Followers

Tuesday, October 19, 2010

Autonomic Nerve System

Salam

Physiology memang satu subjek yang sangat menarik. Realiti atau fantasi? Terpulang lah ye.Ok, tiba-tiba ada kesedaran utnuk post tentang benda yang berilmiah. Sebelum ini,macam luahan hati ja. Cewahh.

Ok, post kali in adalah pasal Autonomic Nervous System.

Sebelum itu,kita kena tahu apa Nervous System dan kaitannya dengan badan kita.

Badan kita boleh melakukan sesuatu fungsi atau pergerakan melalui dua cara. NERVOUS SYSTEM dan CHEMICAL REGULATION.

Apa perbezaanya? Nervous System adalah satu proses yang pantas dan hanya untuk jangka masa yang sekejap. Chemical Regulation pula satu proses yang mengambil masa tapi tahan lama disebabkan oleh kehadiran hormones dan enzymne.

Kemudiannya, kita pergi ke nervous system(sistemn saraf).

Terbahagi kepada dua, Central Nervous System dan Peripheral Nervous System.

Central Nervous System, digerakkan oleh dua organ. Brain dan spinal cord. Kedua-dua organ ini dilindungi oleh tulang(skull-vertebral column) kerana ianya begitu sensitif. Sedikit damaged, boleh mendatangkan masalah.

Peripheral Nervous System, dibahagikan kepada dua. Somatic Nervous System dan Autonomic Nervous System.

 Somatic, mengandungi fungsi motor nerves dan sensory nerves. Somatic,mengawal setiap pergerakan yang dirancang (Voluntary action) oleh badan kita. Seperti contoh, pergerakan tangan kita secara flexion atau extension. Ianya dilakukan dengan menggunakan keinginan kita sendiri.

Autonomic Nervous System, pula mengawal setiap pergerakan yang tak dijangka oleh sistem badan kita, atau kata lainnya bukan dengan keinginan kita sendiri (Involuntary Action). Contohnya seperti aktiviti dengupan jantung dan exocrine glands. Salah satu contoh yang popular untuk Involuntary Action ialah bila kita letakkan tangan kita di atas permukaan yang sangat panas( ex:cerek air),automatik kita akan mengangkat tangan kita daripada cerek air itu.

Enteric Nervous System, lagi satu jenis Nervous System. Enteric,ialah satu sistem yang mengawal aktiviti Gastrointestinal Tract dan terletak diantara sistem Somatic dan Autonomic( tak sure yang ini). Dibina daripada satu jumlah nerves fibre dan nerve cells yang banyak, berhubungan antara satu sama lain untuk membentuk dua plexus yang berjauhan(two distinct plexus), Meiisner's(submucosal plexus untuk mengawal secretory activities) dan Aubach's(myenteric plexuses untuk mengawal motor activities).

-
                                 (interconnected)                         Meissner's(submucosal plexus)
Nerve fibres + nerve Cells --->two distinct plexus---->(under control of divisions of ANS)                                
                                                                                   Auerbachs'(myetenric plexus)

Fungsi Autonomic Nervous System.
(Untuk mengingat,kita boleh menggunakan akronim or whatsoever)

1. Prepare for the emergencies.
2. Regulate the process of food digestion
3.Regulation of body temperature.
4. Regulation of heart rate,blood temperature.
5.Regulation of vital excretory processes(micrutition& detecation)
6. Control some hormonal secretion.

Bagaimana untuk mengingat? Pertama sekali,hafal cara dia(subjek). 1 P, 4 R dan 1 C.
P untuk Prepare, R untuk Regulate dan C untuk Control.

Kenudian,ingat predikat dia.

P=emergencies,
R=food digestion
R=body temperature
R=heart rate,blood temperature.
R=exceratory process
C=hormones secretion.

Ok,gtg. Almost maghrib here. See u next time!

No comments: