Followers

Friday, October 1, 2010

Luahan

salam

Luahan hati seorang perantau:

Mesir,memang tempat yang sangat mencabar.Hanya orang-orang yang benar sabar sahaja dapat tahan berada di sini. Lebih-lebih agi mereka yang berada di luar kawasan Cairo.

Bayangkan je Klang itu. Itupun, Klang dua kali ganda lagi baik daripada Zagazig. Ini hakikat. Mengapa aku berkata sedemikian? Adakah aku rindu Malaysia walaupun baru sahaja menjejakkan kaki di Zagazig ni, tak sampai dua minggu lagi rasanya.

Setiap hari, kau akan berhadapan dengan bunyi hon yang sangat bingit. Mungkin,lama-kelamaan boleh memecahkan eardrum kau. Jika di Malaysia,membunyikan hon adalah kurang ajar tapi di sini ia dianggap sebagai satu "adab".

Di sini tak perlu susah mencari tong sampah, kerana sekeliling anda adalah kawasan membuang sampah. Tapi,disebabkan aku adalah orang Malaysia, sudah diajar untuk membuang sampah di tong sampah,aku cuba mencari tong sampah. Tapi,seperti dijangkakan,aku tidak jumpa.

Kat sini,kau kena belajar untuk menjadi kurang ajar. Bukannnya aku bermaksud untuk bersifat mazmumah, tapi untuk mengelakkan diri daripada ditipu oleh orang lain. Boleh bukan begitu? Kalau kau sentiasa bermurah hati dan baik ati,peratusan kau untuk ditipu sangat tinggi. Oleh itu,kena juga menjadi sedikit kurang ajar.

Di sini,kau kena sentiasa berhati-hati. Tak kira masa dan tak kira tempat. HATI-HATI itu sangat penting kat sini. Jangan samakan Malaysia dan Mesir,kerana ianya sangat jauh berbeza. kau akan tersilap jika membandingkan Malaysia dan Mesir.

Di sini,kau kena sangat bersabar dengan karenah tuan rumah yang dipanggil baba atau mama. Bagi sesiapa yang bernasib baik,dapatlah tuan rumah yang baik hati. Tapi,ianya sangat sedikit. Aku bukan nak mengutuk,tapi sememangnya itu adalah realiti dia.

Sebenarnya,banyak lagi. Tapi, aku dah malas nak tulis. Lain kali mungkin. Oh ya, jangan fikir aku sudah mengalah dengan kehidupan kat sini. Aku yakin yang semua ini akan menjadikan aku sebagai seorang manusia. Manusia yang mampu hidup di mana-mana walaupun dicampak dimana-mana.

Sekian

5 comments:

nur aqida kamarul azlan said...

insyaAllah lama2 akan boleh adapt dgn keadaan macam tu (hon, sampah, kerenah baba n macam2) :))
all the best ye :)

Syaufiq said...

thank you, kak Qida!
kat sini,memang kena cepat adapt! insyaAllah ok je.pra for me!

Anonymous said...

Manusia yang mampu hidup di mana-mana walaupun dicampak dimana-mana~

like~

ao

Syaufiq Effendy said...

YUP

sapekah AO?

maksud nye siapa anonymous ni?

beta SINGA skinny said...

wish you best of luck dude:)