Followers

Tuesday, January 25, 2011

Jangan mudah mengalah



Jangan mudah berputus asa.

Ayat yang selalu kita dengari.

Tapi, sejauh manakah kita mengaplikasikan ayat itu dalam kehidupan kita?

Bila kita menghadapi sesuatu masalah atau rintangan, selesaikan ia. Bukannya, melarikan diri.

Ya, masalah adalah untuk diselesaikan bukannya untuk ditinggalkan.

Banyak orang yang tersilap strategi bila sampai part ini.

Bila mereka sedikit masalah, mulalah gelabah tak tentu hala. Tak bagus untuk kesihatan ya.

Hidup ini mestilah kena gembira.

Bukankah gembira dan senyuman itu penawar ketika bersedih?

Eh, nak cakap sebenarnya yang kita jangan mudah mengalah walaupun situasi tidak memihak kepada kita.

Keep on fighting till the last breath!.

Aplikasi dalam kehidupan sekarang?

Setiap orang mempunyai naik dan turun masing-masing.

Biasalah kita, bila time naik memuncak, rasa selesa sangat.

Tapi, bila time turun jatuh bergolek, terus down dan patah semangat.

Tak best kalau begitu.

*



Croatia skor pada minit 119 masa tambahan. Tapi, Turkey skor kembali pada minit 122, dengan beberapa saat sahaja untuk pengadil meniup wisel.



Liverpool kembali daripada ketinggalan 0-3 untuk seri 3-3 dengan Milan.

*

Trivia

1) Eh Aini, betul ke?

Sampai sekarang masih kurang percaya.

2) Sedikit lagi nak cuti.Yeah!

3) Terpaksa gunakan duit emergency.

4) Aku rasa cuti aku akan jadi dull. Tapi, tak mengapa. Pengorbanan~

Monday, January 24, 2011

Simbiosis



Entri awal pagi.

Diajar dan Mengajar.

Dua perkataan yang berbeza, dan sudah semestinya membawa maksud yang berbeza.

Kalau hendak tahu perbezaannya, bolehlah buka kamus Dewan Bahasa.

Malas nak tulis definisi dia di sini.

Konsepnya sama seperti memberi dan menerima.

Seseorang itu memberikan ilmu dia kepada orang lain, manakala seorang lagi menerima ilmu itu.

Rantaian ilmu berlaku disitu.

Dengan cara ini, ilmu itu dapat dikekalkan dalam ingatan dan dimanfaatkan.

Sama seperti simbiosis.

Mutualism tak silap.

Dua-dua mendapat manfaat.

Contohnya, si S ajar Biochemistry kepada si A, manakala si A ajar Physiology kepada si S.

Kita dapat lihat pertukaran ilmu disitu.

Tapi, jangan pula pertukaran "ilmu yang salah".

Ilmu yang salah?

Banyak je.

Seperti, ilmu hack fb orang ke dan lain-lain.

Rasulullah pun pernah berkata,

"Sampaikanlah sesuatu walaupun satu ayat"

Mana kita tahu, daripada ilmu seciput yang kita sampaikan itu, mampu menjadi poko-pokok yang mengeluarkan ranting-ranting dan seterusnya buah.

Benihnya ilmu kita yang seciput itu. Tapi, pokonya hanya muncul bila disebarkan kepada yang lain.

Jadi, mari saling bertukar ilmu.



*
Aku sebenarnya SANGAT-SANGAT-SANGAT tak pandai mengajar orang.

My bad.

Kemahiran ini perlu dipertingkatkan lagi.

Komunikasi merupakan masalah utama Syaufiq Effendy. Itu fakta.

Pasif.

Ok, mari ke kelas.

Let us have a blast today!






aku tak tahu apa motif aku letak gambar ini. 

Sunday, January 23, 2011

Don't Judge Book By It's Cover





"Don't judge book by its cover"

Ayat yang selalu sangat kita dengar.

Tapi, sejauh mana aplikasinya dalam hidup kita?

Kita selalu menilai orang berdasarkan luaran dia.

Yup, yang menulis ini pun terasa.

Luar tak elok, tak semestinya dalam tak elok juga kan?

Mana tahu yang dalam itu seribu kali lebih baik kan?

Tapi, aku percaya yang seseorang itu perlu baik luar dan dalamnya.

Baru seimbang .

Luar baik, dalam busuk = Hampeh!

Luar busuk, dalam baik= Bagus!

Luar baik, dalam baik= Terbaik!

Kita nilai diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum hendak menilai orang lain.

Kalau gebang je lebih, nampak sangatlah diri kita ini tersangatlah hampeh!

Ok, pergi ambil cermin dan pandang muka  kau semua.

Tanya satu persatu diri kita ini

Kau selalu kata orang nakal dan tak baik, tapi adakah kau baik sangat-sangat?

Kau selalu kutuk orang, tapi adakah kau itu mulia sangat?

Haih.

Lebih baik nilai diri sendiri dulu, daripada sibuk-sibuk nilai diri orang lain.

*

Trivia:

1) Satu lagi lecture, Thorax akan habis.

2) Nerve and Muscle habis sudah.

3) Sudah beberapa hari, asyik sarapan spageti je. T.T

4) Yuhuuu~ Banyak gila nak revise!

5) Pwtc.

6) Kena fikir elok-elok. Bukannya ikut nafsu. Mampukah aku?

7) Tengah fikir ayat nak minta duit belanja daripada ibu. Hehe.

8) Saya suka jadi sibuk.

9) Kurus? Definetely.

10) Tata~

Ok, sudah.

p/s: Eh kau.Kalau kau baca p/s ini, sila emai kat aku password dia. Cuti ni aku nak reactivate sekejap. Hehe

Friday, January 21, 2011

Mengejar Pelangi (2)




“Alhamdulillah. Sampai juga  di Cairo” bisik Humaira dalam hati

Humaira mengeluarkan handphonenya. Tangannya ligat menekan sesuatu di handphonenya itu.

Beberapa ketika kemudian.

“Assalamualaikum,Ummi. Humaira dah  sampai dekat Cairo.  Sekarang ini, dekat airport.

 Kejap lagi akan bertolak ke  Zagazig” tutur Humaira melalui handphonenya itu.

“Alhamdulillah. Selamat juga anak ummi sampai. Sekarang pukul berapa?”tanya umminya

“Oh. Sekarang Cairo pukul 6 petang. Malaysia dalam pukul 11 malam rasanya kan?”jawab Humaira.

“A ah. Sekarang Malaysia pukul 11 malam”balas umminya kembali.

“Baiklah ummi. Nanti Humaira telefon lagi.Sayang ummi!”

“Jaga diri baik-baik Humaira. Kami semua di sini sayangkan Humaira”kata-kata terakhir ummi

sebelum perbualan ditamatkan.

Humaira menyimpan kembali handphonenya ke dalam beg tangan. Kemudiannya, dia  bergegas

menyorong bagasinya ke arah rakan-rakannya yang lain. Suasana agak bising. Almaklumlah,

kebanyakannya baru pertama kali sampai ke Mesir.

Cairo International Airport tidaklah segah dan sehebat Kuala Lumpur International Airport. Sistem

pengurusannya pun kurang maju dibandingkan KLIA. Hendak cop passport pun secara manual.

Sudahlah, pengawai dia banyak sahaja ragamnya. Memang dugaan betul!

Humaira masuk kembali ke dalam Arriving Hall. Dia berasa amat dahaga.

Tak hairanlah, Mesir ketika ini masih berada dalam musim panas. Penghujung musim panas.

“I want one bottle of mineral water. How much?” tanya Humaira kepada peniaga Arab itu.

“Eh?”balas  orang Arab itu.

“Mineral water?”sambung orang Arab itu kembali.

“Yes. Er, aiwah”

Senyap untuk seketika.

“Asharoo”ujar orang Arab itu sambil menghulurkan air mineral kepada Humaira.

“Eh?”Humaira agak terkejut.

“Asharoo, Ten pounds”balas orang Arab itu mendatar.

“What? Ten pound?”soal Humaira tidak percaya.

“Yes”

Setelah membayar 10 genih kepada orang Arab itu, Humaira segera keluar dari Arriving Hall.

Sementara itu, otaknya ligat memikirkan sesuatu.


1 USD  = RM 3.32+

1 USD =  LE 5.70+

10 genih = RM ?

10 genih =  (10/5.7) x 3.32.

10 genih = Nak dekat RM 6.
















“Mahal tak ingat! Satu botol air mineral, RM 6 lebih?”bisik hatinya.

Langkah dipercepatkan.  Kelihatan rakan-rakannya yang lain sudah mula bergerak ke arah

bas yang disediakan untuk mereka ke Zagazig.

Kelihatan pelajar-pelajar lelaki tahun 2 perubatan dan pergigian Universiti Al-Azhar

turut turun padang membantu mengangkat bagasi-bagasi ke dalam bas.

Setelah lebih kurang sejam proses  mengangkut barang ke dalam bas, akhirnya bas mula bergerak.

Kini, Zagazig yang dituju!

Destinasi semakin hampir.

Humaira seakan-akan tidak sabar untuk sampai ke Zagazig.

Pelbagai  bayangan yang muncul di dalam kepala.

Best atau tidak Zagazig?

Tamat (2)


Kecil


Hari ini Jumaat.

Seperti biasa, hari jumaat adalah hari cuti.

Jadual kebiasaannya, memang hari untuk rehatlah.

Tidak lupa juga hari untuk chat facebook dengan mak tercinta.

Opps,  guna akaun fb adik yang paling kecil sebentar.

Masih deactivate lagi akaun fb.

Ketika sedang best berchat, tiba-tiba ada pop up.



Huh?

Budak-budak sekarang makin gatal bukan?

Terutamanya lelaki.

Memang betul pun.

*
Sebab itu facebook lebih kepada bad effect.

Kecik-kecik dah pandai ye!

*

Btw, adik perempuan aku dah lama tak online

Jadi, nampaknya memang lelaki yang over kan la ni?

Aiks, terefleksi kepada diri.

*

Tugas seorang abang yang super human diperlukan.

Trivia:

1) Tiada ada apa-apa yang best.

Bersedia




Kahwin.

Adakah sudah bersedia?

Sesetengah orang menjawab ya, manakala sesetengah orang lagi menjawab yang sebaliknya.

Jawapan yang berbeza.

Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh dibuat main-main.

Memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit.

Kadang-kadang, diri kita memang nak sangat merasai kemanisan berumah tangga itu. Cewah!

Tapi, bila difikirkan balik, adakah kita bersedia untuk ke alam rumah tangga ni?

Sila jawab!

Perkahwinan ini tidak terdiri hanya perasaan cinta sahaja.

Banyak perkara yang disandarkan. Kewangan, mental, fizikal dan macam-macam lagilah.

Yelah, kalau tak ada duit, tak boleh juga.

Tak kan nak beri anak bini makan pasir kot?

Logik akal lah katakan.

Kemudiannya, kalau diri sendiri tak terjaga, ada hati nak kahwin anak dara orang?

Haiya. Jangan bikin susah maa.

Dah tak tahu nak tulis apa. Bukannya ada experience pun bab-bab camni.

*

Mak aku dah pesan,

"Jangan kahwin kat Mesir. Nanti ibu tak dapat tengok"

Aku pun cakap

"Baik"

Adakah ini bermakna aku boleh kahwin walaupun masih belajar lagi?

Tapi dengan syarat kena kahwin dekat Malaysia lah kan?

Gatai noo.

Hakikatnya, aku masih single tapi half-half available. Haha.

*

Trivia:

1) Eh? Dah nak habis dah thorax rupanya.

2) Pegang heart yang real. Best!

3) Pengajaran hari ini, beli tong gas sebelum gas habis. Kalau tak, begedil kau jadi separuh masak lah.

4) Colon cancer. Mari cari!

5) Kami memang suka berdrama.

6) Tak salah kan involve pcz? AQ tetap di hati.

7) Hari ini gatal buat post pasal kahwin. Ada apa hal?

8) Konfius nak tidur awal atau tidak.

9) Mengejar Pelangi. Idea dan kerajinan, sila lah datang.

Ok, itu sahaja.

Thursday, January 20, 2011

Cemburu



Kadang-kadang,perasaan cemburu itu penting bagi seorang pelajar terutamanya.

Sebab apa?

Dengan adanya sifat cemburu dalam diri, kau akan berasa lebih bersemangat untuk membuat sesuatu dengan lebih baik.

Itu adalah normal.

Kita seharusnya cemburu melihat kejayaan orang lain.

Bukannya bermaksud untuk berhasad dengki terhadap orang yang berjaya itu.

Tapi, kita jadikan kejayaan orang itu sebagai batu loncatan untuk memperbaiki prestasi kita.

Contohnya, S (bukan nama sebenar) dapat 9/10 dalam  Biochemistry. Tapi, si A dapat 10/10. Si S berasa cemburu.

Well. Itu adalah cemburu yang positif.

Si S akan berusaha lebih rajin utnuk dapat markah yang sama seperti si A.

Tipulah katakan kalau kita tak cemburu melihat orang yang mumtaz atau sewaktunya.

Semalas mana pun kita, pasti ada sekelumit perasaaningin berjaya seperti orang lain.

Masalahnya sekarang, kesedaran diri sendiri untuk menukar perasaan cemburu itu kepada usaha dan kerajinan.

Jadi, mari kita tanamkan dalam diri kita sifat cemburu.

Opss,cemburu yang positif ok?

Bukannya kau cemburu dalam percintaan.

Erk(termuntah)

Sangat tak sesuai.


cell pun cemburu ke?

aku rasa ada sifat cemburu dalam setiap sperm sebab hanya satu sahaja yang boleh penetrate ke dalam ovum. Hurmm~
.

.

Cemburu aku?

Orang yang rajin sangat-sangat.


Trivia(19/1):

1) Bangun pukul 3. Terus buat kuih keria. Penat pinggang ni mak limah oi.

2) Improve lagi.

3) Sebelum winter break, ada test biochemistry lagi. I like!

4) Dr. Heba Basha memang best.

5) I'm officially be a treasurer for unit pembangunan insan pcz. Fuh~

6) Tak sempat untuk masak dinner semalam. Perlu fikirkan solusi untuk perkara ini.

7) Bila dikira balik, 3 kali tidur semalam.

8) Atlas Anatomy Netter sangat best.

9) Program Road To Mumtaz berjalan.

10) Apa lagi?

Ok, habis~

Wednesday, January 19, 2011

For you




 A girl's desire

Sometimes, I want to open my hijab,
and show the world, that I too,
am beautiful in the people's definition.

But, deep down here, in my little heart,
I know that beauty is by definition, a mystery.
and it is forever more rewarding,
to be beautiful in God's eyes.

Sometimes,
I want to wear ruffled dresses and tight jeans,
show off what I really look like,
under those baggy shirts and loosely fitted pants,
make a statement, that I too,
have a figure and worth looking at.

But, I know better,
to avoid entering the world of men's imagination,
for I love my future husband,
and I am ashamed,
what should be his, has already been unveiled by others.

Sometimes, I want to show the world,
the other side of me; the bubblier, bolder, and crazier me.
put myself on display for everyone to see,
to be desired, and admired upon.

But, I know that eyes are not just eyes,
seeing is not just seeing,
image and respect are gained,
shame and humility deserve a better place,

Because in the end, it is not just about me,
I carry a lot of impressions and expectations,
of what a Muslim girl should be,

I am covered by the word "Islam" the moment I walk out of my door,
So don't be selfish girl,
Can't you put behind your heart's desire for something worth fighting for?
Love is all it takes. Love.

kudos: Lil Caliph



Selamat beramal :)

Program



20, 21, 22 dan 23 Februari 2011.

Mid year examination untuk pelajar medik tahun 1dan 2 di Universiti Zagazig.

Ok, ada sebulan lagi. Tapi, kau ingat sebulan itu cukup kah nak cover semua yang dah belajar?




Mahu panas badan dibuatnya!

Jujurnya,dah mula terasa bahang exam itu.Fuhh!

Memandangkan aku bukanlah seorang yang genius. Maka itu, atas kesedaran diri yang tak seberapa ini, revision harus dijalankan.

Secara rasminya, Program Road To Mumtaz, Mid Year 2011 dilancarkan.

Fasa 1(19-27 Januari 2011)

-Baca kembali dan faham apa yang dah belajar.


Fasa 2(28 Januari- 3 Februari 2011)

-Buat important and short notes untuk tajuk spot dan penting.

Fasa 3 (3-10 Februari 2010)

Proses mengingat dan menghafal.

Fasa 4 (11-19 Februari 2011)

-Buat soalan latihan, dan proses mengingat secara kamikaze!

Sasaran Program Road To Mumtaz Mid Year 2011 


1) Mumtaz untuk subjek Anatomy, Biochemistry, Histology dan Physiology.

2) Markah 90 ke-atas.

InsyaAllah.

Rabbi yassir wala tuassir.

Jadi apa lagi?



Tuesday, January 18, 2011

Kehebatan


Mengapakah aku tak boleh jadi seperti dia?

Pandai, handsome, rajin, smart

Senang cerita. Lengkap!

.

.

.

Skeptikal.

Mana ada orang sempurna di dunia ini. Allah sahaja yang Maha Sempurna.

Kelemahan kita, selalu membandingkan diri kita dengan orang lain. Memang selalu bukan?

Itu lah punca dia. Punca kegagalan diri kita.

Setiap orang berbeza. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tiada yang lebih dan tiada yang kurang.

Jika si Syaufiq(bukan nama sebenar) contohnya berkelebihan dalam penulisan. Tetapi si Adam(bukan nama sebenar) lebih berkelebihan dalam bidang percakapan.

Tengok. Setiap orang ada kelebihan dia bukan?

Jangan risau.

Kita tak hebat sebab kita tak tahu kehebatan diri kita.

Jadi, mari kita kenali kehebatan diri kita.

Jom!



Anda kucing, tapi lihatlah diri anda sebagai singa!


.

.

Kehebatan diri aku?

Berangan.


Trivia:

1) First time, Dr. Rasha sebut nama Syaufiq dengan sangat betul.

2) Dengan muka tak malunya, offer diri untuk jadi presenter group sempena pwtc di Cairo. Kena present pasal CANCER.

Yeah, one step towards my dream, Oncologist(someone expert in cancer disease).

3) Biru agak cantik kan? Tenang.

4) Memang kena susun jadual hidup balik. Berlaku pertambahan aktiviti.

5) Saat-saat paling ditunggu hari ini.Masa untuk tidur!

Ok, habis

24 jam




24 jam sehari. Bersamaan dengan 1440 minit dan bersamaan juga 86400 saat.

Itulah masa yang Allah dah beri kepada kita.

Memang dah cantik dah.

Perancangan Allah memang sangat sempurna dan tiada cacat celanya.

Allah tahu yang 24 jam itu memang sangat cukup jika digunakan dengan betul oleh kita,manusia.

Tapi, yang tak betulnya, diri kita sendirilah.

Cuba fikir kembali. Lihat kembali kepada diri kita.

Adakah kita menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya?

Kita selalu mengeluh yang 24 jam itu tidak mencukupi. Memanglah tidak cukup jika kita yang mensia-siakanya.

 Surah Al-Asr, 1-3


1. Demi masa.


2.Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,


3.kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

Allah memang  Maha Mengetahui.Subhanallah.

Sekarang,mari kita check list balik diri kita sebentar.

Selalukah kita mengucapkan Alhamdulillah, walaupun sesaat untuk atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita?


Selalukah kita membaca ayat-ayat suci Al-Quraan walaupun untuk beberapa minit sahaja?


Selalukah kita duduk di majlis ilmu walaupun untuk satu jam sahaja?


Selalukah kita bangun 1/3 malam,bertahajud kepada Dia?

Terkedu.

Mungkin ada yang amalkan. Tapi, hendak cuba cakap yang  memang susah nak buat semua perkara di atas.

Sekarang cuba bandingkan dengan yang ini pula.

Selalukah kita berbual kosong membuang masa?


Selalukah kita duduk berjam-jam depan laptop, online?

Terkedu lagi.

Memang berbeza.

Itulah sikap manusia. Benda yang baik memang susah nak buat. Benda yang tak bagus itu juga yang direbut-rebutkannya.

Jadi, muhasabah kembali.

Sedarlah diri kita ini siapa.

Hanya manusia yang tak punya apa-apa.

*

Trivia:

Hari ini sangat gembira. Alhamdulillah.

Pertama, sebab dapat novel Men from Mars,Women from Venus.

the cover of the novel.

Memang dah lama mahukan novel ini.Terima kasih sangat-sangat kepada yang beri.

You'll appreciate me once, I'll appreciate you forever.

2) Alhamdulillah. Markah yang sangat memberangsangkan untuk test Biochemistry.

sembilanpersepuluh. wee~

Tapi, ada yang full marks. Jadi,kena usaha lebih rajin lagi!

3) Nama syaufiq effendy memang susah disebut oleh orang Arab.

syaufiq jadi siti. -____-'

4) Sangat seronok kelas Histology. Tak sangka yang belajar dulu-dulu masih ingat dalam kepala.

Alhamdulillah. Sudah dapat gambaran practical exam bagaiamana.

5) Hari ini pergi balik jalan kaki oo. Tak naik tremco. Nak jadi super kurus. Ada orang kata aku dah kembung.-__-'

6) Esok  nak sarapan apa? Spageti? Roti?

Ok, itu sahaja.

Monday, January 17, 2011

Penat


Penat. Penat.

Kebelakangan ini sangat penat.

Badan macam dah overload je. Nak jalan ke gamaah pun dah macam tak larat(act, naik tremco je).

Nasib baik tak tidur dalam kelas.

pressure!

badan tak larat.

Dah. Penat~

trivia:  banyak benda tak settle ok? revise, mid term revion, jadual presentation kelas.

Sunday, January 16, 2011

Cerita Hari Sabtu



Hari Sabtu yang sangat penat. Malam itu terus tak larat nak buka buku.

Btw, Selamat Hari Lahir untuk encik housemates, Wan Fikry Hizry.

*kepada yang rindu: Ini gambar terbaru kami.

semasa membakar ayam.

Ayam yang akan diratah.
tak tahu apa nama dia.Confuse antara cek mek molek atau kuih keria.
here he comes, " Birthday Boy!"


Wan menerima hadiah daripada Ustaz Zai.
Suasana yang semakin gelap di atas rooftop.
Kek hari lahir kat rumah. Toping sendiri.

A happy family.

Siapakah kata kami tak bahagia? Bahagia je~

Friday, January 14, 2011

Mengejar Pelangi

Pelangi Satu.



“Jaga diri elok-elok ya, Humaira”kata Apit.

Humaira mengangguk.

“Belajar elok-elok, dan jaga diri di sana. Di sana, kamu seorang sahaja. Tiada mak dan abah yang

hendak jaga kamu lagi. Semuanya Humaira kena buat sendiri”tambah Apit lagi.

Humaira mengangguk sambil menguntum senyuman kecil dibibirnya. Walaupun, matanya seakan mahu

mengalirkan manik-manik jernih, namun masih cuba ditahannya daripada membasahi pipi.

Apit masih terus bercakap. Humaira pula sekadar menjadi pendengar. Tiada keperluan untuknya
   
mencelah ketika itu. Dia tahu yang dia akan merindui suara Apit selepas ini.

 Dia menoleh ke kiri dan ke ,kanan melihat suasana sekitar dirinya.

Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sesak dengan keluarga-keluarga pelajar

yang akan ke Mesir. Bermacam ragam dapat dilihat.

Humaira, salah seorang daripada pelajar-pelajar yang akan ke Mesir bagi mencari segulung ijazah

sarjana muda perubatan. Zagazig, medan yang dituju. Sebuah nama yang agak asing bagi sesiapa

 yang tidak pernah mendengarkannya.

“Jaga diri elok-elok ya, Humaira. Selepas ini, semuanya Humaira kena laluinya seorang diri.

 Ummi dan Abah hanya mampu berdoa sahaja dari sini”pesan ummi.

“Baik,Ummi. Doakan Humaira dapat melaluinya dengan baik”

Air matanya seakan tidak dapat dibendung lagi. Tangannya cuba menyeka air mata yang turun.

Namun, semakin diseka, semakin banyak yang mengalir.

“Apalah adik abang ini. Kememeh betul!”sakat Apit.

“Orang tak menangislah. Mana ada Humaira nangis!”

“Comelnya dia. Kalau nangis dah comel, apatah lagi senyumkan? Cuba senyum sedikit”

Husna tersenyum. Kata-kata Apit cukup untuk membuatkan dia tersenyum kembali di

sebalik kesedihan untuk meninggalkan keluarganya yang tercinta.

Hanya tinggal lebih kurang sejam sahaja lagi sebelum masa berlepas.

Saat-saat perpisahan semakin tiba.

Sudah mula kelihatan drama-drama sedih. Humaira?

Dia seakan tidak tahu apa yang ingin diekspresikannya ketika itu. Mahu menangis atau tidak?

 Tangannya memegang hadiah kecil daripada seseorang. Satu hadiah yang sangat bermakna.

Ukiran tullisan jawi yang tertera namanya.

Hadiah daripada Danial,kawan baik sejak sekolah rendah lagi.

Kelihatan juga, kawan-kawannya. Sanggup datang di awal pagi demi untuk menghantarnya. Terharu.

“Adam?”bisik Husna dalam hati.

Kehadiran Adam sangat tak disangka. Penuh kejutan. Dia tidak tahu untuk berbuat apa.

 Bertegur sapakah? Atau diam sahaja. Confuse!

Akhirnya,

“Assalamualaikum. Macam mana? Ready dah ke nak tinggalkan Malaysia?” ujar Adam.

Terkedu seketika.

“Waalaikumussalam. Oo. Bolehlah. Takut juga ni. Haha”balas Humaira.

Jawapan spontan daripadanya.

“Perhatian kepada semua pelajar. Sila pergi ke balai berlepas sekarang!” suara coordinator

mencelah secara tiba-tiba.

Tanpa melengahkan masa, Husna terus pergi.Meninggalkan Adam yang masih agak terpinga-pinga.

“Fuhh, nasib baiklah. Kalau tak, haru lah jadinya nanti.  Walaweh”kata Humaira dalam hati.

Dan, saatnya sudah tiba. Masa untuk pergi dah semakin hampir.

“Chu Ra! Jaga diri Chu Ra baik-baik ya!” jerit Ikhwan, anak saudaranya. Comel.

Dia pasti akan merindui suara itu
.
“Ra, jaga diri elok-elok.Belajar rajin-rajin. Kami sayangkan Ra” 

kedengaran suara ummi,abah dan semuanya dari atas. Cukup untuk menyayukan hatinya.

Tanpa sedar, air matanya mula mengalir. Tidak dapat disekat.

Nur Humaira Husna.

Dia akan pergi. Pergi meninggalkan Malaysia ke bumi Mesir demi memburu cita-cita.

Seorang doktor. Insya Allah.

Tamat(1)

Tentang Hati


Sekadar entri yang pendek.

Buat hati anda yang sedang berduka :)


Mari tanya diri kita. Benarkah?

Hati itu,

Hanyalah untuk pemilikNya,

Bukan untuk sesiapa,

Yang tidak layak,

Untuk memilikinya.


Hati itu,

janganlah kau berikan,

Kepada orang yang salah,

kerana biarkanlah dirimu,

terlebih dahulu yang merasainya.


Pada Ilahi, hatimu diberikan,

Bukan pada lelaki

mahupun perempuan,

Sesungguhnya, tuhanmu itu,

adalah pemilik kekal abadi

hatimu itu.

Jagalah hati,

Godaan syaitan akan diatasi,

Iman akan meningkat tinggi,

Tuhan pasti menyayangi.

-drsyaef, 14012010-

*

Bila kita menghadapi masalah atau keserabutan dalam kehidupan, tak dapat tidak, punca utamanya adalah hati kita.

Bila hati kita kurang elok, semua perkara pun akan menjadi kurang elok.

Apa yang menyebabkan hati itu menjadi kurang elok?

Berlainan bagi setiap orang.

Tapi, semua faktor yang berlainan ini menjurus kepada kurangnya mengingati Allah.

Sedarlah,

Bila kita mengingati Allah, Allah akan mengingati kita. Itu adalah satu yang pasti.

Tapi, adakah bila kita mengingati manusia, sudah pastikah manusia itu mengingati kita kembali?

Tepuk dada, tanya iman.




InsyaAllah.
*




Jangan mudah awatif''. 

Silap sekali tak semestinya silap selamanya.

Fikirkan yang di sebaliknya.

InsyaAllah, yang lebih cerah akan menanti.

Ingatlah ayat romantik Allah kepada kita:

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

"Mereka merancang dan Allah juga merancang.
Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang."

(al-Imran : 54)






Benar bukan?

Thursday, January 13, 2011

Stigma Biru



Sampai bilakah mahu terperosok?

Dalam dunia selesa penuh nikmat

Tanpa berbuat apa-apa

Yang signifikan dan menjadi satu evolusi

Yang bisa menggoncang dunia

dan sekalian isinya.


Sekadar mengannguk bila ditanya

Sekadar berdiam diri bila diserang

Sekadar mengikut tanpa mengetahui

Semuanya sekadar di permukaan

Tanpa ada penjelajahan ke bahagian dalam

Itulah, satu pola yang statik

Tanpa ada peningkatan

Yang boleh membawa kepada

penerokaan dunia baru.


Apa-apa yang diidamkan,

Hanya sekadar bermain dibibir,

Kuat laungan sorakan,

Tetapi diam menikus dalam perbuatan.

Sangat berbeza.

Kegemilangan berdasarkan

Kelangsungan perbuatan

bukannya berapinya percakapan.

Inikah kita?

Bersama berevolusi

menjadi stigma biru

yang meninggalkan kumpulan bunga

Walaupun, susah dan payah

Itulah yang harus dilakukan,

Demi menjadi apa yang diinginkan,

Bunga baru yang hanya berasal

dari stigma biru kecil itu.

stigma biru


-drsyaef, 13012010-



إِنَّ اللهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

“Sesungguh Allah tdk merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yg ada pada diri mereka sendiri.”


Selamat beramal.

Cerita Syita'


Alhamdulillah .

Satu hari yang biasa.

Test kecilan Biochemistry dilalui dengan baik sahaja. Jawab dengan ok.

Banyak benda baru diketahui pada hari ini. Terutamanya semasa kelas Biochem.

Selain daripada reverse transcriptase, translation dan perkara sama waktu dengannya., dapat juga mengetahui tentang perkahwinan orang mesir.

Lecturer yang beritahu. Sangat best!

Well, it'll be another post about it. Insya Allah.

*
Sekarang, di Zagazig dan seluruh Mesir amnya sedang mengalami musim sejuk atau bahasa Arabnya dipanggil  sebagai Syita'.

kau tengok sendiri.


Tersangatlah sejuk ketika ini. Fuh!

Average suhu dibawah 10 celcius. Memang sangat sejuk. Kadang-kadang, memang menggigil lah.

Nak pergi kelas pun rasa malas. Nak tidur je di rumah. -.-

Tapi, tak boleh.

Not attend the class is serious crime for a medical students.

Ingat tu kawan-kawan.


"banyak kebaikan pada musim sejuk; diturunkan padanya barakah, dan dipanjangkan malamnya untuk berqiamullail, dan dipendekkan waktu siangnya untuk berpuasa." (riwayat Ibnu Mas`ud)


Logik bukan?

Itu lah kelebihan musim sejuk tanpa kita sedar. Peluang nak tambah pahala itu ada sahaja. 

Tinggal diri kita sahaja nak rebut peluang itu atau tidak.

Jadi, mari kita hayati musim sejuk ini dengan sebaiknya.

Musim sejuk bukanlah masanya untuk kita bermalas-malasan di katil, berselimutkan saratoga.

Tapi, masa yang sesuai untuk menambahkan saham akhirat kita.

*

Seterusnya, alang-alang dah cerita pasal musim sejuk ini. Cerita habislah. Ye tak?

Sekali pukal terus.

Musim sejuk ni kena prepare sedikit persiapan dia. 

Kalau tak prepare,mati kesejukan lah jawab dia. Sejuk yang teramat.

Ok. Jadi, disini adalah persiapan yang boleh dibuat.

Tengok gambar je ye. Hehe.

1)
ni pakai masa nak pergi sinai je kot?


2)
Ini option kot. Aku tak pakai sangat pun. HEHE.
 3)
Yang ni penting sangat. Namanya, saratoga. Selimut tebal. Kalau tak da ni, memang menggigil lah tidur.


4)
Ini pun penting! Kalau tak da ni,memang tak mandi pagilah jawabnya. Nama dia Saqonah.

5)
Yang ini,nama dia Difayah.Memanaskan bilik. Haha. 
Itu yang asas lah. Paling mesti kena adalah winter coat dengan saratoga. Hehe.

Strawberi sangat berlambak. sekilo 4 genih,bersamaan lebih kurang RM2.40. w h o a!


*

Tak percaya Zagazig ini sejuk ye? Sejuk sangat weh. Tak da salji yang turun je.

Mari tengok bukti. 

Salam Sednawi, Kafr El-Zind, (830 pagi)

1)
sekitar kawasan rumah, Salam Sednawi.

2)
sekitar ke gamaah. Kafr El-Zind.

Macam London bukan?

" Musim sejuk, walaupun tak disukai bila merasainya,masa musim panas nanti kehadiranmu sangat dinanti"

Okay, penat sudah.