Followers

Saturday, November 6, 2010

Rindu oo Rindu

Salam

Dah hampir sebulan lebih duduk di sini, dan tiba -tiba sahaja perasaan rindu itu menyelinap masuk . Kih3.

Dan , ketika sedang tekun study(tipu je ni weh !) , mulalah muncul satu persatu yang aku rindui ketika berada di Malaysia~

Aku rindukan RUMAH ! Wah , tak tahu lah macam mana keadaan rumah sekarang. Bersepah ke tidak. Aku kan orang gaji tak bertauliah dulu . Hehe . Ciri yang bagus untuk jadi calon menantu ni . HAHA

Aku rindukan STREAMYX ! Sangat merindui anda , Apakan daya , kita tidak dapat bersama untuk jangka masa yang lama . Masihkah kau ingat , kita pernah bersama-sama sampai ke pukul 3 pagi~

Aku rindukan NOVEL dan KOMIK ! Kepada anda berdua, silalah bersemadi dengan tenang di dalam almari ya . Satu hari nanti kita pasti akan berjumpa jua kembali~

Aku rindukan MASAKAN EMAK ! Sesedap mana pun aku masak , kesedapan itu tetap tidak boleh ditandingi oleh kesedapan masakan ibu saya . Wee  :D

Aku rindukan KISAS ! yA, dua tahun macam tidak mencukupi pula . Tu lah ,masa kat sana tak mahu hayati betul-betul ,dah keluar baru nak teringat . Itu lah kau -.-

Aku rindukan BIO5 ! Roommates forever , akan setiasa diingati tak kira dimana kita berada~

Aku rindukan AZYAN ! eh , jangan salah faham . Adik kecil lagi comel aku . Dah lama tak sakat dia . waa !

Aku rindukan AMIN dan IKHWAN ! walaupun mereka berdua saling nak mereport je kat ibu, tapi sekarang abangmu ini (cewahh) sangat terasa nak bergaduh dengan kamu berdua . Eh tak ! haha

Aku rindukan AYAH dan IBU ! Walaupun selalu dileter dan ditegur , tapi baru ku sedar ,sangat merindui itu semua . Sekarang ,bila aku buat sesuatu ,aku kena fikir sendiri .Dah besar la kan ?


Sesungguhnya , kerinduan ini amat lah tinggi. Tapi, biasalah ORANG BERJAYA , TAK MUDAH MENANGIS. Tak macho ah !

p/s : cuti bulan panas ni nak balik tak ? heheh

No comments: