Followers

Friday, December 17, 2010

Setahun Sudah

Salam

Suhu semasa adalah 12'C. Pakai baju 2 lapis tambah satu sweater. Tapi, masih terasa sejuk dia. Memang sejuk lah senang cerita.

Rindu pula cuaca di Malaysia. Masa macam ni kalau kat Malaysia, panas je. Memang best. Boleh keluar petang-petang main bola. Tapi, kat sini. Maaflah sangat-sangat. Nak pergi gemiaah tu pun dah terketar-ketar.

Ok, back to the topic.

16 Disember

Siapa yang masih ingat lagi tarikh ini?

16 Disember adalah hari terakhir di alam persekolahan. Terutamanya kepada mereka yang ex-Kisasian. Dah setahun bukan? Tak sangka masa cepat berlalu. Kejap je dah setahun.

Tahun lepas, habis sahaja paper Syariah, semua pakat enjoy. Pergi JJ Klang meronggeng, pergi sana dan pergi situ. Yelah, hari-hari terakhir di bumi Klang . Lepas ni, semua dah berselerak ke merata ceruk. Bukan senang nak datang Klang balik.

It's all about memories.

Mungkin sebelum ini, semasa masih kat Kisas, tak sedar dan tak hargai sangat masa yang ada kat sana. Memberontak sana sini, escape tazkirah dan macam-macam lagi. Tak terkata banyaknya lah. Kalau nak dibuat list, memang tak cukup satu muka surat itu. Sebab, terlalu banyak memori di sana.

Mungkin, ada orang yang mempertikaikan apa yang hebat sangat dengan kisas tu?

Sama sahaja macam sekolah lain.

It's not same as all of you think.

Kisas is more than a school. It's just like a part of your life.

Mungkin kau dan kamu semua perlu merasai sendiri apa yang ada kat kisas tu. Baru tahu rasa dia.

And, of course, you've to stay at there 2 years. Not just for 1 years.

Sebab apa?

Form 4 untuk ditarbiyah, dan form 5 untuk mendefinisikan kembali tarbiyah itu.

Apa lagi nak tulis?

Oh ye, bila dah keluar baru terasa betapa bermaknanya sekolah itu.

Yup, jujur sekali, memang susah sangat untuk mendapat suasana yang sama seperti di kisas dulu. Tersangatlah susah.

Lebih-lebih lagi, jika tercampak di bumi orang.

Dan, syukur, apa yang di pelajari dulu dapat digunakan kembali. Sedikit je pun.

Itu je lah~

walaupun tak dapat cari sepenuhnya mutiara-mutiara yang berada kat kisas dulu,

but, I'm not ashamed to say that

" Saya ex-kisas. Ada masalah?"




We're 54 generations of Kolej Islam Sultan Alam Shah.




Ali-ans. Pakar membuat masalah :P


A view from the jejantas.




Jangan main-main woo. Bilik aku palin bersih dan ceria dulu ye. :P

dan saya sebenarnya rindu akan mereka, my classmates forever~




1 comment:

Anonymous said...

post kau buat rasa rindu kembali semula~