Followers

Monday, December 19, 2011

Manusia

Bismillah.

Pernah tak terfikir dalam hati kita yang kita , yang kita ini rasa hebat (?)

Pernah bukan (?)

Normal . Perasaan bangga diri itu semestinya ada dalam diri manusia sekarang. 

" Syaufiq, hebatnya kau "

"Power siot budak Jayyid Jiddan "

" Budak genius la katakan "

Ini adalah antara kata kata pujian yang pernah aku dengar. Jujurnya, aku rasa suka dan gembira apabila mendengarkannya. Eh, aku cuma berlaku jujur dan bukannya berlagak alim ulama' yang terjaga akhlak dia daripada benda benda seperti ini.

Mungkin kamu pun sama ye dak (?)

Tapi ....

Bangga diri itu sebenarnya membawa masalah yang besar sangat. Sangat besar. Apakah dia (?)

Kadang kadang, kau rasakan diri kau ini terlalu hebat dan sangat betul sampai tidak boleh orang menegur. Kau ingat kau orang sahaja yang betul dalam dunia ini. Even kau buat silap yang nyata depan mata pun tetapi kau tetap merasakan diri kau betul. Masalah masalah.

Itulah dunia.

Dunia bukannya tempat untuk kita merasakan keadilan yang nyata. Dunia ini penuh dengan muslihat dan manusia manusia yang banyak ragamnya. Mungkin kau orang termasuk sekali dalam definisi manusia yang berbangga diri itu. Siapakah tahu (?) Diri kau je lah yang tahu bukan (?)

Manusia bukannya Tuhan. Manusia ialah manusia.

Apabila manusia berlagak jadinya seperti sang Tuhan, alamatnya memang payahlah kehidupan. 

Bersyukurlah , manusia itu bukannya Tuhan.

^^

Friday, December 16, 2011

Cerita Sekarang

Salam alaik.

Akhirnya, berjaya juga update blog selepas lebih kurang 2 minggu tidak update. Yeay !

(Walaupun banyak lagi kerja tak siap tetapi nak curi masa sedikit untuk update)

Tiada apa apa yang nakdiupdate pun sebenarnya. Cuma mungkin macam update ringkas mengenai apa-apa yang telah terjadi.

1) Fiesta PCZ 2011

FIESTA PCZ 2011
Akhirnya, Fiesta PCZ 2011 tamat juga. Dua minggu yang penuh dengan kesibukan dan tekanan. Alhamdulillah, berjaya juga dilaksanakan. 

Not so perfect but have a room for improvement.

Terima kasih kepada semua yang telah membantu !

Terima kasih, Syukran, Toche, Arigato, Kamsahanida :)

Tahniah dan terima kasih untuk team Anugerah Cemerlang :

  (Sakinah, Kak Zahidah, Adillah, Imaduddin, Ameer, Munirah, kak Sarah, Ain, Nabihah, Shafwanah, Jannatie, Syimir, Haziq, Mariati dan Hana )

All of you are the great !

2) Exam, Test.

':(

Second Year ni makin banyak test dan exam yang doc bagi. Walaupun bukan carry marks, tetapi berpeluh jugalah. Dalam sibuk dan tekanan yang "melampau" , persediaan tu macam tak sempurna sangat. Apabila persediaan tak sempurna, maka hasil dia pun tiadalah sesempurna mana. 

Semalam test Anatomy, Dr Maha beri test Right/Wrong, MCQ's dan Match. Berlambak gila salah. Aku lemah betul kalau soalan soalan yang jenis objektif ni. Sebab aku jenis yang mudah confuse.

Tapi sebenarnya, banyak salah dalam test Anatomy semalam membuatkan aku bersyukur sangat sangat. Sebab dapat pengajaran cash. Diri ini macam dah tercatalyst balik ! 

The old Syaufiq is coming back. Yahoo !

3) Pilihan Raya Perubatan Cawangan Zagazig 2011.

Pilihan raya datang lagi. Kepimpinan lama akan bertukar kepimpinan baru.

sebagai seorang ahli yang baru sahaja matang, ada sedikit nasihat khas untuk mereka yang bertanding :

" Prioti utama kita ialah belajar dan menjadi seorang doktor. Ibu bapa dan penaja membayar duit yuran kita untuk melihat kita cemerlang dalam exam dan menjadi seorang doktor. Jadi, utamakan yang prioti. Persatuan juga penting cuma jangan terlalu melebihkan sesuatu melebihi haknya. Anda melanggar amanah anda kepada semua orang. Lagipun, jika akademik mantap, mesti orang akan respect kan (?) "

4) Mid Term Exam

Sangat berharap Mid Term kali ini sebelum cuti winter break. Supaya dapat berwinter break dengan senang hati.Tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi dan banyak lagi yang tak dikuasai. Jadinya, kena berusaha keras mulai daripada sekarang !

Secara rasminya, saya melancarkan untuk diri saya sendiri

" Road To Mumtaz, Phase 1, Mid Term "

target : Mumtaz all subjects.

5) Winter Break Project

Masjid Biru, Turki
InsyaAllah, winter break ni akan keluar dari Mesir untuk ke Turki semasa cuti musim sejuk nanti.

Proposal dan kertas kerja telah ditunjukkan kepada ibu dan ibu bersetuju secara roughlynya. :) Semoga plan berjaya dan dipermudahkan. InsyaAllah.

"Kita merancang dan Allah juga merancang. Tetapi Allah jualah sebaik baik perancang "


kepada mereka yang berminat . Hehe.

Okay, itu sahaja. Rajin pula update panjang dan gambar begini. Sekali sekala ye dak (?)

Wasalam








Sunday, November 27, 2011

Duplikasi

Salam alaik.

Sudah mula terasa rajin (sedikit) untuk menulis blog. Nak kumpulkan momentum balik setelah sekian lama terasa malas sangat untuk menaip entri.

*

Kau pernah terasa tak kau mahu jadi seperti orang lain ? Maksud aku , jadi duplicate orang itu. Mungkin orang yang kau mahu duplicate itu adalah orang yang so-called-perfect.

"Pandai dalam sains, genius matematik , orang yang terkenal , hebat bersukan , pandai bersastera "

Kadang kadang , dalam hati nurani aku, aku mahu jadi seperti orang yang aku nampak hebat pada mata pandangan aku sendiri. Siapakah yang tak mahu menjadi so-called-perfect ? (Muka innocent)

Aku berusaha ke arah itu. Cuba duplicate dan tiru. Tapi sampai satu tahap, kita mungkin akan tersedar realiti yang kita ada limit yang tak boleh kita lepasi. Aku berusaha keras untuk hebat dalam Add Math, tetapi tak pernah melepasi markah 80%.  Aku lihat kawan aku yang senang lenang, boleh saja senang senang dapat 90% ke atas.  Nampak tidak adil bukan ?

Tetapi itulah hakikatnya. Kadang kadang, kita tidak boleh kuasai semua perkara sebab kita memang tidak pernah sempurna. Mungkin aku kurang yang ini tetapi mungkin juga aku ada lebih yang lain. Sedar atau tidak sahaja yang menjadi masalahnya.

Cuba kau lihat kelebihan kau masing masing ? Tipu kalau kata tidak ada. Mesti ada punyalah. Kemudian cuba kau banding dengan orang lain. Kau akan lihat yang kelebihan kau ada itu tidak ada pada orang lain. Isitimewa kan kau ?

Itulah, setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing masing. Hakikat. Realiti. Terpulang kepada kau sahaja untuk menghargai kelebihan yang kau ada itu. Allah itu Maha Adil, beb.

"Mengapakah harus kecewa ? kita semua sama akhirnya "




Saturday, November 26, 2011

Cerita Kawan

Salam.

Salam Maal Hijrah untuk semua yang membaca blog ini secara sengaja atau tidak. Semoga tahun baru ini menjadi lebih baik untuk kita. InsyaAllah.

Well, azam mesti berganti azam. Cliche. Itulah kita. Cuma dapat laksanakan atau tidak sahaja. Azam aku masih sama seperti dulu (sebab yang dulu masih lagi tak berapa berjaya nak terlaksana).

*

Back few years ago, aku tak punya banyak kawan. Er, kawan yang betul betul kawan. Kawan yang sekadar mengikut definisi itu memang ramai. Cuma yang betul betul kawan itu susahlah nak ada. Sebab itu, aku lebih suka bersendirian apabila dah dewasa. Sebab zaman kecil aku bukanlah zaman yang penuh kawan.

Aku selalu berfikir apakah itu erti kawan yang sebenarnya. Kalau sekadar ikut definisi kamus dewan bahasa memang tak payahlah. Sebab itu aku mencari dan terus mencari. Dan sudah semestinya dalam misi mencari itu, mesti aku akan berdepan hakikat kepahitan.

Dulu dulu, cikgu suruh tulis siapakah nama kawan baik dalam sehelai kertas. Aku dengan yakin tulis nama rakan rakan sekelas aku yang boleh lah kira rapat. Mungkin nama nama yang aku tulis ini betul betul adalah rakan baik aku. Innocent sungguh. Kemudiannya, aku jelinglah rakan rakan yang duduk sebelah aku, ada tak terselit nama aku dalam senarai nama rakan baik dia.

" Nama aku tiadalah" getus hati. Agak kecewa juga.

Aku tengok kawan kawan yang lain. Mengharapkan mungkin terselit nama aku. Satu pun jadilah. Tetapi, tiada. Sedih la juga hati kecil ini. Aku senyap sahaja dan buat senyuman plastik. Sedih.

Apabila bermain dan bersama rakan-rakan, pendapat aku yang paling tak didengari. Aku macam list bawah sekali. Jadi, terpaksalah lebih mengikuti daripada mengetuai. Ini sebabnya berlaku satu phobia dalam diri aku ketika kecil dulu, senyap daripada mengeluarkan sebarang kata dan pendapat. Yelah, kata kata aku siapalah nak dengar. Hakikatnya, aku tak ramai kawan. Kawan kawan aku ialah adik adik aku yang beza umurnya agaklah jauh. Dalam 5-6 tahun gitu. Adik adik ialah rakan sepermainan aku. Main bola sama sama, main teddy bear sama sama dan lain LAIN. (Erk, aku main teddy bear ? )

Itulah realiti.

Zaman sekolah rendah dan menengah aku tiadalah seindah orang lain. Penuh dengan mimpi indah. Aku ada masalah, aku kena hadapi seorang diri. Tiada kawan yang boleh untuk bercerita sangat. Yelah, nak cerita dengan adik aku yang beza umur 6 tahun ? Sangatlah tak sesuai kan. Jadinya , aku lebih banyak menyimpan daripada melepaskan. Simpan sampai kadang kadang rasa keseorangan yang amat. Sakit. Sunyi.

Apabila orang nampak aku selalu jalan seorang diri, mereka selalu bertanya,

" Seorang je ke ? Mana yang lain ?"

Aku bukan apa. Aku cuma lagi selesa seorang diri sebab dah terbiasa daripada kecil lagi. Bukan nak bangga, cuma aku ialah seorang yang agak berdisiplin. Lebih lebih lagi tentang masa.  Masa mesti tepat dan agak "benci" menunggu. Walaupun selalu je kena menunggu. Jangan salahkan aku, sebab ibu yang ajar untuk tepati masa dan ibu selalu hantar ke sekolah awal pagi. Pukul 615 dah sampai sekolah. Orang pertama yang sampai sekolah. -.-

Ya, aku tahu. Kawan itu mestilah saling melengkapi. Tak semua orang macam kita. Itu adalah realiti berkawan. Kita kena mengalah. Tetapi sampai bilakah untuk terus mengalah dan dan menyimpan ?

Mungkin aku bersikap pesimis dalam hal ini. Cuma pesimis aku dizahirkan daripada pengalaman pengalaman aku yang lalu. Asyik disakiti dan asyik diketepikan. Jadi, aku telah belajar untuk lebih mempercayai diri sendiri. "Yourself !"

Aku tahu kadang kadang aku bersikap melampau tetapi itulah aku. Aku cuba untuk berubah dan sentiasa berubah ke arah itu.

Tetapi, aku masih mencari erti kawan yang sebenar. Mungkin aku terlepas pandang selama ini tetapi aku percaya satu hari nanti orang yang digelar kawan baik itu akan menukar persepsi aku selama ini.

...

Aku berharap.

Monday, November 14, 2011

Salam,

I'm gonna be silence for a while,

Saturday, November 12, 2011

Smart Circle

Assalamualaikum

Smart Circle.

Itu merupakan program mingguan saya dan rakan - rakan yang sangat saya nantikan sebenarnya. Ini bukannya satu perlian tetapi satu realiti. Mungkin lain orang lain pandangannya tetapi saya melihat smart circle merupakan salah satu aktiviti yang mempunyai banyak manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak.

Selum itu, apakah itu Smart Circle (?)

Smart Circle merupakan nama lain bagi usrah . Ianya merupakan "rebranding" nama terhadap usrah disebabkan beberapa faktor teknikal dan aspek keselamatan. Tidak perlu dihuraikan dengan lebih mendalam maksud usrah dan sc kerana itu bukanlah point utama yang hendak disampaikan di sini.

Kita lebih kepada persoalan "Mengapakah Smart Circle tidak dapat sambutan seperti yang dijangkakan ?"

Ini adalah satu hakikat. SC dilihat sebagai satu benda yang bosan dan membuang masa pelajar. Tidak perlu sibuk berkata kata untuk menyalahkan siapa tetapi lebih baik kita sibuk berkata kata mencari solusi.

Perlu diingatkan, setiap orang mempunyai latar belakang dan tahap thaqafah yang berbeza. Jadi , kita tidak boleh menyamakan semua orang faham apa yang kita faham. Bagi mereka yang faham dan mempunyai thaqafah , mereka pasti tahu yang smart circle ini merupakan benda yang telah lama berlaku sejak zaman Rasulallah S.A.W lagi. Tetapi, mungkin ada juga yang tidak tahu (?) Kita kena berfikir secara all rounded dan tidak boleh berfikir daripada satu aspek sahaja. 

Tugas mereka yang faham adalah untuk memahamkan mereka yang tidak faham ini.

Seterusnya, smart circle itu sendiri merupakan satu benda yang abstrak dan boleh dihuraikan dengan pelbagai makna dan maksud bergantung kepada tafsiran masing masing. Apa yang saya hendak cuba sampaikan disini ialah smart circle itu sendiri boleh menjadi pelbagai makna dan tafsiran.

 Ada yang menganggap smart circle hanyalah sekadar duduk sekelompok dalam tempoh satu hingga dua jam dan berbincang apa yang patut. Ini sangat bosan dan statik  ! Smart circle perlu melalui evolusi dan dipelbagaikan cara penggunaannya. Naqib perlu mencari alternatif yang pelbagai dalam memastikan smart circle sentiasa kekal menarik sepanjang masa. Mungkin bagi golongam yang kurang menggemari duduk membincangkan cabang ilmu perlu difikirkan alternatif lain yang lebih sesuai bagi menarik minat mereka. Bukankah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan (?) Mungkin aktiviti luar mampu menarik minat mereka (?)

Smart circle adalah milik semua orang dan bukan milik persatuan atau sesetengah orang sahaja. Itu adalah persepsi yang harus disematkan dalam minda semua orang. Smart circle perlu bebas daripada unsur unsur persatuan yang over dan tidak bermanfaat tetapi lebih kepada aspek persaudaraan dan ukhuwah. Jangan beranggapan mereka yang tidak mengikuti smart circle yang ditetapkan oleh satu persatuan tidak mengikuti smart circle itu secara total. Kadang kadang mereka mempunyai alternatif lain dan suasana smart circle itu lebih lancar berjalan. Jangan kekang smart circle itu sendiri dengan garis garis sempadan persatuan !

Apa yang diperbincangkan dalam smart circle juga hendaklah diselaraskan mengikut tahap pemahaman setiap orang. Jangan kita bersmart circle tapi tanpa kita sedari kita seakan-akan persidangan mufti. Persoalan cabang utama seperti akidah hendaklah diselesaikan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam perkara perkara cabang yang lain sepeti feqah dan sebagainya. Utamakan prioti dahulu !

Itu sahaja. Habis sudah idea untuk menulis.

Sekian

Wednesday, November 2, 2011

Rancangan 5 tahun Syaufiq Effendy

Bismillah.

Ini adalah rancangan 5 tahun saya. Bermula tahun 2011 ini sehinggalah saya grad nanti insyaAllah.

1) Dapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dapatkan Mumtaz ! Paling kurang pun, Jayyid Jiddan.

2) Menulis sebuah novel dan koleksi artikel. Pada penghujung pengajian dan apabila sudah grad nanti, saya akan mempunyai sebuah novel tulisan saya.

3) Mahu menjadikan blog Evolusi Syaufiq sebagai salah satu blog yang bervariasi.

4) Tidak akan menukar handphone sekarang, Nokia E63 hinggalah habis belajar walaupun orang lain dah pakai iphone, black berry atau apa sekalipun.

5) Mempunyai simpanan dalam akaun bank sebanyak RM 30,000 paling kurang dalam tempoh 5 tahun.

6) Membayar balik duit perbelanjaan ibu ayah guna untuk menghantar ke Mesir.

7) Mengembara ke negara lain sebelum balik ke Malaysia bagi memulakan tugas disana.

Tahun 3 : Europe ( United Kingdom, France, Germany, Netherlands,)

Tahun 4: West Asia (Syria, Jordan, dll)

Tahun 5: China / Europe

8) Membuat attachment apabila pulang bercuti ke Malaysia.

9) Ingin mendalami ilmu agama seboleh dan sebanyak yang mungkin.

10) Ingin ke negeri Kelantan untuk merasai suasana disana.

Bagaimanakah saya boleh mengumpul RM 30000 dalam tempoh 5 tahun (?)

1) Dapat duit daripada JPA semasa tahun dua, RM 30 000.

2) RM 25 000 digunakan untuk bayar yuran.

3) RM 5 000 digunakan untuk modal kolam ikan.

4) Jika ada rezeki, akan dapat zakat daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor: RM 20 000.

Jadinya,

a) RM 5 000 X 4 buah kolam ikan : RM 20 000 (Modal)

b) RM 700 X 12 bulan : RM 8 400.

RM 8 400 x 5 tahun : RM 42 000 (pulangan sebuah kolam tidak termasuk modal)

RM 42 000 x 4 kolam : RM  168 000 (pulangan 4 buah kolam dalam tempoh 5 tahun )

RM 168 000 - RM 20 000 :   RM 148 000 (Untung bersih 4 buah kolam ikan)

RM 148 000 - RM 50 000 (untuk beri kepada ibu ayah dan adik adik) : RM 98 000 (sendiri)

RM 98 000 insyaAllah !

Semoga dipermudahkan. Amin ya rabbal alamin.

Tuesday, October 25, 2011

Kenapa eh (?)

Bismillah,

Tanpa disedari, sudah hampir 2 minggu kuliah perubatan Universiti Zagazig bermula. Walaupun masih tak sibuk dan tak pack, tekanan mulalah juga dirasai. Banyak benda yang perlu dibaca dan dihafal. Kena mula belajar daripada awal la bukan (?) Nanti masa exam, dah tak perlu susah susah sangat nak tension segala bagai. Haha

Btw, mengapakah sekarang ini asyik rajin nak update blog je ni ha (?) Huhu. Aku tengah cuba mengembalikan skil menulis aku yang lama menghilang ke mana entah. Haha.

Mungkin aku seorang je lah yang pelik kot (?)  Mengapakah ramai yang nak membeli hard disk (?) Mengapakah ramai yang beli handphone power power (?) Mengapakah ramai yang membeli gadget techno yang superb gilak (?)

Err, mungkin korang ada alasan tersendiri. Tetapi aku sampai sekarang masih tiada alasan yang kukuh untuk beli semua benda tu. Sebab itu aku tak beli barang barang yang dimentionkan di atas itu.

1) Aku tak suka sangat tengok movies dan kumpul movies, itu bermakna aku tak perlukan sangat hard disk. (Apa yang aku lihat, orang selalu gunakan hard disk untuk kumpul movies).

2) Aku selesa dengan Nokia E63 aku yang dibeli setahun lepas. Walaupun tak power cam blackberry, tetapi function dia tetap sama ja. Asalkan boleh call dan mesej orang pun ok dah ye dak (?)

3) Gadget gadget techno not my interesting at all. Aku lebih interesting dengan buku,novel dan komik. Huhu.

Well, setiap orang ada kesukaan masing masing ye dak (?)

Pen off.

Monday, October 24, 2011

Minggu ini

Bismillah,

Satu minggu yang penuh dengan cerita dan kejutan aku rasa. Pelbagai benda berlaku dan banyak juga yang masalah yang muncul.

Serius, aku rasa agak tertekan ketika ini. Tapi tiadalah tertekan sangat. Tertekan yang biasa-biasa je lah. So, hanya mampu berkata maaf kepada sesiapa yang mungkin terasa semasa dalam proses tertekan ini. Lagipun,aku berada dalam keadaan tidak sihat ketika ini. So, lagi tinggilah tendency untuk berasa moody dan tertekan ketika ini.

Maaf sebab dah lama tak dapat menulis entri yang extravaganza. Tiada idea langsung untuk menulis ketika ini. Banyak benda yang perlu difikirkan ketika ini. Sama ada masalah pelajaran mahupun masalah peribadi. Dan memang masalah-masalah ini mungkin menjadi punca kepada demam aku secara tiba-tiba. Mungkin juga aku demam sebab perubahan cuaca, Entahlah, tak tahu mana satu sebabnya.

Btw, mungkin ramai yang telah memandang lain macam terhadap aku. It's okay. Peoples thought right (?) Tetapi apa yang aku boleh buat hanyalah  penjelasan semula. Aku memilih untuk berpendirian neutral dalam hal-hal persatuan ketika ini. Walaupun, mungkin telah berlaku imbalance dalam keneutralan ini disebabkan kata-kata orang. Tetapi aku memilih untuk dengar dan fikir terlebih dahulu untuk apa-apa keadaan sekalipun. Dan jika aku memikirkan benda itu tidak okay dan perlukan penambahbaikan, aku tak teragak-agak untuk bangun dan menyuarakan pendapat secara spontan dan realiti. Bukannya menjadi keyboard warriors di facebook. Mouth talks better than your hands, pals.

Tanpa kesedaran aku sendiri, mungkin aku telah mencipta ramai musuh. Kesalahan aku sendiri.  Maaf kepada semua. I'm trying to be nice to all peoples.

Okay, foramina in skull make me sick.

Pen off.

Monday, October 17, 2011

Luahan hati (?)

Bismillah.

Alhamdulillah. Kuliah telahpun bermula dengan baiknya walaupun ada masalah luar kelas yang sedang cuba diselesaikan. Direct to the point, mengenai isu perubahan kelas.Apapun, minta maaf terlebih dahulu kepada semuanya jika ada terkasar bahasa dan terguris kata. Maafkan.

Apakah pendirian aku mengenai isu ini (?)

Seperti pernah aku katakan dan selalu saya ucapkan, aku redha dengan perubahan kelas.  Tapi lebih kepada dalam pengekalan kelas berbanding perubahan kelas.

Ya, aku memang sangat tak nafikan yang usaha PERUBATAN Cawangan Zagazig untuk merubah susunan kelas merupakan  satu langkah yang sangat baik. Hujah tiga perkara yang dikemukakan iaitu akademik, rumah dan ukhuwah adalah merupakan hujah-hujah yang efektif dan penuh kebaikan. Tetapi tak semestinya tiada keburukannya. Ingat ! setiap perkara ada pro's dan con's nya bukan (?)

Mengapakah aku lebih cenderung kepada memilih untuk mengekalkan perubahan kelas ketika ini (?)

Aku tak mengatakan sampai bila-bila dan sampai grad, aku masih akan menyokong pengekalan kelas. Tidak. Aku mengatakan pengekalan kelas hanya perlu untuk jangka masa pendek ini. Mengapakah aku berkata demikian (?)

Antara sebab mengapa aku "menentang" perubahan kelas ketika ini ialah perubahan kelas ini dibuat dengan keputusan yang mendadak tanpa ada perbincangan dengan batch aku sendiri. Aku tak merasakan effect dia akan jadi sebegini besar jika berlakunya prosedur yang betul dan tepat dalam merubah struktur kelas ini. Apakah yang aku katakan prosedur betul dan tepat (?) PCZ dan batch kami sendiri bersemuka daripada awal , berbincang dan membuat prosedur yang sepatutnya. Itu yang aku rasa  perlu dilakukan daripada awal.

Pelaksanaan idea melalui hierarki. Ya, usul yang telag dipersetujui semasa Mesyuarat Agung Tahunan dahulu. Pelaksanaan sesuatu keputusan dengan mengikut prosedur. Langkah demi langkah.

Seterusnya, aku merasakan tahun 2 jika boleh  dikekalkan kombinasinya. Ya , memang betul kita memerlukan untuk mengenali rakan-rakan batch yang lain. Aku sangat bersetuju. Tetapi, aku hendak mengatakan yang tahun 1 dan tahun 2 kita belajar yang benda yang sama. Anatomy, Physiology, Biochemistry dan Histology. Mungkin telah berlakunya bond yang kuat antara kumpulan pelajar dengan para lecturer. Faham tak (?)

ex : Pelajar kelas A selesa diajar oleh Dr Rasha untuk diajar dalam kelas Anatomy praktikal.

Apapun, semua pendapat adalah benar dan betul. Kita berpendapat bukan (?) Tiada definisi salah atau betul yang membatasi pendapat kita. Jangan hendak berpendapat dengan penuh emosi. Aku kesal sebab rakan batch aku sendiri lebih banyak beremosi dalam berpendapat. Tiada unsur rasional dan matang.

Kepada semua, maaf ya jika impression anda terhadap aku lain. Jauh panggang daripada api. Aku tak mahu sebab ini ,  berlakunya pemecahan dua puak. Kita hendak raikan semua orang. Jadi, terimalah perbezaan setiap orang seadanya. InsyaAllah.

Thursday, October 13, 2011

Masih Bernyawa

Bismillah.

Entri tepat, ringkas dan padat.

1) Masib belum bermulanya kuliah. 16hb ni insyaAllah.

2) Sudah masuk rumah. Err, rumah lama kembali.

3) Dapat bilik seorang. w h o a ! Rasa sangat best.

4) Sudah membelanjakan (rahsia) genih. -,-

5) Ada 4-5 buah novel yang sedang menanti untuk dihabiskan.

6) Sedang mengalami satu sindrom penyakit.

7) Apakah penyakit itu (?) Penyakit tiada idea nak blogging.

8) Tengok, aku dah takde idea nak tulis apa. -.-

9) Next time, aku cuba tulis panjang.

10) Okbye.

Wednesday, October 5, 2011

2nd Year & Belajar

Bismillah.

8 Oktober 2011 ini insyaAllah saya secara rasminya akan menjadi seorang pelajart Tahun Kedua Perubatan Universiti Zagazig. :) . Setahun sudah berlalu. Tahun pertama sudah ditinggalkan. And yes, I missed a lot the first year but I really don't to repeat them. Haha. xD

First year saya penuh dengan cerita. Penuh dengan kisah manis dan masam. Tak kiralah yang baik dan buruk. Well said rite (?)Dan saya sangat berharap yang tahun kedua saya nanti akan jadi lebih baik daripada tahun pertama. InsyaAllah !

Okay, saya berazam untuk :

1) Dapatkan Mumtaz pada tahun ini.

2) Kurangkan kontroversi dalam diri.

3) Belajar secara bijak dan lebih rajin

4) Berbuat baik pada semua orang.

Act banyak lagi. Tak terkira. Tapi ini yang utama lah. Semangat ni ! Haha

Okay, alang alang dah update blog, biarlah update yang mempunyai isi rite (?)

Kita adalah merupakan pelajar. Prioti utama kita ialah belajar. Jadinya, tugas utama kita ialah belajar. Masalahnya, ramai pelajar sekarang ini yang melupakan tanggungjawab ini sehingga terabai prestasi akademik mereka . Saya bukan nak kata yang kita hanya perlu belajar setiap masa tanpa terlibat dengan masyarakat. Tidak dan tidak. Cumanya, ingatlah yang tugas kita ialah belajar. Belajar rajin rajin. Kita tidak akan dapat apa yang kita mahukan jika kita tidak berusaha.

Okay, sikit ja. Cuma fikir-fikirlah ya. Saya ni sapa ja bukan (?)

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #Pengalaman Balik ke Mesir 2011 ,

Bismillah,

" Miss flight. Satu  pengajaran"

Thursday, September 22, 2011

Spontaneous Thursday #3

Bismillah,

" Ya Allah, permudahkanlah dan bukakanlah pintu rezeki seluas-luasnya kepada diriku dan rakan-rakanku pada 23 September 2011 ini.Kami semua amat memerlukannya dalam perjuangan kami mencapai cita-cita kami semua.Ya Allah,sesungguhnya, Kau Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih."

 Amin Ya Rabbal Alamin.

p/s :Kepada mereka yang membaca entri ini, saya merayu dan memohon agar kalian semua mendoakannya. InsyaAllah.

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday #3

Bismillah





Selamat datang, junior !


Aku & Manchester United

Bismillah.

Amboi ! Tajuk entri macam tajuk novel je. Mungkin ramai yang tengok aku nerd sampai tak tahu dan tak sangka yang aku ni minat bola. Dah biasa dengan situasi camni. Yelah, aku bukannya die-hard-fan sangat sampai setiap Manchester United nak tengok. Masa sekolah dulu, tak pernah fly asrama semata-mata untuk tengok match Man Utd. Okay, sangat berdisiplin. Peraturan tetap peraturan !

Manchester United Football Club


Anyway, aku tahu ramai yang menyokong Manchester United. Kelab bolasepak yang paling berjaya di England. Ini satu fakta.19 kejuaraan liga, 11 Piala FA, 4 Piala Liga dan 19 Charity Shield. Liverpool (?) Tanya sama itu pokok. Aku bukan nak bersyarah tentang sejarah Manchester United. Mesti ramai yang tahu bukan (?) Kata die hard fan. Anyway, aku nak cerita bagaimana aku boleh minat Manchester United.

Tahun 2011 ini merupakan ulangtahun ke-10 aku minat Manchester United. Yup, aku minat dengan Man Utd sejak tahun 2001 lagi. Detik mulanya ialah perlawanan Charity Shield antara Manchester United dan musuh tradisi, Liverpool. Man Utd kalah perlawanan itu dengan keputusan 2-1. Ruud Van Nistelrooy menjaringkan gol kompetitif yang pertamanya untuk ketika itu. Itulah perlawanan pertama bolasepak yang aku lihat sepanjang hidup aku yang ketika itu baru berumur 9 tahun. Pelik bukan (?) Sepatutnya aku sokong Liverpool yang menang perlawanan itu, tetapi entah bagaimana Man Utd juga yang akhirnya menjadi pilihan. Nasib baiklah bukan Liverpool, kalau tidak mesti rasa stress angat ketika ini.

Musim 2001-2002 bukanlah musim yang baik untuk Man Utd. Red Devils hanya mampu mendapat kedudukan ke-3 liga pada musim itu di belakang Arsenal dan Liverpool.  Bayer Leverkusen pula menewaskan Red Devils di separuh akhir Champions League. Satu musim yang kosong tanpa trofi. Rio Ferdinand tiba pada musim 2002-2003 dan United kembali menjadi juara liga . Malangnya, sekali lagi United tersingkir daripada Champions League di peringkat suku akhir. Kali ini ditangan Real Madrid dengan agregat 6-5. David Beckham melangkah kaki keluar dari Old Trafford dipenghujung musim. Aku rasa sedikit kecewa melihat Beckham tidak lagi menyarung jersi Man Utd. Bukan aku sahaja, malahan jutaan penyokong Man Utd di seluruh dunia turut berasa sedemikian. Itu adalah permulaan kepada hilangnya Fergie's Fledgings.

Cristiano Ronaldo,remaja Portugal berusia 18 tahun dibawa masuk daripada Spoting Lisbon dengan harga 12.24 juta pound. Pengganti kepada David Beckham mungkin (?) Seperi dijangka, Red Devils gagal mempertahankan kejuaraan dibelakang The Invicibles, Arsenal dan Chelsea yang baru diambil oleh taikun Russian, Roman Abramovich. Seperti satu sumpahan, Man Utd gagal menjulang kejuaraan liga buat 3 musim. Jose Mourinho memacu Chelsea menjadi juara liga dua tahun berturut-turut. Sir Alex Ferguson sedang membina semula dinasti Red Devils. Wayne Rooney dibawa masuk pada musim 2004-2005. Aku akui 3 tahun dimana Man Utd gagal memenangi kejuaraan liga merupakan masa-masa sukar sebagai supporters Man Utd. Ketika itu, ramai yang menyokong Arsenal ataupun Chelsea. Lalu, aku sebagai penyokong Manchester United sering diejek. Sabar !

Akhirnya, musim 2006-2007, United kembali menjadi juara meninggalkan Chelsea ditempat kedua. Musim 2007-2008 merupakan musim yang gemilang untuk Red Devils. Aku tersenyum puas. Man Utd menjadi juara liga dan juara Eropah menewaskan Chelsea di Moscow. Terima kasih kepada John Terry yang terpijak kulit pisang semasa mengambil tendangan penalti. Nah ! Aku ejek kembali mereka yang menyokong Chelsea, Arsenal dan err, Liverpool (?) Musim 2008-2009, United kembali ke final Champions League dalam misi mempertahankan kejuaraan. Barcelona menjadi lawan di final. Satu perlawanan yang menyakitkan hati sejujurnya. Red Devils disekolahkan oleh Barcelona di Rome. 2-0 cukup membuatkan United sedar yang Barcelona terlalu handal. Ramai yang mula menyokong Barca ketika itu. Dasar lalang ! Tapi, aku tetap dengan United. Itu sudah pasti.

Akhirnya, kitaran hidup Cristiano Ronaldo berakhir jua. Ronaldo menuju ke Madrid dengan hara 80 juta pound pada musim 2009-2010. United dikalahkan oleh Chelsea dalam perebutan kejuaraan liga dengan hanya beza satu mata. Satu mata tetap menjadi pembeza yang nyata. Red Devils terpaksa menunggu setahun lagi untuk memperolehi kejuaraan liga ke-19 mereka. Seperti dijangka, pasukan seperti Red Devils akan sentiasa memenangi kejuaraan. Bukan seperti Liverpool yang hanya mampu berkata "This is our year". Dasar angan-angan Mat Jenin.

 Musim 2010-2011, Man Utd kembali menjadi juara liga dan turut layak ke perlawanan akhir Champions League. FC Barcelona menjadi lawan di final. Seperti di Rome, Barcelona menyekolahkan Red Devils di Wembley. 3-1,United tewas lagi final. Red Devils masih setakuk dibawah Barca dan si magis Lionel Messi.
.
.
.
.

Menjadi penyokong Man Utd merupakan satu kepuasan. Walaupun tidak menonton setiap match, tapi itu bukanlah dasar kesetiaan kepada kelab. Ramai yang menyokong United sekarang tetapi berapa ramai yang mungkin masih menyokong United yang mungkin satu hari nanti akan bergelut di zon penyingkaran malahan lebih teruk mungkin tersingkir ke divisyen satu. Berapa ramaikah ?

(It's not just support your team. Happy when Red Devils won, but also still standing  behind them eventhough club is relegated )


Glory, glory, Man United

Glory, glory, Man United


Glory, glory, Man United


As The Reds Go Marching On On On !

Friday, September 16, 2011

Random

Bismilah,

Hari ini, 16 September 2011. Lebih kurang 10 hari lagi, 27 September 2011.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah nak balik Mesir weh ! -.-

Patut excited atau sedih (?)

Thursday, September 8, 2011

Spontaneous Thursday #2 and Quote

Bismilah


"Hidup ini tidak boleh berdasarkan "saya suka awak" dan "awak suka saya" and 


we live happily  ever after-aman bahagia untuk selamanya. Hidup ini ada duri dan ranjau"


Nitrosette, Ikhlas A.k !












.
Peh, sentap !


Dengar tu (?)

Wednesday, September 7, 2011

Fakta Seorang Manusia bernama Syaufiq Effendy

Bismilah.


1) Semangat dalam membuat sesuatu. 

2) Sangat degil dan keras kepala.


3) Suka habiskan duit dengan makanan dan novel berbanding habiskan duit dengan shopping.


4)Sangat pendiam dalam realiti, tapi sangat peramah bila dalam dunia maya. I don't know why.


5)Menyokong Manchester United sejak tahun 2001.


6)Tak pandai untuk mulakan perbualan, tetapi bila dah selesa, ok je.


7) Suka akan chemistry.


8) Peminat tegar novel. Jiwang, politik, semuanya layan.


9)Bukannya seorang yang alim. ok (?)


10)Lebih suka study seorang diri daripada berkumpulan. 


11) Sentiasa mahu menang.


12)Sangat tak gemar orang(lelaki atau perempuan) yang over over over gedik.


13)Suka menyapu sampah tapi tak suka membasuh.


14)Bolehlah tahan pandai memasak.


15)Mahu kahwin. Tak mahu membujang.


16)Sangat lambat menangkap sesuatu perkara. Loading~


17)Bila kena dengan moodnya, sangat sangat rajin.


18) Suka menulis.



19)Sangat sangat sangat suka akan sejarah.

20)Suka mencapub. 



21) Suka menganalisis seseorang.


22) Ada instinct yang hebat.


.

.



Ada yang lain lagi for sure.Next time. :P

Wordless Wednesday #2

Bismilah


Tuesday, September 6, 2011

Pantun Poligami

Bismilah.



si suami berkata sunnah berpoligami,
jadikan alasan nak senangkan diri,
solat lima waktu masih tercari cari,
sedarlah wahai si lelakii

Niat di hati ingin mendapat manisnya madu,
Malangnya pahit hempedu,
Kalau duit sekadar cukup mana yang perlu,
Tak usah menyimpan niat poligami di kalbu.

seorang isteri pun sudah mencukupi,
asalkan diri seorang yang mensyukuri,
jangan jadi tak sedar diri,
takut kelak nanti murka Allah yang menanti.

Buat isteri, bukalah mata hati,
poligami bukannya satu penamat diri,
Ikhlaskan hati murnikan diri,
InsyaAllah rahmat Allah yang menanti.

Poligami bukannya satu hukuman,
Ianya satu nikmat yang sangat menawan,
suami dan isteri jangan tuduh sembarangan,
baru hidup indah cantik rupawan.

jangan disalahkan poligami,
salahkanlah diri sendiri,
buka alquraan muhasabah kembali,
mohonlah petunjuk sang Illahi.
Sekian.



Monday, September 5, 2011

Contengan Jalanan

Bismillah,

(Untuk entri ini, lebih molek jika perkataan "saya" yang digunakan)

Saya memang seorang peminat karya-karya Hlovate. Karya-karyanya seakan dekat di jiwa dan meninggalkan kesan apabila dibaca. Itulah penangan Hlovate dalam diri saya.


Karya terbaru Hlovate


Contengan Jalanan.

Novel ini dikeluarkan semasa saya masih di Mesir sekitar bulan Mei. Tetapi saya hanya berpeluang mendapatkannya ketika pulang bercuti di Malaysia baru-baru ini. Beberapa buah kedai buku telah diterokai dan akhirnya berjumpa juga. Gembira.

Saya mula membaca. Tidak faham. Terlalu banyak istilah muzik yang hendak ditonjolkan hinggakan saya terasa malas untuk membaca. Novel Contengan Jalanan dibiarkan begitu sahaja tidak berbaca. Situasi yang berlarutan untuk beberapa hari lamanya. Tiba-tiba, terdetik hati untuk membaca Contengan Jalanan. Walaupun, tidak faham pada mulanya tetapi Hlovate seakan meletakkan magis yang membuatkan saya membaca daripada satu muka surat ke satu muka surat yang lain. Akhirnya, novel Contengan Jalanan berjaya saya selesaikan.

Contengan Jalanan ? Apakah yang saya dapat ? Apakah yang istimewanya karya ini pada saya?

Contengan Jalanan adalah satu kisah dua orang manusia yang dipanggil Fend dan K2 dalam novel ini. Sebuah kisah bagaimanakah perubahan diri dan erti hidup dalam diri mereka. Kisah mereka tidak sama dan melalui jalan yang berbeza. Tetapi, kedua-duanya menuju ke arah yang sama.

(Baca terlebih dahulu I-Fend sebelum II-K2)

I-Fend

"The Man decided to change on the 12th hour dies on the 11th"

Kisah perjalanan Fend berpusing di sekitar quote ini. Setiap orang pasti ada rasa ingin berubah. Berubah daripada yang buruk kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik. Itulah adalah fitrah manusia. Tetapi persoalannya, adakah kita sempat melakukan perubahan itu ? Itulah persoalan yang ditonjolkan dalam kisah Fend.  Berubah itu tidak memerlukan prosedur eksperimen yang statik tetapi terpulang kepada seseorang individu itu. Mengambil tempat di Australia, arus perubahan Fend mula terlakar.

Ramai orang yang mengatakan diri mereka mahu berubah. Tetapi berapa ramai yang melaksanankannya ?

Millions of ideas,if you don't do anything, it's just useless.

Perubahan tidak memerlukan harta yang bertimbun cuma kerelaan diri untuk melakukannya. Ramai yang berkata "Ala, tunggulah. Nanti dah tua, aku berubahlah". Satu pandangan yang skeptikal. Adakah kita mempunyai jaminan yang kita akan terus hidup sehingga ke umur 50 atau 6o tahun ? Bagaimanakah kalau kita tidak sempat untuk berubah sebelum roh berpisah daripada jasad ?

Fikirkan.

II-K2

Kisah K2 lebih kepada membawa intipati "Hanya Allah sahaja yang berhak untuk mencampakkan hidayah kepada hamba-hambaNya". Perubahan K2 digerakkan oleh Fend secara kasarnya. Fend mahu K2 merasai apa yang dia rasa. Satu perubahan diri yang bukan sekadar terletak di alat-alat muzik sahaja. Hidup lebih daripada itu tetapi disandarkan kepada tujuan yang satu iaitu Tuhan. Jika Fend menerima cahaya di Australia manakala K2 di kota Jakarta.

Komen:

Cerita yang tidak tipikal seperti novel Hlovate sebelum ini. Tiada kisah cinta yang menjadi tema novel-novel Hlovate sebelum ini. Jika melalui Versus, Hlovate cuba bercerita bagaimanakah perubahan diri berlaku tetapi Hlovate meluaskan skop perubahan diri itu.Kehadiran watak perempuan hanyalah minor sahaja dan boleh dikatakan seperti asap. :)

Apapun, novel Contengan Jalanan adalah satu novel yang berbaloi untuk dibaca. Mungkin "jenayah" bahasa telah dilakukan, tetapi apa yang paling penting, mesej yang ingin disampaikan. Buat apa novel berbahasa puitis mendayu tetapi pembaca layu tidak mendapat apa-apa. Bukankah begitu (?)

"There's no such thing wrong in arts provided that provided in Islam is a given'

Saturday, September 3, 2011

oo Hari Raya

Bismillah,



Anda lakukannya (?)

kredit: Reborn of Real Muslim Campaign, Perubatan Cawangan Zagazig

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bismillah

Kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian, tidak kiralah kenal secara langsung atau tidak,




Maaf lahiriah dan rohaniah dari skull sampailah phalanges, 


Atas segala Involuntary Action yang telah dicatalystkan oleh ego diri.


Semoga Resistance yang telah mengurangkan Nilai Maximum ukhuwah antara kita,


dapat dievaporate daripada fikiran kita sebagai manusia yang banyak parallax errornya,


InsyaAllah, Ionic Bond antara kita akan kekal selagi diizinka-Nya. :)

Salam Aidilfitri.



Maasalamah ya Ramadhan, Ahlan ya Syawal :)

Sunday, August 28, 2011

Apakah selepas Ramadhan (?)

Bismillah.

Ramadhan semakin menghampiri ke penghujungnya, Kini Ramadhan hanya bersisa beberapa hari saja lagi. Syawal pula yang datang menghampiri. Bagaimana dengan Ramadhan kalian (?)

University of Ramadhan. Itulah yang selalu yang digembar gemburkan. Medan pendidikan rohani. Tetapi, berapa ramai graduan kelas A yang berjaya selepas menghabiskan sebulan di Universiti Ramadhan (?)Sedikit. Itulah realitinya. Konsistensi yang diharapkan usai sahaja melepasi garis masa Ramadhan hanya sekadar impian. Bukan satu pembohongan, tapi ianya satu realiti yang tak disembunyikan.

Menjelang hujungnya Ramadhan, berapa kerat sahaja yang bersolat terawih berjemaah di masjid ataupun surau (?)  Angin kus kus mungkin. Semangat di permulaan Ramadhan, tetapi layu di penghujungnya. Pusat beli belah dengan jualan harga diskaun yang dikejar berbanding mengejar bonus pahala yang Allah s.w.t kurniakan kepada hamba-Nya. Belum lagi dikira pembaziran dalam membuat persiapan menyambut hari lebaran. Mungkin ada yang terpaksa berhutang sekeliling pinggang bagi memastikan semuanya baru.

"Ala, setahun sekali sahaja Raya ni. Jadi, kenalah sambut betul-betul"

Kedengaran suara-suara skeptikal berkata sedemikian.

Memang setahun sekali, tetapi yang mana lagi penting antara keberkatan Ramadhan dan keseronokan Hari Lebaran (?) Rasanya, tidak ada pun ayat Al-Quraan dan Hadis yang mengatakan Hari Raya Aidilfitri hendaklah disambut semeriah dan semewah yang mungkin. Hanya sekadar yang termampu, itu pun sudah mencukupi.

Bukan hendak menidakkan keseronokan Hari Lebaran, tetapi apabila ianya disambut dengan cara yang keterlaluan dan pembaziran, ada yan tidak kena disitu. Cukuplah sekadar bersederhana. Jangan selepas Syawal nanti, mulalah sakit kepala hendak membayar hutang yang keliling pinggang banyaknya. Tanpa disedari , kita telah menjadikan Hari Raya Aidilfitri itu sebagai salah satu punca kesusahan kita.

"Ramadhan yang pergi, Syawal yang menanti, murnikan hasrat diri, carilah keberkatan Illahi'


Salam Ramadhan ~


Saturday, August 27, 2011

Bunga Api, Mercun & Kematangan

Bismillah

Aku ingat lagi masa kecil-kecil dulu, zaman kanak-kanak, jika sudah dekat Raya mesti rasa  excited sangat. Biasalah, budak-budak bukan (?) Antara yang mesti ada ialah bunga api dan mercun . Tak sah kalau tiada bunga api dan mercun pada Hari Raya.

Dulu, mesti akan kumpul duit masa bulan Ramadhan untuk beli bunga api banyak-banyak.Masa tu bunga api ada 3 jenis la kot. Yang biasa tu, yang warna warni dan yang bintang tu. Pakat dengan adik beradik kumpul duit beli bunga api. Masa malam raya, ramai-ramai main bunga api dan mercun. Fuh, sangat seronok !

Tapi, orang kata makin besar makin banyak berfikir ye tak (?)

Lately, aku terfikir kenapalah orang beli bunga api dan mercun (?) Macam bakar duit sahaja.Aku tak tahu apa signifikannya mercun dan bunga api (bunga api boleh consider lagi lah) dalam Hari Raya ni. Nak halau setan yang baru terlepas mungkin (?)

Aku rasa kalau duit itu, mungkin boleh digunakan untuk beli benda yang lagi berfaedah lagi okay kot. Kalau beli mercun, lepas dia meletup , camtu je lah. Takda apa yang menarik pun akhirnya. Dan cycle tu akan berterusan tanpa henti. Duit akan terus sentiasa dibakar begitu sahaja tanpa diri kita sedari.

Pernah tak terfikir camtu (?)




Yup, mungkin. Aku sudah tak seexcited zaman kanak-kanak untuk menyambut Hari Raya .

Zaman kanak-kanak memang dirindui.



pergh, serius rasa "errr" 

Friday, August 26, 2011

Spongebob, Patrick & Gary

Bismillah




Maybe I can't be your dear, Patrick, but I'm always be your loyal Gary.=)

Means: Mungkin aku tak boleh jadi seperti Patrick  tapi aku akan sentiasa menjadi Gary.

Kita tengok cerita Spongebob, Patrick kadang kala ada tak layan Spongebob dan selalu mempergunakan Spongebob, walaupun Spongebob selalu menjaga hati dan mengutamakan Patrick. Memang Patrick jenis yang pentingkan diri kadang-kadang, tapi disebabkan pentingkan diri Patrick itulah Spongebob sayang akan Patrick.

Meanwhile, Gary pula sebaliknya. Walaupun, ada dalam satu episod tu Spongebob abaikan dia teruk teruk, tapi Gary tetap setia dengan Spongebob. Gary tahu walaupun kadang-kadang Spongebob macam abaikan dia, Spongebob tetap sayang akan Gary. Apatah lagi Gary !

Kadang kadang hidup macam cerita Spongebob Squarepants kan (?)

Cuma kita sedar atau tidak. Kita mungkin menjadi Spongebob untuk sesetengah situasi. Mungkin juga menjadi Patrick dan Gary untuk situasi yang lain. Itulah. Hidup ini menarik. Hidup kita tidak statik. Kadang-kadang kita akan berada diatas dan apabila sampai pusingannya kita akan turun kembali ke bawah. Seperti selalu diperkatakan, roda kehidupan.

Jadinya, tanyakan sekali lagi pada diri, adakah anda Spongebob, Patrick ataupun Gary (?)

Ya.

Mungkin kita tak menjadi seistimewa Patrick di sisi Spongebob, tapi cubalah jadi Gary yang sentiasa setia di sisi Spongebob.

see. Friendship is something interesting


Maybe I can't be your dear, Patrick, but I'm always be your loyal Gary

Wasalam




Thursday, August 25, 2011

Spontaneous Thursday

" Saya mahu kahwin "






Normal bukan saya (?)

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday

Saya bolehlah memasak :3

Tuesday, August 23, 2011

Saya Rindu Diri Saya Yang Lalu

Bismillah



Sedar atau tidak, kita makin besar dan terus membesar. Seiiring dengan perkembangan usia kita. Jika dahulu,seronok bermain-main setiap masa,tapi sekarang kita “seronok” bertungkus lumus dalam mengejar cita-cita.  Tentunya,ianya telah menimbulkan perubahan yang agak besar dalam kehidupan kita. Mungkin fizikalnya dapt kita sedari, tapi bagaimanakah pula jika perubahan mental? Adakah kita menyedarinya?

“ Saya rindu diri saya yang lalu”

Ya. Mungkin sesetengah daripada kita atau lebih ramai lagi, tanpa disedari menuturkan perkataan ini. Rindu menjadi diri yang sebelum ini mungkin jauh berbeza dengan diri sekarang ini. jika dahulu, kita lebih kepada bersikap polos dan gila-gila, tapi mungkin sekarang kita telah bertukar kepada seorang yang tegas dan serius. Bagaimanakah perubahan ini boleh berlaku? Bagaiman boleh berubah menjadi seorang yang lain dalam hanya sekelip mata?

Tidak dapat tidak, ianya merupakan salah satu proses dalam mencapai kematangan. Perjalanan hidup manusia seiring masa. Semakin lama masa berlalu,semakin banyak perkara yang ditempuhi seseorang. Ianya satu kenyataan. dan,dalam proses kemtangan itu, ada perkara yang perlu dikorbankan. Dan,mungkin salah satunya,adalah diri kita sendiri.

Pedih bukan? Kita kadang-kadang terpaksa mengalah kepada orang lain ? Sakit hati bukan? Kita kadang-kadang terpaksa mendengar orang mengutuk kita? Seksa bukan? Kita kadang-kadang terpaksa memendam saja kepentingan diri demi kepentingan orang lain?

Memang pedih,sakit dan seksa. Kita merasakan asyik kita sahaje yang terpaksa beralah. Bagaimanakah dengan orang lain? Terus menerus membuli kita? Kita terfikir “Saya mahu jadi diri saya yang lalu!”

Ya. Kita sebenarnya boleh sahaja menjadi diri kita yang lalu. Siapakah yang mengatakan tidak boleh? Dalam konteks ini, kita boleh menjadi diri kita yang lalu sekiranya ianya,

“Diri lalu kita lebih BAIK daripada diri kita yang sekarang”

“Diri lalu kita lebih SESUAI daripada diri kita yang sekarang”

“Diri lalu lebih BERMANFAAT daripada diri kita yang sekarang”

“Diri lalu kita lebih MATANG daripada diri kita sekarang”

“Diri lalu kita lebih SOPAN daripada diri kita sekarang”

Sekiranya semua seperti yang diatas, silalah pusing kembali menjadi diri yang lalu. Jika tidak, Mengapakah kita nak bertukar kembali? Evolusi manusia adalah untuk menjadi lebih baik dan baik. itu yang sepatutnya. Evolusi manusia bukan daripada aspek fizikal tetapi daripada aspek kematangan.

Mari fikirkan kembali dan sama-sama muhasabah kembali. Sentiasa ada ruang perubahan untuk kita kerana manusia tidak akan pernah mencapai kesempurnaan. Dan,dalam perjalanan itu,anda sendiri yang akan mempelajarinya. Kematangan adalah satu perjalanan, bukannya destinasi.

"Who am I?"

Sunday, July 31, 2011

Tahun Pertama Aku

Bismillah.

Mood: Pasca selepas result.

Sudah setahun aku belajar ilmu medik di bumi zagazig. Fuh! Alhamdulillah. Ada 5 tahun lagi insyaAllah untuk mendapatkan ijazah yang pertama.

Jadinya, bagaimanakah dengan tahun pertama (?)

September : Baru datang ke Zagazig.

Oktober: Kuliah bermula secara rasminya. Menghadapi masalah untuk catch up study pada mulanya. Masuk pertandingan debat dan berjaya masuk ke peringkat separuh akhir. Not so bad la kan (?)

November: Raya haji pertama di luar negara. Meriah lah juga.

Disember : Bulan bersedih. Macam-macam jadi bulan ni. Oh ya, aku deactivate facebook pada bulan ni.

Januari : Rusuhan di Mesir. Winter break yang tak disangka-sangka.

Februari : Malaysia ! Rezeki untuk duduk dua minggu di Malaysia. Alhamdulillah.

Mac : Kembali memulakan kuliah setelah beberapa bulan tertangguh.

April : Pra exam. Mula terasa cuak nak final.

Mei : Akhirnya, final exam yang menyeksakan selama dua bulan bermula.

Jun : Satu bulan yang penuh stress dan tekanan jiwa.

Julai: Exam habis. Cuti. Result.

Okay, itu summary hidup aku secara ringkasnya.

Jayyid Jiddan.

 Itu keputusan yang diperolehi.Aku rasa ok lah dengan keadaan aku yang tak study sangat dekat rumah.( Fyi, aku serius study masa dekat muzium Anatomy sahaja. Dekat rumah, laptop yang jadi pengacau. Haih). Aku takdalah rajin macam housemates aku yang lain. Time diorang semua rajin study, aku dok pergi masak macam-macam jenis masakan. Dok sibuk kerja lain. Aiseh.

Apa pun, aku tahu yang tahun depan keadaan aku akan jadi lagi sibuk daripada sekarang. Masa untuk study memang terhad sangat nanti. So, kena mulakan daripada awal study. Jadinya, ini sebahagian daripada rancangan aku untuk study semasa di Malaysia nanti.


1) Buat analisis past year questions setiap subjek.

2) Baca and cuba untuk study Head and Neck.

3)Buat nota siap-siap untuk Physiology (Important Topics).

4) Baca Physchology (Baik mula baca sekarang. Boleh save banyak masa nanti xD)

5) Mencari muqoror pelajar second year tahun ini untuk dijadikan sebagai arkib.

InsyaAllah boleh punya ! Tahun depan Mumtaz ! Oh yeah !

Okay, aku rindu sangat suasana nak pergi kuliah pagi-pagi, dengar lecturer mengajar dan banyak lagi.


Selamat tinggal First Year, Selamat Datang Second Year ~

Tuesday, July 26, 2011

Result

Bismillah.

Alhamdulillah. Result exam sudahpun dikeluarkan. Mungkin tak dapat Mumtaz seperti yang diidamkan, tapi aku bersyukur kerana masih bernasib baik daripada sesetengah orang yang lain.

(Even aku rasa aku agak sedih juga sebab tak dapat mumtaz. Hehe)

Mungkin aku tengah bergembira dengan keputusan aku ini. Tetapi, ada kawan-kawan aku yang kurang berjaya. Kadang-kadang, rasa sedih itu tiba-tiba datang. Aku tahu bagaimana perasaan "gagal" tu camna.

Tak lupa juga, kita dah usaha bagai nak rak tapi hasilnya tetap tak seperti yang kita harapkan. Rasa tidak adil bukan (?) Orang yang belajar lebih kurang sahaja tetapi dia dapat result yang gempak. Rasa sangat tidak adil.

Sakit ! Bukan sakit fizikal tapi sakit di bahagian hati.

Pernah tak kau terfikir apa perasaan kau melihat kawan-kawan kau berjaya tetapi diri kau kurang berjaya (?)

Mesti rasa cemburu yang amatkan (?)

Itulah yang mereka (kurang berjaya) ini rasakan. Sakit, cemburu dan semuanya.

Kepada mereka yang berjaya, tahniah dan teruskan usaha. Tak semestinya mumtaz dan jayyid jiddan tahun ini, mumtaz dan jayyid jiddan juga tahun depan. Tak lupa juga, hormati rakan-rakan yang kurang berjaya itu. Mereka tidak dikurniakan rezeki yang lebih baik sahaja berbanding kita.

Kepada yang kurang berjaya, ini bukan pengakhirannya. Ini cuma satu halangan kecil dalam kehidupan. Bangun kembali dan terus maju ke hadapan okay (?)

Ingatlah, manusia merancang tetapi sesungguhnya Allah juga sebaik-baik perancang .

Sunday, July 24, 2011

Kawan

Bismillah.

Sudah lama tak tulis di blog. Berminggu-minggu sudah. Cuti la katakan. (Cuti la sangat !)

*
Kawan

Serius cakap yang aku tak punya banyak kawan. Mungkin sebab aku bukan jenis yang peramah sangat rasanya. Aku rasa aku boleh kira dengan jari jumlah kawan-kawan yang menepati definisi sebenar kawan.

Semasa sekolah rendah, aku suka disisihkan. Okay, ini cerita betul. Kadang-kadang lebih suka buat kerja sendiri. Pernah tak cikgu-cikgu minta kau tulis siapa kawan baik kau dalam kelas? Aku sangatlah berharap jika ada sesiapa yang menulis nama aku. Tetapi tiada. Sedihlah juga kan.

Kadang-kadang, aku memang bersikap paranoid terhadap orang lain. Mungkin disebabkan persekitaran kot?
Aku malas untuk  mengakuinya tetapi kena bersikap jujur juga kadangkala. Orang lain selalu menggunakan diri aku untuk kepentingan diri mereka sendiri.

"Kawan gembira mudah dicari, kawan menangis susah dijumpai"


Aku memang telah merasakan kebenaran peribahasa ini. Apabila aku dalam keadaan senang, ramai je yang ada. Tapi, apabila aku ada masalah ? Ok, jangan salah faham dengan aku. Ada sahaja kawan-kawan yang prihatin. Tetapi jumlah mereka sedikit sangat.

Tapi, membesar dalam keadaan seperti ini yang telah banyak mematangkan diri aku.  Terima kasih kepada kawan-kawan "ketika gembira" saya.

Anda memang telah banyak membantu saya !

Wednesday, July 13, 2011

Quick Update

Bismillah.

1) Blog lama tidak berupdate. Kesibukan mungkin menjadi punca. Tiadalah sibuk sangat cuma mungkin terasa agak malas.

2) Tidak berjalan sangat cuti kali ini. Ada tugas yang perlu diselesaikan. Tetapi, masih sempat untuk pergi ke Cairo dan Mansoura. Ok lah tu bukan (?)

3) Isu Bersih 2.0 . Hangat diperkatakan sekarang ini. Tetapi, aku bersikap natural dalam perkara ini.

4)Demonstrasi adalah salah satu ekpresi rakyat terhadap pemerintahan. Itu satu fakta. Dah berkurun benda tu berlaku.

5) Rakyat mempunyai hak terhadap negara. Menteri hanyalah pemegang amanah.

6) Jangan mudah menghukum tanpa sebarang bukti dan fakta.

7) Ini sekadar update ringkas.

Sunday, July 10, 2011

Lukisan Demokrasi


Bismillah

Warna demokrasi yang selama ini,
Diagung-agungkan,
Mula pudar serinya,
kerana tangan-tangan kotor,
yang tidak bosan menconteng,
lukisan keadilan di negara ini.

Aku bukan menyokong sesiapa,
Aku hanya  pemerhati lukisan itu,
yang mahukan warna demokrasi,
terus kekal menawan di negara ini.

Demokrasi seperti yang dititahkan,
oleh seorang Yunani, Plato namanya,
pemerintahan untuk rakyat,
dari rakyat, oleh rakyat.
Adakah mereka tidak sedar (?)
Apakah erti itu demokrasi itu sendiri.
Mungkin sudah tiba masanya,
demokrasi itu bertukar ganti.

Kuning atau merah,
Biru atau hijau sekalipun,
Apa yang aku hanya mahukan,
keadilan di negara ini,
ditegakkan kembali.

Aku adalah sang rakyat,
maka, aku punya hak !

- saya, sang pencerita adalah neutral. Apabila ditanya pendirian saya, maka laju saya berkata, "neutral"-

Monday, July 4, 2011

English Essay

Bismillah

Malaysia, is a country that is located in Southeast Asia. It consists of thirteen states and three federal territories. Divided by South China Sea, Malaysia is separated into two parts,Peninsular Malaysia and Malaysian Borneo. The name of Malaysia, has been used to refer the whole Malay Archipelago. Malaysia is a democratic country having Yang di-Pertuan Agong as the head of country and the Prime Minister as the head of government. The Prime Minister was being elected during General Election of Malaysia. Meanwhile, the Yang di-Pertuan Agong was chosen from the  rulers of 9 Malay states,taking turn in rotation. Malaysia is a unique country because it is multi -ethnic, multi -lingual and multi-cultural country. Malays, Chineses, Indians, Ibans and several other ethnic groups had made the population of Malaysia. Each groups have their own characteristics. That is the uniqueness of Malaysia. For examples, the Malays will have have their Hari Raya Puasa, the Chineses have their Chinese New Year and the Indians have their Deepavali  for their grand festival. In addition, each ethnic group have their own special cuisines and foods. If the Egyptians have basbussah and hadramaut, the Malaysians also have their own special cuisines. Ketupat, rendang, yong tau fu and capati, are some types of Malaysian's cuisines that are  not only delicious but also famous around the world. The official language of Malaysia is Bahasa Malaysia although other languages are also widely used such as English and Mandarin . Petronas Twin Towers and  Kuala Lumpur Tower are some examples of monuments that located in Malaysia. Petronas Twin Towers is one of the highest buildings in the world with 451 metres in height.  Furthermore, Malaysia have many beautiful and attr attractive tourism destinations. Every year, millions of people came to Malaysia for their holiday. Malaysia-Truly Asia.

Upgraded. Thanks to Anonymous, Safwan, Aisyah, Nabilah and all. :)

Sunday, July 3, 2011

Langit dan Pelangi

Langit dan Pelangi


Semuanya senyap diam,
Tiada apa yang terluncur oleh kata-kata,
Gelap tanpa sebarang warna,
Manakah menghilang (?)
Lakaran warna inda itu semua,

Mungkin telah ditelan rakus,
oleh hitam pekat.


Tanpa sedar, tanpa waras,
Pelangi cerah itu menghilang,
tiada lagi sang merah dan yang lain,
menceriakan aku sang langit putih,
yang kosong pucat.
Apabila melihat keesokannya,
ku tercari-cari dimana pelangi itu menghilang,
Tapi hampa.


Aku berfikir dan terus berfikir,
Mengapakah mereka sang pelangi menghilang ?
Adakah aku sang langit telah berbuat salah ?
Terus bertanya tanpa aku mengetahui,
apa yang telah terjadi.


Ah, pelangi !
kemanakah kau pergi ?
Aku mahukan pelangi itu !
Yang mampu menceriakan aku sang langit,
apabila hujan ribut membadai,
Kemanakah kau ?


Ya, mungkin akan ada pelangi baru,
Tetapi aku mengharapkan kau,
sang pelangi yang satu,
Tidak akan sama antara kau,
dengan pelangi yang baru.
Tidak sesekali pernah akan sama !


Sang Pelangi yang satu.


*setiap orang ada tafsiran yang berbeza. Terpulang pada sang diri untuk merungkainya.

Pelangi Kehidupan

Bismillah.

Pelangi Keajaiban


Ianya satu kekeliruan,
Kadang-kadang, tidakku mengerti,
Apakah yang terjadi (?)
Aku tidak tahu,
Apakah yang mahu diriku mahukan,
Terperangkap antara dua garis sempadan,
Dua paksi yang berbeza.


Tak semuanya bisa digapai,
Tak semuanya bisa diperolehi !
Aku tahu itu, sangat tahu,
Tapi aku yakin,
Yang aku bisa melakukannya !


Siapakah yang mampu memberi jaminan,
Akan terus mendung di esok hari (?)
Tidak, aku percaya bahawasanya,
disebalik kegelapan mendung tika ini,
Akan muncul jua sinar sinar pelangi,
penawar kesedihanku masa sekarang.


Takdir mengatakan tidak,
Tidak akan ada secebis pun peluang,
Tapi aku percaya apabila,
sang Tuhan menunjukkan kehebatannya,
satu cahaya keajaiban
Mampu dijelmakan megah.


Aku percaya akan itu ~


Tersurat dan tersirat.

Cukup, aku dan kau semua yang tahu menafsirkan hikayat ini mengikut cara masing masing.

Persoalan (?)

Bismillah.

Entri kali ini aku mahu orang berfikir sedikit. Yelah, banyak je entri yang macam santai-santai. Kadang-kadang kena tulis yang boleh berfikir juga ye dak (?)

Aku jenis orang yang suka berfikir. Bukan nak bangga tapi itu hakikatnya. Salah satu ciri orang yang lahir bulan November rasanya. Jadinya, aku ada tendency yang kuat untuk bertanya. "WHY and WHY (?)"

Aku rasa kadang-kadang orang agak annoyed dengan aku sebab banyak bertanya yang mendalam-dalam dan yang agak tak logik akal. Tapi, itulah. Kau kena berfikir baru sentiasa maju ke hadapan, bukannya terima bulat-bulat.

Pernah tak kau berfikir, mengapakah aku hidup (?) Mengapakah aku nama polan si polan (?) Mengapakah aku minat benda ni (?) Mengapakah kalau nak beli barang kena gunakan duit (?)

Tengok, hidup kita memang penuh dengan persoalan. Setiap benda yang kita lakukan memang boleh sentiasa dikaitkan dengan tanda (?)

Aku memang cuba mencari jawapan untuk setiap soalan yang datang. Ya, dengan AlQuraan. Paling lengkap dan paling sempurna. Tapi itu tak bermakna aku atau kau perlu untuk tidak mengkaji benda lain.

Even paderi-paderi Kristian pun mengkaji tentang Alquraan, why not kita kaji pula tentang Bible diorang.

Ok, Alquraan pun tak habis nak kaji, nak kaji bible. Kolot betul pemikiran.

Landasan ilmu tak semestinya terletak pada satu sumber sahaja. Kena cari sumber-sumber lain baru dapat cari jawapan yang terbaik.

Berapakah ramai yang tahu tentang Das Capital, Mein Kampf dan yang sewaktu dengannya (?)

Orang kata ini semua doktrin-doktrin yang salah ! Tapi berapa ramai yang kaji kesalahannya (?)

Itulah. Orang Islam selalu cakap berapi-api, tapi perbuatan kosong.

That's why Jews conquer our world nowadays.

Mereka Yahudi, mengkaji, membaca, menganalisis ! Kita orang Islam (?)

Leka dengan bangunan-bangunan tinggi yang ntah-apa-apa fungsinya.

Lagipula, berapakah ramai yang tahu beza antara Zionis, Yahudi dan Israel (?)

Dem. Ikut membuta tuli tanpa tahu apa-apa yang betul terjadi.

Sebab itu, Allah turunkan Surah Al-Alaq: 1-5 sebagai wahyu awal kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Ok, atas seruan itu, aku mahu gunakan selang masa yang ada ketika cuti ini untuk mengkaji serba sedikit tentang semua ini.

" 30 Hari Mencari Diri"

p/s :

Histo oral (?)

Alhamdulillah. Walaupun disoal bersama-sama dengan pelajar-pelajar yang power, Kak Munirah dan Saiful Amri, aku still boleh buat yang terbaik.

Let the rest to Allah.

Friday, July 1, 2011

Histo

Bismillah.

Histology Written- Done (!)

Puteri Gunung Ledang, idaman hati,
Walaupun agak mustahil sekali,
Berlalu sudah,tanpa perlu memikirkannya lagi,
Histology written kini menjadi tulisan diari.


Alhamdulillah, peperiksaan bertulisHistology sudah pun tamat. Apa macam (?)

Kan aku dah kata, Histology is a silence killer. Dah memang tahu dah Histology itu susah. Nasib baik aku dah mind set awal yang Histology memang soalan-soalan dia boleh membunuh.

Eh, aku takdalah dapat jawab semua. Serius, banyak hentam. Tapi aku bersyukur sangat sangat sebab tak stuck time menjawab. Alhamdulillah. Dapat kertas soalan je dah boleh terus jawab. :)

1) Basal specialization- ok.

2) CT cells and mast cell- ok

3) a) cartilage cells- 50-50  b)Haversian System- 50-50

4) a) Neutrophils- ok  b) Nerve Fiber- ok la kot.

5) Sarcomere- Ok. Hentam la juga

6) a) Artery- soalan aku paling tak tahu dan aku hentam sebab aku tak baca. xp

b) Lymphoid Nodules- ok. Dah jangka benda ni keluar.

MCQ- Seperuh dapat jawab, separuh main jawab je. Betul atau salah (?) Wallahualam.

Btw, aku terlupa tulis set MCQ kat kertas jawapan.The heck -.-'

Apapun, bertawakal dan berdoa sahaja yang termampu setakat ini. :)

Ok ,mahu mula risau untuk keputusan exam. Apabila memikirkan tentang result, arghhhh !

Takpalah, Allah tahu mana yang terbaik. InsyaAllah.

Dan aku rasa aku memang perlu risau dan jangan berasa yakin.Sebab (?)

Sejarah telah membuktikan bilamana seorang manusia bernama Syaufiq Effendy terlalu yakin, dia akan rasa kecewa sangat-sangat.

Jadi, mari rasa bimbang.

.
.
.

Hoi, exam belum habislah ! Oral Histo dan English.

Wednesday, June 29, 2011

Never Ever Give Up

Bismillah

Sukan Olimpik Musim Panas 1992, Barcelona.

Seorang lelaki kelihatan bersedia di atas garisan permulaan, Estadi Olimpic De Montjuic, Barcelona, Sepanyol.Bila-bila masa sahaja marshal perlumbaan akan memulakan perlumbaan separuh akhir Olimpik 1992 400 meter. Lelaki ini menjadi pilihan untuk memenangi perlumbaan setelah berjaya memenangi perlumbaan saringan sebelumnya dan tak lupa juga berjaya memenangi pingat emas 400m x 4 di Kejohanan Dunia Tokyo, 1991. Ya, dia menjadi pilihan untuk memenangi perlumbaannya. Semua orang yang berada di stadium berfikir sedemikian.

Akhirnya, perlumbaa bermula. Satu permulaan yang menarik daripada lelaki ini. Dia mendahului orang lain untuk 150 meter yang pertama. Tetapi menuju ke 250 meter yang terakhir, lelaki ini mengalami kesakitan hamstring dan dia terjatuh kesakitan. Terpampang riak kecewa di mukanya. Berkecai impiannya untuk memenangi pingat emas.

Pengawai perlumbaan masuk ke dalam trek bersama dengan stretcher. Lelaki ini tahu yang dia perlu memilih antara terbaring diatas strecther atau bangun meneruskan perlumbaan dalam keadaan hamstringnya sakit. Dia perlu memilih! Satu pilihan dalam jangka masa yang singkat.

Akhirnya, lelaki ini bangun berdiri dan meneruskan perlumbaan walaupun dalam keadaan yang sakit. Dia terjengket-jengket menghabiskan meter perlumbaan yang terakhir. Para penonton terpaku menyaksikan semangat kesukanan yang ditunjukkan lelaki ini. Mukanya berkerut menahana kesakitan. Ya, dia sedang menahan kesakitan yang amat.

Tiba-tiba, seorang lelaki yang agak berumur muncul daripada tempat duduk penonton. Lelaki tua ini menuju ke arah lelaki ini. Walaupun dihalang oleh pihak pengawal keselamatan, lelaki tua ni tetap menuju ke arah lelaki yang sedang menahan kesakitan untuk menghabiskan perlumbaan itu. Ya, lelaki tua ialah ayah lelaki ini.

"Kau tak perlu buat begini, nak"

"Saya perlu habiskan perlumbaan ini. Berlari di Olimpik ialah peluang sekali seumur hidup, ayah "

Si lelaki tua itu seakan terfikir. Lalu dia berkata,

" Kalau begitu, mari kita habiskan perlumbaan ini BERSAMA-SAMA !"


Lelaki tua ini meletakkan tangan anaknya ke atas bahunya dan dia membantu anaknya itu menghabiskan meter-meter terakhir dalam perlumbaan. Para penonton terharu melihat semangat yang ditunjukkan dua beranak ini. Kebanyakan daripada mereka mula bangun dari tempat duduk masing-masing.

10 meter terakhir perlumbaan, lelaki tua ini melepaskan anaknya untuk menghabiskan perlumbaan itu sendiri.

Akhirnya, lelaki itu berjaya untuk menamatkan perlumbaan walaupun dalam keadaan hamstringnya sakit. 65000 penonton memberikan tepukan gemuruh atas semangat yang telah ditunjukkan oleh lelaki ini. Semangat Olimpik !

Lelaki ini mungkin tidak menamatkan perlumbaan di tempat pertama, tapi dia berjaya untuk menamatkan perlumbaannya walaupun dalam keadaan susah payah.

*

Lelaki yang diceritakan diatas ialah Derek Redmond, atlet 400m Great Britain.



*Boleh lihat di Youtube, sangat menyentuh hati.

*

Kembali kepada realiti hidup kita, kita mungkin akan sentiasa diuji dalam hidup kita. Kita akan sentiasa menangis kesedihan apabila ditimpa masalah atau apa sekalipun, tapi percayalah yang Tuhan itu sentiasa sayang akan hamba-hambaNya.

"Apabila hamba-hamba-Nya diuji, Allah pasti datang membantu dan memberikan kemenangan diakhirnya"

Kepada semua, kita tidak keseorangan dalam menghadapi masalah. Kita ada ibubapa, rakan-rakan dan orang ramai untuk menyokong kita. Tapi yang lebih penting, kita ada ALLAH yang sentiasa berada di sisi kita.

God is like that,


When we are hurting and fighting to the finish,


He comes and helps us,


How about you (?)

How is your race (?)

Are you on the verge of quitting (?)

God wants you to finish strong !



because HE loves you !

"Innallah maana"