Followers

Saturday, September 25, 2010

Kembara Diri


Salam
Izzayik? Sudah lama tak update blog. Waa. Biasalah,tiada line internet kat rumah sewa lagi. Yang ini pun kena pergi cyber café. 1 genih(RM0.60),sejam. Ok lah,tanpa memebuang masa,terus masuk point utamalah. Ceritera tentang pengalaman semasa hendak ke Mesir dan hamper seminggu berada disini. Untuk post yang ni,cerita pasal masa nak terbang tinggi. Wee.
Kuala Lumpur,Malaysia-> Muscat,Oman->Manama,Bahrain->Cairo,Mesir->Zagazig,Mesir
Oman Airlines->Gulf Air->Gulf Air.
Ikut route di atas memang banyak tempatlah pergi. Hehe. Banyak lah juga benda yang best terjadi semasa dalam perjalanan ke Zagazig,Mesir
Kisah pengembaraan dimulakan di KLIA(Kuala Lumpur International Airport). Pukul 6.30 pagi dah kena berkumpul di KLIA untuk sesi taklimat dan pengurusan luggage serta boarding pass. Taklimat berjalan seperti biasa. Then,tiba-tiba pihak AQM mengatakan 10 orang pelajar kena menaiki Oman Airlines(sepatutnya semua menggunakan Gulf Air),disebabkan ada masalah tertentu. Jadinya, aku yang tergolong dalam spesies bernama lelaki(flight yang ini ada 73 orang,tapi hanya 2 ORANG LELAKI!) kenalah terbang menggunakan Oman Airlines.Sadis kot. Kena jadi leader journey untuk 8 orang lagi perempuan. Cuak seyh. Dahlah first time jadi long-distance traveler. Tambahan pula,penerbangan yang menggunakan Oman Airlines sejam awal daripada Gulf Air. Dalam pukul 9.15 dah kena masuk dalam plane,dan 940 berlepas. Adalah juga drama-drama yang berlaku time nak pergi tu. Sedih kot. Semuanya melambai-lambai mengiringi pemergia. Cewahh!
Flight dari KL ke Oman memakan masa lebih kurang 6 jam. Memang agak lamalah. Dalam plane pula,tak banyak benda boleh dibuat. Memang agak boring. Tapi, Oman Airlines ada entertainment seperti games,movies dan lain-lain. Habiskan masa untuk main itu sajelah. Boring giler. Makanan dalam flight pun  kira ok lah .Bila dah lapar semua jadi sedap. Yummy!
Sampailah di Muscat,Oman. Disini, ada masalah yang datang. Ada masalah komunikasi yang berlaku antara kami dan pengawai airport. Ianya berkaitan luggage. Komplikated jugalah. Cuak beb! Dahlah tiada pengawai AQM yang iring,tercampak la katakana. N asib baiklah boleh cakap English dengan agak fluent.Huhu. Selesai lah juga walaupun stuck kat situ. Tak pasal-pasal kang kena duduk kat Oman,tak sampai Mesir. Huhu.
Dari Oman ke Bahrain ambil masa lebih kurang 2 jam. Time ni naik Gulf Air. Kira ok la sikit daripada Oman Airlines.Tiada apa yang best pun berlaku atas flight. Boringlah juga.
Akhirnya,sampai di Manama International Airport. Berjumpa kembali dengan rakan-rakan seflight yang lain.Alhamdulillah, dapat berdikari dengan agak sempurna semasa transit di Oman
Transit di Bahrain mengambil masa sejam. Tak pergi mana pun. Just duduk dalam airport. Tengoklah juga kedai dalam airport tu. Pergh~ Harga mahal tak ingat. Satu coke tu 1 USD dollar,bersamaan 0.30 BD. Haiyaaa. Tak mahu beli!
Akhirnya.menaiki flight ke Cairo. Tak lama pun. Dalam sejam lebih ja. Dalam flight,seperti biasa, BOSAN!
Cairo, Kaherah!
Sampai jua! Yuhuuu. Sampai di Cairo pukul 1220 malam waktu Malaysia dan lebih kurang pukul 7 waktu mesir. Dari Cairo,terus ke Zagazig menggunakan bas. 2 jam perjalanan. Dalam perjalanan tak dapat usha pemandangan sebab gelap kan. So,tido jelah dalam bas. Wee~
Akhirnya, Zagazig! Sampai jua. Alhamdulillah. Sampai je Zagazig,terus pergi ke Dewan Hospital Universiti untuk sesi taklimat dengan Prof Omar,Koordinator pelajar Malaysia. Ada beberapa amanat yang disampaikan. Tapi biasalah tersengguk-sengguk.
 Akhirnya,majlis taklimat tamat pada pukul 1230 malam waktu zagazig bersamaan lebih kurang pukul 5 pagi waktu Malaysia. Waa. 24 jam tak tidur. Them,kena angkut barang apa semua,pukul 4 pagi baru masuk rumah. Tumpang tidur di rumah senior di Gomiyah.

Itu je lah kot. Banyak cerita ni.Ada update lagi. InsyaAllah.
p/s:5 bulan lagi baru update? pergh~


1 comment:

Anonymous said...

pergh~

lagi lima bulan?

haha.

tu la.

orang dah kata mesti orang tu sibuk~