Followers

Tuesday, August 31, 2010

Cerita Merdeka

Salam.

"Tanggal 31


Bulan lapan lima puluh tujuh


Merdeka! Merdeka!


Tetaplah merdeka


Ia pasti menjadi sejarah"



Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka~ 


ok,dah cukup tiga kali, cukup lah tu. Tak boleh banyak2,takut overdose! Haha.


Wah~Hari ni rupanya dah 31 Ogos. Tak sedar pun. Mungkin  disebabkan tarikh tu jatuh pada bulan Ramadhan Al-Kareem,jadi kemeriahannya tak terasa sangat. Tahun ni pun,sambutan dia pun dekat dalam stadium. Takde perarakan yang besar-besaran tu. Menghormati Ramadhan maybe:)


Btw, let's reminisce memory. Hehe. 


Bila fikir balik, sepanjanglah aku hidup ni, x de lah semangat sangat aku nak sambut merdeka ni. Seryes! Rasa aku lah, sambutan yang paling gempak pun time form 4 di KKJ. Haha. Memang havoc giler! Really miss that moments,


Tapi,sebenarnya tak perlu sambut sangat pun merdeka ni. Paling penting,pengisian rohani tu. Buat apa kalau dah 53 tahun merdeka, tapi berlambak je anak muda yang terikut-ikut penjajah. Daripada aspek pemakaian sehinggalah kepada kelakuan. MasyaAllah, 


Lagipun,kemerdekaan yang kita dapat ni bukanlah mengikut acuan yang sepatutnya kita ikuti. Ya,ianya berorientasikan barat dan bukannya Islam. Tengok jelah perlembagaan negara Malaysia. Semua kekusutan siasah yang berlaku sekarang ini disebabkan oleh perlembagaan tu lah. Cuba fikirkan, jika kita gunakan yang 100% berorientasikan ALQURAAN dan SUNNAH. Agak2nya apa yang terjadi? Ya, InsyaAllah negara kita tak sekusut seperti ini. Bukankah ALQURAAN dan SUNNAH itu melengkapi hidup manusia dan menjadi panduan kepada manusia itu sendiri?Fikir2kan dan selamat beramal.


Apa pun, Alhamdulillah kerana kita sebenarnya di beri nikmat sebesar ini. Tak seperti zaman tok monyang kita. Jadi,hargailah dan muhasabah diri kita kembali. Cabaran masa kini tak sama seperti dahulu. Kalau dahulu,fizikal tapi sekarang mental.


Wallahu a'alam.


syaef92


p/s:seeking for Lailatul Qadar, a night that better than 1000 nights.

No comments: