Followers

Sunday, November 14, 2010

Jaulah :)

Salam

13/11/2010

Jaulah ke Cairo sempena cuti seminggu Hari Raya Aidil Adha . Rasa seronoklah rasenya . Setelah berminggu-minggu otak ini tepu menerima pelbagai ilmu, sekurang-kurangnya kena berehat lah juga. ye tak?

Jadinya , post kali ini ,mari kita jelajahi serba sedikit tentang Kaherah~ Teruskan.

pemandangan di piramid



lagi piramid




Tempat pertama jaulah ialah Giza . Giza ni terkenal dengan piramid dan sphinx. Rasanya semua orang tahu kan? Kalau tak tahu, silalah google sekarang ya. Di Giza , ada tiga piramid utama . Khufu , Khepren dan Menkaure . Piramid Khufu lah yang tersenarai dalam 7 keajaiban di dunia , dan dibina sebagai makam kepada Firaun Khufu.

Ramai sangat pelancong yang datang . Dari pelbagai negara . Jadi, nampaklah keadaan yang bersesak itu.

Kat sinilah , baru nampak haiwan yang bernama unta. Susah kot nak jumpa sebelum ini . Iya lah , sekarang unta hanya digunakan untuk tujuan pelancongan ataupun makanan sahaja . Dah tak nampak dah unta-unta ni kat jalan-jalan biasa.

Aktiviti kat sini ? Jadi model tak bertauliah lah . bergambar sakanlah je jawabnya . Buat pelbagai gaya pose. Beralatar belakangkan piramid . Ye lah , orang kata tak lengkap pergi ke Mesir ,kalau tak pergi ke piramid. Jadilah batak kesemuanya mengambil gambar. Takpa . Tapi ,jangan disanjung sangat piramid-piramid ni kerana ianya merupakan antara simbol freemason. Betul kan kan?

di atas piramid



takde kerja . melompat dari atas piramid.


piramid dalam  tangan

sphinx dari tepi

sphinx dan piramid
Seterusnya, destinasi seterusnya adalah National Museum of Egypt . Segala artifak yang ada disini ialah tinggalan tamadun mesir purba . Kebanyakan artifak yang dipamerkan ialah milik Firaun Tutankhamun , firaun yang menaiki takhta pada usia 9 tahun dan mati dibunuh pada umur 19 tahun.

national museum of egypt

kaunter tiket

luar perkarangan museum

sekitar museum

Bagi siapa yang minat sejarah , sukalah pada tempat ni . Tapi , yang tak minat tu memang membosankan . Best je melihat artifak-artifak ni sebenarnya . Kita dapat melihat betapa maju tamadun dulu .

Mungkin ramai yang tak sedar , muzium ini telah memperihatkan kekuasaan Allah pada kita tentang bagaimana Allah memelihara segala khazanah Firaun sebagai pengajaran dan peringatan kepada kita . Oleh itu , jangan anggap lawatan ke muzium adalah satu yang membosankan :D

Seterusnya , adalah lawatan ke makam Imam Syafie, imam mazhab kita .

Agak sedih sebenarnya. Kawasan sekitar makam tidak lah se gah piramid dan tinggalan firaun yang lain . Orang Mesir seakan-akan lebih mengagungkan piramid an firaun berbanding Imam Syafie , imam Mazhab Syafie . Sedih . Pernah cuba dirobohkan masjid yang menempatkan makam Imam Syafie tapi kebesaran Allah mengatasi segala-galanya .  Jentolak yang hendak digunakan untuk merobohkan masjid itu tidak dapat bergerak menuju ke masjid itu . Subhanallah .


di dalam makam

di luar masjid


Lokasi terakhir adalah Abi Ela' . Lokasi membeli belah. Apakah yang dijual? Macam-macam ada. Persediaan untuk musim sejuk lah . Kat sini , kena ada skil tawar menawar . Tawar sampai separuh harga yang diletakkan . Kadang-kadang , orang Arab ni  suka menipu . Nampak sahaja budak Malaysia , mulalah letak harga tinggi tak tentu pasal . Walaupun ,jika dibandingkan dengan harga di Malaysia , harga di Mesir lebih murah , tapi jangan berfikiran "murahnya". Sekarang , kat Mesir lah . Jadinya ,kena ikut standar harga Mesir lah .

sekitar kawasan



 Oh ye , telah menghabiskan banyak juga duit . Ini lah yang tak bestnya kalau berjaulah , mestilah duit keluar macam air sahaja . Apakah sahaja yang dibeli?

(1) History and Civilization of Ancient Egypt book.

(2) 2 helai sweater .

(3) satu kasut

Pergh~

Memang shophaholic betul lah . Mengalahkan perempuan betul . Of kos lah perbelanjaan melebihi ratusan genih . Waa~ Nasib baik tak lari budget . Hehe . Masih ada simpanan yang mencukupi . Tak perlu makan winter coat masak cili api .Haha.

 Apa pun , keseluruhannya memang terbaiklah . Paling koman pun, dapat hilangkan tension penat belajar .

Opss, sebut pasal belajar . Wah3 . Buat terlupa ya. Exam Histology minggu depan , naik cuti . ANS physiology pun sama . Blood pun kemungkinan anda . Tak tambah lagi Anatomy Upper Limb 2 minggu lepas tu . Tak boleh cuti lama-lama . Nak jawab apa periksa nanti weyh !

Ok ah , cukuplah kot. Tengah ada semangat nak study ni . Wee ~











1 comment:

Anonymous said...

i like