Followers

Wednesday, September 29, 2010

Kenal


Salam.
Update terbaru. Tak perlu tunggu lima bulan lagi nak update. Mahu buktikan walaupun sibuk dengan kehidupan di Zagazig ni,masih mampu meluangkan masa untuk berblogging. Yeah! Doktor yang bijak membahagi masa!
Jadi,sepertu yang diperkatakan sebelum ini, update secara live dari bumi Zagazig.
Zagazig,adalah ibu kota untuk Sharkia Governate. Zagazig ni terkenal dengan ladang-ladang. Antara tanaman yang ada adalah gandum,jagung dan lain.
Zagazig,seperti bandar lain, sangatlah sesak walaupun tak seteruk Cairo. Malahan, Zagazig ni antara Bandar yang paling terkawal dan “kurang sesak” seluruh Mesir. Bayangkanlah betapa sesaknya di Mesir ni. Pergh~
Yang ni tak pasti,tapi dikatakan,Zagazig merupakan antara tapak kuat gerakan Ikhwanul Muslimin. Jadinya, tak hairanlah jika asyik terjumpa polis-polis malahan di kawasan kampung yang hulu pun.
Penggunaan kamera sangat “limited” disini. Sebabnya, jika mengambil gambar secara membuta tuli,ada kemungkinan yang akan disoal siasat oleh pihak polis. Ada tempat-tempat larangan mengambil gambar seperti tugu kuda putih(justifikasi kepada tanah pertanian). Ada kalanya,boleh dipukul tanpa sebarang sebab dan kamera di rampas. Oh ya,Mesir masih mengamalkan undang-undang darurat.
Pada hari pertama dating dahulu, sangatlah batak mengambil gambar sana-sini. Tanpa disedari, terambil gambar polis yang berpakaian biasa. Cuak! Polis itu menyoal siasat macam tahanan penjara. Dah lah,kurang faham bahasa Ammi,di tambah pula dengan rasa cuak yang sangat tinggi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan ketika itu. Nasib baiklah,lepas. Kalau tak,mencipta rekod di tahan polis pada hari pertama sampai ke Mesir. Ya Salam~
Itu adalah antara langkah yang perlu diambil jika datang ke sini. Dah lah tak bersistem, menyusahkan orang pulak tu.
Selain itu, untuk keluar ke tempat seperti Mahattah, Qaumiah dan lain-lain, lebih baik jika pergi secara berkumpulan. Bahaya weyh kalau pergi seorang diri. Dah lah, orang mesir bila jumpa orang Malaysia macam batak. Ingat orang Malaysia orang asli ke ape? Haiyaa.
Tapi,jika kena caranya,orang Mesir akan jadi sangat peramah. Ada je yang boleh dibuat berbual. Malahan,aku dah ada pun kawan budak Mesir yang sangat psiko. Jumpa semasa di masjid. Bolehlah berbual sikit-sikit. Untuk pandai cakap Arab,kena cuba bercakap dengan orang Arab. Itulah rahsianya. Betul tak? Tapi,budak Arab tu kadang-kadang sangat merimaskan sampaikan kalau terjumpa budak tu,rasa nak lari je.
Masa pergi ke Mahattah,membeli barang keperluan rumah, jumpalah pelbagai ragam manusia. Orang Mesir bila jumpa orang Malaysia,terutamanya pelajar baru tersangatlah gembira. Kenapakah?Sebab,orang Malaysia ni sangat pemurah dan mudah ditipu dalam urusan pembelian barang. Jadinya, kena jadi pembelit jugalah! Antara skill yang boleh digunakan ialah berpura-pura sangat berminat dengan barang yang hendak kita beli,then tanya harga. Kalau kita tak dapat harga yang kita rasa sesuai,terus je keluar daripada kedai itu. InsyaAllah,tuan kedai itu akan panggil kita balik dan jual dengan harga yang kita nak.
 Ok,idea sudah habis. Di lain masa nanti~
p/s:pergh~

6 comments:

zida said...

pehhh info yg bagus untuk aku yang bakal ke sana tak lama lagi. haahah =P

Anonymous said...

ok~
takyah tunggu lima bulan lagi~
haha~
doktor yang pandai bahagi masa~
tetap sempat blogging~

pergh~
best kot dpt ckp arab ngan org mesir~
nak gak:(

amir baim said...

doktor yang pandai bahagi masa~
tetap sempat blogging~
saya suka ungkapan sebegini...
kerana anda belum start kelas...

Anonymous said...

zida>haha.no hal

amirah>well. memang best dpt cakap. dan sgt menyakitkan hati

amir>still can blogging walaupun dah start kelas. study x bermakna tak boleh update

beta SINGA skinny said...

sgt best pengalaman tu;p

aina lee said...

macam mana sistem pembelajaran kat universiti zagazig ? ikut sistem sem or macam mana ? hehhee