Followers

Saturday, January 1, 2011

2010 dan 2011

Assakamualaikum,

Entri kali ini dalam bahasa Melayu. Yelah, dua entri sebelum ini dalam English. Kena seimbangkan juga. Kalau dah hari ini entri bahasa Melayu, esok lusa pula dalam English. Baru nampak bervariasi. Bahasa Arab in progress. Hehe. Tengah belajar lagi ni.

Apapun, entri ni memang agak panjang lah. Eh, bukan ke entri aku memamg panjang-panjang ke? Haha.

Kali ini super panjang!

Ini semua sebab request khas dari cik classmate ini, Aini

Ok, cukup untuk permulaan yang agak "kosong". Sedar atau tidak, dah habis dah tahun 2010. Dah masuk tahun 2011. Dah bertambah umur kita dan semakin dekat nak mati lah ye.

Jadinya, entri kali ini adalah combination dua perkara utama. Cerita tahun 2010 dan seterusnya Azam 2011. 

Tiada penipuan dalam entri ni ye. Telus ikhlas. Haha.

Kita mulakan dengan Cerita tahun 2010,

Cerita 2010

Januari

Bulan yang duduk dalam rumah je. Makan, online, tidur dan baca komik. Tak bervariasi langsung! Paling advance pun, pergi belajar kereta dan motorsikal dekat pusat memandu je. Seriously said, it's a dull life. Tak da apa yang ekstravaganza pun. Oh ye, masa ini lah, bil elektrik rumah meningkat-tak-ingat. Naik 120% ok. Semuanya sebab aku asyik online je. Sampai dapat gelaran, Admin Fb. Kepada sesiapa yang nak tahu, itulah tahap addict aku dengan facebook dulu. Dulu lah.

Februari

Sama sahaja macam bulan Januari. Tak da apa yang best sangat pun. Oh ye, time ni aku paling tension dengan benda bernama kereta.Pengakuan terbuka, aku memang tak da bakat sangat dalam memandu. Yelah, belajar drive tu aku rasakan sama macam kena belajar Sejarah 3 jam straight tanpa rehat. Penat ok. Mencabar fizikal dan mental. Tekanan jiwa~ Dah lah asyik kena marah je. (-_-')

Oh, baru teringat. Time ini lah semangat-semangat, nak isi upu. Bagi sesiapa yang nak tahu, aku pilih apa dulu time upu, klik link ni -pilihan upu syaufiq effendy-

Mac

Ha, inilah bulan paling penting aku rasa dalam hidup aku sepanjang tahun 2010 ini. Yelah, bulan inilah result spm keluar.17 Mac 2010.  Okeh, jujurnya aku cakaplah., memang aku agak kecewa dan terkilan sedikitlah masa dapat result tu. Tak bersyukur langsung! Tapi, itu dulu ye. Sekarang dah tak kisah pun, spm dah berlalu.  
Slip tu pun macam dah tak bernilai sangat. 

Sebab dah lepas lah kan, aku tak malu nak beritahu result spm dulu. Aku tak hebat macam kau orang semua.

Bahasa Melayu - A+ (memang dah jangka lah. Alhamdulillah) 

Bahasa Inggeris - A (Ok la ni. Aku pun bukannya power sangat pun english)

Sejarah - A+ (yang ni kalau tak A+, memang aku tak keluar rumah lah)

Mathematics - A+ ( dijangka juga. Alhamdulillah)

Bahasa Arab Tinggi - A ( Alhamdulillah. Kira ok lah tu kan, walaupun tak A+)

Additional Mathematics - A (agak kecewa sedikit lah sebab paper 2 macam-entah-apa-apa)

Physics - A- (Expect dapat A , tapi A- not bad lah. Sebab, memang tak suka sangat pun Physics. Haha!)

Chemistry - A- ( Ouch, apa pun alhamdulillah)

Biology - B+ ( terkedu.  Subjek paling aku admire kat sekolah dulu. Time trial dapat A, tapi spm down.)             
   
Pendidikan Al-Quraan dan Al- sunnah - A+ (Alhamdulillah)

Pendidikan Syariah Islamiah - A+ (Alhamdulillah)

Overallnya, dapat 5A+, 3A, 2 A- dan 1 B+. (10 A, 1 B)

Implikasi daripada result inilah yang membawa kepada kehidupan aku sekarang ini. Haha.

April

Bulan yang sibuk dengan upu, biasiswa dan semua perkara yang berkaitan dengannya lah. Bulan aku paling rasa tak best. Sebab apa? Tersepit antara dua laluan. Medic atau engine? Kalau ikut result aku lah, peluang untuk medic itu memang agak tipis sikit lah. Kalau pilih engine, insyaAllah ada peluang. Fikir punya pikir, akhirnya pilih medic juga. Sebab, memang nak ambil medic pun!

Banyak pilihan yang terpaksa dibuat time tu. Mara vs jpa, medic vs engine, dan dalam negara vs luar negara.

Kompleks. 

Mei

Implikasi awal kepada result spm tu . Macam-macam terjadi. Daripada satu benda tu, boleh bertukar 360 darjah. Sama macam aku lah. 

Nak pendekkan cerita dia, macam ini je lah, disebabkan result tak cukup syarat untuk melayakkan diri dapat biasiswa jpa, aku pun redha je lah dengan ketentuan untuk masuk ke universiti tempatan. Time itu memang frustated gila lah. Yelah, salah satu impian adalah untuk belajar dekat luar negara lah kan.

Dah rancangan Allah, aku sekali lagi tak dapat universiti yang diidamkan, usim. Sekali lagi, frust. Dapat uitm, asasi kejuruteraan. W h o a ! Gila berbeza . Medic dan engine. Bila dapat tahu yang aku dapat uitm, asasi kejuruteraan, automatik aku pilih untuk masuk ke Kolej Matrikulasi Melaka. Biarlah orang nak kata susah ke apa, impian nak buat medic tu tetap menyala! Tak kan sesekali mengalah.

Sehari sebelum ke Matriks

Bila dah masuk ke matrik seminggu, tiba-tiba ibu dengan ayah buka offer kat aku.

"Afiq nak sambung ke mesir ke tak?"

Terkedu, dan sejujurnya memang aku tak tahu nak buat keputusan apa time itu. Habis semua orang aku telefon masa kat matrik minta nasihat untuk buat keputusan. Ayah, ibu, atuk, nenek, pak ngah, mak oda dan ramai lagi lah.

Akhirnya, setelah fikir sehabis baik, aku buat keputusan untuk ke Mesir.

Bye-bye, matrik. Sedih kot nak tinggalkan matrik masa tu.

Jun

Masa ini berada di Kelantan. Ambil kursus persediaan bahasa Arab, untuk mereka yang ke Mesir. Salah satu memori yang sangat bernilai dalam hidup. Masa disinilah jumpa ramai orang dan kenal negeri Kelantan dengan lebih mendalam lagi.

Kenal dengan Naqi, Hazwan, Adly, Hafiz, Nabil, Muzaq, Saidatul Husna, Farahain, Hazzyah, Syakirah, Fatimah dan ramai lagi lah. Yang tak disebut itu, minta maaf banyak-banyak ye!

Julai

Meninggalkan Kelantan. Sedih. Memang betul-betul sedih. Bukan senang nak datang ke Kelantan lagi. Menangis kot masa atas bas dalam perjalanan balik ke Muar :(

Untuk sesiapa yang mahu tahu serba sedikit apa aktiviti di Kelantan, klik lah link di bawah ini ya!

Memori Kelate (1) dan Memori Kelate (2)

Ogos

Duduk dekat rumah lah. Tiada apa nak buat lagi kan? Menghabiskan masa dengan komen status orang di facebook, chatting dan stalk orang . Memang tak da nak buat apa lagi la katakan.

Itu masa awal-awal Ogos je. Tengah Ogos, ada kursus orientasi dekat ilim. Sangat best.

Memori ILIM

sila klik link di atas untuk tahu cerita di ilim~

Masa bulan Julai lah, akhirnya aku berjaya mendapatkan lesen P. w h o a.


Bulan Januari belajar, bulan Julai baru habis. Memang terbaiklah. Salah satu kejayaan paling besar dalam hidup memandangkan selepas spm, bulan 12 2009, aku baru sahaja mengenal dan memahami makhluk bernama kereta dan motor. Ini adalah satu hakikat ya!




September.

Raya dan raya. Yeah. Dapat banyak duit raya.

Jumlah Duit Raya

Oh ye, bulan ini lah, kena pergi meninggalkan Malaysia. Gembira campur sedih pun ada juga.

Dari Muar ke Zagazig

Oktober

Sudah berada di Zagazig, As-Sharqiyah. Berdepan sedikit masalah pada awal-awalnya. Tapi, dah makin selesa dah. Ala, biasalah tu. Kena sesuai diri dengan gaya hidup kat sini, makanan(padahal semua main telan masuk dalam perut sahaja) dan kemudiannya, kena sesuaikan diri dengan gaya pembelajaran disini.

Sebulan di Mesir

November

Sama sahaja seperti biasa. Rutin biasa. Oh ye, untuk pertama kali dalam sejarah hidup, masuk debat bahasa Melayu. Sudah semestinya kalah. Tapi, kalah bermaruah ye. Berjaya ke peringkat separuh akhir. Hebatlah juga itu kan untuk orang yang pertama kali masuk.

Yeah, dah 18 tahun. Dah makin besar, tampan dan tinggi. Tapi, masih tak matang lagi ye.

cerita budak yang tak matang dan Memori 18 tahun di Zagazigz


Disember

Akhirnya, sampai jua ke bulan Disember. Bulan yang penuh mencabar. Banyak perkara terjadi. Exam dan test yang berderet tanpa mengira masa. Sibuk dan penat. Barulah namanya budak medik kan?

Disember ni banyak mengajar erti hidup lah. Masa bulan inilah, aku terjumpa turning point yang sangat-sangat dinantikan. Daripada buruk kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik.

Okeh, seterusnya azam tahun 2011.

Azam 2011

Tiada apa yang khusus. Cuba lihat dekat tepi blog ni. Azam 1432 Hijriah.

Itulah azam yg sebenarnya. Buat apa buat azam ikut tahun masihi kan? Lebih baik kalau guna tahun hijriah.

Ada tambahan lah sedikit untuk azam 1432 Hijriah,

1) Kurangkan aktiviti malam. (Mesti dah fikir lain bukan? Aktiviti malam di sini bermaksud keluar pergi Qaumiah pukul 9-10, semata-mata cari makanan untuk supper.)

2) Pertingkatkan aktiviti malam( Pelik? Tak perlu. Aktiviti malam yang ini pula bermaksud amal ibadat pada waktu 1/3 malam. InsyaAllah)

3) Berusaha secara mumtaz untuk mendapatkan kejayaan mumtaz yang di idamkan.

4) Nak jadi pelajar yang super nerd-skema. Dapat bayangkan tak?

Ok, itu sahajalah rasanya. Azam ini bukan sekadar kata-kata atau tulisan sahaja, tapi lebih afdhal kalau tindakan yang menjadi matlamat. Faham tak? Abaikan.

Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011

Tahun 2010? konklusi

Tahun yang telah merubah erti hidup setakat ini. Memang banyak perkara yang berlaku. Tak terjangkau dek akal pun ada. Bila difikirkan balik, rasanya lebih banyak masalah daripada kejayaan.

Tapi, alhamdulillah, inilah ynag didefinisikan sebagai "Apa yang kamu rasa suka untuk diri kamu,  tidak semestinya ia terbaik untuk diri kamu. Dan, apa yang kamu tidak suka untuk diri kamu, tidak semestinya ia buruk untuk diri kamu"

2:216 (Al-Baqarah)

Tahun 2011? Harapan

Tak pasti lagi nak balik ke Malaysia atau tidak untuk musim panas nanti. Tak kisah pun kalau balik atau tidak.
Kalau ak balik, nak pergi Daurah Kitab, cari ilmu. Barulah, kalau balik Malaysia nanti, tak malu dan tak segan jika disuruh orang ramai untuk jadi imam,beri tazkirah dan sewaktu dengannya.

Oh ye, mahu pastikan pada bulan Julai 2011 nanti, Syaufiq Effendy Ngaliman akan mendapat mumtaz. InsyaAllah.

Kau dan kau yang lain., sila pastikan ya!

2:286

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

Allah tak akan beri aku buat medic kalau Dia tahu yang aku tak mampu buat medic. Tapi, aku yakin yang aku memang boleh lakukannya.

Amin.

1 comment:

Anonymous said...

Daurah kitab d mana?