Followers

Sunday, December 5, 2010

Jalan

Salam Alaik

Post kedua dalam masa setengah jam. Rajin walaweh update. Revise tak rajin macam ini pula.

Mac

Pilihan antara dua jalan. Hanya boleh memilih satu jalan sahaja.

Jpa atau Mara?

Itu yang menjadi kekusutan ya. Nak pilih yang mana satu. Sudah takdir, memilih untuk apply Jpa. Dan, seperti dijangka tidak dapat. Jika masa itu pilih Mara?

Mungkin, insyaAllah dapat Mara. Mungkin?

Mungkin, seterusnya, buat preparation di Sepang atau Kuantan. Mungkin?

Mungkin juga, ketika ini sudah berada di Alexandria. Buat ijazah sarjana muda di  sana. Mungkin?

Tapi , mengapa pilih Jpa?

Bukankah rugi? Lebih berpeluang jika memilih Mara?

Dengan memilih Jpa,

impian untuk membuat medik seakan kabur,

terasa tiada harapan lagi.

Bertambah lagi satu halangan kepada impian, UPU.

Asasi kejuruteraan. Sangat tak sesuai. Sangat! Engin bukan dalam jiwa.

Memilihlah matriks, dengan harapan seperti Gunung Everest

Untuk mengejar impian, seorang doktor :)

Tak berapa lama di matriks, parents membuat keputusan untuk menghantar ke Mesir.

Impian kembali bernyala, benarkah keputusan  yang dibuat?

Matrik vs Mesir?

Satu persoalan yang sangat panjang. Banyak dramanya. Boleh masuk drama swasta.

Akhirnya, selepas keputusan yang panjang. Mesir.

3 bulan bukan satu yang sekejap. Pergi ke Kelantan pula.

Jumpa ramai orang. Bukan mudah untuk dapat pengalaman itu. Manis, masam, semua rasa ada.

Oh, tak sangka. Tiba-tiba teringat pula. T.T

Akhirnya, sampai juga ke Zagazig.


The Land Where I Stand

Persoalannya?

Adakah pilihan itu salah?

Belajar banyak perkara, erti berdikari, erti keberanian dan macam-macam lagi dengan pilihan yang satu ini.

Jika tidak memilih pilihan yang ini, aku tak akan kenal Zagazians, benar bukan?

Aku tak akan merasai nikmat hidup di Zagazig. Bergaduh dengan orang Arab Zagazig , menunggu tremco ke Mahattoh, tak akan kenal orang yang aku rapat sebelum ini. Tidak!

Jadi, tak baguskah pilihan aku?

2:216
Al-Baqarah,ayat 216


Surah Al-Baqarah ayat 216. Diwajibkan atas kamu berperang,padahal berperang itu adalh sesutu yg kamu benci."Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi(pula)kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui".

Ayat fevret!

Al-Quraan telah menunjukkan segala-galanya. Hanya kita sahaja yg sedar atau tidak. Tak boleh terlalu frust,sebab banyak lagi yg menanti kita kat depan. Hidup kan macam roda. Sekejap di atas,sekejap di bawah. Mungkin sekarang kita tak dapat apa yang kita mahu,tapi siapa tahu pada masa depan kan? Kan?



Lagu fevret all the time.Menusuk kalbu! Sila dengar. Penaik semangat.

Mengapa harus kita rasa kecewa
Sedangkan Tuhan lebih mengetahui
Apa yang terbaik untuk makhlukNya
Bukan ditakdir untuk menyeksa

Biarpun nikmat terasa berjauhan
Namun jiwa bagaikan tiada sempadan
Itu yang terbaik bagi setiap insan
Saling memahami
Redha dengan kehendak Ilahi

Ya Rabbi auzi'ni an asykur ni'matakallati
An'amta 'alayya wa'ala walidayya

Wahai Tuhanku ilhamkanlah daku
Supaya tetap bersyukur atas nikmatMu
Yang Engkau kurniakan kepadaku
Juga kepada ibu bapaku.


*Hayati dengan mata hati.


Dalam hidup, kita akan sentiasa berdepan denga keadaan dimana kita perlu memilih satu antara dua. Itu sudah pasti. Kita mungkin tidak boleh mengambil kedua-duanya. Tetapi, setiap jalan itu pasti ada kebaikannya walaupun kita BUTA akan kebaikan itu. Kasihan manusia.


Kita boleh merancang dengan penuh teliti dan terbaik, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.


No comments: