Followers

Saturday, May 8, 2010

Hari ini.

Salam

Lama giler x post kat blog.Haha.Tak tahu nak tulis ape sebenarnya.Huhu.
Sedang bersedia untuk masuk ke matrix.bla..bla..yada..
Boring kot schedule hidup minggu ni.

Tengahari tadi pergi majlis kahwin.Lama giler kot x pergi mjlis kawen.
Jadi,pada hari ni,mak ajaklah pergi. Adik lelaki dua orang pergi KL.
Budak dua tu masuk compt. taekwondo.So,kenalah ikut pergi.
Sampai di majlis kawen tu, terpesona! Sebab apa?
Konsep majlis dia lain daripada yang lain. Dalam hati,dah cakap
"Aku nak buat mjlis kawen aku macam ni lah!"
Huhu.*Gatal + miang giler aku!

Ok,ni yg mgkin konsep yg aku idamkanlah
ade nasi putih ngan lauk2 dia.Lari sket daripada kebiasaan nasi minyak.
Tapi,nasi minyak tu wajib ade kot.
Nak ade ayam golek,dan makanan2 tradisional lain.
*Nasi ambang akan dipertimbangkan.
Then,air kenalah gempak sket. xkan nak air sirapje. Orang pun dah boring.
Paling komang pun,jus tembikai lah.
Then,diarak naik something ke.Baru nampak spesel sket.Kuda pun ok gak.Haha.
Baru nampak dan jadi raja sehari.Huhu.
Then,kompang n persembhan silat tu seperti biasalah.

Ok! Aku mengarut,Giler demand.Haha. Macam nak kawen puteri raja jer.
Yg penting,beserdahana dan ok.Itu sudah cukup.Bukan kaya pun.Biasa2 sudah.

p/s: POST ini memang mengarut

Saturday, May 1, 2010

Alhamdulillah~

Salam.

Ok. I'm speechless.haha. Dapat asasi kejuruteraan untuk upu. Dan,ianya "menakjubkan". Memang x tersangka. Alhamdulillah. Walaupun,x dapat apa yg kita nak,sekurang2nya masih bernasib baik lagi. Ada yg x dapat. Kena betul2 bersyukur. Ok. Sekarang,masalahnya. Mahukah saya? Persoalan yang penuh mengujakan.Anda rasa?

Beberapa jam sebelum itu.....

A:weyh,upu dah boleh check.aku dapat len.giler!
S:oh ye.aku kat luar. check kan.
A:ok,weyh.ko dapat asasi kejuruteraan kat uitm.
S:ko biar betul?? jgn men2.
A:betul!

*perbualan ini diolah semula untuk melepasi tahap bahaya penerbitan.Haha.
Ok,secara jujurnya,memang x minat kejuruteraan.Huhu.Tanye je lah sape yg pernah sekelas. Ko tengok macam mana aku time kelas Phy.Haha. Berkerut tahap x ingat. Sori,Madam Norasiah. Phy bukan dalam jiwa kot. Even dalam exam boleh skor dengan bagus,tapi macam "pi mai pi mai tang tu" je lah. Compare to Bio,aku lebih admire Bio. Rasa macam hepi jer walaupun ramai yg berkata Bio susah and whatsoeva. Then,bukan nak cakap apelah. Engineering ni ada risiko menganggur.Betul x?Bcoz,engineering ikut kepada pasaran kerja. Kalau ada projek pembangunan, mencanaklah rezeki engineer ni.Kalau katakanlah masa tu pembangunan berjalan dengan slow,ramai engineer yang boleh menganggur. Ini pendapat seseoranglah.Aku x tahu. Sebab aku belum kerja lagi.Haha~

Berbeza dengan doc,walau apa pun situasi, manusia bernama doc sangatlah diperlukan. Yelah,orang sakit ada dimana. Oleh itu,doktor amat diperlukan. Dan,walaupun doc ni kerja dia orang kata x de life,tapi at least dia terjamin sampai anda bersara. Lagipun,mind set telah ditetapkan untuk menjadi doc.Ameen~

Ok,setelah diteliti.Matrix,here I come~Haha. Engineering memang bagus,tetapi ianya tidak sesuai. Mahukah buat sesuatu yg kita x minat? Menghabiskan lebih kurang 4 tahun membuat sesuatu yg kita x nak buat pun.Mungkin korang ade pendapat lain.Minat boleh dipupuk dan pelbagai lagi. Tapi,saya lebih memahami diri saya:).Ada bantahan?

Sesuatu yg kita x nak,kita dapat.Sesuatu yg kita nak,kita x dapat.aish.


Surah Al-Baqarah ayat 216. Diwajibkan atas kamu berperang,padahal berperang itu adalh sesutu yg kamu beNci."Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi(pula)kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui".

Al-Quraan telah menunjukkan segala-galanya. Hanya kita sahaja yg sedar atau tidak. Tak boleh terlalu frust,sebab banyak lagi yg menanti kita kat depan. Hidup kan macam roda. Sekejap di atas,sekejap di bawah. Mungkin sekarang kita x dpat kita mahu,tapi siapa tahu pada masa depan kan? Kan?

* Jom nyannyi, eh2,nasyid!
Redha


Mengapa harus kita rasa kecewa
Sedangkan Tuhan lebih mengetahui
Apa yang terbaik untuk makhlukNya
Bukan ditakdir untuk menyeksa

Biarpun nikmat terasa berjauhan
Namun jiwa bagaikan tiada sempadan
Itu yang terbaik bagi setiap insan
Saling memahami
Redha dengan kehendak Ilahi

Ya Rabbi auzi'ni an asykur ni'matakallati
An'amta 'alayya wa'ala walidayya

Wahai Tuhanku ilhamkanlah daku
Supaya tetap bersyukur atas nikmatMu
Yang Engkau kurniakan kepadaku
Juga kepada ibu bapaku

" Tiada kejayaan semanis madu,jika tiada kegagalan sepahit hempedu!"

ye betul,anggap semua yg terjadi ni sebagai ujian rite?dapat kejayaan ujian,kegagalan pun ujian. Semuanya Allah dah tetapkan.

P/S:matrix= Mer,Mer=belanja cendol. So,kena belanja r!aish! Cendol oo cendol.


haha.cendol~