Followers

Wednesday, September 29, 2010

Kenal


Salam.
Update terbaru. Tak perlu tunggu lima bulan lagi nak update. Mahu buktikan walaupun sibuk dengan kehidupan di Zagazig ni,masih mampu meluangkan masa untuk berblogging. Yeah! Doktor yang bijak membahagi masa!
Jadi,sepertu yang diperkatakan sebelum ini, update secara live dari bumi Zagazig.
Zagazig,adalah ibu kota untuk Sharkia Governate. Zagazig ni terkenal dengan ladang-ladang. Antara tanaman yang ada adalah gandum,jagung dan lain.
Zagazig,seperti bandar lain, sangatlah sesak walaupun tak seteruk Cairo. Malahan, Zagazig ni antara Bandar yang paling terkawal dan “kurang sesak” seluruh Mesir. Bayangkanlah betapa sesaknya di Mesir ni. Pergh~
Yang ni tak pasti,tapi dikatakan,Zagazig merupakan antara tapak kuat gerakan Ikhwanul Muslimin. Jadinya, tak hairanlah jika asyik terjumpa polis-polis malahan di kawasan kampung yang hulu pun.
Penggunaan kamera sangat “limited” disini. Sebabnya, jika mengambil gambar secara membuta tuli,ada kemungkinan yang akan disoal siasat oleh pihak polis. Ada tempat-tempat larangan mengambil gambar seperti tugu kuda putih(justifikasi kepada tanah pertanian). Ada kalanya,boleh dipukul tanpa sebarang sebab dan kamera di rampas. Oh ya,Mesir masih mengamalkan undang-undang darurat.
Pada hari pertama dating dahulu, sangatlah batak mengambil gambar sana-sini. Tanpa disedari, terambil gambar polis yang berpakaian biasa. Cuak! Polis itu menyoal siasat macam tahanan penjara. Dah lah,kurang faham bahasa Ammi,di tambah pula dengan rasa cuak yang sangat tinggi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan ketika itu. Nasib baiklah,lepas. Kalau tak,mencipta rekod di tahan polis pada hari pertama sampai ke Mesir. Ya Salam~
Itu adalah antara langkah yang perlu diambil jika datang ke sini. Dah lah tak bersistem, menyusahkan orang pulak tu.
Selain itu, untuk keluar ke tempat seperti Mahattah, Qaumiah dan lain-lain, lebih baik jika pergi secara berkumpulan. Bahaya weyh kalau pergi seorang diri. Dah lah, orang mesir bila jumpa orang Malaysia macam batak. Ingat orang Malaysia orang asli ke ape? Haiyaa.
Tapi,jika kena caranya,orang Mesir akan jadi sangat peramah. Ada je yang boleh dibuat berbual. Malahan,aku dah ada pun kawan budak Mesir yang sangat psiko. Jumpa semasa di masjid. Bolehlah berbual sikit-sikit. Untuk pandai cakap Arab,kena cuba bercakap dengan orang Arab. Itulah rahsianya. Betul tak? Tapi,budak Arab tu kadang-kadang sangat merimaskan sampaikan kalau terjumpa budak tu,rasa nak lari je.
Masa pergi ke Mahattah,membeli barang keperluan rumah, jumpalah pelbagai ragam manusia. Orang Mesir bila jumpa orang Malaysia,terutamanya pelajar baru tersangatlah gembira. Kenapakah?Sebab,orang Malaysia ni sangat pemurah dan mudah ditipu dalam urusan pembelian barang. Jadinya, kena jadi pembelit jugalah! Antara skill yang boleh digunakan ialah berpura-pura sangat berminat dengan barang yang hendak kita beli,then tanya harga. Kalau kita tak dapat harga yang kita rasa sesuai,terus je keluar daripada kedai itu. InsyaAllah,tuan kedai itu akan panggil kita balik dan jual dengan harga yang kita nak.
 Ok,idea sudah habis. Di lain masa nanti~
p/s:pergh~

Saturday, September 25, 2010

Kembara Diri


Salam
Izzayik? Sudah lama tak update blog. Waa. Biasalah,tiada line internet kat rumah sewa lagi. Yang ini pun kena pergi cyber café. 1 genih(RM0.60),sejam. Ok lah,tanpa memebuang masa,terus masuk point utamalah. Ceritera tentang pengalaman semasa hendak ke Mesir dan hamper seminggu berada disini. Untuk post yang ni,cerita pasal masa nak terbang tinggi. Wee.
Kuala Lumpur,Malaysia-> Muscat,Oman->Manama,Bahrain->Cairo,Mesir->Zagazig,Mesir
Oman Airlines->Gulf Air->Gulf Air.
Ikut route di atas memang banyak tempatlah pergi. Hehe. Banyak lah juga benda yang best terjadi semasa dalam perjalanan ke Zagazig,Mesir
Kisah pengembaraan dimulakan di KLIA(Kuala Lumpur International Airport). Pukul 6.30 pagi dah kena berkumpul di KLIA untuk sesi taklimat dan pengurusan luggage serta boarding pass. Taklimat berjalan seperti biasa. Then,tiba-tiba pihak AQM mengatakan 10 orang pelajar kena menaiki Oman Airlines(sepatutnya semua menggunakan Gulf Air),disebabkan ada masalah tertentu. Jadinya, aku yang tergolong dalam spesies bernama lelaki(flight yang ini ada 73 orang,tapi hanya 2 ORANG LELAKI!) kenalah terbang menggunakan Oman Airlines.Sadis kot. Kena jadi leader journey untuk 8 orang lagi perempuan. Cuak seyh. Dahlah first time jadi long-distance traveler. Tambahan pula,penerbangan yang menggunakan Oman Airlines sejam awal daripada Gulf Air. Dalam pukul 9.15 dah kena masuk dalam plane,dan 940 berlepas. Adalah juga drama-drama yang berlaku time nak pergi tu. Sedih kot. Semuanya melambai-lambai mengiringi pemergia. Cewahh!
Flight dari KL ke Oman memakan masa lebih kurang 6 jam. Memang agak lamalah. Dalam plane pula,tak banyak benda boleh dibuat. Memang agak boring. Tapi, Oman Airlines ada entertainment seperti games,movies dan lain-lain. Habiskan masa untuk main itu sajelah. Boring giler. Makanan dalam flight pun  kira ok lah .Bila dah lapar semua jadi sedap. Yummy!
Sampailah di Muscat,Oman. Disini, ada masalah yang datang. Ada masalah komunikasi yang berlaku antara kami dan pengawai airport. Ianya berkaitan luggage. Komplikated jugalah. Cuak beb! Dahlah tiada pengawai AQM yang iring,tercampak la katakana. N asib baiklah boleh cakap English dengan agak fluent.Huhu. Selesai lah juga walaupun stuck kat situ. Tak pasal-pasal kang kena duduk kat Oman,tak sampai Mesir. Huhu.
Dari Oman ke Bahrain ambil masa lebih kurang 2 jam. Time ni naik Gulf Air. Kira ok la sikit daripada Oman Airlines.Tiada apa yang best pun berlaku atas flight. Boringlah juga.
Akhirnya,sampai di Manama International Airport. Berjumpa kembali dengan rakan-rakan seflight yang lain.Alhamdulillah, dapat berdikari dengan agak sempurna semasa transit di Oman
Transit di Bahrain mengambil masa sejam. Tak pergi mana pun. Just duduk dalam airport. Tengoklah juga kedai dalam airport tu. Pergh~ Harga mahal tak ingat. Satu coke tu 1 USD dollar,bersamaan 0.30 BD. Haiyaaa. Tak mahu beli!
Akhirnya.menaiki flight ke Cairo. Tak lama pun. Dalam sejam lebih ja. Dalam flight,seperti biasa, BOSAN!
Cairo, Kaherah!
Sampai jua! Yuhuuu. Sampai di Cairo pukul 1220 malam waktu Malaysia dan lebih kurang pukul 7 waktu mesir. Dari Cairo,terus ke Zagazig menggunakan bas. 2 jam perjalanan. Dalam perjalanan tak dapat usha pemandangan sebab gelap kan. So,tido jelah dalam bas. Wee~
Akhirnya, Zagazig! Sampai jua. Alhamdulillah. Sampai je Zagazig,terus pergi ke Dewan Hospital Universiti untuk sesi taklimat dengan Prof Omar,Koordinator pelajar Malaysia. Ada beberapa amanat yang disampaikan. Tapi biasalah tersengguk-sengguk.
 Akhirnya,majlis taklimat tamat pada pukul 1230 malam waktu zagazig bersamaan lebih kurang pukul 5 pagi waktu Malaysia. Waa. 24 jam tak tidur. Them,kena angkut barang apa semua,pukul 4 pagi baru masuk rumah. Tumpang tidur di rumah senior di Gomiyah.

Itu je lah kot. Banyak cerita ni.Ada update lagi. InsyaAllah.
p/s:5 bulan lagi baru update? pergh~


Saturday, September 18, 2010

Duit Raya

Faktor peningkatan jumlah kutipan



Salam

1)Misi Mengumpul Duit Raya tahun ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Jumlahnya sangat membanggakan.

2)Misi yang dirasmikan selepas Solat Sunat Hari Raya dan berakhir pada hari Rabu telah menyaksikan peningkatan drastik daripada segi jumlah kutipan,sebanyak 500%. Waa~

Raya Pertama: Rm 500+

Raya Kedua: Rm 100

Raya Ketiga: Rm 600

Raya Keempat: RM500

Raya kelima:Rm 200

Totalnya,dicampur dengan duit sendiri, adalah dalam RM 2200+. Alhamdulillah~

3)Perbelanjaan duit raya

Simpan dalam bank> RM1200

Handphone baru,Nokia E63> RM 600

Barang2 untuk terbang> RM400


4)Faktor peningkatan jumlah kutipan


Tidak dapat tidak adalah disebabkan oleh peristiwa melanjutkan pelajaran ke Mesir.

5)Konklusi


Alhamdulillah.Rezeki.Tahun depan insyaAllah tak dapat duit raya lagi,sebab dah beraya kat Mesir.

Sekian.

Laporan disediakan oleh

Syaufiq

Detik Terakhir

Salam

19 September 2010.

Selamat tinggal Malaysia. Selamat datang,Mesir.

Dan,sekarang aku dah mula rasa cuak. Sebelum ni rileks saje. Macam tak de pape. Tapi,sekaranag jantung dah berdegup laju.Waaaa~
 
Packing barang>95% done.

Bawak 4 beg,. 1 luggage 28 inch,satu cabin beg,satu beg sandang dan satu beg laptop. Ok kan?

2 seluar jeans, 4 seluar slacks, 5 tshirt berkolar, 3 tshirt tidak berkolar,satu kot,satu sweater,5 kemeja, 3 tie

Ok la tu. Tak banyak mana pun.

Makanan lak, segala rempah ratus,ovaltine,coffe mate, dan itu saje je lah rasenyer. Memang dah kira pasrah nak kena makan makanan Arab je ni. Masuk kandang lembu menguak,masuk kandang kambing ye tak?

Buku,dan segala alat tulis mungkin cukuplah. Yang penting,belajar. Bukannya,stationaries yang mahal tak terkata.

Oh ye,photostat belum selesai lagi.Esok nak pergi fotostat dan mencari pendrive.Lepas dah beli pendrive, kena scan segala benda yang perlu. Persiapan sebelum hujan.

Apa lagi ya? OO.Novel Hlovate. Pening juga.Pergh~Terasa macam nak bawak semua koleksi novel.Haha.

Orang ramai,jiran,kawan2 dah mula wish.Huhu.Awal sangat kot. Terharu~ Macam nak mengalirkan air mata.Eh,ade habuk masuk dalam mata lah.Hak3

Ok lah,bosan kot post ni.Macam cakap dengan hantu jer.Hak3. Tapi,insyaAllah akan ada post yang lebih
menarik,tertarik dan da bomb.Haha.

Pergh~
*pinjam ya! best lah gunekan ayat ni,hak3

Thursday, September 16, 2010

Jawa

Salam

Jawa. Ya, satu perkataan yang sangat popular. Tanyalah sesiapa, mereka pasti kenal apakah itu jawa( dalam Malaysia je lah,kat Europe tak pasti.huhu)

Masih ingat lagi, ketika darjah 5, selalu diejek kerana mempunyai nama ayah yang "jawa". Dan,memang selalu jadi bahan gurauan lah.-___-

Sangat sakit hati.Ya. Hati ketika itu penuh dengan rasa marah. Memang sakit hati.

Mengapa sakit hati?  Sedangkan ianya gurauan sahaja?

Masalahnya, yang menjadi bahan gurauan itu adalah nama AYAH bukan nama sendiri. Dan,cuba bayangkan betapa sakitnya hati bila nama ayah anda siap dijadikan lagu untuk diejek?

Sabar. Tapi,apalah sangat sabar seorang kanak-kanak 11 tahun bukan? Ada batasannya juga.

Sampaikan kesabaran itu pecah, dan berlakulah "pergaduhan".

Itu cerita zaman tok tonggek, kini sudah tiada lagi.

Mengapa? Sebab telah berjumpa dengan orang-orang yang mempunyai nama ayah yang kejawaan.Huhu

Suparman,supardi dan lain-lain, sudah menjadi kebiasaan.

Hakikatnya, ramai daripada kita adalah berketurunan Jawa. Itu adalah fakta.

Mengapa aku berkata begitu. Ini teori aku. Hik3


eh.nanti aku buat.haha.ok,lets thinking by logic.

"Parameswara datang Melaka around abad ke 15.Parameswara orang Palembang,JAWA.Parameswara mesti datang dengan rakyat-rakyat dia. So,orang Paramsewara kahwin dengan rakyat tempatan mesti dapat anak berdarah campuran.Betul x?Dan benda tu terus berlaku asehinggalah kini.At least, mesti ade sikit darah jawe tu.


Kalau nak kata orang Melayu aslilah,itu yg dok kat hutan tu.Yg Semai,Negrito.Itu baru Melayu asli.Tiada percampuran.


Ya. Begitulah teorinya. Logik bukan bila difikir balik? Lagipun, jika kita tengok sejarah balik,

Tanah Melayu,memang sudah lama dikunjungi oleh orang asing. Orang asing ini kemudiannya menetap. Dan,berlakulah asimilasi dengan penduduk asal Tanah Melayu.

Jangan terkejut jika Kesultanan Johor, Selangor dan negeri-negeri lain sebenarnya mempunyai ikatan yang kuat dengan kaum jawa ataupun Bugis.

Kesultanan Melaka diasaskan oleh Parameswara(Palembang,Jawa), dan Kesultanan Johor memang berasal daripada Kesultanan Melaka(Raja Ahmad/Sultan Mahmud Syah)

Ya,begitulah serba sedikit.

Konklusinya: Kebanyakan orang Melayu(so-called) hari ini,mempunyai darah campuran, dan darah campuran itu adalah kebanyakkannya JAWA.

Sekian.

Wednesday, September 15, 2010

Raya

Salam.


Sudah lama blog ini tidak berupdate.Haha. Biasalah,apabila malas menguasai diri,nak buat bagaimana bukan. Ditambah lagi dengan mood raya+line yang sangat "laju' di kampung, memang bersawanglah blog ni. Tak ape. Sekurangnya blog ini tidak dilupakan.Wee~

Btw,walaupun sudah lambat beberapa hari,Selamat Hari Raya!



Maaf zahir dan batin dari Skull sampailah Phalanges atas segala Involuntary Action yang telah diCatalystkan oleh ego diri. Semoga Resistance yang telah mengurangkan Nilai Maximum ukhuwah antara kita dapat di Evaporate daripad fikiran kita.Ionic Bond antara kita akan kekal selagi masih diizinkanNya. Selamat Hari Raya!


*ucapan ni fikir sendiri ye! No copy cat.haha.


Ok,post kali ini pasal hari raya lah kan.Walaupun dah basi,tapi tetap gak! 

Raya kali ini boleh dikatakan ok lah.  Banyak perasaan yang berlegar-legar di kamar hai ini. Cewaaah.Sastera sungguh~

Gembira sebab semua ahli keluarga termasuklah pakcik,makcik,sepupu,sepapat, semuanya dapat beraya bersama. Oh ye, gembira juga sebab dapat banyak duit raya~ Wee~

Sedih sebab mungkin raya kali ini  raya terakhir di Malaysia sebelum fly. T.T
eceh.macam nak menetap terus je kat sana.(kahwin orang arab.Hak3)

Terkejut sebab raya kali ini menyaksikan pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 orang lagi rakannya. Harta yang banyak kadang-kadang bawa masalh juga kan.Ish3

Excited sebab nak dekat nak pergi dah. Wee~

Cuak sebab nak mkulakan kisah pengembaraan di bumi orang.Huhu

Dan,banyak lagi. Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Ish
Serba sedikit tentang cerita raya->

(Fakta kesemuanya, bukan auta!)

1. Baju raya warna ungu agak gelap.Not really purple. Agak kemerah-merahan skit. Entahlah,susah nak describe.

2. Pakai sandal.

3 Samping adalh daripada kain songket.

4. Duit raya?  Rahsia~

5. Segala yang berkaitan. End.


Ok, tamat sudah. Idea out.

Wednesday, September 1, 2010

Mengunjung


Salam,

Hai,hai,hai. Apakah khabar? Semoga dalam kondisi yang solid semata-mata.
(eh.pekejadahnye tetiba cakap bahasa Indon pulak.haiyaa)

Ok, entri kali ini agak special sikit. Sebabnya, akan menceritakan secara ringkasnya adat "mengunjung" kat Johor. Sesetengah orang, cakap adat ini adalah "munjung". Tak tahulah yang mana betul. Bunyi pun lebih kurang je. Mungkin tengok tempat kot.

Ok,mengunjung/munjung ni dapat di definasikan sebagai satu adat dimana orang akan memberi juadah seprti ketupat,ayam masak kurma, daging rendang,sambal goreng,kuah lodeh dan kuah kacang kepada jiran tetangga ketika dalam bulan RAMADHAN.
(*wah.skemanyer ayat.macam jawab karangan bahasa melayu lah pulak)

Ya,memang unik. Setelah dibuat kaji selidik oleh Jabatan Maklumat Blog ni, perkara ini hanya berlaku kat negeri JOHOR sahaja. Wah, bangga sekejap jadi orang Johor.

Itulah yang uniknya. Banyak manfaatnya ya abang,kakak dan adik sekalian!Nak di listkan ke? Ok,no hal lah.

1)Merapatkan silaturrahim antara jiran tetangga.Ini memang tak boleh dinafikan.

2)Sebagai salah satu cara bersedekah. Betul kan kan?

3)Kemudiannya, ini manfaat paling besar untuk golongan yang malas memasak untuk berbuka. Dapat makanan free lah. Ye tak? Tak perlu menabur duit kat bazar Ramadhan. Walaupun,itu menunjukkan yang anda seorang yang malas.Haha.


Ok, next. Kita tengok pulak apa juadah yang biasanya orang beri time mengunjung ni. Watcha!

Ini adalah hidangan wajib. Kalau tak ada yang ini,memang x sahlah.




ni namanya ketupat plas.agak berlemak sikit.sebab di rebus dengan santan.





ayam masak kurma.sedap!






kadang2,orang juga suka beri yang ini.ayam masak merah.





kari ayam pun ok gak.mana-mana boleh.






rendang daging.memang sedap untuk pencinta daging2 sekalian.



kuah lodeh.salah satu yg paling penting.tanpanya,tak umphhh!



kuah kacang yang diperbuat daripada kacang.HAHA.



sambal goreng yang variasi.hikhik





Ok,itu jelah rasenya. Adat megunjung/munjung ni. Kalau terliru tu,tahanlah ye. Ujian di bulan puasa ni.Haha


p/s: dah 4 kali dapat orang mengunjung :)