Followers

Friday, December 17, 2010

Rindu

Salam

Sudah hampir 3 hari tak update blog. Agak sibuk. Barulah namanya budak medik. Kalau tak sibuk, memang tak sah lah. Sepatutnya Khamis(16/11/2010) ada exam Anatomy untuk Upper Limb. Tapi, disebabkan berlaku kebakaran di Imarah Hijau, Dr Gamal telah menunda exam ke minggu hadapan.

Perasaan exam bertangguh?

Speechless and no comment.

Yelah, memang baguslah exam ditunda, tapi tak kan lah nak bergembira kalau rumah orang lain terbakar. Macam tak kena bukan? Jadinya, lebih baik jadi neutral. Jadi robot ok tak?

Banyak idea dalam kepala otak, tapi stimulus dari otak tak sampai ke muscles yang berkaitan. Senang cerita malas nak taiplah. Ada je idea nak tulis, tapi biasalah. Bila masa ada idea mencurah-curah, tangan ni jadi malas sangat nak menaip. Tapi, bila tangan ni rajin sangat nak menaip, masa itulah idea tak datang-datang. -.-

Pelik.

Macam main sep-sep pulak. Boleh pula dia tukar giliran jadi rajin tu. Tak patut betul.

Ini update pun sebab dah agak "lama" tengok blog tak berupdate. Mana boleh biarkan. Kena gagahkan diri juga tangan ini untuk berupdate walaupun idea agak out sedikit.

Ditambah lagi pula dengan kesejukan yang agak melampau, sudah mencecah 10'C .

Beku. Tangan pun mengigil bila nak taip. Tapi, alah tegal biasa. Dah makin biasa dengan kesejukan ini.

Rindu

Ya, sedang merindui keluarga. Sangat. Tiba-tiba boleh terasa begitu. Normal kan? :D

"Eleh, jiwang lah kau rindu-rindu ni. Tak lelaki betul"

Haha. Ketawa je lah ye. Satu perspektif yang salah. Adakah salah bagi seorang lelaki rindu akan keluarga dia?

Tak bukan?

Hatta, Rasulullah pun rindu dan bersedih akan kehilangan orang-orang penting dalam hidupnya, Syaidatina Khadijah(isteri) dan Abu Talib(bapa saudara), inikan kita pula ye?

Perasaan rindu itu normal bagi seorang manusia. Tak kira lelaki dan perempuan.

Ops, ini bukan rindu daripada segi konteks hubungan lelaki-perempuan ya, tetapi antara lelaki dan keluarga.

Yang lelaki dan perempuan itu lain cabang. Ada persoalan lain. Mungkin post yang lain.

Lelaki rindu dan "sedih" teringat akan keluarganya.

Mungkin bagi sesetengah orang , lelaki yang rindu dan "sedih" itu adalah seorang lelaki yang tak macho.

Apa baranglah seorang lelaki sedih sebab rindu akan keluarga dia?

Tak macho wey.

Tapi, tapi dan tapi

Lagilah tak macho kalau nangis sebab perempuan kan?

Nampak sangat tak "tough".

Sebab perempuan, boleh pula seorang lelaki menangis kan?

Tetapi, bila menangis sebab keluarga, itu pun dikira satu kesalahan?

Haiyaa. Pelik betul bukan judgement manusia.

So, apa yang nak disampaikan ye?

Rindulah akan keluarga tersayang~



Gambar ni yang tiba-tiba membuatkan jadi syahdu tiba-tiba . T.T
Sila abaikan muka pelik itu. Memang tak da bakat bila bergambar. Dan, gambar ini bertarikh 23/12/2009.
Dah setahun. Time rambut masih botak dan pendek. Biasalah, semangat spm kan. Oh ye, apa khabarlah Yan ye?
Rindu nak kacau~ (ok, memang sikit lagi nak turun air mata ni T.T)




" Tak salah untuk rindu akan keluarga kita, kerana tanpa kita sedari keluarga kitalah sebenarnya yang betul-betul memahami kita. Lebih daripada seorang kekasih. Tapi, kita sering melupakan mereka"


Ok, nak pergi call. Berbaloi untuk call mak, ayah, adik, atuk, nenek ,pak cik dan mak cik, even habis kredit berpuluh-puluh genih.

p/s: Ini pun dikira tak kuat ke? :D

1 comment:

Anonymous said...

T.T

nak mengalir jugak