Followers

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan

Salam.

Ramadhan tiba lagi. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus hidup bagi menjalani ibadah puasa.
Tidak sabar untuk menghayati hulawatul Ramadhan kali ini. Rasanya,Ramadhan kali ini paling di tunggu-tunggu. Mungkinkah sudah berlaku anjakan paradigma dalam diri? Entahlah. Terasa sesuatu yang lain ketika menghadapi  Ramadhan kali ini. Mudahan perasaan itu yang baik dan diberkati Allah. InsyaAllah.

Puasa, bukan setakat menahan lapar dan dahaga. Ianya menyeluruh. Puasa mata, tangan, kaki dan yang paling penting HATI. Setiap daripadanya telah dijustifikasikan. Hati,ini terasa perlukan sesuatu yang lebih baik. Mungkin Ramadhan kali ini mampu memberi apa yang dihajati. InsyaAllah.

Ramadhan, hanya datang sekali setahun. Malahan,tidak pasti pada tahun mendatang kita akan berjumpa kembali Ramadhan. Maka, peluang keemasan ini perlu di kaut sebaik mungkin. Ibadah-ibadah perlu dilipat gandakan. Nafsu perlu ditundukkan. Hanya tinggal nafsu yang menjadi musuh. Syaitan-syaitan sudah diikat selama mana Ramadhan itu. MasyaAllah. Alangkah, ruginya jika tidak mengambil peluang itu.

University of Ramadhan.


Ya. Inilah yang seharusnya kita rebut-rebutkan untuk memasukinya. Degree, Master ataupun PhD dari University of Ramadhan jauh lebih bernilai daripada apa yang ditawarkan oleh universiti-universiti lain. Walaupun masa pembelajaran singkat, tapi jika diberi perhatian yang maksima, hasilnya sangat ternilai.



 Ramadhan Karim, Allahu Akram



1 comment: