Followers

Sunday, December 5, 2010

3:2

Salam alaik

Hujung minggu yang agak memenatkan , mencabar, menarik dan sibuk. Rasanya lah.

Khamis.

Balik kuliah pukul 3.30. Cepat-cepat balik rumah, kemas barang dan online. Nak pergi ke Cairo. Masa ini dah pening. Apakah yang hendak dibawa ke sana? Memang tiada bakat bab-bab persiapan ni. Akhirnya, bawa beg traveler dengan muatan yang penuh. Sebab apa boleh penuh? Sebab pergi sumbat sekali laptop dalam tu. Mana tak sendatnya. -.- . Yelah , dah siap pinjam broad band orang tu. Broad band? Ada cerita disebalik broadband itu. Sedih~

Keluar ke Mahattoh untuk ambil tremco ke Cairo. Sempat beli satu makaroni daging untuk alas perut. Tak makan nasi sehari kot. Lapar oo lapar. Bertolak dari Zagazig pukul 510 petang. Duduk je lah dalam tremco tu. Bukan boleh baring pun, jauh sekali untuk study.

Tremco macam roller coaster. Laju yang amat. Macam kat Genting. Belum campur skil mencilok pemandu tremco itu. Layan je lah. Sampai ke Cairo dalam pukul 7, dan turun di Awal Makraam. Betul-betul dekat simpang di tengah-tengah jalan. Bayangkan je lah. Selepas itu, pergi ke bank HSBC. Check baki duit. Ouch! Banyak dah guna rupanya. Kena jimat sedikit~

Pergi ke City Star. Tengok Harry Potter. Ok, terpaksa tengok sebab ikut geng. Dan, membosankan. Sampai boleh tertidur dalam cinema tu. 3/5 untuk Harry Potter. Baca novel dia lagi best. Lebih kurang pukul 12 malam, pergi ke rumah kawan di Hayyu Sabiq untuk tidur.

Jumaat

Bangun pukul 6 pagi. Lepas buat perkara basic, terus online. Sampailah, Shauqi, ajak pergi kedai. Sejuk lah juga. Pergi makan nasi arab dengan rubu' ayam. Tak boleh lawan hadra maut. Ouch. Ketagih hadra maut.
Sampai dirumah, menawarkan diri untuk masak nasi lemak. Pergh. Orang Zagazig masak. Walaweh. Rasa dia? Alhamdulillah lah. Tiada yang dilaporkan mati keracunan.

Petang itu, pergi ke Rabaah untuk ke Rumah Johor. Terpencil. Satu-satunya rumah negeri di kawasan Rabaah. Lepas daftar dan letak semua barang, kembali ke Hayyu Sabiq untuk ke Husin. Apa yang ada di husin? Ada masjid Saidina Husin dan dekat dengan masjid Al-Azhar. Sempatlah juga untuk ke makam Saidina Husin. Ada bahagian kepala sahaja rasanya.

Selepas solat Maghrib, pergi ke Pasar Khalili pula. Macam uptown lah. Ramai pelancong yang datang. Dan, kebanyakannya adalah Cina. Tak hairan lah kalau orang Arab mesir selalu menghanjeng "Ni hau ma". Kat sini, beli kertas papyrus. Cantik la kot. Berbaloi-baloi. Then, ada orang minta beli cili kering. -.- Pergi jalan-jalan lagi untuk cari cili kering tu. Berjumpalah juga. Satu kilo, thalatiin. Tak tahu lah mahal atau murah. Tak pernah beli kat Mesir. Biasalah, orang bawa stok banyak dari Malaysia~

Balik semula ke Rabaah. Masa ini lah sesat. Huih. Naik teksi dari Sabiq ke Rabaah. Tapi, dah berhenti jauh dari tempat yang sepatutnya turun. Kena jalan kaki seorang diri dan gelap-gelap. Takut? Eleh. Buat biasa sudah. Lelaki la katakan.

Di rumah Johor, berlakulah tragedi. Broad band Muja tak boleh guna. Oh tuhan! Mati la walaweh. Bila check balik , bahagian cip dia patah. Ok. Serius aku takut.

Sabtu

Pagi tu, pergi buat apa yang telah dirancang. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau takda pun, ok je. Sebab, memang tak rancang pun. Kalau dapat, konfem balik Malaysia lah jawabnya. Haha. Naik Emirates lagi.

Bersedia untuk balik ke Zagazig. Berdikari untuk balik. Tanya orang Arab bagaimana hendak ke Mauaf Hasyir untuk ke Zagazig. Nasib baik boleh cakap Arab syuwaiyah-syuwaiyah.

pukul 2 petang: Zagazig

Ok, bosan lah post ni. Tiada apa yang menarik pun. Abaikan je lah. Tengah cari mood untuk post yang lain.

p/s: tengok Harry Potter?

1 comment:

MUJA said...

mana cite pasal bb ? HAHAA kidding