Followers

Friday, October 29, 2010

Faham

Salam

Cuba lah fikirkan tentang ini

FAHAM

KEFAHAMAN

PEMAHAMAN

Kita tidak memiliki ini semua . Apa yang kita lakukan hanyalah HAFAL dan MENGHAFAL . Ya , aku jua begitu . Aku mahukan lebih . Bukan sekadar di kertas-kertas peperiksaan. Sangat tak bahagia.


Memanglah kita faham secara menghafal sebagai salah satu proses memahami. Tapi ,jika kita memahami secara mendalam . Kita tidak perlu lagi menghafal . Sangat seksa jika belajar hanya untuk peperiksaan.

Setuju?

p/s : credits to the most loyal reader . LOL

Monday, October 25, 2010

Semangat

Salam.

Medik . Satu fakulti atau bidang yang memang sangat dimahukan semua orang . Ya , semua mengakuinya. Aku pun tergolong dalam golongan itu . Seiingat aku dahulu , sebelum form 3 , aku memang anti sangat-sangat dengan perkataan "MEDIK". Ya, cita-cita aku dulu ialah penulis novel . Haa . Jangan main-main. Bahasa aku tinggi ya. Penuh melankolik. Kah3.

Tapi, seiring dengan perubahan masa , semuanya berubah. Perasaan benci itu bertukar menjadi sebuah kasih sayang . Time can change someone.. Perasaan cinta itu mula berputik. Seperti bunga yang mekar menguntum. (Ha! Tengok. Memang ada bakat jadi novelis).

Dan, pada ketika ini. Aku dah dapat apa yang diidamkan. Menjadi seorang pelajar medik .Alhamdulillah. Syukur. Tapi ...


PENAT


STRESS


SIBUK


Itulah hakikatnya sekarang . Memang medik ini sangat mencabar. Kena sentiasa fokus dan perlu berada dalam keadaan terbaik secara konsisten. Kadang-kadang aku fikir , medik itu untuk akukah?

Physiology dan Anatomy  memang agak memberi masalah sikit. Masih dalam proses memahami , belum lagi menghafal . Aish . Doakan lah ye mudah menerima kedua-duanya ini.

Hidup semasa penuh dengan kesibukan. Nak revise itu ini , belum lagi termasuk menghafal itu ini. Tak lupa juga kepada cabaran menangkap apa yang profesor cakap. Dan, aku memang agak lemah dalam bahagian ini. Terpaksa menanya banyak kali untuk faham. Classmates, tak mengapakah? Maaflah, memang jenis yang lambat pick up. -.-

Tapi kan kan kan,

Kalau orang lain boleh buat medik dengan baiknya. mengapa tidak aku? Mengapa?

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

Ya, Allah memang sebaik-baik perancang .DIA tahu apa yang terbaik untuk diri aku dan kau semua.

Tiada alasan! Jika diaorang boleh , aku dan kau semua semestinya boleh. Permainan minda yang mengatakan "diri ini tidak boleh" . Oleh itu, aku dan kau semua harus melawan persepsi yang tak best ini dengan mengatakan ...

" Aku boleh lakukan ! "

Friday, October 22, 2010

Over The 100

Salam

Yeah. Ini adalah post ke 101. Sudah melepasi angka 100 post dalam masa kurang dari setahun je. Rajin juga ye aku update blog ni~.Haha.

Apakah rasanya ber blog ini? Tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi,best! Macam tulis diari. Jadi,post kali ini nak menyingkap kembali 100 post yang sudah ditulis dalam blog ini. Layan~

Post pembuka cerita seorang blogger : Pembuka bicara

Post semasa membuat pilihan UPU: Story of UPU Pilihan Saya

Post Sahabat atau Cinta: Sahabat atau Cinta

Special Post for The Roommates Ever: Roommates oo Roommates

Masterpiece, Cerpen : Diari Qausar

Post dalam bahasa Asing: Bahasa Sepanyol

Post kahwin: Kahwin dulu?

First post after the result of SPM: Bye Hawaii!

Post kisah suka duka waktu di sekolah: 11 tahun persekolahan

Impian aku yang menjadi impian: Impian Saya

Post penuh Keredhaan ketika Frust: Alhamdulillahl

Memori Debate di Kelantan: Debates

Roleplay, (sangat kayu ketika ber role play): Role Play!

ILIM orientation moments: One Week Memories

Post berilmiah: ANS

Ha! Rase macam tak percaya lah pulak boleh sampai 100 post. Lepas in,target 200 post!

Thursday, October 21, 2010

Autonomic Nerve System 2

Salam.

Bersambung lagi dalam Autonomic Nerve System.

Sekarang kita pergi ke Autonomic Nerve System. Autonomic Nerve System mempunyai dua jenis fibres iatu Afferent Fibers dan Efferent Fibers.

What is Afferent? And what is Efferent Fibres?

Untuk memudahkan kita memahaminya, Afferent Fibers adalah nerves/neurons yang membawa impulse atau sensations dari receptor organ ke otak(brain) atau spinal cord.

Efferent Fibers pula adalah nerves/neurons yang membawa impulses daripada brain ke visceral/effector organs.

Visceral::the organ within the body cavities especially the organ of abdominal cavities.ex:stomach.

Efferent Fibers of Autonomic Nerves Systems boleh terbahagi kepada dua:

Preganglionic
(1)located in the brain atau spinal cord.
(2)called as Preganglionic Fibres
(3)the axon is from CNS ke Autonomic Ganglion
(4)Fibres types: B-myelinated
(5)Colour: Whitis Fibre


Postganglionic
(1)located  in the Autonomic Ganglion outside the CNS.
(2)called as Postganglionic Fibers.
(3) the axon is from Autonomic Organs to ogans.
(4)non myelinated fibers.
(5)grey fibre

So,kita dapat simpulkan pergerakan sesuatu nerves seperti begini jika mengikut kepada Autonomic Nerve System.

Receptor--->brain,spinal cord---->Preganglionoc Fibers----> Postganglionic Fibers---->Effector Organs
   (Afferent fibers)                                                 (Efferent Fibers)                       

Movement oleh Efferent Fibers di Autonomic Nerve Systems

Preganglionic Nerves         Leaves the spinal cord with the         Leaves the ventral root         Postganglionic
(lateral horn of        -----> lateral horn as the white ramus ----->and join the autonomic  ---->Fibers
  spianal cord)                        because it myelinated                   ganglia as the grey ramus.  

Faham tak? Ringkasnya camni lah

Preganglionic ni terletak kat laterasl hornof the spinal cord. Preganglionic ni meninggalkan spinal cord sebagai White Ramus Commuinicans bersama-sama dengan Ventral Root. Sebab apa dia white ramus? Sebab ianya B-myelinated. Fibers ini meninggalkan Ventral Root dan sampai di automic Ganglia sebagai Grey Ramus Communicans.

Apa bezanya dengan somatic nerves?

Axons of the neurons ni terletak kat anterior horn of  spinal cord dan membawa impulses terus ke effector muscles tanpa melalui apa-apa ganglia.

Ok,itu saja lah kot setakat ni. Lain kali lah ye!

p/s: This is the real medic student life. Really stressful and hectic.

Tuesday, October 19, 2010

Autonomic Nerve System

Salam

Physiology memang satu subjek yang sangat menarik. Realiti atau fantasi? Terpulang lah ye.Ok, tiba-tiba ada kesedaran utnuk post tentang benda yang berilmiah. Sebelum ini,macam luahan hati ja. Cewahh.

Ok, post kali in adalah pasal Autonomic Nervous System.

Sebelum itu,kita kena tahu apa Nervous System dan kaitannya dengan badan kita.

Badan kita boleh melakukan sesuatu fungsi atau pergerakan melalui dua cara. NERVOUS SYSTEM dan CHEMICAL REGULATION.

Apa perbezaanya? Nervous System adalah satu proses yang pantas dan hanya untuk jangka masa yang sekejap. Chemical Regulation pula satu proses yang mengambil masa tapi tahan lama disebabkan oleh kehadiran hormones dan enzymne.

Kemudiannya, kita pergi ke nervous system(sistemn saraf).

Terbahagi kepada dua, Central Nervous System dan Peripheral Nervous System.

Central Nervous System, digerakkan oleh dua organ. Brain dan spinal cord. Kedua-dua organ ini dilindungi oleh tulang(skull-vertebral column) kerana ianya begitu sensitif. Sedikit damaged, boleh mendatangkan masalah.

Peripheral Nervous System, dibahagikan kepada dua. Somatic Nervous System dan Autonomic Nervous System.

 Somatic, mengandungi fungsi motor nerves dan sensory nerves. Somatic,mengawal setiap pergerakan yang dirancang (Voluntary action) oleh badan kita. Seperti contoh, pergerakan tangan kita secara flexion atau extension. Ianya dilakukan dengan menggunakan keinginan kita sendiri.

Autonomic Nervous System, pula mengawal setiap pergerakan yang tak dijangka oleh sistem badan kita, atau kata lainnya bukan dengan keinginan kita sendiri (Involuntary Action). Contohnya seperti aktiviti dengupan jantung dan exocrine glands. Salah satu contoh yang popular untuk Involuntary Action ialah bila kita letakkan tangan kita di atas permukaan yang sangat panas( ex:cerek air),automatik kita akan mengangkat tangan kita daripada cerek air itu.

Enteric Nervous System, lagi satu jenis Nervous System. Enteric,ialah satu sistem yang mengawal aktiviti Gastrointestinal Tract dan terletak diantara sistem Somatic dan Autonomic( tak sure yang ini). Dibina daripada satu jumlah nerves fibre dan nerve cells yang banyak, berhubungan antara satu sama lain untuk membentuk dua plexus yang berjauhan(two distinct plexus), Meiisner's(submucosal plexus untuk mengawal secretory activities) dan Aubach's(myenteric plexuses untuk mengawal motor activities).

-
                                 (interconnected)                         Meissner's(submucosal plexus)
Nerve fibres + nerve Cells --->two distinct plexus---->(under control of divisions of ANS)                                
                                                                                   Auerbachs'(myetenric plexus)

Fungsi Autonomic Nervous System.
(Untuk mengingat,kita boleh menggunakan akronim or whatsoever)

1. Prepare for the emergencies.
2. Regulate the process of food digestion
3.Regulation of body temperature.
4. Regulation of heart rate,blood temperature.
5.Regulation of vital excretory processes(micrutition& detecation)
6. Control some hormonal secretion.

Bagaimana untuk mengingat? Pertama sekali,hafal cara dia(subjek). 1 P, 4 R dan 1 C.
P untuk Prepare, R untuk Regulate dan C untuk Control.

Kenudian,ingat predikat dia.

P=emergencies,
R=food digestion
R=body temperature
R=heart rate,blood temperature.
R=exceratory process
C=hormones secretion.

Ok,gtg. Almost maghrib here. See u next time!

Monday, October 18, 2010

Sebulan

Salam

Dah hampir sebulan di perantauan. Makin selesas dan makin gembira. Syukur. Walaupun,kadang-kadang kau akan merasakan sakit hati dsbebakan entah apa-apa.

Kuliah?

Ok lah. Walaupun, franco arbic yang digunakan,dan kau memang memerlukan sepenuhnya tumpuan untuk memahami apa yang disampaikan. Tidak ada masa untuk terlelap walaupun satu saat. Jika tidak, kau akan disergah dan mulalah kau menggelabah tak tentu pasal sehinggakan otak kau menjadi blur. Dan,akhirnya muka kau akan merah padam. Hee.

Makanan?

Tak perlu risau akan makanan. Syukut. Sentiasa cukup. Sebabnya, ada saja orang yang boleh masak masakan Malaysia. Dan,akulah orangnya. Haha. Memang terbaik. Setakat ni,sudah merasa ayam masak kurma, tom yam,nasi ayam,nasi lemak dan macam-macam lagi. Jangan bimbang ya, bonda dan ayahanda,anakmu sentiasa cukup makan.Terlebih pun ada.Haha

Rumah?

Tak cantik tapi selesa. Dan,boleh dikategorikan serba lengkaplah. Macam rumah anak dara pun ade.Opps. Rumah bujang ya. Itulah. Jangan mudah berasa tak puas hati dengan sesuatu,tapi cuba untuk memperbaikinya dan kau akan merasa tersangat puas bila melihatkan hasilnya. Tidak begitu?

Idea habis sudah. Physiology Biochem,Anat dan Histo memanggil-manggil untuk dibelai~

Thursday, October 7, 2010

Mengidam

salam

nasi lemak

roti canai

mee bandung

sate

kuih muih

Rindu. Nak makan. Bilakah lagi? Tunggu balik Malaysia lah jawabnye. Bukan senang nak dapatkan semua tu kat sini. Susah giler. Lebih-lebih lagi, Zagazig ni terletak kat hulu sikit.

Tapi,esok. Nak buat nasi lemak.Yeah. Siapa lagi yang masak? Kalau bukan gerau diraja, iaitu AKU! haha.

Monday, October 4, 2010

MUMTAZ

Salam.

Update lagi.

ANATOMY


BIOCHEMISTRY


HISTOLOGY


PHYSIOLOGY

itu yang akan aku belajar dan menghabiskan segala tenaga dan masa untuk setahun ini. Orang kata, Physiology kompleks.Anatomy kena banyak hafal, Biochem membunuh dan Histology sukar. Tapi,bila difikirkan balik, mana ada benda yang di dunia senang belaka. Nak makan pun,kena guna tangan. Susah atau senang, bergantung pada diri kita. Kalau kita rajin dan menunjukkan sikap-sikap yang mumtaz, insyaAllah keputusan final exam pun mumtaz. Betulkan?
Jadinya,jangan menyalahkan sesiapa kalau kita gagal dapat keputusdan yang diinginkan. Kerana,semuanya berpunca daripada diri kita sendiri..Untuk mendapat keputusan yang mumtaz,mari kita memumtazkan diri dulu.
Pesanan khas untuk aku dan kamu yang berhasrat sama untuk mendapatkan mumtaz!

Datang awal ke kelas. Biar kita tunggu lecturer,jangan lecturer tunggu kita

Beri tumpuan sepenuhnya dalam kelas

Jangan tidur dalam kelas.

Catat nota yang diberikan.

Respek kepada lecturer. Jangan kurang ajar.

Balik rumah,jangan lupa ulangkaji. Jangan asyik nak facebook je.

Baca terlebih dahulu ape yang hendak dipelajari.

Doa kepada tuhan untuk dipermudahkan pembelajaran.

Baca ayat-ayat Alquran sebelum mula belajar.

Sentiasa baca Alquran. Al Quran penerang hati.

Konsisten dalam solat hajat.

Sebenarnya,banyak lagi.

Semoga mumtaz diperolehi. Amin.

Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu.Bersenang-senang kemudian.

Pijat

salam

Pijat.

satu makhluk yang baru aku mengetahui dengan lebih mendalam tentangnya semasa berada di Zagazig. Pijat,sangat kecil dan lincah.Dalam senyap, dia akan mengigit badan kau. Ouch! Ianya menyakitkan dan menggatalkan.

Dan,secara automatiknya, kau akan mula menggaru tangan,kaki ataupun anggota badan yang lain secara kerap dan rakus.Lalu, timbullah bintik-bintik merah seperti jersi polka dots LTDL itu. Buruk. Hodoh.

Bila orang melihatkannya, secara sendirinya orang akan mengatakan kau pengotor. Padahal,itu adalah angkara pijat. Pijat,kau memang baik hati. Meninggalkan tanda kenangan yang sangat sukar dilupakan.

Kau nak tahu,pijat? Sebab kaulah, semangat aku down.Haha. Gurau je ye pijat!

Tapi, terima kasih lah pijat. Sebab kau,aku dapat berbangga yang aku telah diakui di Zagazig ini. Yelah,kat Malaysia, tidak adanya aku kena gigit dengan pijat.

Gigitan pijat satu kebahagian. Itu yang sepatutnya. Gigitan pijat,menunjukkan aku sudah berada di Zagazig.

p/s:tanjung rambutan?pergh~

Friday, October 1, 2010

Luahan

salam

Luahan hati seorang perantau:

Mesir,memang tempat yang sangat mencabar.Hanya orang-orang yang benar sabar sahaja dapat tahan berada di sini. Lebih-lebih agi mereka yang berada di luar kawasan Cairo.

Bayangkan je Klang itu. Itupun, Klang dua kali ganda lagi baik daripada Zagazig. Ini hakikat. Mengapa aku berkata sedemikian? Adakah aku rindu Malaysia walaupun baru sahaja menjejakkan kaki di Zagazig ni, tak sampai dua minggu lagi rasanya.

Setiap hari, kau akan berhadapan dengan bunyi hon yang sangat bingit. Mungkin,lama-kelamaan boleh memecahkan eardrum kau. Jika di Malaysia,membunyikan hon adalah kurang ajar tapi di sini ia dianggap sebagai satu "adab".

Di sini tak perlu susah mencari tong sampah, kerana sekeliling anda adalah kawasan membuang sampah. Tapi,disebabkan aku adalah orang Malaysia, sudah diajar untuk membuang sampah di tong sampah,aku cuba mencari tong sampah. Tapi,seperti dijangkakan,aku tidak jumpa.

Kat sini,kau kena belajar untuk menjadi kurang ajar. Bukannnya aku bermaksud untuk bersifat mazmumah, tapi untuk mengelakkan diri daripada ditipu oleh orang lain. Boleh bukan begitu? Kalau kau sentiasa bermurah hati dan baik ati,peratusan kau untuk ditipu sangat tinggi. Oleh itu,kena juga menjadi sedikit kurang ajar.

Di sini,kau kena sentiasa berhati-hati. Tak kira masa dan tak kira tempat. HATI-HATI itu sangat penting kat sini. Jangan samakan Malaysia dan Mesir,kerana ianya sangat jauh berbeza. kau akan tersilap jika membandingkan Malaysia dan Mesir.

Di sini,kau kena sangat bersabar dengan karenah tuan rumah yang dipanggil baba atau mama. Bagi sesiapa yang bernasib baik,dapatlah tuan rumah yang baik hati. Tapi,ianya sangat sedikit. Aku bukan nak mengutuk,tapi sememangnya itu adalah realiti dia.

Sebenarnya,banyak lagi. Tapi, aku dah malas nak tulis. Lain kali mungkin. Oh ya, jangan fikir aku sudah mengalah dengan kehidupan kat sini. Aku yakin yang semua ini akan menjadikan aku sebagai seorang manusia. Manusia yang mampu hidup di mana-mana walaupun dicampak dimana-mana.

Sekian