Followers

Thursday, December 23, 2010

Malam Sebelum Exam

Salam alaik,

Ya, masanya sudah semakin tiba, kurang daripada 24 jam sahaja lagi.

Upper Limb's Exam

Esok, 1-3 petang waktu Mesir, 7-9 malam waktu Malaysia.

Perasaan?

Tak mahu terlalu yakin dan tak mahu terlalu takut.

Sedang-sedang sahaja.

Dah serik untuk berasa terlalu yakin kerana sebabnya banyak kali dikecewakan.

Dah serik untuk berasa terlalu takut kerana sebabnya banyak kali jadi stuck semasa menjawab periksa, padahal boleh sahaja.

Jadi, langkah terbaik?

Bersederhana.

Itulah sebaik-baiknya.

Apa yang diharapkan daripada exam kali ini?

Mostly, apa yang didengari ialah nak mumtaz, full marks. InsyaAllah. Amin.

(Semua yang jawab exam esok dapat mumtaz and 100%)

Tapi, yang lebih penting

Redha Allah.

It's my hope.

Allah tahu yang terbaik untuk hambaNya,

Jika cemerlang itu yang diperolehi, semoga menjadi seorang yang bersyukur dan terus konsisten dalam apa yang dilakukan.

Kejayaan yang diperoleh itu bukan istidraj, InsyaAllah.

Jika hanya mampu kurang cemerlang, semoga menjadi seorang yang redha dan sedar akan kesilapan yang dilakukan seterusnya menambah baik prestasi sendiri.

 Ingatan kepada diri dan sesiapa yang terasa,

Janganlah menjadi malaikat hanya ketika malam sebelum exam.

Apa maksud dia?

Malam sebelum nak exam, baca al-quraan, solat hajat, solat taubat dan macam solat-solat sunat lagi.

Semuanya untuk jawab periksa keesokan harinya,

Tapi, bagaimanakah selepas exam?

Adakah masih seorang "malaikat" lagi?

Nampak sangat, buat semua itu semata-mata kerana nak jawab periksa.

Itulah manusia,

Bila mahu meminta pertolongan, barulah dekat dengan Allah

Tapi, bila masa diri dipenuhi nikmat dan kesenangan, berjauhan dengan Allah.

Nauzubillah miin zaalik

Kepada semua ( termasuk yang menulis)

Hud,112

Fastaqim Kama Umirta

(Istiqamahlah kamu sebagaimana yang diperintahkan)

Allah tengok pada usaha, bukan natijah.

Dan , usaha itu adalah berterusan dan kena sentiasa konsisten.

Sebelum, semasa dan selepas.

Barulah dinamakan usaha yang sebenar.

Bukan hanya usaha ketika sebelum dan semasa sahaja.

Itulah yang berlaku kepada majoriti ketika ini.

Tapi, sebenarnya yang paling penting adalah proses selepas exam itu.

Sebab Allah tahu, tak ramai hambaNya yang mampu untuk istiqamah.

Semoga yang menulis dan yang membaca, terus istiqamah~

Jika cemerlang, itu tandanya kurnia Allah kepada kita

Jika kurang cemerlang, itu tandanya Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Apa pun, selamat berjaya kepada pelajar perubatan Tahun 1 Universiti Zagazig,

"Semoga Allah mempermudahkan ujian kita kepada esok hari dan memberikan kecemerlangan kepada kita semua"

Amin ya rabbal alamin.

Sebelum itu,

Muhammad, 7

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu"

Selamat beramal~

p/s: doakan :), semakin mengetahui makna seorang student medik. Busy~

1 comment:

Anonymous said...

student law juge
wahaha
:)