Followers

Thursday, December 9, 2010

Mari fikir sebentar

Salam alaik.

Sudah hampir 3 hari blog tidak berupdate. Baru sahaja tiga hari tak update. Untuk seorang pelajar perubatan, update dengan kekerapan 1 post untuk 1-3 hari adalah sangat luar biasa. Yelah, belajar medik kan sibuk. Ada sahaja masa nak update ya? Tak  revise ke?

Sebenarnya, ia bergantung kepada tuan badan itu sendiri. Jika dia rajin untuk update, maka blognya sentiasalah berupdate. Tak kisahlah dia belajar course apa pun. Tak semestinya, bila seseorang itu rajin update, maka dia tak revise. Betul tak?

Ok, tak dapat dinafikan, belajar makin susah. Semakin banyak benda yang perlu diingat. Physiology, tak terkata. Di Zagazig, sudah masuk Cardiovascular System. Laju. Dah lah, topik yang sebelum ini masih belum habis cover lagi.

SUSAH BELAJAR

Kadang-kadang, kita mungkin terfikir, mengapakah susah sangat belajar medik ni.

" Ah, banyaknya nak kena hafal"

"Apa pasal aku susah nak ingat Anatomy ni?"

" Prof ajar tak faham lah"

"Markah aku rendah wei"

"Aku nak nangis!"

Hakikatnya, mungkin itu yang selalu diucapkan oleh pelajar terutamanya pelajar perubatan. Eh, bukan mungkin tapi MESTI dan PASTI.

Ya.

Tak dinafikan, belajar medik bukan satu perkara yang mudah.Orang ramai dah pun mengakuinya.

Sedangkan, doktor pakar pun berkata sedimikian, apatah lagi kita kan?

 Tapi, dalam kepayahan itu, mengapakah masih ramai orang yang mahu menjadi doktor?

 Mengapakah masih ramai yang sanggup berbuat apa sahaja semata-mata untuk menyambung ijazah dalam bidang kedoktoran?

Sedangkan, doktor pakar pun berkata sedimikian, apatah lagi kita kan?

Al- Insyirah:6

Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan

Nah, ini jawapannya. Al-QURAAN MEMANG MENJADI PANDUAN HIDUP PALING BAIK.

Setiap kesusahan, ada kesenangan.

Bukankah manis sebuah epal jika bersusah payah untuk memetiknya di atas pokok tinggi, berbanding hanya mengutip epal yang jatuh di tanah?

Epal yang masih diatas pokok lebih segar daripada epal yang sudah jatuh.

Cuba kita fikir, adakah seseorang boleh menjadi seorang doktor pakar, jika tidak melalui semua dugaan belajar medik, HO, master dan phd?

Ok, kita buka lagi skop kita.

Fikirkanlah, adakah Allah nak berikan kita syurga jika kita kita tak berusaha untuk mendapatkannya?

Tentulah tidak bukan?

Sekarang, check kembali diri kita.

Kita mahukan markah yang tinggi dalam test dan exam, sedangkan kita sendiri MALAS nak revise apa yang dah diajar. Oh ye, malas?

MALAS

MALAS, alasan yang sama dan faktor yang sama.

Jika ditanya punca kegagalan pelajar medik terutamanyalah,

" Ala, soalan susah. Macam tak pernah belajar "

" Prof check ketat sangat. Sikit silap fakta pun nak ambil kisah"

Hei,

Cuba kau fikirkan masa kau tengah rawat pesakit nanti. Kau telah silap baca dan diagnosis CTG (Cardiotography) seorang pesakit, dan pesakit itu telah dihantar ke bilik pembedahan untuk Cesaerean section atas indikasi fetal distress(bayi lemas)


Kau nak tanggung risiko tu ke? Nyawa manusia bukan boleh dibuat main-mainlah.

Ok, kau mungkin kata begini

" Ala, masa dah jadi doktor nanti aku buat betul-betullah"

Aduh, manusia, manusia. Tak matang betul.

Kalau kau dah buat silap masa belajar, apatah lagi masa bekerja nanti.

Kalau kau tak belajar, macam mana kau nak dapat ilmu untuk rawat pesakit nanti?

Kalau dah tiada ilmu, maknanya AUTOMATIK lah nanti kau akan terkial-kial semasa bekerja nanti. Tak tahu itulah, tak tahu inilah.

Jadi, aku nak tanya,

Cuba kau bayangkan, kalau ada doktor yang "hampeh"(ada ciri-ciri tak cukup ilmu, malas) yang rawat ahli keluarga kau, kemudiannya dia buat silap. Akibatnya, ahli keluarga kau tu terpaksa menanggung akibat yang teramat sakit. Kau sakit hati tak? Kau marah tak? Kau geram tak?

Haaa.

Tahu pun geram.! Dah tu, kau tak fikir pula kalau berada di tempat yang sama.

Benar, memang manusia tak lari daripada melakukan kesilapan.

Tapi, kalau dah asyik lakukan yang silap yang sama untuk masalah yang sama, itu namanya TAK BELAJAR DARIPADA KESILAPAN.

Jadi, apa yang dapat dirumuskan?

Belajar adalah satu proses. Proses ini tidak mudah. Lebih-lebih lagi medik. Tapi, jika aku, kau dan kita semua bersikap MALAS, sudah pasti, proses itu menjadi INFINITI lebih sukar. Faham bukan?

Sebelum habis,

As-Saff,2

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan?

Sebagai orang yang menulis, tanggungjawab yang lebih berat diletakkan untuk melaksanakan apa yang ditulis ini. Jadi, sama-samalah ya kita berusaha~

Bak kata kawan
r
" Tak kan nak masuk syurga sorang-sorang?"

p/s: dah semakin sibuk ya? Banyak benda nak bincang. And, ada satu langkah yang mungkin agak besar kot.