Followers

Wednesday, March 3, 2010

(3 Mac) ;(

Assalamualaikum w.b.t

3 Mac 1924, tarikh yg sepatutnya mnjadi kedukaan umat Islam pada masa kini.Siapakah yang masih teringat lagi ape yg terjadi pd hari ini? Untuk pengetahuan semua,3 Mac 1924 merupakan tarikh kejatuhan Khilafah Islamiyah Uthmaniyah di Turki. Sedar atau tidak sudah 86 tahun kita kehilangan penaung kita. Disebabkan jatuhnya khilafahlah,umat Islam pada masa kini ditindas. Palestin bermandi darah. Nabi Muhammad S.A.W. dihina.



Hayatilah video di atas dan beroleh manfaat daripadanya.

Kronologi Empayar Uthmaniyyah


Askar-askar Uthmaniyyah selepas tamat Perang Balkan Pertama.1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.


1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.

1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.

1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.

1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.

1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.

1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.

1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.

1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.

1526M- Perang Mohacs

1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.

1571M- Perang Lepanto berlaku.

1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV

1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.

1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.

1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.

1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.

1792M- Perjanjian Jassy.

1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".

1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.

1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.

1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.

1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.

1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.

1829M- Perjanjian Adrianople.

1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.

1841M- Konvensyen Selat.

1853M- Bermulanya Perang Krimea.

1856M- Berakhirnya Perang Krimea.

1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.

1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.

1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.

1912M- Perang Balkan pertama.

1913M- Perang Balkan kedua.

1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.

1919M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun.

1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.

1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

“Sedih Apabila Sekular Dibela dan Dipuja lagi Diperjuangkan..”


Sayyidina ’Umar al-Khattab menyatakan:

إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة اذا نشأ في الإسلام من لا يعرف الجاهلية


Maksudnya: “Akan terungkai tambatan Islam serungkai demi serungkai dari leher umat Islam apabila berleluasa di dalam Islam mereka yang tidak mengetahui hakikat jahiliyyah.”


La'illahaill'allah Muhammadu Rasulallah

6 comments:

Akihisa des said...

Info berguna...aku pon dah tlupe tarikh ni...thanks!

Leonhart said...

welkam. same2 mmperingat.

ada. said...

siyes aku pun lupe. :)
dulu kat sekolah semangat ingat.

thanks ingatkan aku!

:)

Leonhart said...

x pe.perkara biase jer.:)

amierul said...

Aq un nak cakap ar..aq un lupe..syaufiq dak sejarah mmg dye ingt..huhuh..thanks 4 reminds us..

Leonhart said...

ek eleh..ko pon kipas-susah mati sejarah jugak..huhu