From bad to good,or good to worst.
So,give all your best effort to make you selected for the scholarship. Ameen~

Act, sangatlah jeles. Hehe. Don't blame me. I'm just a normal person. Still have the sense of jealousy. Yup, I'm jealous to my friends. Mereka dapat p interview walaupun x pasti lagi utk dpt scholar tu atau tidak. Oh,God! Please give me the strength.

Tapi,credits to all my friends that gave me motivational advices.Ex:

" Ada yang lebih baik di masa hadapan"

" Rezeki ko bukan kat sini, mgkin di lain masa. Malahan lebih baik lagi"

" Yg ni mgkin bukan terbaik. Allah masih simpan yg terbaik itu pada masa yg lebih sesuai"

Yup.I agreed with all statements above. Allah is the best planner for us. Although, we planned well,if Allah thought that our plan doesn't good enough, how can we object it. Just take the positive side. YEah! That's the spirits.

"Today,I'm not somebody,but someday I'll be somebody":)

p/s= May Allah bless for all. Strive the best for the interview!

Wasalam.

Sunday, March 28, 2010

Jalan-Jalan

Assalamualaikum w.b.t.

Tiada apa2 sebenarnya. Cuma mengenai Muar sahaje.:p


Menara Jam.


Stesen Bas Kepayang.


Tanjung Emas pada waktu malam.


Dataran Sultan Ibrahim di Tanjung Emas


Bangunan Persatuan Cina Muar.

Ok. Itu sahaja yang mampu di upload. Malas nak upload banyak2.haha.

Wasalam.

Friday, March 26, 2010

Serabut.

Assalamualaikum w.b.t.

Saya sangat suke otak serabut n sibuk. Huhu.Kenape? Sebab,sel2 otak dapat berkembang ketika itu.
Sangat rindu tyme sekolah apabila kena serabut pk bnyak bnda. Terase masa diisikan dengan baik sekali. Oh ye,ibadah juga x dilupakan walaupun serabut2 dngan kerja.

Sekarang,sangat senang lenang.Otak terase ok jer. Macam x berkembang. I really need to polish my brain back. Statik dan mendatar saje. What a boring life! Oh university n whatsoever,please come to me as soon as possible. Haha.

Bile otak serabut(serabut disini adalah berkaitan dengan benda2 yg sepatutnya),secara otomatiknyer terlupa nak pk pasal bnda yg nonsense. Kita akn concentrate dngn prkara yg membuatkan kita jd serabut. Serabut yg positiflah. Serabut yg negatif x payahlah.Haha.

Btw,kita kena tenangkan diri kita gak. Bkn asyik boleh serabut jer, takut overdose. Kalo jadi begitu,silalah tempah katil anda di Tanjung Rambutan. Haha. That's all.

p/s: post yg agak pelik. Apetah motifnya pun x tahu. Maaflah kalo berkerut dahi time baca.:P

Wasalam

Tuesday, March 23, 2010

Coklat.

Assalamualaikum w.b.t

sedap x coklat diatas ni? sape mahu angkat tangan!

Siape suke makan coklat? Ramaikan yg suke. Huhu. Kenape ye korang suke makan coklat? Sebab rase dya yg sedapkan. Haha. Lebih2 lagi yg branded punyer. Lagilah gempak. Tapi,harga dya pon gempak gak. Macam coklat kat atas ni, coklat Ferrero Rosche. Seketul kecik tu jer dah bape ringgit dah. Rasenya kalo x clap, semangkuk yg macam kat atas ni dah berpuluh ringgit dah. Baek beli gule2 kopiko. Beribu2 dapat. Nak kate sedap,sedap gak kopiko ni.Haha. Tapi ferrero rosche ni memang sedap. Sekali makan,mahu lagi.Walaupun mahal,kualiti dya 8 stars! Haha.

Pernah x terfikir kenapa kite makan coklat? Suka suki je ke?Huhu. Myb,ramai dalam kalangan kite yg beranggapan coklat adalah tidak berkhasiat. Ramai yg menganggap coklat menyebabkan jerawat,menggemukkan dan tidak menyihatkan. Untuk pengetahuan semua,semua itu tidak benar! Malahan coklat sangat baik dalam pembentukan jadual diet seseorang. Anda mahu tahu sebabnya? Sila teruskan bacaan anda.

1. Coklat tidak menyebabkan pertumbuhan jerawat ye. Jerawat tumbuh disebabkan perubahan hormon dalam badan kita semasa kita meningkat dewasa. Malahan,kekurangan zat seperti iodin,zat besi turut menjadi punca kepada bermaharajalelanya jerawat diatas muke anda.

2. Coklat tidak menggemukkan ye. Kepada sesiapa yg ingin berdiet,adalah disarankan utk makan secara sederhana termasuk coklat. Gaya pemakanan itu mestilah diiringi dengan senaman. Kasi berpeluh sket n membakar kalori benda yg dimakan. Jenis makanan sebenarnya tidak mempengaruhi berat seseorang tapi kuantiti yg diambil menjadi puncenya. Oleh itu, jgn anggap coklat menambahkan berat badan anda. Tapi gaya pemakanan anda!

3. Coklat juga dapat membekalkan tenaga. x percaye? Cube makan sekeping coklat tanpa menjamah makanan lain. Anda akn berasa bertenaga walaupun x makan bnda2 berat seperti nasi dan roti. Selain itu,coklat juga amat sesuai diberikan kepada sesiapa yg pengsan.

Jadi, sudah tahu kelebihan coklat? Apa lagi marilah makan coklat. Jgn bimbang dengan kegemukan dan whatsoeva kerana semuanya palsu belaka!Haha. Tapi,kalau anda makan coklat macam nak telan sebuah gunung,memang sahlah alamatnyer anda mahu jadi ahli sumo.Ngee~

JOM MAKAN COKLAT!

Siapa mahu makan coklat? Sila angkat tangan anda setinggi2nyer.

p/s:hadiah coklat orang masih x diberi lagi.terlupa.super duper bz.haha 


Wasalam 

















Friday, March 19, 2010

11 tahun aku sekolah.

Assalamualaikum w.b.t

Sngat x de idea skang ni. tapi,muncul lah gak.Huhu. Nak wat camner.
Memandangkan suasana pembelajaran yg baru dah nak mula,saje je nak citer suka duka 11 tahun bersekolah. Dari pendek comel sampailah besar matang.Huhu.

Darjah satu: Mase ni budak2 lagi. masuk ke kelas kedua disebabkan random draw. Ok lah. Tyme ni kalo x clap memang kena dok sebelah lelaki sebelah pempuan.(Korang pon samekan?) Haha. tyme ni biase r,men kejar2, men sorok. Huhu.

Darjah dua: Naik kelas. Huhu. Mase ni mmg cuak ngan ckgu math dya,Ckg Faridah. Serius takut. Mase drjah dua jugalah,mata kanan kena masuk batu kecil. So,terpaksa memakai penutupmata utk beberaa hari, Dah macam lanun dah. Then,mase amek report card tgah tahun, mak datang.Sepatutnye,sebelum Hari Terbuka semua ibu bapaseharusnya dah tahu nombor2 anak mereka. Tapi,ak x bgtaw dulU.Haha. Sebab tyme tu dapat no 5. So,rase takutlah nak bgtaw kat parents sebab no tu agak teruk sket.Heh. Last2, kantoi jugak. Ade kawan mak yg reveal.Habis kena marah.Huhu.

Darjah tiga=Mase darjah tigalah,saye jadi sangat pemalas. Heh. Malas nak wat kerja sekolah esp Bahasa Melayu. Kena buat glosarilah.deskripsi lah n whatsoeva. Bnyak giler. Last2,x buat jugak.Ngee~. Hasinye,selalulah kena cubit ngan cikgu.Memang muka familiar lah kena cubit. Pastu, kena selalu tulis nama kat depan. Heh. Senang citer pemalas gilerlah! Tyme amek report card mmg kena habis2an. Haha. Tapi start penggal kedua,mula jadi rajin sket. Final exam,ok lah.

Darjah Empat=Kena dok blakang. Jauh terpencil kat belakang giler. Nasib baek masa tu,mata ok lagi. Kalo x,sepatah haram x dapat tangkap. Huhu. Darjah 4 masih budak2 lagi. x matang lagi. huhu. Pendiam giler mase ni. Tahun ni,start belajar Sains. N sains mmg menyeronokkan. Buat eksperimen. Tangkap belalang. Macam2 lah.

Darjah lima: Perangai budak2 masih x ubah. selalu maen kejar2 tyme rehat. Haha. Darjah lima lah yg kena asyek wat math jer. Tepu otak. Huhu. Tapi best, buku latihan sampai 5 buah dan distaplerkan menjadi satu buku. Tahun ni juga,4 the first time ever,brjaye dapat top 3 dlam exam. Ngee~ Bajet gile kot mase tu.Haha. Oh ye, tahun ni juga start wakil sekolah dalam pertandingan kajian tempatan. Dapat no 3 je. Huhu. Darjah 5,cikgu bnyak wat kuiz. Lawan lelaki n permpuan. Memang semangatlah. Haha. Then,pernah pinjam buku dak permpuan nak tiru homeworks. Huhu. Jahat gile kot dulu. Then,selalu kena ejek sebab jawa.Haha.

Darjah Enam: Paling best sepanjang di sekolah rendah. Jadi pengawas. Selalu skip perhimpuan pagi dngan alasan nak check sekolah. Haha. Then, utk pertama kalinye, berjaye dapat top 2. Huhu. Selama ini, dua orang dak pempuan ni je yg selalu dapat top 2. Jap,ingat nama diorang. Aimi n Qausar. Haha. Dapat no 2 n berjaye membuatkan si Aimi menangis sebab dikalahkan oleh saye. Heh. Mase ni,hilang sudah sifat pendiam. Jadi peramah giler kot. Haha.

Tingkatan satu:Atmosfera yang baru. Jumpa kawan2 baru. Tyme ni jumpe Najihan, Shazwan.Ammar n Jalil. Maka dengan bangganye,kitaoran pun menubuhkan kumpulan black NAJES. N for Najihan,A for Ammar,J for Jalil, E for Effendy n S for Shazwan. Heh. Sengal kot tyme ni. P siasat cikgu sape yg kawen n suke wat lawak bodoh dalam kelas. Haha. Memang x leh blah.

Tngkatan dua: Bnyak sweet memory kat sini.Huhu. Antaranye, menyelamatkan markah sejarah akhir tahun semua pelajar dalam satu kelas daripada di potong oleh cikgu. Camner tu ek? Begini,Ckgu ade wat kuiz. Kalox dapat jawab, markah sejarah akan dipotong. Alaa, macam sistem demerit tu. Yg kena tolak2 mata tu. Mase tu dah -23 dah. Secara logiknyer, markah kitaorang pade periksa akhir tahun paling tinggi pun,77 markah. Then,cikgu suro plih seorang untuk jawab soalan last. Kalo betul, defisit 23 markah tu ditolak,tpi kalo salah jadilah -40.Huhu. Then,semua dak2 ni pilh aku. Dengan tenagnyer,soalan yg ditanye berjaya dijawab. So,terhapuslah demerit tu. Huhu. Jadi hero.

Tingkatan 3: Time ni semangat nak belajar. PMR. Huhu. Dan buat pengetahuan semua, masa inilah aku jadi best friend Abbas bin Ismai,KU Kolej Islam Sultan Alam Shah tahun 2009. Heh. Duduk belakang dia lagi tu. Selalulah dengar dia bercerita pasal Hizbut Tahrir. Best! Huhu. Memang korang x sangkakan? Ngee~ yg lain seperti biase, belajar,peksa, program n whatsoeva. Dah macam robot jugalah.Huhu.

Tingkatan 4: Bertukar sekolah. At first,memang x nak pindah. Siap cakap lagi" Aku x kan pindah" kat kawan2. Tapi,apekan daya, pindahlah juga. Berat hati kot tyme tu. N di sekolah baru,memang semuanyer terase asing. Macam kat planet marikh. Tapi,lama2 ok dah. Disini jugalah aku kenal manusia bernama Faris Syinon, Wan Fikry HIzrey dan ramai lagi. Lama2 best lah. Biaselah tu. Kena ambil masa untuk sesuaikan diri. Huhu.

Tingkatan 5: Tahun yg penuh ngan konflik. Macam2 berlaku. Ade yg manis,ade yg pahit,ade yg masam dan ade juga yg masin. Cukup perase gitu. Haha. Korang bleh assume sendiri lah kan. Tyme ni jugalah bnyak belaja tentang kehidupan n erti persahabatan. Cewahhh. Haha. Tapi,konklusinya tyme form 5 nilah memang konklusi kepada 11 tahun aku belajar dri pendek katik kepada x pendek sangat.

p/s=Waktu sekolah memang menyeronokkan.

Wasalam.

Tuesday, March 16, 2010

Bye Hawaii..

Assalamualaikum w.b.t

" Encik Blog,silalah balik. Sudah2 lah berjemur di bawah terik mentari Hawaii tu"

"Oh ye ke. Belum seminggu lagi pun. Tapi tak pe. Saya amek flight malam ini juga dari Honolulu,Hawaii. Tapi mungkin,kena ade transit. So, sampAi agak lambatlah. Haha."

" O ye ke. Ok2"

Perbualan di atas tidak bermotif. Saje2 je. Haha. Akhirnya, I'm back. Setelah lama bercuti, hidup juga blog ini. Act,dya p bercuti tahunan kat Hawaii. Huhu.  Kasi relax sket. Kasi berjemur. Haha. Ok, Mr. Blog. Your holidays is over. Please return to Malaysia.

Haha. Macam gempak jer. X de r. Act, blog ini macam bersawang sebab sibuk sket dalam beberapa hari ini.  Isi scholarship,upu dan segale macam. Sebab tu blog ini x aktif. Heh. Sori. Bukan berkabung pasal result.Haha. Result,Alhamdulillah ok jer. Not too excellent,not to bad. SEdang2 sudah. Haha. By the way, infinity of thanx to all that really help me in my life. Parents,teachers, siblings,friends and others. All of you are great.

Bermula dari Tadika Abim,SK Bandar Maharani,High School Muar,SMKA Maahad Muar n KISAS,semuanya dah banyak berjasa. Banyak tawar,masin,manis mahupun pahit yang dilalui. "Experience is the best teacher". Thanx ya..May Allah bless.

Ok. Pas ni kena serabut pk masa depan. Haish. Macam2 nak kena pk. Bikin otak serabut betol. Ape pon,kembalilah kepada Allah. Allah yang maha mengetahui segala2nye. Tak semestinya kureng tyme SPM, kureng juga masa kat U nanti. Semuanyer adalah rezkI. Betolkan? Huhu.

" Mengapa kita harus rasa kecewa,sedangkan tuhan lebih mengetahui,Apa yang terbaik untuk diri kita,..bla...bla"

Cube nyanyi balik lagu Soutul Mujahidin tu. Cube fahamkan ok? Haha.

Wasalam.

Tuesday, March 9, 2010

Tag.Five.

Assalamualikum w.b.t.

copy award ni mcm dpt grammy award.



-copy award ni mcm dpt grammy award.
- bagitahu sape and link blog org yg bg award ni
- tajuk post korang mesti ade perkataan "FIVE" cm high FIVE, or "FIVE" jer

Die-hard-fan Chelsea,Mardhiyah yg tag saye.
 
1.Five name that people call you.
 
1.Syaufiq
2. Sya ef
3.copik
4.copek
5. fiq
 
2.Five important dates in your life
 
1. 16 November(me n my father besday).
2. 24 April(mom besday)
3. 16 Disember 2009(gembira+sedih+nostalgia)
4. Hari merisik, bertunang, bernikah n bersanding(lame lagi. 10+ tahun lagi.:p)
5. Besday Isteri n anak2.Heh.(ni pown lame lagi).
 
3. Five things you done yesterday
 
1.online
2. makan
3.bace novel,buku,paper,komik n whatsoeva.
4.tidur
5. cuak tggu result.
 
 4. Five ways to be happy



1. Recite the Al-Quraan
2.spend the time with my family.
3. study
4. Online(facebook,blogger,yahoo messenger,onemanga,movies)
5. Reading the comics( Naruto,One Piece,Bleach, Bakuman).
 
5. Five favourite movies
 
1. Titanic
2. All Harry Potter's films.
3. A Night In The Museum(1 and 2).
4. Filem Melayu klasik.
5. Princess Diaries
 
6.Five favourite hobbies
 
1. With friends
2. Reading novels and comics.
3. Day dreaming.
4. online.
5. Main-main ngan adek:)
 
7. Five favourite peoples
 
1. My parents.
2. My friends
3. Pemimpin yg inovatif n berkarakter.
4. Orang yg berusaha keras dlam hidup.
5. Orng yg x terpengaruh ngan free lifestyle and love.
 
8. Five favourite places for vacation
 
1.Arabean countries n places(esp Mecca and Madina.InsyaAllah)
2. Venice.
3.All historical places over the world.
4. Old Trafford,Manchester.
5. Kampung.
 
9. Five reasons your answer the survey
 
1. kena tag.
2. boring sanagt.
3. jntung tgah berdegup laju(Cuak!. Relax suda~)
4. Saje nak update blog.
5. mengkreatifkan otak.
 
 
10. Five persons to tag



1. Faris Shinon
2. Izzudin
3.Aisyah Husin
4. Amirul Razali(Reveal)
5.Akihisa Gakusen(Solihin)
 
 
p/s=ni mmg x de keje dah. Ni adelah post ke-dua terakhir sblom blog ni akn pergi bercuti ke Hawaii selama mane yg dya suke.
 
Wasalam.
 
 
 
 
 
 

Sunday, March 7, 2010

Selamat Hari Kanak2

Assalamualaikum w.b.t

"Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia"

Bile tngok Buletin Utama tadi,tetiba je dua orng kanak2(seorang lelaki dn seorang perempuan) sdng mmbace berita. Heh. Giler ape? Bile dngar teliti,bru taw yg ari ni merupakan Hari Kanak2 Sedunia. Haha. Act, tyme bace paper tdi mmg ade sbut pasal hari kanak2 ni, tpi x amek berat sangat n mgkin terlepas pndang.

Heh. Act, x taw nak tlis ape sbnarnye. Tpi,tulis jelah. Haha. Tngan x dpt brhenti. Kite semua prnah mnjadi kanak2. Kau,aku,mereka dan segalanya. X de yg trus jdi dewasa. Msti melalui proses sebagai seorang kanak2. X de sape trkecuali. Malahan, mgkin masih di antara kite yg msih lagi "kanak".
X semua kanak2 mngalami prjalanan hidup yg sama. Ade yg manis dan ade juga yg susah. Itulah asam pedas kehidupan. Ngee~

Kanak2 tdk prlu hnya dihargai pd satu hari saje. Tpi,setiap mase. Yup. Kanak2 memerlukan kasih sayang. Kasih sayang orng yg lbh dewasa. Luaskan pngrtian kasih syang ini tnpa mngenal sempadan. Kanak2 d Palestin juga kanak2. Begitu juga d serata dunia. Kasih sayang adalah harta yg pling mereka mahukan ketika ini.

Kpd kau,aku,mereka dan sgalanya yg mmpunyai adek2 yg masih kanak2,silalah hargai mereka. Layan mereka seperti yg sepatutnye. Mereka berhak untuk mendapat keistimewaan itu. Jgn biarkan ego anda sekalian umat manusia menguasai perasaan kasih sayang terhadap mereka.

Sebelum bicara ditutup,marilah kite sedekahkan Al-Fatihah kpd kanak2 yg mnjadi mngsa kkjman manusia brhati binatang dngan prbuatan yg x dpt d terima logik akal spt rogol,liwat dan bunuh. Al-Fatihah~.


kanak-kanak penyambung generasi masa hadapan.



Wasalam

Saturday, March 6, 2010

Kahwin dulu baru kerja? Giler ape!

Assalamualaikum w.b.T

 Tempat= Dlm blk dngn kps berpusing laju(panas!)

Masa=Sekitar 5-6 ptng.

Situasi= sdng surfing sgle mcm,fb,blogwalking n whatsoeva.

Tiba2, adek yg pling kecik brtnye

" Abng,kahwin dulu baru kerjakan?'

Secara spontannyer, tngan tetiba berhenti dri memegang mouse yg sedang gedik n wat ragam. " X leh blah btol dak ni. Tah pape lah"monolog dlm hati.

Dengan tenang,"Mstilah krja dulu, baru kahwin. Haha".

"Ye ke? Rmai je skang ni kawen dulu,bru kerja. Betol x?"

Adoi. Budak2 skang mmg cpt pndai. Cepat btol otak dwang berkembang. Soklan dya plak,soklan killer.Heh. Memang terpengaruh ngan drama la ni.

"Dwang tu giler angau. Yg pnting blajar dulu, then kerja. Bru nak kawen. Ade faham?"

"Oo. Camtu. Ok faham."

Apa yg nak disimpulkan di sini, study lek lok dulu bru pk bnda2 camtu. Dgn study,kite semua leh merancang mase dpan kite. Mahu yg hebat ataw sebaliknye. Study juga mmbri kite satu peluang utk membalas kmbali jase kedua ibubapa kite. Apakah perasaan ibu bpe kite bila melihat anaknye berpakaian jubah konvo n memegang sekeping ijazah? Sudah tentu gmbira bukan? Mahukah kite memberikan ibubapa kite kegembiraan spt itu. Sudah tentu!

Tapi,jodoh dan ajal di tngan tuhan. Siape taw ade dlam klngan kite yg akan mendirikan masjid terlebih dahulu. Heh. Tpi, jgn jadikan ianya satu alasan utk kite x study. Study is study! Take the positive side ok? Tanamkan dlm diri utk study lek lok dulu,bru pk yg sebegitu.

yes!its true.no doubt with it.keep on studying.struggling urself.its fun!its great!its interesting!

*rembat dari blog aisyah. Thanx ye. Haha


" LOVE STUDY BEFORE YOU LOVE SOMEBODY"

Wasalam

Friday, March 5, 2010

Polish!

Assalamualaikum w.b.t.

Semua dah tahu dah result SPM akan keluar pada 11 Mac 2009 bersamaan hari Khamis. Jadi,tak payah lah kecoh-kecoh.. Menambahkan cuak jer. Petang dan malm 4 Mac, semua status kat fb pasal tarikh result jer. Adoi, kecuakan bertambah berlipat kali ganda. Semua macam dah x sabar sahaja nak ambil result. Ape pun, semuanya sudah tersurat dan tersirat. Redha je lah. Tapi,kite masih ade senjata terakhir, DOA. Yup. Kita masih boleh bertawakal dan memohon kepada-Nya. Okeyh. Stop pasal result. X mauh menambahkan kecuakan yg sedia ada. Relax sudah~Hehe. Kite tunggu sahaja lah khamis depan. Set!


gambaran otak yg sedang terbakar bila selak buku chemistry dan add math.Baru selak!haha

Ok. Skang masuk tajuk. "Polish!". Ade apa dengan polish? Polish motokar ke? Polish trofi? No! No!. Polish otak! Haha. Serius ckap, cuti-cuti ni telah mengaratkan otak. Proses Rusting telah berlaku. Metal kat dlam otak ni telah di "oxidized"kan  menjadi ion-ion kerana kehilangn elektron. Haha.  Tetiba masuk definition corrosion lak. Teringat cikgu Farhana. Memori. Jadi,ats kesedaran diri(cewahh),mula lah selak sikit-sikit buku chmstry. Selak je pon. Refresh blik sket2 mane yg leh. Preparation 4 university life.ngee~ Lg pun,kebiasaannyer semua science job memnag ada subbjek chemistry pon. Nak jadi doc kena juga belajar chemist. Nak jadi engineer,ade gak chemist. BioCHEMICAL engineering contohnya ann whatsoever.
Jadi,kepada semua silalah jadikan chemist sebagai kawan anda.Haha.

 Then,mathematics dann add math. Add math. subjek favorite ramai orng ni. Betul kan? Haha. Yelah,time sekolah dulu, semua gigih bermandi keringat dan memerah otak membuat Add Math. Tak kira pagi,petang dan malam. Bermacam-macam buku ada. Bku pink,buku hijau,bku biru,bku merah(eh.merah x de),semuanya dibantai dngan contengan2 mencri jwapan. Kalo dpt jwpan,nikmatnyer x trkate.Haha. Zaman knk2 ribena lagi. Rasenya,tyme tu semua jdi Einstein. Kreatif n hbt mncri jln penyelesaian. Tpi, cuti ni mmg tlah mmbuatkan segale formula yg prnah bersarang kat kepale hilang ditiup angin yg sepoi2 bhasa. Haha. Differentition,Integration,Trigonometric function, Normal Distribution n whatsoeva semacam benda yg asing jer. Haha. Soklan2 simple pon mgkin dh pening nak solve. Apatah lagi,soklan yg mmrlukan aplikasi. Haish. Memang kena polish. Mmg otak ni dah karat yg pure pnyer tu. Kena pkai yg spesel pnyer utk menyahkaratkan kembali.Hehe. Xpe. Sblom kite semua masuk ke dunia university yg pnuh resistance,meh lah kite same2 rewind blik add math kite. Jgn dpndng sepi add math. 4 pointer tu.Haha.

Then,Biology. Yg ni mmg kaw2 nyer. Kalo x kena hafal,mmg x sah. Yelah. Equation dya kan cmni. Biology=Memorize. X de yg leh agak2nyer cm Add math n Physics. Kalo dah kate A, A lah juge jwbnyer. Len r kalo kita ni saintis mcm Gregory Mendel tu. Dya mmg cube mmwat experiment utk mnmbahbaikkan sesuatu yg sedia ade trhadap teori Inheritance. Kite ni msih anak pokok pisang ag,kena study n segale bagai dulu sblom leh declare teori baru.Haha. Mmg ramaikan cita2 nak jdi doc. So,nak x nak sbjek Bio kenalah dibuat rakan kesayangan. Kena ingat blik proses formation of urine yg melibatkan 3 pringkat iaitu Ultrafiltration,Reabsorption n Secretion. Then,kena memorise blik ape fngsi loop of henle n bowmen's capsule.Tulang pon kena ingat. Phalanges tu ape dya. Then,fibia, tibula, radius, ulna, scapula n whatsoeva. Mmg bleh jdi sket r kepale,ingat bnda2 ni sume. Tpi,best!Haha.

Physics. Yg ni kena fham konsep n sdikit latihan. Bak kat Wan. Haha. Tpi,bnyak2 sbjek Science,Phy yg pling sket nak kena hafal. Cume kpde pemahaman konsep. Tpi,kalo x refresh blik,alamat jwbnyer mmg blur r. Haha. Ingat2kan blik formula2 dya. Then,fham blik konsep wave,nuclear fission n whatsoeva. Law2 dya pon jgn dilupakan. Bnyak Law betol.Haha. Tpi,Phy is insteresting n full of magic.:)

Jadi,wlopon agak terlambat n dh nak kuar result, kite msih leh refresh blik semua yg kite pernah blajar. Prepare 4 the U's life. Sediakan pyung sblom hujan kan. X de yg terlambat dlm belajar. Kan hidup kite mmg sentiasa berterusan dngan proses pmbelajaran. Bak kate pepatah Arab" Tuntulah ilmu dri buaian sehinggalah ke liang lahad". So, let's start refresh back n polish our brain!


miss this moment~


Wasalam.
   

Thursday, March 4, 2010

Mengapa Allah dahulukan Cinta?

Assalamualaikum w.b.t

Tgok jelah kat link di bawah ini utk mnjawab persoalan di atas tu.Moga beroleh manfaat.


Jawapan Mengapa Allah dahulukan Cinta-I luv Islam

Wasalam

Wednesday, March 3, 2010

(3 Mac) ;(

Assalamualaikum w.b.t

3 Mac 1924, tarikh yg sepatutnya mnjadi kedukaan umat Islam pada masa kini.Siapakah yang masih teringat lagi ape yg terjadi pd hari ini? Untuk pengetahuan semua,3 Mac 1924 merupakan tarikh kejatuhan Khilafah Islamiyah Uthmaniyah di Turki. Sedar atau tidak sudah 86 tahun kita kehilangan penaung kita. Disebabkan jatuhnya khilafahlah,umat Islam pada masa kini ditindas. Palestin bermandi darah. Nabi Muhammad S.A.W. dihina.



Hayatilah video di atas dan beroleh manfaat daripadanya.

Kronologi Empayar Uthmaniyyah


Askar-askar Uthmaniyyah selepas tamat Perang Balkan Pertama.1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.


1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.

1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.

1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.

1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.

1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.

1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.

1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.

1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.

1526M- Perang Mohacs

1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.

1571M- Perang Lepanto berlaku.

1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV

1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.

1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.

1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.

1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.

1792M- Perjanjian Jassy.

1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".

1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.

1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.

1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.

1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.

1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.

1829M- Perjanjian Adrianople.

1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.

1841M- Konvensyen Selat.

1853M- Bermulanya Perang Krimea.

1856M- Berakhirnya Perang Krimea.

1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.

1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.

1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.

1912M- Perang Balkan pertama.

1913M- Perang Balkan kedua.

1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.

1919M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun.

1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.

1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

“Sedih Apabila Sekular Dibela dan Dipuja lagi Diperjuangkan..”


Sayyidina ’Umar al-Khattab menyatakan:

إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة اذا نشأ في الإسلام من لا يعرف الجاهلية


Maksudnya: “Akan terungkai tambatan Islam serungkai demi serungkai dari leher umat Islam apabila berleluasa di dalam Islam mereka yang tidak mengetahui hakikat jahiliyyah.”


La'illahaill'allah Muhammadu Rasulallah

Tuesday, March 2, 2010

tagged(upgrade version)

 Terima kasih je lah kpd cik khales yg mengetag. Cba jwp se"ok" mngkin.

1.- Adakah anda rasa HOT???
memang hot.cuaca tgah panas giler ni. bnyak air kuar dri badan.huhu.

2 - Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!





3 - cerita pasal gambar
Fevret ni. haha. adek yg letak.malas nak tuko.huhu. Berangan nak jdi Kurosaki Ichigo.Hahaha. X leh blah. Tpi,itu semua adelah satu fantasi. Balik la ke realiti  Syaufiq oii.

4 - bila kali terakhir anda makan pizza?
ermm.baru2 ni kot. Tapi,kalo kali terakhir makan pizza yg btol2 meninggalakn kesan,tyme kat sekolah dulu. Heh. Order pizza direct hantar hostel. Superb~

5.- lagu terakhir anda dengar?
lagu blog khales.sbb nak wat tag ni kena refer blog dya.huhu.
n lagu blog amierul sekali. Tpi,sori semua x layan sangat lagu. So,saye menekan butang berhenti.Haha.

6.missing question.

7- selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
sekolah rendah orng selalu pnggil copek(tah pape) n msuk kisas tah mcm mane tah ade lak gelaran syaef. Padahal syaef tu utk trpk secara spontan utk oral bm.huhu.

8 - tag lagi 8 org
giler kntang.bnyak nyer.
1.faris shinon.
2.amirul
3.sollehin
4.izzudin
5.Aiman
6.mya
7.mar
8.tiqah mirah

9 - siapakah org no.1 kepada anda?
motivator aku.haha. n tkang check essay bi.:P
orng yg sngat berfalsafah dn hebat.

10 - katakan sesuatu mengenai org no.5
adek.huhu

11 - no.3 ada hubungan dengan siapa?
ngan kawan2 dya ler.huhu.

12 - bagaimana pula dengan no.4
cikgu Bio aku ni.snggup smpai pkul 2 nak ajo.haha

13 - pesanan kepada orang no.6
silalah buat kalo rajin.huhu.

14 - kata2 cinta untuk orang no.2
wow.mirul.ko ingat lagikah ngan "syira"ko tu.haaha.x memasal ak terkena.

15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
omarianz.huhu

16 - berikan 5 yg anda tau tentang org yg mengtag anda
Khales=giler drama korea,bru fail test jpj,baek,on9 smpai pkul 3 pgi(ak pernah perasan yg dya masih on lgi tyme tu),relax jer.
Mirul=bab hafal mmg terer,pndai menukar suare menjadi perempuan,power arab,Revealer,pakar petom..haha(sori Mirul)
Nawal=top student, blogger prolifik, gojes n segala yg berkaitan ngan gojes, baek,cool~

17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU?
x makan sngat dging dua2 ni.huhu.panas bdn t.huhu

18 - perasaan anda wat tag ni?
biase2 je.ngantuk kot.huhu.

19 - adakah anda tau si razman itu sengal?
erm.pemain bola sepak selangor kah? tah la,x prnah wujud dlam kamus hdup pon.huhu

20 - a)GAY or b)LESS
sejati r.haha.No doubt with it!

Hargailah Mereka


Assalamualaikum w.b.t

Kisah ini hanyalah sekadar renungan kita bersama. Tiada kena-mengena antara yang hidup dan mati.

Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.


Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila&" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak?"

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah.." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila&" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Lelaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila& anak-anak

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.


Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

hargailah keluarga anda selagi anda boleh menghargainya.



Moral: Hargai mereka yang berada disisi anda selagi mereka masih ada. Jangan kehilangan mereka baru anda rasa menyesal.

Monday, March 1, 2010

Renungan

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.


Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

PISANG dan KEBENCIAN

Assalamualaikum w.b.t

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu.


Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam.


Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati.

Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-j auh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik.

Sememangnya untuk memaafkan orang lain agak sukar tetapi ianyalah perbuatan paling mulia.
Dengan ini,insyaAllah saya memaafkan orng yg pernah berbuat kesalahn dengan saya. May Allah bless

Sekian,wassalam.