Followers

Saturday, December 11, 2010

Nawaitu

Salam alaik,

Diri kita memang sentiasa memerlukan perubahan. Yelah, kita pun bukan manusia yang sempurna. Sedangkan, Rasulallah S.A.W itu pun tak sempurna, apatah lagi kita. Tersangatlah jauh.

Daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada lebih baik.

Ayat yang biasa kita dengar. Terlalu biasa.

Bagus, memang bagus. Satu usaha untuk mengimprovekan diri.


Tapi, sejauh mana tindakan kita seiring dengan apa yang kita lafazkan?

Malu , sebab kita hanya gebang lebih sahaja.

Sedangkan, apa yang lebih penting adalah tindakan berbanding perkataan.

Memang susah. Nak berubah memang susah .

Bukan semudah makan kribs, ataupun naik tremco ke universiti.

Lagi susah daripada kena hafal Anatomy. Apa muscles of pectoral region? Pronation? Supination?

Susah. Sangat susah.

Itu sebabnya tak ramai yang berjaya untuk menunaikan apa yang dia cakapkan.

Hakikatnya, tiada perubahan yang dilakukan.

Mengapakah begitu?

Sebab, kita berubah itu untuk siapa?

Untuk jadi disukai ramai?

Ada ramai kawan perempuan?

Untuk menarik perhatian orang yang disukai?

Untuk dipilih menjadi wakil pelajar?

Nah, tengok sahaja NIAT kita untuk berubah.

NIAT kita untuk berubah adalah disebabkan MANUSIA .

Jadi, tak hairanlah tiada perubahan dan kalau ada pun tak bertahan lama.

Ianya semua berbalik kepada nawaitu kita.

Hadis 1 dalam Matan Arbain.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin Al-Khattab r.a katanya, aku mendengar Rasulallah S.A.W bersabda: " Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat pahala (pahala) berdasarkan apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia , yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan".

Tengok, semua tindakan kita bergantung kepada nawaitu kita.

Dan, jujur cakap berapa banyak kali kita IKHLAS dan BUAT SESUATU ITU KERANA ALLAH?

Tak payah benda lain, tengok sahaja kepada solat kita?

Adakah kita benar-benar solat itu kerana Allah?

Kalau jawapannya ya,

Aku nak tanya

"Mengapakah hati kita masih ada masalah? Sentiasa tak tenang? dan macam-macam lagi.

Terkedu.

Hakikat yang sukar untuk ditelan bukan?

Tahap ibadat kita masih tak mencapai tahap kita buat ibadat itu untuk Allah.

Aku bukan cakap semua orang sama, tapi aku cakap kat aku sendiri.

Memang aku akui susah sangat nak buat sesuatu itu kerana Allah.

Sedangkan solat pun lagu itu, apa lagi benda lain.

Tu sebab orang kata kalau ada masalah,diaorang akan cakap

"Check solat"

....

Tapi, perlu sedar, kita kena berusaha untuk cuba buat sesuatu kerana Allah. Wajib!

Even, nak makan pun kena nawaitu untuk Allah. Perasaan kenyang itu adalah benda sampingan.

Yelah, kalau Allah dah takdirkan kau tak kenyang lagi even dah melantak 3 pinggan nasi hadral maut , tetap tak kenyang bukan ye tak?

Semuanya berbalik kepada nawaitu kita.

Even kalau kau nak kahwin pun, kalau nawaitu kau dah salah, insyaAllah kau tak kan rasa kemanisan kahwin itu.

Jika kau kahwin sebab perempuan itu cantik, kau dapatlah isteri yang cantik. Tapi , kalau aspek lain hampeh?

Sangat tak sweet.

Jadinya, setelah banyak masuk corner situ dan sini, apa yang boleh disimpulkan

Berubah kerana Allah . Bukan kerana dunia. Kalau kerana dunia kau berubah, dunia je lah yang kau dapat. Tapi, kalau kerana Allah kau berubah, insyaAllah dunia dan akhirat kau dapat. Allah kan Maha Adil.

Aku bukan nak gebang lebih, tapi aku tahu aku pun sedang cuba untuk buat semua perkara itu kerana Allah.

Aku nak berubah.

Bukan kerana perempuan, nama , kedudukan, sanjungan

tapi kerana Allah

Itu adalah hakikat.

Doakan~
Bila kita fikir niat,kita mesti fikir hati. kenapa ya?




p/s : Nak buat memang susah daripada cakap. Sedang berlawan . Btw, jangan lupa misi ^.^

4 comments:

eni^_^ said...

berubah kpd lebih baik..insyaallah..selamat berjuang~

lilcaliph said...

maaakkkk terkena kat diri sendiri niii T.T

suka quote tu, daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada lebih baik.

Sya.Ef said...

aini > InsyaAllah. Amin~

mye/lilcaliph> terinspirasi daripada blog anda ;)

Anonymous said...

insyaAllah

misi akan dijalankan=)