Followers

Monday, October 4, 2010

Pijat

salam

Pijat.

satu makhluk yang baru aku mengetahui dengan lebih mendalam tentangnya semasa berada di Zagazig. Pijat,sangat kecil dan lincah.Dalam senyap, dia akan mengigit badan kau. Ouch! Ianya menyakitkan dan menggatalkan.

Dan,secara automatiknya, kau akan mula menggaru tangan,kaki ataupun anggota badan yang lain secara kerap dan rakus.Lalu, timbullah bintik-bintik merah seperti jersi polka dots LTDL itu. Buruk. Hodoh.

Bila orang melihatkannya, secara sendirinya orang akan mengatakan kau pengotor. Padahal,itu adalah angkara pijat. Pijat,kau memang baik hati. Meninggalkan tanda kenangan yang sangat sukar dilupakan.

Kau nak tahu,pijat? Sebab kaulah, semangat aku down.Haha. Gurau je ye pijat!

Tapi, terima kasih lah pijat. Sebab kau,aku dapat berbangga yang aku telah diakui di Zagazig ini. Yelah,kat Malaysia, tidak adanya aku kena gigit dengan pijat.

Gigitan pijat satu kebahagian. Itu yang sepatutnya. Gigitan pijat,menunjukkan aku sudah berada di Zagazig.

p/s:tanjung rambutan?pergh~

1 comment:

Anonymous said...

baru nak post pasal pijat:D

haha

ao

pergh~chaiyok2!