Followers

Thursday, November 11, 2010

Kemenangan :)

Salam

10/11/2010


Hari ini sangat banyak perkara yang terjadi . Tak dapat dijangkakan lah. Mengapakah?

Pertama

Awal pagi lagi pergi ke United States Bank untuk minta kembali kad bank HSBC yang telah di telan . Ambil tremco dan turun di Mahattoh . Pergi ke Al-Zafrahah untuk tukar duit USD kepada duit LE Mesir . Kemudian , jalan lebih kurang 1 km lebih untuk ke bank .  Sampai di bank , terus bertanya kepada pengawai bank tentang masalah yang dihadapi . Kena tunggu lebih kurang setengah jam untuk dilayan (Rasanya lebih cepat ) . Akhirnya , berjumpa juga dengan pengawai bank yang bertanggungjawab . Tapi , terlupa bawa passport ! Terpaksa balik semula ke rumah untuk ambil passport . Jalan sepanjang 1 Km untuk naik tremco kembali ke Saalam . Setelah lebih kurang setengah jam , sampai kembali ke bank . Terpaksa menunggu lagi untuk beberapa ketika . Histology tak baca dengan sepenuhnya lagi . Dah mula dah terasa cuak . Akhirnya , sampai juga giliran . Unfortunately , tak boleh ambil kad kembali . Sebab sebab sebab

" Pemegang akaun adalah nama ayah . Aku buat akaun guna nama ayah sebab tak cukup 18 lagi "

Ok, mengaku kalah . Faham akan polisi bank yang menjaga privasi . 0-1 untuk Syaufiq .

Kedua

Dengan perasaan yang agak sedikit kecewa , jalan kaki kembali untuk naik tremco ke gemaah . Kurus lah camni . Bayar segenih sebagai tambang . Tapi , konduktor tremco tu tak pulangkan baki sebanyak nuss . Geram . Orang Arab yang lain boleh je dapat baki . Malas nak bertekak . Tak mahu tambah tension . Jadi , biarkan je lah . Sedekah kat orang Arab yang "meminta sedekah" secara tak bertamadun . Hati dah panas dah. Fakta Histo dan Biochem dah ke mana tak tahu lah.

0-2 untuk Syaufiq

Ketiga 

Test Histology . Penat tak hilang lagi . Selak apa yang patut . Masuk ke bilik kuliah dengan perasaan yang tak tahu apa . Jawab soalan . Malangnya , jawab sepuluh soalan yang diberi dengan kelam kabut dan tak fikir panjang . Hasilnya , silly mistakes lah . Pasti ! Markah sikit giler . Mengapakah selalu careless? Padahal , soalan mudah sahaja . Sebab careless lah , tak straight masa SPM. Maaf doc :( dan ibu ayah juga :(

0-3

Keempat

Test biochemistry . Boleh lah . Tapi terlepas 2 soalan . Significance of  Ozazone test dan Cellulose . Yang terlepas baca tu lah , yang ditanya dalam test . Rasa kecewa . Macam mana boleh hilang markah begitu sahaja? Biochem , subjek paling minat . Macam aku minat Sejarah semasa sekolah menengah. Pelik tak aku?
Jadinya , terasa agak kecewa lah sikit bila tak dapat 100% perform untuk subjek yang paling kita minat.

0-4

Hari ni rasa macam seorang yang kalah je . Haih . Tapi , bila fikir balik apa yang di lalui , mungkin ada pengajaran yang bagus.

Mungkin tak dapat kembali kad bank itu , tapi belajar perkara yang penting dan pengalaman yang tak ternilai harganya . Pengalaman berurusan dengan orang Arab . Bukan mudah ! Bukankah pengalaman mematangkan diri seseorang itu ?

Seterusnya , test Histo tak dapat dijawab dengan baik. Mengapakah hendak kecewa ? Allah nak beri kesedaran kepada diri supaya lebih bersedia dalam membuat persiapan dan tidak terburu - buru ketika menjawab . Lebih -lebih lagi , naik cuti Raya Haji ada Exam Histo. Penting . Sebab ada carry marks . Tak mahu peristiwa Trial SPM berlaku kembali , dapat A time trial tapi SPM dapat B+ . Kan dah tak straight~

Terlupa fakta ketika test Biochem. Ada juga kebaikannya. Lepas ini , kena faham dan baca semua . Tak boleh sesuka hati sahaja nak baca yang mana suka . Kena pulun semua .

Tengok! Setiap benda yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya . Diri ini sahaja yang tak sedar . Asyik nak menyalahkan orang lain saja . Salahkan diri sendiri terlebih dahulu . Sebabnya , segala tindakan kau semua bergantung kepada kewarasan akal fikiran kau sendiri .


Jadinya , keputusan akhir adalah

5- 4

kemenangan berpihak kepada Syaufiq . Alhamdulillah . Thank you , Allah~

P/S : Naik cuti ada exam Histo , carry marks lagi itu . Konklusi ? Pergi studylah time cuti ni~

1 comment:

Anonymous said...

thoyyib.

enta mumtaaz!

mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

belajar mematangkan diri.(sbb dah besar)

yang penting SABAR!