Followers

Saturday, November 20, 2010

Akutaukaubaca

Salam

Ok, pagi sabtu yang tenang dan indah . Kesejukan seperti biasa . Orang lain sedang nyenyak tidur bagi menghabiskan hari cuti terakhir mereka. Aku pula? Erm, tidur atas meja . Ada katil buat apa tidur atas meja?
Bukan atas meja , tapi kepala kat meja.

ok, cukup permulaan yang merapu

**********************************************************************************
Belakangan ini , sedikit demi kebenaran terbuka . Alhamdulillah . Terima kasih kepada anda kerana memberitahu tentang itu :) Ya, aku terkejut . Sangat terkejut . Otak menjadi blur tak semena-mena. Tapi , dengan dalil yang diberikan, insyaAllah aku akan jadi yakin. Kadang-kadang , adat itu sendiri lebih diagung-agungkan berbanding agama itu sendiri. Kasihan. Jika melawan adat , dikira bersalah. Sedangkan hakikatnya tidak . Melawan adat , bermakna kau kena menentang pembawa adat-adat itu . Mereka ini majoriti . Dan ,logik akalnya memang si majoriti akan sentiasa menang . Apalah sangat kuasa si minoriti.

Tapi



Jangan lupa akan kisah perang Badar . Ya, jadikan ianya inspirasi. Kadang-kadang ,satu suara yang luar biasa itu lebih besar daripada seribu suara yang biasa. Bagaimanakah boleh jadi begitu? Kebenaran. Ya, satu suara yang benar lebih kuat daripada satu suara yang kurang benar. Aku mahu tergolong dalam golongan itu !

Kita jangan ikut membabi buta . Kaji sedalam-dalamnya. Kaji dengan mata hati bukannya dengan iri hati. Ramai sekarang yang hanya mengikut tanpa mengkaji . Aku juga begitu . Kasihan dan sangat kasihan. Ya Allah , bagaimanakah amalan aku selama ini?

Ilmu Allah tersangatlah luas . Jangan kau sempitkan hanya dengan ilmu duniawi sahaja . Ukhrawi itu perlu , malahan lebih penting . Tidak ada gunanya jika menjadi golongan professional , tapi ukhrawi kau lebih rendah daripada orang yang hanya mampu makan sesuap nasi sahaja sehari. Lebih rendah tahu tak?



Ya Allah,

Kau lapangkanlah hati hambaMu menerima ilmuMu;

Kau bukakanlah minda hambaMu memikirkan keagunganMu;

Kau hindarkanlah hati hambaMu dari resah gelisah dan gundah gulana;

Kau terangilah hati hambaMu dengan cahayaMu.





P/s 1 : Aku tahu kau baca

p/s 2: Post pasal bid'ah nanti, tengah mengarang dan agak sibuk :)

p/s 3: minta sedikit :)

p/s 4 : Line internet "sangat laju" -.-


4 comments:

MUJA said...

ape yg mlawan adat ?

Anonymous said...

apa yang melawan adat?

hmm.

perkara yang mengikut atau menepati Al-Quran dan As-Sunnah.

cth:

Hadith ke-5 dalam Hadith 40 Imam Nawawi bercakap mengenai perkara baru yang diada-adakan dalam urusan agama atau kata lainnya adalah BID'AH.

cth BID'AH adalah membaca Yaasin yg menjd ADAT pd setiap khamis mlm ahad.

tiada satu dalil sohih pun yg mengatakan nabi muhammad atau sahabat2 membaca yaasin pd setiap khamis malam jumaat.

so, btol la apa yg dikatakan tuan blogger ni:)

jika kita melawan adat (cth:menentang pembacaan yaasin setiap khamis mlm jumaat sbg satu adat), dan mengatakan bahawa apa yg mereka buat tu adalah bid'ah, kita akan dipersalahkan atau ada juga yang mengatakan kita ni SESAT.

so, itu lah serba sedikit yang dikatakan dengan melawan adat.

tapi sebenarnya, ADAT yang melawan atau bertentangan dengan suruhan AL QURAN dan AS SUNNAH :)

renung-renungkan dan selamat beramal:)

MUJA said...

hehe , saya ty apa yg melawan adat yg sedang dihadapi oleh tuan blogger ni :)

Anonymous said...

owh.

apa yang melawan adat yang sedang dihadapi oleh tuan blogger?

hmm.

tuan blogger,
ape ek?

yep.seperti yg saya katakan. mungkin dia mahu meninggalkan 'adat' yg selalu diamalkan olehnya. spt bc yaasin khamis mlm jumaat (asik cth ni je..heee), takbir secara jama'ie, berzikir secara jama'ie...

so, itu dikira melawan adat la:)

tapi selari dengan Al Quran dan As Sunnah:)

p/s:sorry for misunderstanding:)