Followers

Saturday, November 13, 2010

Pilihan

Salam

Tahniah kepada semua adik-adik yang baru sahaja selesai mendapat keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)  tidak kisahlah yang cemerlang ataupun kurang bernasib baik. UPSR bukanlah segala-galanya . Ianya Cuma sebuah permulaan kepada perjalanan yang masih panjang. 5A UPSR tidak menjamin kepada 9A PMR dan 10A SPM . Setiap daripadanya , mempunyai sebuah kisah yang berbeza .
Jadi , kepada mereka yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR , mereka kini berdepan dengan satu persoalan . Sekolah manakah yang harus dipilih selepas ini?

Sekolah Berasrama Penuh(SBP) , Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) , Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA) ataupun Sekolah Aliran Biasa sahaja ?

Sebelum membincangkan persoalan ini , perlu diingatkan bahawa tiada yang salah dalam perkara ini. Kerana setiap orang mempunyai pendapat mereka tersendiri dan pendapat yang berbeza inilah telah membawa kepada variasi persoalan dalam kehidupan . Sedangkan ada juga kadang kalanya para sahabat berbeza pendapat dengan Rasulallah . Inikan kita , manusia yang terpampang jelas ketidaksempurnaanya. Oleh itu , bukalah mata hati dan minda kerana hanya dengan itu kita dapat menerima kebenaran yang Allah telah tunjukkanya kepada kita .

Ok ,berbalik kepada persoalan yang dibincangkan . SBP ,MRSM ,SMKA atau sekolah biasa sahaja? Apakah yang menjadi pilihan?

Persoalan ini perlu dilihat daripada skop pelbagai pihak bukan satu pihak sahaja . Tiada pihak yang dominan dalam perkara ini . Ibu bapa dan anak-anak itu sendiri . Dua pihak yang menjadi faktor utama .
Tidak dapat dinafikan, ibu bapa hanya mahu yang terbaik untuk anak mereka . Ianya merupakan lumrah bagi ibu bapa untuk melihat anak mereka . Ibu bapa manakah yang tak mahu melihat anak mereka berjaya?  Oleh itu , kita dapat melihat situasi dimana ibu bapa berlumba-lumba menghantar anak mereka ke MRSM dan SBP . Paling koman pun, anak-anak mesti dihantar ke sekolah yang mempunyai aliran agama . Bagus. Alhamdulillah . Ibu bapa mahukan anak mereka menerima kualiti pendidikan terbaik dan tarbiyah yang mencukupi untuk anak-anak mereka .

Bagaimanakah pula dengan anak-anak?

Tak semua mahu masuk ke MRSM , SBP ataupun SMKA . Kenapakah? Bukankah sekolah-sekolah ini elit dan kluster . Sebab apakah anak-anak tak mahu masuk ke sekolah-sekolah impian ini? Sebab apakah?
Jangan terlalu menghukum anak-anak yang tidak ingin ke sekolah-sekolah seperti MRSM, SBP dan SMKA . Mungkin minda mereka masih belum terbuka untuk memasuki sekolah-sekolah seperti ini . Mereka masih mahukan ibu bapa sentiasa dekat disisi mereka . Mungkin ramai yang tidak sedar , ketika usia inilah anak-anak melalui waktu-waktu kritikal mereka . Perubahan rentak kehidupan daripada seorang kanak-kanak kepada seorang remaja . Jika tersilap langkah , “rentak” yang dihasilkan menjadi sumbang dan boleh merosakkan suasana . Hendak kah begitu?

SBP , MRSM , SMKA ataupun sekolah aliran biasa. Apakah yang bezanya? Semuanya tetap berfungsi sebagai sebuah sekolah . Menjadi tempat para murid mencari ilmu . Jadi , matlamatnya sama bukan? Ya , mungkin sekolah biasa , ramai budak “jahat” dan sbp,mrsm, smka , ramai budak “baik’. Itulah pandangan kita . Tidak dapat dinafikan . Memang situasi itu benar-benar berlaku . Ibubapa manakah yang mahu anak mereka berkawan dengan kawan-kawan yang tak elok.

Nampaknya , macam sbp,mrsm dan sekolah biasa berkali ganda lagi hebat . Tapi, tunggu dulu.

Ada sahaja bukan pelajar cemerlang dari sekolah beraliran biasa? Malahan , pelajar terbaik biasanya datang dari sekolah beraliran biasa. Ya , mereka ini golongan minoriti . Dan kita selalu berpegang pada yang majority . Tapi ,sedarkah golongan yang minority telah membuktikan pada kita , bahawa KEJAYAAN SESEORANG TIDAK BERGANTUNG KEPADA SEKOLAH.

Ok, tidak dapat dinafikan juga lebih mudah untuk mencari ilmu agama di smka,sbp ataupun mrsm . Tapi ,adakah itu semua menjamin kepada penguasaan ilmu agama seseorang itu . Maaf, jangan berfikir yang sebaliknya. Apa yang hendak cuba disampaikan , tak semestinya di sbp,mrsm dan smka saje kita boleh mendalami ilmu agama . Tapi,memang diakui sbp, mrsm dan smka menjadi medan lebih baik untuk mencari ilmu agama . Ilmu agama adalah satu ilmu yang tak pernah habis . Ianya perlu dicari  dan tidak terikat dengan sekolah sahaja . ILMU AGAMA TIDAK HANYA TERBATAS SEMASA DI SEKOLAH SAHAJA . Yang penting adalah aplikasi . Ya, aplikasi . Apakah gunanya belajar ilmu agama di tempat hebat-hebat , tapi perangai macam orang tak pernah belajar agama . Ye tak?

Allah sudah memberikan kita pilihan , satu jalan yang kurang  risiko dan satu lagi yang berisiko tinggi . Atau lebih mudah , SENANG atau SUSAH?

Kenapakah perlu memilih jalan yang susah sedangkan ada jalan yang senang ? Betul tak?

Tapi ,sedarkah kita , tak kira sama ada susah atau senang , itu semua adalah PILIHAN ALLAH pada kita. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya . Layakkah kita untuk mempersoalkan pilihan Allah? Adakah kita dapat mengetahui masa depan kita? Tidak. Sama sekali tidak. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku dengan pilihan kita , tapi Allah Maha Mengetahui segalaNya. SETIAP PILIHAN YANG KITA BUAT SAMA ADA BERISIKO ATAU TIDAK , PERCAYALAH BAHAWA PILIHAN ITU BERPANDUKAN KEPADA PILIHAN ALLAH .

Kita memang tidak sempurna . Itu lah hakikat kejadian manusia . Jadinya , pendapat yang dikemukan mungkin penuh dengan kecelaan . Mana yang betul tu,boleh dijadikan panduan, yang tak elok itu , tak usah simpan . Buang jauh-jauh  ke Sungai Nil .

Pilihan ibu bapa adalah yang terbaik , tapi pilihan ibu bapa yang disertai dengan persetujuan anak-anak, adalah PALING HEBAT.

“Jika si anak TIDAK mahu untuk masuk ke SBP, MRSM ataupun SMKA ,  pujuk mereka untuk belajar di sana . Jika si anak BERKERAS untuk TIDAK MAHU masuk ke ,hormatilah keputusan mereka . Suara si  anak tetap ada nilainya .”

p/s:High School Muar, Maahad Muar, Kisas . Mrsm je x tak pernah rase . :P

1 comment:

Anonymous said...

macam artikel majalah~