Followers

Wednesday, July 21, 2010

Nukilan Cerita

Salam alayk^^

Jika seorang novelis,menulis untuk melahirkan rasanya,
Jika seorang pemikir,berfikir untuk mengetahui kebenarannya,
JIka seorang  pengembara,bekelana untuk ,mencapai cita-citanya,
Maka,aku hanya mampu menukilkan sebuah nukilan picisan,
Nukilan yang terkandung segala isi rasa dan hatiku yang rawan ini.

Aku,kau dan Dia,
Terpisah dalam dunia yang jauh berbeza ,
Tersembunyi disebalik kesamaran dunia,
yang penuh dengan titik-titik gelap,
Tetapi, kita bertemu atas dasar kalimah takdir,
pertemuan yang tidak pernah disangka,
oleh diri yang penuh dengan caca merba,
tergabunglah kita dalam dunia yang sama,
Maka dengan itu,bermulah sebuah ceritera,
Ceritera yang penuh rasa dan perkara.

Semuanya berjalan tenang,
Setenang air sungai yang mengalir,
mengairi bumi yang kontang dan tandus.
Sang burung berkicau-kicau seakan riang,
Sang angin menderu nyaman seakan senang,
Alam seakan-akan turut berkata,
mengeksperesikan nilai perasaanya.
kepada kita sang manusia.

Akhirnya,
Setelah beberapa ketika,
kita sedar yang sebenarnya,
sebuah lukisan realiti,
disebalik permainan illusi yang dihadapi.
Kita memasuki jua dunia Dia
sebuah dunia yang bisa memudahkan kita.
Selama-lamanya,tidak kira masa dan ketika.

Hanya kepada-Mu Rabbi aku berserah,
Jiwa dan raga aku,
Jadikanlah aku menyintaimu,
Sebagaimana Rabiatul Adawiyah' menyintaimu,
Jauhkanlah hati aku ini daripada dendam,
dan tipu daya permainan iblis terlaknat.
Hanya kepada-Mu,aku berharap.

syf0650

4 comments:

Anonymous said...

permulaan yg kita tidak sedari...penghujung yg tidak kita ketahui..inilah kehidupan jika diberi erti.. keseronokan,kebahagiaan,kegembiraan,
kesedihan.mnjadi rencah mmaniskan hidup.bukan engkau,bukan kamu..yg aku nasihati adalah aku..berusaha mnjadi orang yg untung..di mana setiap hari amalan dihitung..setiap hari adalah kebahagiaan...luahkan sgalanya..nikmati hidup..biar berpada-pada.Allah jua tmpat kembali kita..

Anonymous said...

nice~
ok~
sdap~
best~
mnarik~
msti bm time spm dlu a+ nie...

syaidatina amirah said...

:)

✖anis✖ said...

every happen for a reasons..
when everything doesn't turn right..
turn LEFT and fine the better solution..
May Allah bless :)