Followers

Monday, October 4, 2010

MUMTAZ

Salam.

Update lagi.

ANATOMY


BIOCHEMISTRY


HISTOLOGY


PHYSIOLOGY

itu yang akan aku belajar dan menghabiskan segala tenaga dan masa untuk setahun ini. Orang kata, Physiology kompleks.Anatomy kena banyak hafal, Biochem membunuh dan Histology sukar. Tapi,bila difikirkan balik, mana ada benda yang di dunia senang belaka. Nak makan pun,kena guna tangan. Susah atau senang, bergantung pada diri kita. Kalau kita rajin dan menunjukkan sikap-sikap yang mumtaz, insyaAllah keputusan final exam pun mumtaz. Betulkan?
Jadinya,jangan menyalahkan sesiapa kalau kita gagal dapat keputusdan yang diinginkan. Kerana,semuanya berpunca daripada diri kita sendiri..Untuk mendapat keputusan yang mumtaz,mari kita memumtazkan diri dulu.
Pesanan khas untuk aku dan kamu yang berhasrat sama untuk mendapatkan mumtaz!

Datang awal ke kelas. Biar kita tunggu lecturer,jangan lecturer tunggu kita

Beri tumpuan sepenuhnya dalam kelas

Jangan tidur dalam kelas.

Catat nota yang diberikan.

Respek kepada lecturer. Jangan kurang ajar.

Balik rumah,jangan lupa ulangkaji. Jangan asyik nak facebook je.

Baca terlebih dahulu ape yang hendak dipelajari.

Doa kepada tuhan untuk dipermudahkan pembelajaran.

Baca ayat-ayat Alquran sebelum mula belajar.

Sentiasa baca Alquran. Al Quran penerang hati.

Konsisten dalam solat hajat.

Sebenarnya,banyak lagi.

Semoga mumtaz diperolehi. Amin.

Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu.Bersenang-senang kemudian.

2 comments:

Aishafarhana Radzi said...

salam...
semoga berjaya menghadapi liku2 hidup di zagazig ye...insha Allah..MUMTAZ...

nur aqida kamarul azlan said...

amin..insyaAllah mumtaz...
sentiasa dekat dengan Allah...
kepadaNya tempat mengadu dan meminta...