Followers

Monday, October 18, 2010

Sebulan

Salam

Dah hampir sebulan di perantauan. Makin selesas dan makin gembira. Syukur. Walaupun,kadang-kadang kau akan merasakan sakit hati dsbebakan entah apa-apa.

Kuliah?

Ok lah. Walaupun, franco arbic yang digunakan,dan kau memang memerlukan sepenuhnya tumpuan untuk memahami apa yang disampaikan. Tidak ada masa untuk terlelap walaupun satu saat. Jika tidak, kau akan disergah dan mulalah kau menggelabah tak tentu pasal sehinggakan otak kau menjadi blur. Dan,akhirnya muka kau akan merah padam. Hee.

Makanan?

Tak perlu risau akan makanan. Syukut. Sentiasa cukup. Sebabnya, ada saja orang yang boleh masak masakan Malaysia. Dan,akulah orangnya. Haha. Memang terbaik. Setakat ni,sudah merasa ayam masak kurma, tom yam,nasi ayam,nasi lemak dan macam-macam lagi. Jangan bimbang ya, bonda dan ayahanda,anakmu sentiasa cukup makan.Terlebih pun ada.Haha

Rumah?

Tak cantik tapi selesa. Dan,boleh dikategorikan serba lengkaplah. Macam rumah anak dara pun ade.Opps. Rumah bujang ya. Itulah. Jangan mudah berasa tak puas hati dengan sesuatu,tapi cuba untuk memperbaikinya dan kau akan merasa tersangat puas bila melihatkan hasilnya. Tidak begitu?

Idea habis sudah. Physiology Biochem,Anat dan Histo memanggil-manggil untuk dibelai~

1 comment:

Anonymous said...

ajar saya masak:)

ao

haha