Followers

Saturday, December 11, 2010

Mari Belajar Gigi Kita

Salam alaik

Ok, ini post yang agak luar kebiasaan. Dan , memang tak masuk syllabus sebagai seorang medical student first year pun. Tapi, agak menarik untuk diberitahu.

Orang normal ada 32 gigi.

16 gigi untuk atas, dan 16 gigi untuk bahagian bawah.

Ok, seterusnya mulut ini ade 4 quadrant.

 8 gigi untuk quadrant 1,

 8 gigi untuk quadrant 2,

 8 gigi untuk quadrant 3

 8 gigi untuk quadrant 4.

Faham tak? Ala, bayangkan bahagian mulut tu dibahagikan kepada 4 slices. Macam kek lah.

Then, macam mana nak nomborkan gigi-gigi ini?

Kita mulakan daripada bahagian kanan atas. So, gigi yang terletak di bahagian paling kanan dan atas, adalah nombor satu. Nombor yang seterusnya, mengikut turutan seperti biasa.

Nombor 1, gigi paling kanan atas. Kalau nombor 16, kat mana pulak kedudukan dia?

....

Pandai.

Kat kedudukan paling kiri bahagian atas.

Bagaimanakah dengan bahagian gigi yang bawah pula?

Ok

sama sahaja seperti bahagian atas.

No 17 terletak kat bahagian paling kiri bawah, dan gigi no 32 terletak kat bahagian paling bawah kanan.

Dapat ikut tak?

Mesti lah dapatkan kan kan? Yelah, semua kan pandai-pandai.

Seterusnya, macam mana nak namakan gigi ini semua?

(Garu kepala)

Takpe, jangan risau. Senang sahaja. Sinilah kepentingan quadrant. Ingat lagi tak mulut kita ada berapa quadrant?

....

Pandai.

Empat kan. 2 quadrant di atas dan 2 quadrant di bawah.

So, kita kecilkan skop kita sekejap. Kita ambil satu quadrant je dulu. Slow-slow okeh.

satu quadrant ada 8 batang gigi.

Tiga gigi yang pertama dipanggil sebagai MOLAR (1st, 2nd dan 3rd)

Gigi yang yang keempat dan kelima dipanggil sebagai BICUSPID ( 4th dan 5th)

Gigi yang keenam dipanggil sebagai CANINE (6th)

Gigi yang ketujuh dipanggil sebagai LATERAL INCISOR (7th)

Gigi yang kelapan pula dipanggil sebagai CENTRAL INCISOR( 8th)

So, apa yang kita dapat kat sini ialah,

1st Molar: gigi bernombor 1,16,17,32

2nd Molar: gigi bernombor 2,15,18,31

3rd molar: gigi bernombor 3,14,19,30

4th Biucspid: gigi bernombor 4,13,20,29

5th bicuspid: gigi bernombor 5,12,21,28

6th Canine :gigi bernombor  6,11,22,27

7th Lateral Incisor: gigi bernombor 7,10,23,26

8th Central Incisor : gigi bernombor 8,9,24,25

Okeh, dapat tangkap tak? Mestilah dapat kan. Bijak semuanya~

Then, apa function setiap gigi ni?

Senang je,

Molar untuk CHEWING

Bicuspid untuk SEIZING and GRINDING

Canine untuk TEAR food

Incisor untuk CUTTING the food.

Okeh, tamat sudah sesi mengenal gigi kita. Nak lagi faham tengok gambar.

Tengok gambar ni betu-betul!


Semoga bermanfaat~

"Sampaikanlah sesuatu walaupun satu ayat"

belajar gigi ni macam best je ;)

Padahal, upper limb pun masih struggle lagi.

Takpa, saja daripada luar kebiasaan.

Tak salahkan?

2 comments:

eni^_^ said...

sayangi gigi anda=)thanx doc!!haha..

Sya.Ef said...

Tanpa gigi, hidup kurang bermakna :P