Followers

Thursday, September 16, 2010

Jawa

Salam

Jawa. Ya, satu perkataan yang sangat popular. Tanyalah sesiapa, mereka pasti kenal apakah itu jawa( dalam Malaysia je lah,kat Europe tak pasti.huhu)

Masih ingat lagi, ketika darjah 5, selalu diejek kerana mempunyai nama ayah yang "jawa". Dan,memang selalu jadi bahan gurauan lah.-___-

Sangat sakit hati.Ya. Hati ketika itu penuh dengan rasa marah. Memang sakit hati.

Mengapa sakit hati?  Sedangkan ianya gurauan sahaja?

Masalahnya, yang menjadi bahan gurauan itu adalah nama AYAH bukan nama sendiri. Dan,cuba bayangkan betapa sakitnya hati bila nama ayah anda siap dijadikan lagu untuk diejek?

Sabar. Tapi,apalah sangat sabar seorang kanak-kanak 11 tahun bukan? Ada batasannya juga.

Sampaikan kesabaran itu pecah, dan berlakulah "pergaduhan".

Itu cerita zaman tok tonggek, kini sudah tiada lagi.

Mengapa? Sebab telah berjumpa dengan orang-orang yang mempunyai nama ayah yang kejawaan.Huhu

Suparman,supardi dan lain-lain, sudah menjadi kebiasaan.

Hakikatnya, ramai daripada kita adalah berketurunan Jawa. Itu adalah fakta.

Mengapa aku berkata begitu. Ini teori aku. Hik3


eh.nanti aku buat.haha.ok,lets thinking by logic.

"Parameswara datang Melaka around abad ke 15.Parameswara orang Palembang,JAWA.Parameswara mesti datang dengan rakyat-rakyat dia. So,orang Paramsewara kahwin dengan rakyat tempatan mesti dapat anak berdarah campuran.Betul x?Dan benda tu terus berlaku asehinggalah kini.At least, mesti ade sikit darah jawe tu.


Kalau nak kata orang Melayu aslilah,itu yg dok kat hutan tu.Yg Semai,Negrito.Itu baru Melayu asli.Tiada percampuran.


Ya. Begitulah teorinya. Logik bukan bila difikir balik? Lagipun, jika kita tengok sejarah balik,

Tanah Melayu,memang sudah lama dikunjungi oleh orang asing. Orang asing ini kemudiannya menetap. Dan,berlakulah asimilasi dengan penduduk asal Tanah Melayu.

Jangan terkejut jika Kesultanan Johor, Selangor dan negeri-negeri lain sebenarnya mempunyai ikatan yang kuat dengan kaum jawa ataupun Bugis.

Kesultanan Melaka diasaskan oleh Parameswara(Palembang,Jawa), dan Kesultanan Johor memang berasal daripada Kesultanan Melaka(Raja Ahmad/Sultan Mahmud Syah)

Ya,begitulah serba sedikit.

Konklusinya: Kebanyakan orang Melayu(so-called) hari ini,mempunyai darah campuran, dan darah campuran itu adalah kebanyakkannya JAWA.

Sekian.

4 comments:

CAHAYA PUTERI said...

teori diiktiraf?

Syaufiq Effendy said...

ya~

farez syinon said...

copek.sangatt sejarah~anyway,i'm jaVanese as well.hoping the V gonna turn into P,but useless.it's totally a kumo o tsukamu yoo,an impossible dream.

Syaufiq Effendy said...

haha.yes.
hang orang jawa, p muka cam orang jepun.hak3