Followers

Tuesday, November 30, 2010

Ketam di Tengah Malam

Salam

Okeh, ini adalah post pertama di bawah label RESIPI . Satu slot baru dalam blog ini. Ecece. Macam berbakat sangatlah pula. Tapi, sahaja nak update blog kan. Apa salahnya kan? Kira boleh jadi doktor yang bervariasi lah, bukan hanya tahu belajar sahaja. Tapi, tahu benda yang lain. Kira nilai tambahlah. Lebih-lebih lagi yang duduk kat luar negara , mestilah kena pandai masak. Tak akan asyik nak keluar duit makan Indo Malaya, La Tansa , Hadral Maut, Kribs King, Alexandria Pizza dan Chicken Rock je. Keringlah duit camtu. Kenalah jimat ya. Simpan duit untuk pergi jalan-jalan, balik Malaysia dan Kahwin(?) . Jadinya, tak salah lah kalau memasak sendiri. Banyak manfaatnya. Pertama sekali, boleh jimat. Keduanya, boleh tambah ciri-ciri menantu pilihan. Betul bukan? Mestilah betul.

Ok, resipi pertama untuk chef-chef yang sangatlah amatur sekalian ialah POMODORO GRANCHIO.

Apakah itu? Pelik gila. Ok, Pomodoro Granchio adalah Ketam Tomato. Terima kasih kepada Google Translator :) Biar nampak gempak sedikit. Bahasa Itali. Sebenarnya, memang orang Itali terkenal dengan tomato. Banyak signifikannya tomato ni kepada orang Itali. Selain digunakan dalam masakan, tomato juga digunakan untuk dibaling ke muka pemain bola sepak Itali yang tewas kepada Korea Utara dalam perlawanan Piala Dunia 1966. Tomato oh tomato.

Mari teruskan dengan bahan-bahan dia. Ini adalah resipi orang bujang. Tambahan pula, bukannya berada kat Malaysia. Jadinya, bahan dia sangatlah terhad. Kena pandai cari akal lah.

Bahan Pomodoro Granchio(ok, agak kelakar nak sebut), Ketam Tomato.

2 ekor ketam(bergantung kepada orang nak makan. Nak makan banyak, tambahlah beberapa ekor lagi)

Pes tomato

1 biji besar Bawang Merah

3-4 ulas bawang putih

4-5 biji limau

Tengok, simple bukan? Buat apa nak guna banyak bahan. Yang penting, cara penggunaan dia.

"Ketajaman sesuatu pedang itu tidak terletak pada bahan untuk menempa pedang itu, tetapi pada kemahiran orang yang menggunakan pedang itu"


Betul tak? Silalah fikir ya.


Ada bahan je pun tak guna kalau tak tahu nak masak camna. Jadinya, kita teruskan kepada langkah-langkah untuk memasaknya. Sila baca betul-betul, nanti jadi lain pula rasa dia ya.  -.-

1) Basuh ketam itu bersih-bersih. Peram dengan air limau untuk hilangkan bau yang tak menyenangkan.

2) Rebus ketam itu dengan air rebusan limau dan rempah. Rebus untukk beberapa kali untuk betul-betul menghilangkan bau dan mengempukkan ketam itu.

3)Kemudian, sediakan pula kuah dia. Sebelum itu , potong sebiji tomato kepada beberapa bahagian. Hiris juga bawang besar dan bawang kecil.

4)Seterusnya, masukkan minyak dalam kuali. Tunggu untuk beberapa minit. Selepas dah panas, masukkan segala bawang tu untuk ditumis.

5) Masukkan lada hitam yang hancur atau yang telah ditumbuk.

6) Masukkan pes tomato. Pandai-pandai agaklah ye.

7) Masukkan air dan kacau untuk menyebatikan  pes tomato itu. Jangan lupa masukkan sedikit
garam dan gula. Kena pandai mengagaklah. Kena ada skil ok!

8) Setelah beberapa minit(1-2), masukkan ketam yang telah dibelah kepada separuh bahagian. Gaulkan sehingga rata ok.

9) Biarkan untuk 5-10-15 minit. Tapi, jangan lupa tengok pula. Terbakar dapur, wasalam lah~


ketam yang sedang direbus. Rebusan pertama



rebusan kali kedua.






masak kuah ketam Tomato




ketam yang sedang dimasak. Yummy~



okeh. inilah hasilnya. resipi bujang la katakan.



Ok. Itu sahaja lah resipi bujang kali ini. Tak hebat mana pun. Ala, buat degree Medik bukannya buat degree kulinari pun~

p/s: masakan ini dibuat semasa sedang lapar pada TENGAH MALAM.

Sunday, November 28, 2010

Kepada anda

Salam

Perjalanan itu masih panjang. Kau sama sekali tak akan mampu sampai. Kenapakah? Kerana hidup ini adalah satu perjalanan, bukannya sebuah destinasi. Jadinya, sudah tentu banyak masalah yang akan ditempuhi sepanjang perjalanan. Biasalah. Tak mencabarlah, kalau tak ada masalah. Dengan masalah itu, kau boleh menjadi semakin matang dan bertambah matang. Tiada had dalam kematangan . Infiniti. Apa yang ada sekarang ini, hanyalah baru secebis daripada infiniti itu.


Apa yang kau ada sekarang ini, adalah yang terbaik untuk kau. Kau juga selalu yang berkata begitu. Sebaik-baik perancang adalah Allah. Tiada bantahan.

Kau dah selangkah maju ke hadapan. Malahan, mengatasi orang yang dianggap "matang' sangat itu. Teruskan evolusi yang tiada had itu.

Teruskan cari kebenaran. Hanya dengan kebenaran sahaja, baru kau mampu mengubah segalanya. Biar apa yang orang kata, teruskan sahaja.


p/s: Post istimewa

Thursday, November 25, 2010

Akhirnya

Salam

Every nice journey will have an ending.

Separuh akhir debat, tewas. Usul, Perkahwinan di Alam Universiti.

Kadang-kadang hidup satu benda yang pelik . Pada pusingan yang sebelum ini , ramai yang menjangkakan akan kalah , tapi menang juga.

Terbalik pula untuk kali ini. Ramai yang jangkakan menang, tapi kalah pula. Eh , ada yang fikir camtu ke?

Akhirnya, ianya berakhir . Seminggu yang penuh sibuk sudah berakhir dan habis .

Jujurnya , aku BENCI akan kekalahan.

Ok, tutup sudah cerita debat. Tak akan buka-buka lagi.

Seterusnya, walaupun sudah lama sedar , tapi sekarang ini baru ade kekuatan untuk mengakuinya.

"MASA SAYA ONLINE TERLALU LAMA"

Mungkin ramai yang sudah perasaan akannya. Cuma diri ini yang masih tak mahu mengakuinya.

Ok, sekarang sudah mengakuinya.

Walaupun, markah test-test masih berada pada tahap normal dan tidak menunjukkan penurunan mendadak . Tapi, masih belum cukup baik untuk menjadi yang terbaik.

Jujurnya, aku "BENCI" melihat markah orang lebih tinggi daripada aku.

Mungkin dengan gaya usaha seperti ini masih belum cukup untuk menjadi paling baik .mungkin dengan usaha seperi ini hanya berada pada tahap yang standard sahaja.

Jadi, tindakan drastik terpaksa diambil.

Jika, minat terhadap epl, naruto,one piece, bleach, komik, lagu dan dll boleh dikurangkan secara mendadak yang teramat, mengapa online tidak?

Oleh itu, misi mengurangkan online akan dijalankan.

Facebook, Yahoo Messenger dan Skype akan dihidupkan sepanjang masa. Akan tetapi, tiada semua bentuk penggunaan ketika waktu belajar, melainkan urusan yang benar-benar penting sahaja.


Bilakah waktu belajar?

Daripada pukul 8 hingga 10.30.


Petang?

Masih belum ada perancangan. Tapi, kemungkinan akan cuba dikurangkan juga.
*tidak belajar pada waktu petang selepas balik dari kuliah.

Perlahan-lahan. Ya, sedang cuba melakukan semua itu secara perlahan-perlahan tetapi ISTIQOMAH.

Kawan-kawan, sila marah saya jika saya online terlampau.

p/s: mahu akan kekuatan itu.

Tuesday, November 23, 2010

Rancang

Salam

Manusia merupakan makhluk yang tak dan tidak akan sempurna. Itu sememangnya hakikat yang tidak dapat disangkal lagi. Buatlah bagaimana sekali pun untuk menjadi seorang yang 'sempurna" , tapi kesempurnaan itu tidak akan pernah kunjung tiba.

Manusia

Mereka merancang sesuatu perkara sehabis baik. Penuh teliti dan konsentrasi. Seakan tidak ada cacat cela. "Sempurna" pada definisi manusia itu sendiri.

Akan tetapi,

Lupakah yang Tuhan itu sebaik perancang. Maha Perancang . Rancangan-Nya lah paling sempurna. Sudah semestinya.

_______________________________________________________________________________

Mungkin secara kebetulan atau tidak , Hanya Tuhan yang tahu. 3 "ketakutan" bertukar bentuk menjadi 3 "kemudahan' .

Syukur.

Rezeki Tuhan kepada hambaNya yang lemah.

Test Histology

Ditunda kepada minggu depan. Apakah yang boleh diperkatakan? Tergamam. Boleh bersedia dengan lebih elok.

Test Autonomic Nervous System

Tiada. Pensyarah lain yang mengajar. Jadi, tiada ujian.

Debat

Jujur berkata. Hati ini sudah mula untuk menyalahkan diri sendiri dan sudah mula untuk memujuk hati. Keyakinan semakin turun setelah nama pendebat terbaik jatuh kepada Ketua Pembangkang.

Tapi, kemenangan tetap berpihak kepada pasukan kerajaan. Tergamam, Terkedu. Otak tak dapat berfikir dengan sempurna.

Apapun, Alhamdulillah.

Tuhan tahu yang terbaik untuk hamba-Nya.


p/s: Perkahwinan di Alam Universiti. Anda mempunyai idea menarik?

Monday, November 22, 2010

Cepat

Salam

Hari ini, Isnin. 22 November 2010. Hari yang penting . Banyak perkara yang perlu diselesaikan.

1) Test Histology

2) Test Autonomic Nervous System

3) Debat PCZ

Ya, semuanya penting. Tak boleh nak lepaskan walaupun satu . Persediaan?

Tidur awal semalam. Ingatkan nak tidur sekejap sahaja, alih-alih dah tertidur sampai pukul 2.

Tapi , ada hikmahnya..


Alhamdulillah, dapat belajar pada waktu pagi . InsyaAllah , menyerap masuk kedalam otak dan seterusnya ke hati.

InsyaAllah

Debat?

InsyaAllah. Sudah ada sesi latihan ym dengan kawan di Malaysia. Sudah mendapat keyakina itu . Akan diserlahkan lagi pada petang nanti . Yeah!


p/s: Terima kasih yang teramat . Sudah mendapat keyakinan.

Sunday, November 21, 2010

Sistematik

Salam

Sistematik.

Satu perkataan yang agak skema . Ya, bagi sesetenagah orang , Sistematik adalah satu yang menyusahkan. Tapi, bagi aku sistematik adalah satu perkara yang penting . Sangat penting. Lebih-lebih lagi dalam kehidupan seorang pelajar perubatan. Kau semua ingat dengan kelam-kabut dan sewaktunya itu , mampukah kita melaksanakan sesuatu kerja dengan mudah dan efisien?

TIDAK !

Jadi, kalau ade perubahan secara mendadak dalam jadual kehidupan, ke sistematikan akan terganggu . Dan , tak dapat dinafikan yang ia akan memberi kesan . Ingat senang nak kembali kepada sistematik yang selalu kau gunakan?

Sistematik itu satu yang subjektif.

Bukan hanya betul pada pendapat kau seorang sahaja. Setiap orang lain definisinya, begitu juga aku. Sistematik setiap orang berbeza . Itu pasti bukan?


p/s: Jangan awatif ooi (pesanan buat diri)

p/s:  Lari sedikit daripada rancangan.

Saturday, November 20, 2010

Akutaukaubaca

Salam

Ok, pagi sabtu yang tenang dan indah . Kesejukan seperti biasa . Orang lain sedang nyenyak tidur bagi menghabiskan hari cuti terakhir mereka. Aku pula? Erm, tidur atas meja . Ada katil buat apa tidur atas meja?
Bukan atas meja , tapi kepala kat meja.

ok, cukup permulaan yang merapu

**********************************************************************************
Belakangan ini , sedikit demi kebenaran terbuka . Alhamdulillah . Terima kasih kepada anda kerana memberitahu tentang itu :) Ya, aku terkejut . Sangat terkejut . Otak menjadi blur tak semena-mena. Tapi , dengan dalil yang diberikan, insyaAllah aku akan jadi yakin. Kadang-kadang , adat itu sendiri lebih diagung-agungkan berbanding agama itu sendiri. Kasihan. Jika melawan adat , dikira bersalah. Sedangkan hakikatnya tidak . Melawan adat , bermakna kau kena menentang pembawa adat-adat itu . Mereka ini majoriti . Dan ,logik akalnya memang si majoriti akan sentiasa menang . Apalah sangat kuasa si minoriti.

Tapi



Jangan lupa akan kisah perang Badar . Ya, jadikan ianya inspirasi. Kadang-kadang ,satu suara yang luar biasa itu lebih besar daripada seribu suara yang biasa. Bagaimanakah boleh jadi begitu? Kebenaran. Ya, satu suara yang benar lebih kuat daripada satu suara yang kurang benar. Aku mahu tergolong dalam golongan itu !

Kita jangan ikut membabi buta . Kaji sedalam-dalamnya. Kaji dengan mata hati bukannya dengan iri hati. Ramai sekarang yang hanya mengikut tanpa mengkaji . Aku juga begitu . Kasihan dan sangat kasihan. Ya Allah , bagaimanakah amalan aku selama ini?

Ilmu Allah tersangatlah luas . Jangan kau sempitkan hanya dengan ilmu duniawi sahaja . Ukhrawi itu perlu , malahan lebih penting . Tidak ada gunanya jika menjadi golongan professional , tapi ukhrawi kau lebih rendah daripada orang yang hanya mampu makan sesuap nasi sahaja sehari. Lebih rendah tahu tak?



Ya Allah,

Kau lapangkanlah hati hambaMu menerima ilmuMu;

Kau bukakanlah minda hambaMu memikirkan keagunganMu;

Kau hindarkanlah hati hambaMu dari resah gelisah dan gundah gulana;

Kau terangilah hati hambaMu dengan cahayaMu.





P/s 1 : Aku tahu kau baca

p/s 2: Post pasal bid'ah nanti, tengah mengarang dan agak sibuk :)

p/s 3: minta sedikit :)

p/s 4 : Line internet "sangat laju" -.-


Friday, November 19, 2010

That's Why I Hate Holiday

Salam

Cuti seminggu sudah semakin ke penghujungnya . Ada lebih kurang sehari lebih sahaja lagi sebelum universiti dibuka. Dan, jika ditanya cuti ini macam mana? Jawapan dia, benci cuti!

Sebab apa?

Cuti kali ini, sangatlah jarang buka buku apatah lagi hendak cover semua yang sudah belajar. Azam sebelum cuti nampaknya kurang berjaya.

Cuti juga telah membuatkan pengalran duit secara tidak teratur. Haih . Mana tidaknya, hadramaut, kribs dan aiskrim dalam satu malam. Tak ke kurang logik tu? Orang Arab pun takdalah sampai camtu.

Tapi,

Sebenarnya ,cuti ni penting dan seronok.

Penting untuk melepaskan seketika tekanan yang telah lama terkumpul selama sebulan lebih belajar.

Seronok sebab dapat berjalan ke merata-rata tempat.

Takpa, tunggu winter break nanti. 16 hari cuti tu.

Jadinya, apa kata rancang awal-awal.

1)Cairo

2) Alexandria

3) Mansourah

4) Tanta

6) Sinai

Ok, bermula sekarang, Misi Winter Break dilancarkan.

Tidal dilupakan juga untuk menghabiskan sekalian novel yang telah dibawa

1) The Quest

2) History and Civilization of Ancient Egypt

3) Feqah Perubatan

4)Aku Terima Nikahnya-Bercinta Sampai Ke Syurga.

5) Novel Hlovate

Wah, banyaknya . Tak sabar nak tunggu winter break. Haha. Ceh, padahal cuti seminggu ni pun tak habis lagi. Dah fikir winter break.


Apapun, naik cuti seminggu ni, memang akan jadi sangat sibuk dan tension. Pergh~ Test berlambak.

1) Histology-ada carry marks

2)ANS Physiology

3) Upper Limb Anatomy

Itu yang sudah pasti. Yang belum pasti lagi? Lagi lah berderet. Dengan cuti yang tak berapa nak study ini, tak tahulah bagaimanakah keputusan dia . Dah lah orang lain macam rajin semedang saje. Lebih-lebih lagi. budak perempuan. Itu tidak dapat disangkal. Cakap je baru je sikit study tapi act MasyaAllah.  Betul tak Aini, Muja dan seangkatan dengannya?

" Serajin-rajin lelaki, semalas-malas perempuan"

Erk,rasanya hiperbola sangatlah. Haha.

ok, out of idea

Wednesday, November 17, 2010

Korban

Salam

Sudah hari raya kedua untuk sambutan Aidil Adha di Mesir. Sedangkan di Malaysia , baru sahaja hari raya yang pertama .

Unta. Satu benda yang sinonim dengan orang Arab . Di Malaysia , memang susah sangat nak jumpa unta untuk dibuat korban . Tapi , di Mesir , bolehlah dikatakan mudah. Harga seekor unta di Mesir adalah dalam lingkungan 4000-5000 le ound Egypt,bersamaan 2000-300o ringgit Malaysia.  Harga lembu di Mesir adalah lebih mahal . Mengapakah ? Mungkin disebabkan lembu sangat susah didapati di Mesir. Hanya orang yang betul-betul kaya sahaja yang membuat korban lembu di Mesir.

Jadinya , di Zagazig, As-Sharqiyah , sesi korban telah diadakan di sebuah masjid di kawasan Murrur. Sebanyak 4 ekor unta dan 2 ekor kambing dikorbankan . Jadi , untuk mengetahui bagaimanakah suasananya, bak kata oranglah

"Let's the pictures tell the story"




Asah pisau dulu ya .Kasi betul-betul tajam punya !


Alolo. Kesian pula kat unta ni.


Unta ni macam merenung jauh merentas masa~


saat-saat terakhir seekor unta . Jangan nangis unta. Ish3


Bersiap-sedia untuk dikorbankan.

saat-saat unta disembelih. Darah memancut keluar dengan banyak.


Akhirnya , alhamdulillah, unta ini selamat dikorbankan .

Beberapa minit selepas disembelih.

sesi melapah kulit unta. Jangan potong sekali dagingnya ye!



Konsentrasi yang tinggi diperlukan !



sesi memotong daging korban .



Melapah itu biar ada skil ya !



Hasil lapahan oleh amatur . Alhamdulillah.



Tulang tu ambil buat sup! Pergh~



Jadi, begitulah suasana korban di Mesir. Tak banyak beza di Malaysia . Cuma ,mungkin lagi spesel sebab ada unta la kot.

*Daging unta sedap tak?

161110

Salam

Kenangan pada 16/11/2010
Secebis kenangan 

Kek 18 :)


kuih raya. Sangat sedap dan manis!


agar-agar epal .Terbaik :)


Ayam masak merah oleh Birthday Boy :)


kuah kacang Mesir. Hehe :)





Hidangan Hari Raya dan Hari Lahir :)




Birthday boy !
dan
.
.
.
.
mempersembahkan
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Seryes cakap. Gambar ni tak boleh blah. Macam kumpulan rock tahu 80 an.

Sangat seronok .16112010 , akan sentiasa dalam ingatan :)


Tuesday, November 16, 2010

Cerita Eidul Adha

Salam

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Mesir menyambut hari raya haji sehari lebih awal daripada Malaysia . Mengapakah Mesir lebih awal sedangkan masa di Malaysia lebih awal 6 jam dari Mesir pun, tidak tahulah .

Pertama kali beraya di luar negara dan kali kedua beraya tanpa keluarga .Kali pertama semasa di kisas , ketika berlangsungnya spm.Jadinya , tiadalah rasa syahdu sangat . Tapi , rindu tu memang adalah. Tak dapat dinafikan.'

Jadi,bagaimanakah suasana berhari raya di perantauan? Meriah ke tidak?

Persiapan telah dibuat sejak dari petang. Beli kek dan kacang tanah di Mahattoh . Dapatlah juga melihat suasana orang Mesir membuat persiapan menyambut hari raya haji. Sesak dan sibuk . Tak seperti hari-hari biasa sebelumnya.

Selepas itu , pada malamnya, setelah iftar jamie ,  bermulalah proses menyediakan juadah raya . Kacang setengah kilo yang dibeli , dibuang kulitnya dan dikisar . Penat tahu tak ? Kemudianya , proses menyediakan ketupat palas dan lemang . Yang segera je. Mana nak buat yang originalnya . Bahan tak ada.

Berbalik kepada kuah kacang tu. Sebenarnya , cari resipi kat internet dan tanya orang di Malaysia. Takdalah susah mana. Nak tahu resipi dia? Tunggu lain post ya. Hehe.

Setelah proses penambahbaikan beberapa kali, akhirnya berjaya juga kuah kacang itu di masak. Rasanya? Alhamdulillah . Sedap. Teringat Malaysia :(

Pagi raya .

Seawal pukul 6 pagi ,dah kena bergerak ke Istad Syarkiyah untuk solat sunat Aidil Adha. Awal sangat-sangat. Mandi pun sejuk . Biasalah , rumah yang  tak de Saqonah lagi la katakan.

Tremco banyak tak lalu-lalang lagi . Jadinya , kena berjalan beberapa km lah untuk sampai ke istad . Kurus lah nampaknya . Dah lah memang kurus . Bertambah kurus lah jawabnya. Super kurus.

suasana dalam Istad

suasana dalam Istad lagi

Sampai sahaja di Istad . Ramai yang sudah sampai. Orang Arab memenuhi Istad . Orang Melayu macam semut je bilangan dia. Oh ya, orang Arab memandang pelik kepada kami kerana kami memaki baju Melayu bersamping. Mungkin mereka berfikir itu adalah skirt . Skirt ? Pondankah ?


Full set of baju Melayu. Orang Arab pandang pelik.


Seterusnya, solat sunat Aidil Adha . Tak kira lelaki atau perempuan ,semuanya turun bersama-sama untuk memeriahkan solat sunat Aidil Adha . Agak berbeza di Malaysia . Jadi, dapat dikatakan pengisian  di Mesir mengenai sambutan Aidil Adha adalah lebih meriah berbanding di Malaysia.

mendengar khutbah jumaat .

Seperti biasa ,setelah solat sunat, tiba pula giliran khutbah . Ringkas sahaja khutbah yang diberikan . Tak sampai 15 minit . Tak faham sangat pun apa yang diperkatakan. Biasalah, belum hebat sangat-sangat lagi bahasa Arab :)

Sesi bergambar pula tiba . Sakanlah pelajar Malaysia bergambar . Sebagai bahan kenangan untuk di Malaysia bukan ? Sampaikan orang Arab pun menjadi model untuk bergambar. Sudah lah , orang Arab ni jenis yang "batak" kamera . Asyik nak bergambar ja. Macam tak pernah jumpa kamera.

bergambar bersama keluarga orang Arab Mesir

bersama pasangan budak lelaki dan perempuan Arab

pasangan adik beradik . Lupa apakah nama mereka -.-

suasana hingar selepas solat dan khutbah
Dalam pukul 8 pagi, balik rumah untuk jamuan hari raya. Untuk ahli serumah sahajalah. Sebelum itu , kena masak ayam masak merah dahulu . Rasanya ? Sedap . Resipi dia di post yang lain :p

Oh ya , terlupa pula . Disebabkan 16Nov juga bersamaan dengan tarikh hari lahir , maka adalah sambutan kecil-kecilan sikit. Adalah juga adegan mesra tanda ukhuwah . Hehe.

Secara keseluruhannya , beraya di perantauan tidaklah seseteruk mana . Boleh sahaja menjadi sesuatu yang best jika kena caranya.

Kullu Sanah Wa Antum Bil Khair


dan

.
.
.
.
.
.

Drama di pagi raya ?


Birthday Tag

Salam

Tag istimewa sempena hari lahir ke 18 :)


Apa benda yang paling penting dalam hidup korang ?
Islam

Benda Terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?
sepasang kasut berharga 55 le pound Egypt.


For the next three questions , let the smile be the answer. Too mysterius and complex.

Adakah korang bercinta sekarang?
:)

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
:)

Dimana korang akan jumpa kekasih korang?
:)

Novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?
History and Civilization Of Egypt, (100 le pound Egypt)

Apakah nama penuh korang?
Syaufiq Effendy Ngaliman (setakat ini,memang jarang orang yang dapat eja dengan betul ~)

Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra ?
Mak, tapi kedua-duanya sangat penyayang :)

Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
Rasulallah s.a.w :)

Di manakah tempat yang korang betul2 nak pergi
Makkah and Madinah , historical places and romantic places :)

Pilih salah satu, peluk atau cium?
Tidak boleh lakukannya :)

Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang ?
Robiaaton Adawiyah bt Safri , ex pkt , lawyer-to-be 

5 benda yang korang sayang sangat2 dalam hidup korang?
Allah, Rasuallah , Islam , ibu bapa, keluarga ,rakan-rakan ,bakal dan bakal anak ~

Di mana korang sambut tahun lepas?
16 November tahun lepas , bersama roomates , makan kek dan kfc yang dibawa oleh pak cik . Kemudiannya , rakan se floor ramai-ramai mengucapkan Selamat Hari Lahir :)


5 orang blogger yang korang nak tag
Amirah Esa
Farez Syinon
Hazzyah
Aini
Muja


Cerita sikit pasal blogger pertama yang korang tag?
Amirah Esa (nama penuh tak ingat. Haha). Currently at USIM doing Tamhidi Law and Syarie. Have deleted her facebook accout. Respect ! Best advicer!


Have a blast for today !