Followers

Tuesday, November 16, 2010

Kronologi si Anak

Salam

Setelah sembilan bulan menanti , akhirnya pada 16 November 1992 , pada pukul 430 pagi , bertempat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu , lahirlah seorang bayi lelaki dengan berat seberat 2.5kg . Hadirnya , memberikan kegembiraan kerana menjadi pewaris sulung kepada sebuah pasangan bahagia ini.

Tiga tahun pertama berlalu tanpa sebarang memori yang dapat diingati . Yang mungkin diingati ialah botol susunya pernah tercampak jatuh ke dalam gaung yang dalam. Itu sahajalah memori yang tersimpan semasa 3 tahun yang pertama .

Masa berlalu pantas, daripada seorang bayi bertukar menjadi seorang kanak-kanak . Membesar bersama datuk dan nenek di kampung bermula pada usia 4 tahun. Kerana , si ibu dan bapa mahukan anak mereka membesar dalam suasana kampung dan atas sebab si ibu masih lagi berhempas pulas menamatkan pengajian ketika itu . Jadi , tidak hairanlah jika sekarang ini , pemikiran si "kanak-kanak" ini agak bersifat "kekampungan" .

Kanak-kanak itu membesar dengan penuh riang . Mendapat layanan yang sebaiknya kerana merupakan anak dan cucu sulung . Masih teringat lagi memori si anak ketika dirinya kecil , bermain parit di hadapan rumah datuknya, masuk dan keluar hutan , membonceng motor datuknya untuk ke tadika dan bermacam memori lagi . Oh ye , tidak dilupakan , memori disengat tebuan kerana si kanak-kanak ini sangatlah 'bijak" memecahkan sarang sang tebuan . Zaman kanak-kanak memang indah bukan?

Masih teringat lagi si anak bagaimana si ibu mengajar dirinya membaca. Baca sampai dapat . Si anak dikurung dalam bilik dan di suruh membaca . Tidak dibenarkan bermain di keluar dan menonton tv . Si anak memberontak . Membuat rajuknya yang tak berkesudahan . Si ibu tidak mudah mengalah . Di lawan rajuk si anak. Si anak hanya mampu mengikut . Fikiran si anak mula terfikir bukan-bukan . Tapi , lama-kelamaan si anak mula sedar kepentingan tindakan si ibu . Dia seronok membaca. Dia merasakan membaca itu sebagai sesuatu yang sangat istimewa.

Ketika si kanak-kanak ini berumur 6 tahun , si ibu dan bapa membuat keputusan untuk membawanya tinggal ke bandar. Si anak merajuk tak mahu pergi . Dia sudah sebati dengan kehidupan kampung . Tapi , apakan daya , si anak perlu menuruti jua . Si anak masih belum dapat berfikiran dengan sempurna . Tak dapat mencari kebenaran di sebalik keputusan ibu bapanya itu . Anak ini masih belum mengerti.

Enam tahu sudah anak ini bernafas . Kehidupan yang baru terpaksa ditempuhi , Dari kampung ke bandar.  Mula-mula terasa kekok di tadika baru . Tapi ,berkat kesabaran si ayah menghantar pergi dan kesabaran si ibu memujuk , akhirnya si anak berasa seronok dengan kehidupan barunya . Hidup dilalui dengan penuh bahagia tanpa perlu memikirkan apa-apa . Sedangkan ketika itu, zaman kegawatan ekonomi sedang melanda .Si ibu dan bapa terus memberikan kasih sayang yang secukupnya walaupun keadaan agak menekan ketika itu .

Akhirnya , si anak masuk ke sekolah rendah . Sebuah sekolah yang terkenal kecemerlangannya di bandar itu .   
Si anak berasa gembira sangat. Dapat berjumpa kawan baru dan bermain bersama-sama ketika waktu rehat. Si anak ditanamkan dalam fikirannya untuk mendapat yang terbaik dalam kelas . Hanya markah 100 menjadi sasaran . Kalau mendapat markah kurang daripada 90, si anak tidak dibenarkan bermain pada waktu petang . Kalau mendapat B ,apatah lagi . Sebatan di tangan menjadi hadiahnya . Si anak tak dapat menerima hakikat pada mulanya . Markah paling tinggi dalam kelas pun masih tak mencukupi ? Namun , tanpa sedar , begitulah personaliti si anak di bentuk . Seorang yang mahu menjadi terbaik dalam setiap perkara . 

Akibat kenakalan si anak , mata si anak dimasuki batu kecil . Berbalut mata si anak . Pergi ke sekolah dengan keadaan seperti itu untuk 3 hari lamanya . Oh ya, peristiwa manis berlaku ketika darjah 2.

Darjah 3 , kenakalan si anak semakin menjadi-jadi . Kerja sekolah dibiarkan bertangguh begitu sahaja. Akibatnya , si anak selalu dimarahi oleh cikgu-cikgu . Keadaan in berlarutan hampir 5 bulan lamanya . Si anak  \mendapat no 5 ketika itu . Takut si anak untuk memberitahu nombor periksanya kepada si ibu . Tidak diberitahu kepada si ibu. Akhirnya , terbongkar jua. Si anak teruk dimarahi . Buku komiknya di simpan kemas sebagai hukuman. Si anak tersedar . Pusingan 360 darjah dilakukan . Alhamdulillah . Peningkatan pada peperiksaan akhir tahun.

Si anak melangkah setahun lagi, si anak menjadi seronok dapat belajar subjek baru . Sains dan KAJIAN TEMPATAN. Si anak  seperti biasa , mahu menjadi yang terbaik namun tak terdaya untuk mengalahkan dua pelajar perempuan paling hebat dalam kelas , Qausar dan Aimi . Sentiasa tewas dan hanya terdaya mendapat nombor ke 3. Si anak tak puas hati.

Darjah 5 menjadi antara memori yang di ingati, si anak dipilih menjadi wakil sekolah dalam kuiz kajian tempatan . Sedangkan , hanya baru darjah 5 . Peserta lain ketika itu rata-ratanya darjah enam . Jangan tanya kenapa , si anak berasa obses dengan subjek sejarah. Memang sejak daripada kecil lagi ,si anak telah membaca buku sejarah Melayu dan sejarah dunia milik si atuk . Jadi ,terbentuk sudah minat yang mendalam terhadap sejarah . Pelik? Mungkinlah.

Darjah enam , tahun upsr .Kemuncak kepada memori sekolah rendah. Si anak akhirnya berjaya mengalahkan  
dua musuh utamanya dalam peperiksaan setengah tahun . Kegembiraan yang tak terkata dapat di ucapkan. Si anak dipilih menjadi wakil dalam pelbagai pertandingan. Menimbulkan rasa "bangga" dalam diri si anak . Juara 
kuiz sains menjadi bukti si anak minat akan sains . Percubaab upsr seperti dijangka , si anak berjaya mendapat 5 A . Kini ,tinggal hanya upsr yang belum tiba. Si anak berasa yakin yang teramat. Akibat keyakinan yang melampau itulah , si anak mendapat 4 A 1 B dalam upsr . Si anak terkejut . Hancur harapan si anak untuk masuk ke sbp dan mrsm . Kegagalan besar yang pertama untuk si anak.

Melangkah ke alam sekolah menengah.. Si anak masuk belajar di High School Muar . Bukan pilihan hati si anak . Dengan azam baru bagi menebus duka upsr , si anak bertekad untuk membalasnya kembali. Alhamdulilah, setelah lebih kurang sebulan , akhirnya si anak berjaya mendapat tawaran ke Maahad Muar.

Tiada banyak yang berlaku semasa tingkatan 2. Cuma kecintaan si anak terhadap sejarah semakin menebal . Orang lain pelik , namun itulah sikap si anak. Sentiasa pelik di mata orang.

Tiba jua medan membalas dendam . pmr tiba untuk dihadapi . Kini, si anak lebih bersedia tak muda berasa over konfiden . Ya, akhirnya terbalas jua. 9A untuk pmr. Ya, si anak berasa sangat gembira . Teramat gembira. Si anak bertekad untuk tidak keluar daripada Maahad Muar . Memang tak terlintas langsung di fikiran si anak untuk menerima tawaran sbp . Biarlah .

Kolej Islam Sultan Alam Shah . Si anak menerima tawaran ke sbp ini . Semua rakan-rakannya mengucapkan tahniah. . Jujurnya , si anak tak pernah mengetahui pun kewujudan sekolah bernama Kolej Islam Sultan Alam Shah . Ibu bapa menyuruh anak pergi sedangkan si anak masih berbelah bahagi untuk pergi atau tidak . Sudah suratan takdir, si anak pergi jua ke sekolah itu . 

Di sana , si anak berjumpa dengan ramai kawan . Berlainan asal dan berlainan sikap . Si anak jadi paranoid pada mulanya . Terlalu banyak perkara baru yang berlaku . Dan , ini telah memberi kesan kepada diri si anak.  Gagal dalam test Add Math. Terkejut . Bukan mudah untuk bangun kembali . Mengambil masa untuk menyesuaikan diri . Pernah juga  si anak ini terasa ingin untuk mengalah. Tapi ,setelah difikirkan balik . Si anak tetap bertekad untuk menruskan perjuangan yang belum selesai.

spm. Tiba jua akhirnya. Satu tahun yang penuh dengan kenangan . Si anak belajar pelbagai perkara. Erti hidup terutamanya . Berlaku juga banyak konflik . Namun , si anak percaya yang semua itu telah mematangkan dirinya menjadi seorang manusia . Si anak telah mengetahui betapa pentingnya erti toleransi. 
Si anak mungkin tak sedar. Betapa banyak yang telah dilaluinya . ya, pengalaman mematangkan.

Impian si anak untuk belajar ke luar negara ke kelam pada mulanya lantaran satu subjek menjadi penghalang . Betapa kecewanya si anak. Adakah impiannya untuk menjadi doktor sudah hilang? Si anak seakan tidak menerima hakikat . Si ibu lantas memujuk si anak supaya si anak jangan terlalu rasa kecewa.

Allah Maha Adil . Dibukakan pintu rezeki kepada si anak untuk bergelar doktor . Siapakah yang tahu bukan? Si anak berasa gembira kembali . Selangkah sudah impiannya untuk bergelar doktor . Dan ,di bumi Mesir lah ,dirinya tercampak. Mencari ilmu tuhan yang luas tak terkata . Berdepan fasa baru kehidupan yang jelas berbeza suasananya.






Selamat Hari Lahir , Syaufiq Effendy,

Semakin meningkat umur, semakin  dekat dengan ajal.

Buktikan yang diri ini boleh menjadi apa yang dikehendaki.

InsyaAllah

Selamat pergi 17 , Selamat Datang 18.

2 comments:

Anonymous said...

oh begitu panjang sekali ya:p

hmm.

kepada insan yang menggelar dirinya SI ANAK,

semoga pengalaman menjadikan diri kau lebih matang dan dapat mengenali dunia sebenar...

Anonymous said...

smoga dikurniakn umur yg berkat