Followers

Wednesday, September 1, 2010

Mengunjung


Salam,

Hai,hai,hai. Apakah khabar? Semoga dalam kondisi yang solid semata-mata.
(eh.pekejadahnye tetiba cakap bahasa Indon pulak.haiyaa)

Ok, entri kali ini agak special sikit. Sebabnya, akan menceritakan secara ringkasnya adat "mengunjung" kat Johor. Sesetengah orang, cakap adat ini adalah "munjung". Tak tahulah yang mana betul. Bunyi pun lebih kurang je. Mungkin tengok tempat kot.

Ok,mengunjung/munjung ni dapat di definasikan sebagai satu adat dimana orang akan memberi juadah seprti ketupat,ayam masak kurma, daging rendang,sambal goreng,kuah lodeh dan kuah kacang kepada jiran tetangga ketika dalam bulan RAMADHAN.
(*wah.skemanyer ayat.macam jawab karangan bahasa melayu lah pulak)

Ya,memang unik. Setelah dibuat kaji selidik oleh Jabatan Maklumat Blog ni, perkara ini hanya berlaku kat negeri JOHOR sahaja. Wah, bangga sekejap jadi orang Johor.

Itulah yang uniknya. Banyak manfaatnya ya abang,kakak dan adik sekalian!Nak di listkan ke? Ok,no hal lah.

1)Merapatkan silaturrahim antara jiran tetangga.Ini memang tak boleh dinafikan.

2)Sebagai salah satu cara bersedekah. Betul kan kan?

3)Kemudiannya, ini manfaat paling besar untuk golongan yang malas memasak untuk berbuka. Dapat makanan free lah. Ye tak? Tak perlu menabur duit kat bazar Ramadhan. Walaupun,itu menunjukkan yang anda seorang yang malas.Haha.


Ok, next. Kita tengok pulak apa juadah yang biasanya orang beri time mengunjung ni. Watcha!

Ini adalah hidangan wajib. Kalau tak ada yang ini,memang x sahlah.




ni namanya ketupat plas.agak berlemak sikit.sebab di rebus dengan santan.





ayam masak kurma.sedap!






kadang2,orang juga suka beri yang ini.ayam masak merah.





kari ayam pun ok gak.mana-mana boleh.






rendang daging.memang sedap untuk pencinta daging2 sekalian.



kuah lodeh.salah satu yg paling penting.tanpanya,tak umphhh!



kuah kacang yang diperbuat daripada kacang.HAHA.



sambal goreng yang variasi.hikhik





Ok,itu jelah rasenya. Adat megunjung/munjung ni. Kalau terliru tu,tahanlah ye. Ujian di bulan puasa ni.Haha


p/s: dah 4 kali dapat orang mengunjung :)

2 comments:

✖anis✖ said...

kedah pown ade. tapi selalu antar kuih muih..

meor-name-depan-ku said...

salam lebaran...